Bab 50 ( Peluang kedua buat Amirul? )

Romance Series 36483

Hari itu menyaksikan pembicaraan Dato' Araman di mahkamah.Atas pertuduhan membunuh.Amani,Amirul serta Liyana menghadiri pembicaraan tersebut.

” Bagi pertuduhan di bawah suspek tertuduh kerana membunuh seorang mangsa iaitu Dato' Azman CEO A&A HOLDINGS.Dengan ini mahkamah akan menjatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun kepadanya. ” ucap hakim itu.

Liyana memejam matanya.Amani menepuk bahu Liyana.Dato Araman memandang Liyana,Amani dan Amirul.Dia merenung Amirul dengan tajam.

Dato' Araman diberi kesempatan untuk bertemu dengan Liyana.

” Papa,Liyana buat semua ni bukan untuk jatuhkan papa.Tapi untuk kesedaran papa.Papa dah tersasar jauh.Maafkan Liyana,papa. ” ucap Liyana.

” Tak apa.Papa faham.Terima kasih untuk semuanya Liyana.Papa tau tak ada anak yang nak tengok ayah mereka jadi seorang pembunuh.Jaga mama dan Wani baik-baik.Papa pergi dulu. ” ucap Dato' Araman.

Dato' Araman ingin pergi.Liyana terus memeluk papanya itu.Liyana menangis di pelukan papanya.Dato Araman menepuk bahu anaknya itu.

” Dah jangan menangis.Liyana tak ada buat salah pun pada papa.Nanti datanglah tengok papa. ” pujuk Dato' Araman.

Liyana memandang papanya.Dato Araman melambaikan tangannya kepada Liyana.Liyana melambaikan tangannya juga.

Dato' Araman masuk ke dalam penjara.Dan di ikuti oleh Andika.

******************

Berita tentang pembunuhan seorang CEO syarikat telah diketahui oleh pihak media dan orang ramai.Orang ramai tidak menyangka pembunuh tersebut merupakan rakan kepada mangsa itu.

Amani,Amirul dan Liyana melihat berita di televisyen itu.Terdengar mereka menghembus nafas lega.

Amani memusingkan badannya.Dia terlihat Erin berada di belakangnya.

“ Erin? ” ucap Amani.

Liyana dan Amirul memusingkan badannya.Erin menghampiri mereka.

” Amani,Liyana,Amirul saya datang nak beritahu.Yang saya dan mama akan pindah ke Singapore.Saya kerja di sana.Saya nak minta maaf sebab bersubahat dengan dato untuk hancurkan rumah tangga awak berdua.Saya menyesal kerana saya fikir dapat ganjaran.Tapi saya lupa apa yang saya buat ni salah dan berdosa.Amirul,awak jaga Amani dengan baik.Dia perempuan yang sangat baik.Susah nak jumpa perempuan macam dia.Amani,awak terima Amirul balik ya!Saya tahu awak cintakan dia.Awak sayangkan dia.Aryan perlukan papanya. ” ucap Erin.

Amani mengangguk perlahan.Erin memandang Liyana.

“ Liyana,saya bangga dengan awak.Awak buat kerana awak tak mahu papa awak semakin tersasar jauh.Saya tahu awak tak nak papa awak dikenali sebagai pembunuh.Anak mana yang nak kan ayahnya seorang pembunuh?Tak ada.Saya harap awak kuat.Andika pun dah dipenjara.Saya nak minta maaf jika ada buat salah pada awak.Berkata kesat kepada awak.Maafkan saya. ” ucap Erin.

Liyana tersenyum.

” Awak tak pernah pun buat salah.Erin tak ada manusia yang tak pernah buat salah.Saya sendiri pun pernah buat.Tapi saya belajar dari pengalaman itu.Pengalaman mematangkan kita.Saya doakan awak dan mama awak bahagia dan sihat selalu. ” ucap Liyana.

Erin tersenyum.Mereka berpelukan.Liyana menepuk bahu Erin.

“ Bye,saya pergi dulu.Nanti apa-apa call je tau. ” ucap Erin.

“ Bye Erin.Kirim salam pada mama awak. ” ucap Amirul.

*****************

Amani membawa Aryan bersiar-siar.Sedang mereka bersiar-siar,ada seseorang mendekati mereka.

“ Berdua je ke? ” ucap lelaki itu.

Amani memalingkan kepalanya.Amirul berada di depannya.

“ Ya berdua je.Ada nampak bertiga ke? ” perli Amani.

Amirul tersenyum.

“ Amboi,dah pandai perli orang. ” ucap Amirul.

Amani mendiamkan diri.Amirul melihat Aryan di dalam stroller bayi itu.Aryan memandang papanya.Dia ketawa.

“ Aryan!Handsome lah anak papa ni.Meh dukung nak?  ” Amirul mendepangkan tangannya.

“ Biarlah dia kat sini. ” ucap Amani.

Amirul memandang Amani.

“ Biarlah saya nak pegang dia.Tak salah kan?Lagi pun dia anak saya juga.Berbinkan nama saya.Suka hatilah saya nak ambil dia ke tak? ” ucap Amirul selamba.

Amirul mengambil Aryan dari stroller bayi itu perlahan-lahan.Amirul membawa anaknya itu menikmati udara.Amani mengetapkan giginya.

“ Nasib Aryan tu anak kau.Kalau anak aku sorang jangan harap lah kau dapat pegang. ” bebel Amani sendiri.

“ Tapi kalau anak aku.Bapanya siapa pula?Simpang malaikat 44 lah. ” bidas otaknya pula.

