Dato' Araman agak sibuk akan meeting yang bakal diadakan esok hari.Dia seharian berada di ofisnya.Erin memandang ofis Dato' Araman.Dia bekerja seperti biasa.
Sedang Erin menyiapkan kerja.Dato Araman memanggilnya.
“ Erin,masuk kejap. ” ucap Dato' Araman.
“ Baik dato. ” Erin melangkahkan kakinya menuju pejabat Dato' Araman.
Pintu diketuk.
“ Masuk.”
“ Ya dato.Ada apa-apa yang saya boleh bantu? ” ucap Erin.
“ Erin saya nak awak tengokkan sale kita bulan 1.Lepas tu saya nak awak bandingkan sale dari bulan 1 hingga bulan ni.Nak tengok berapa peratus yang naik dan turun.Kalau masih sama juga.Kita kena cari cara untuk naikkan produk kita. ” ucap Dato' Araman.
“ Baik dato. ”
“ Sebelum terlupa.Saya nak awak tengokkan jenama ARRI ni.Saya tengok bulan lepas menurun sedikit.Saya nak tahu punca penurunannya dari mana?So saya nak awak cari puncanya.Lepas tu baru kita cari cara lain untuk kekalkan penjualannya.Jenama ARRI ni dah sampai ke negara luar.Sebab itu ia agak membimbangkan kita.Even sedikit sale dia berkurang dah bagi impak yang besar pada syarikat kita dan AE HOLDINGS INTERPRISE. ” kata Dato' Araman lagi.
“ Okay dato.Ada apa-apa lagi yang nak tambah ke? ” Erin memandang Dato' Araman.
“ Buat masa sekarang tak ada.Nanti apa-apa saya panggil awak. ” ujar Dato' Araman.
” Okay.Saya minta diri dulu.”
Pintu pejabat itu di tutup.Erin terus kembali ke tempat duduknya.Sesekali dia memerhati Dato' Araman.
Kau tunggu masa kau akan tiba.Tak lama je lagi.
****************************
Terlihat Mak Lang Siah sedang memasak.Adha yang baru pulang membawa sesuatu dalam bungkusannya.
“ Assalamualaikum mak,ni Adha ada dapat sikit ikan.Tadi saja je memancing.Dapat lah juga.Tapi tak adalah banyak mak. ” ucap Adha.
Mak Lang Siah melihat Adha.
“ Alhamdulillah ada juga rezeki untuk kita makan hari ni. ” ucap Mak Lang Siah.
“ Adha. ” panggil Mak Lang Siah.
“ Ya mak. ”
“ Awin tak ada beritahu ke bila balik?Lama juga dia kat sana.Risau pula mak. ” ucap Mak Lang Siah.
“ Tak ada pula mak.Mak janganlah risau.Dia baik-baik je kat sana.Lagipun Aini pun ada. ” ujar Adha.
“ Iyalah.Mak bukan apa.Awin tu mana pernah pergi KL.Tu yang mak risau.Kalau ada Aini tak apalah.Lega hati mak ni. ”
Adha tersenyum.
“ Tak apalah mak.Adha nak pergi rumah mak kejap.Nanti Adha balik.Mak tu dah tak berapa sihat abah cakap.Tu yang Adha nak tengok-tengokkan dia. ” ujar Adha lagi.
“ Iyalah.Hati-hati. ”
“ Baik mak. ”
Adha mengangguk lalu tersenyum.
***************************
“ Assalamualaikum. ” ucap Adha memberi salam.
“ Waalaikumsalam. ” jawab Pakcik Jusoh.
“ Siapa tu bang? ” soal Makcik Senah.
“ Ni Adha. ”
Adha masuk ke dalam rumah.Dia melihat maknya yang kurang sihat itu.
“ Mak. ” Adha mencium tangan maknya.
“ Mak sihat? ” soal Adha.
“ Alhamdulillah.Dah sihat sikit.Kalau tak lagi teruk dari semalam.Ni pun ayah kamu ni suruh juga telan ubat.Macam dia tak tahu je mak tak suka makan ubat.Tapi dah kena berleter dengan dia.Terpaksalah makan juga. ” ucap Makcik Senah.
Adha tersenyum.
“ Mak kena makan ubat.Cepat sihat ye mak.Adha risau tengok mak. ”
“ Tak adalah.Mak bukannya sakit teruk.Demam je.Adha,Awin tak balik lagi ke? ” Makcik Senah memandang wajah Adha.
“ Tak mak.Belum lagi.Tapi dia ada mesej Adha.Dia dah makin pulih dah.Nanti dia balik.Tapi tak tahu bila! ” jelas Adha lagi.
“ Tak apalah.Biarlah dia ubat hati dia tu.Mana tahu Aini boleh ubahkan dia.Tak ada manusia yang nak jadi macam tu.Tu mungkin khilaf dia.Adha masih marahkan dia lagi ke? ”
Adha terdiam.
“ Mak faham.Adha marahkan dia.Tapi dia tetap isteri Adha.Adha kena bimbing dia juga. ” ucap Makcik Senah.
” Iya mak.Mak jangan risau.Adha takkan tinggalkan Awin.Awin tu pertama dan terakhir bagi Adha.Adha cuma cari masa yang sesuai untuk bersemuka dengan dia.Biarlah dia kat sana dulu.Nanti dia balik sini.Adha cuba bawa berbincang dengan dia. ” ucap Adha lagi.
“ Baiklah kalau macam tu.Bagus. ”
“ Mak nak minum tak?Adha buatkan air. ” Adha ingin bangun
” Eh tak apa.Mak baru je lepas minum.Kenyang lagi ni. ”
“ Adha ke dapur kejap.Mak rehatlah dulu.Nanti Adha balik rumah sana.Kesian mak seorang diri kat sana.”
Makcik Senah mengangguk kepalanya.Dia melihat Adha berlalu ke dapur.Dia yakin pasti ada hikmahnya semua yang terjadi ini.Doanya dalam hati.
Assalamualaikum Hye..Sory author busy skit.bru blh update
Share this novel