” Mamanya lambat,Aryan dan papa dah laju dah jalan. ” jerit Amirul.

Amani merenung Amirul dari belakang.

“ Dasar jebon.Bila masa pula aku bini kau?Panggil jela Amani.Bukan aku dengan dia dah bercerai ke?Mimpi agaknya. ” bebel dia sendiri.

“ Mama cepatlah.Nak kena tinggal ke? ” usik Amirul.Sengaja Amirul mengusik Amani.

Amani menjeling Amirul.

“ Amboi,garangnya.Aryan tengok mama tu garang betul. ” ucap Amirul kepada Aryan.

Aryan ketawa seolah-olah memahami apa yang dikatakan oleh papanya.

“ Stoplah panggil saya macam tu.Panggil jela nama saya.Tak perlu nak panggil mama bagai.Saya bukan isteri awak.Awak kalau nak datang cari pasal dengan saya.Tak payah datang.” kata Amani.

Amirul terus terdiam.Dia meletakkan Aryan di stroller bayi itu.Amirul memandang Amani.

“ Okay.Saya minta maaf.Saya nak bergurau je. ” ucap Amirul.

“ Bergurau?Saya dan awak tak ada kaitan tau.Cuma sebab Aryan je kita berjumpa. ” kata Amani.Amirul memandang Amani.

“ Sekarang saya nak tanya awak.Tak ada sikit ke rasa sayang awak pada saya?Takkan kita nak hidup macam ni? ” kata Amirul.

” Saya lagi selesa macam ni. ” balas Amani.

“ Awak yang selesa macam ni!Tapi Aryan tak!Aryan kurang kasih sayang papa nya.Dia perlukan saya juga. ” ucap Amirul.

“ Awak nak marah saya pula sekarang ni?Siapa yang ceraikan saya dulu? ” soal Amani.

“ Saya tak nak bergaduhla kat sini. ” ucap Amirul.

“ Saya pun tak nak bergaduh tapi awak sengaja cari pasal dengan saya. ” ujar Amani.

“ Saya nak tanya awak lagi sekali?Awak nak kita macam ni je ke? ” soal Amirul.

Amani tetap dengan pendiriannya.

“ Cuba sekali tu dengar saya nak cakap.Awak tak beri saya peluang nak bercakap. ” ujar Amirul.

“ Peluang?Berapa banyak peluang saya bagi pada awak Amirul?Awak dah lupa ke?Masa Liyana dengan awak dulu?Erin dengan awak!Berapa banyak peluang saya dah bagi.Awak fikir diri awak je.Awk tak fikir saya yang jaga Aryan seorang diri.Awak keluar dengan Erin?Macam tu sebagai seorang suami? ” Amani memandang Amirul.

“ Awak fikir saya kena faham awak.Tapi awak tak pernah nak faham saya.Awak fikir awak seorang je yang penat.Saya yang seorang diri kat rumah tak penat ke?Dah la penat fizikal.Penat mental dengan awak.Awak ingat saya nak ke keadaan macam ni?Tipulah saya suka keadaan macam ni.Saya tak nak.Tapi keadaan yang memaksa saya jadi macam ni. ” bidas Amani.

“ Saya bersyukur dapat suami macam awak.Tapi kadang-kadang saya terpaksa tahan mental saya  dengan perangai awak.Saya tak minta banyak,minta awak boleh bertolak ansur dengan saya.Faham saya.Saya penat Amirul.Sebab itu saya emosi. ” kata Amani lagi.

Amirul terdiam.

“ Orang akan salahkan apabila isteri berkasar,melenting dengan suami.Tapi suami tak pernah nak faham isteri.Cuba sekali tu tanya isteri tu okay ke?Saya minta maaf.Saya dah malas nak cakap dengan awak.Kita bukan suami isteri.Awak buat hal awak.Saya buat hal saya. ” ucap Amani.

Amani terus menolak stroller bayi itu.Dia mengelap wajahnya.Amirul terus mengejar Amani.

“ Amani,tunggu.Awak pandang saya. ” kata Amirul.

Amani memandang wajah Amirul.

“ Saya tahu banyak yang awak pendam.Dan awak tak puas hati dengan saya.Tapi saya tak boleh hidup tanpa awak dan Aryan.Saya dah sedar Amani,saya punca masalah itu.Tapi sekali je peluang untuk saya.Saya nak tebus segala yang saya dah buat pada awak.Tolonglah bagi saya peluang.Saya dah janji dengan mama saya yang saya akan jaga awak sampai akhir hayat saya.Saya tak nak kita macam ni.Saya tahu mama sedih tengok saya.Apalagi bila tengok kita sekarang macam ni.Kita kahwin balik ya?Kita perbaiki apa yang kurang sama-sama ya? ” rayu Amirul.

Amani menundukkan wajahnya.

” Hati saya ni hanya ada awak je Amani.Saya tak ada perasaan pun pada Erin.Hati saya dah lama tawar pada dia.Sejak dia tinggalkan saya dulu.Liyana tu saya tak ada hati pada dia.Dia yang suka saya dulu.Saya memang anggap dia tu sebagai kawan je.Kita kahwin ya?Bagi saya peluang. ” pujuk Amirul lagi.

Amani terus pergi meninggalkan Amirul seorang diri.

Hai guys..done update bab 50..Lgi 2 bab novel ini akan tamat.so sis akan updte 2 bab lgi esok..n lusa sis update novel kedua dia iaitu Be Mine,Yaya..jgn lupa baca n komen...thankss

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience