Bab 36 ( dalang )

Romance Series 36483

Mak Lang Siah sedang leka mengemas di dapur.Sedang leka mengemas,terdengar loceng pintu di tekan oleh seseorang.Mak Lang Siah pun bergerak ke arah pintu.

Pintu kayu yang tersergam indah itu di bukanya.Kelihatan sosok tubuh seseorang di hadapannya.Lelaki itu memusingkan badannya.Mak Lang Siah menatap lelaki yang berusia 50-an itu.

“ Assalamualaikum,Amirul ada ke? ” ucap Dato' Araman.

“Waalaikumsalam,ada.Sebentar ya! ” jawab Mak Lang Siah.

Ketika itu,kelihatan Amirul yang sedang menuju ke pintu.

Amirul menyapa Dato' Araman.

“ Dato,silakanlah masuk.” ucap Amirul.

“ Ya,terima kasih.” Dato' Araman mengerling Mak Lang Siah yang berada di sebelah Amirul.

Amirul perasan akan wajah Dato' Araman itu.Dia memperkenalkan Mak Lang Siah itu kepada Dato' Araman.

“ Dato,ni Mak Lang Siah.Mak saudara Amani yang kat kampung tu.” kata Amirul.

“ Oh iya.Baru perasan ada iras-iras muka Amani.Assalamualaikum,saya Araman..”  Mak Lang Siah mengangguk kepalanya tanda salam perkenalan.Mak Lang Siah kembali mengemas di dapur semula.

Amirul seperti sedang sibuk membincangkan tentang mesyuarat secara besar-besaran yang akan diadakan olehnya bersama Dato' Araman nanti.Mesyuarat kali ini telah menggabungkan beberapa syarikat terkenal untuk saling bekerjasama demi menaikkan jenama terbaru yang akan diperkenalkan oleh mereka nanti.

“ Amirul,jenama terbaru ni kita memang bergabung dengan beberapa syarikat.Kamu rasa boleh pergi sejauh mana jenama terbaru ni?” ucap Dato' Araman.

“ Ikut yang saya dah bincangkan.Jenama terbaru ni kualitinya sangat bagus.Pada mata kita ia amat sempurna.Jenama ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis produk.So kalau saya nak buat untuk makanan pun sesuai digunakan.Mungkinlah dengan cara ni syarikat kita akan makin dikenali oleh rakyat atau pun orang luar.”  jelas Amirul.

“ Bagus juga idea itu.Tapi pendapat kamu,kalau jenama ni tak capai yang kita dah target ni macam mana pula?Adakah kita kena bayar ganti rugi?Sebab ini melibatkan beberapa syarikat yang terkenal.Uncle sebenarnya risau kalau jenama ini tak dikenali oleh orang kita.You know why,orang kita ni dia ada satu sifat tak nak support barang-barang kita iaitu produk tempatan.Pada mereka barang kita dianggap low class.Tak seperti barang-barang yang lain yang diimport dari luar negara.” ucap Dato' Araman dengan wajah yang kerisauan.

“ Uncle,saya faham apa yang uncle nak sampaikan pada saya.But kali ni bagi kepercayaan kepada saya sepenuhnya.Saya pun tak berapa nak yakin juga.Tapi tidak salah untuk kita mencuba.Tak bermakna kita gagal untuk selamanya uncle.Hidup ni kita sendiri kena mencuba.Kalau tak cuba macam mana kita nak berjaya.Betul tak uncle? ”

Dato' Araman mengangguk kepalanya.

“ So saya decide kita buat saja mana yang kita mampu.Kalau tak ada rezeki sampai situ je ia berhasil,saya redha.Yang penting jangan give up.Uncle jangan risau,saya akan bertanggungjawab atas semua ini.Saya takkan lepas tangan macam tu je uncle.And saya tahu apa kesannya yang akan terjadi.So saya dah fikir masak-masak dan ni keputusan saya.” kata Amirul.

“ Bagus Amirul.Uncle bangga dengan kamu.Kalau ada papa kamu dia pasti bangga dengan apa yang kamu dah buat. ” ujar Dato' Araman lagi.

“ Saya rasa saya ni biasa je uncle.Saya ni yang menumpang harta papa.Saya tak ada apa-apa pun.Cuma inilah yang papa tinggalkan pada saya untuk sambung tempatnya pula.Saya tak sehebat papa.Papa dia banyak berikan yang terbaik untuk syarikatnya.” kata Amirul.

“ Kamu pun setanding papa kamu.Banyak yang kamu berikan pada syarikat.” ucap Dato' Araman pula.

Amirul tersenyum.

“ Apapun uncle support kamu dari belakang.Good luck.” kata Dato' Araman.

“ Thanks uncle.” Mak Lang Siah menghidangkan minuman untuk mereka berdua.

“ Jemput minum dato. ” kata Mak Lang Siah.

“ Terima kasih. ” Dato Araman dan Amirul menghirup air yang telah dihidangkan itu.

Mak Lang Siah berlalu pergi.Dato Araman memandangnya sehingga hilang dari pandangan.

*******************

Hari yang ditunggu-tunggkan telah pun tiba.Amirul menarik nafasnya.Dia membetulkan pakaiannya itu.

“ Semoga semua ini berjalan dengan lancar. ” detik hatinya.

Amirul masuk ke dalam bilik mesyuarat itu.Bilik yang agak luas itu dilihatnya.Dia ternampak Dato Araman yang menantinya.Amirul cuba meneliti seorang demi seorang daripada mereka.Dia memberikan senyuman kepada mereka.

Saat dia sedang memerhati,Amirul terlihat seseorang yang sangat dikenalinya.Erin memandang wajah Amirul.Ketika itu Amirul menarik nafasnya dengan dalam.Dia bersalaman dengan mereka.

“ Assalamualaikum dan salam sejahtera.Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke mesyuarat kita kali ini.Saya Amirul Ezani selaku CEO AI INTERPRISE amat berbesar hati kerana kali ini syarikat AI INTERPRISE dan AA INTERPRISE bergabung untuk menghasilkan jenama terbaru.Dan saya mengucapkan terima kasih kerana sudi bekerjasama untuk menghasilkan jenama produk yang bakal dikeluarkan oleh kami.” kata Amirul.

“ Saya tahu mungkin jenama ini tidak terkenal seperti jenama-jenama yang ada.Tetapi jenama ini akan memudahkan bagi rakyat untuk aktiviti seharian mereka ataupun mudah bagi mereka  untuk mengenali kita lebih lagi.Sebab jenama ini tidak seperti jenama lain yang telah di khaskan untuk sesuatu produk itu sahaja.Jenama ini dikatakan seperti ”majoriti”.“Majoriti” ini bermaksud ialah keseluruhan.Apabila terjadi “majoriti” ia menegaskan pada kita yang jenama ini boleh di gunakan tidak kira produk itu produk makanan mahupun produk barangan seperti perabot.Saya beri contoh jenama AI INTERPRISE.AI INTERPRISE dia melebihkan kepada produk makanan sahaja.Manakala AA INTERPRISE menghasilkan produk minuman.”

Mereka yang berada di situ mengangguk faham.

“ Apabila AI INTERPRISE dan AA INTERPRISE digabungkan akan mengeluarkan jenama yang lebih bagus dan berkualiti.So jenama yang telah saya berikan ialah “ ARRI ”. “ ARRI ” amat sesuai jika digunakan sebagai jenama untuk sesuatu produk.Sebagai contoh untuk produk elektronik juga.Selain itu pihak kami telah mewujudkan satu website yang dinamakan sebagai “ ARRI.COM ”.Website ini akan dipantau oleh syarikat kami terutama AI INTERPRISE.Di website ini juga,kami akan menunjukkan perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat sahaja.Sebagai contoh untuk remaja masa kini yang mencari sumber rujukan belajar.Kami akan menambahkan lagi pengetahuan tentang pelajaran mereka.Pada saya “ ARRI ” cukup sempurna untuk dijadikan sebuah jenama.Dan ia amat statik apabila dikenali oleh orang ramai.Itu sahaja yang saya ingin sampaikan.Sekian terima kasih.” jelas Amirul.

Mereka yang berada di situ bertepukan.Dato Arman memandang Amirul lalu memberikan senyuman.

“ Itu sedikit sebanyak yang disampaikan oleh Encik Amirul Ezani.Saya sebagai  CEO AA INTERPRISE amat berbangga kerana tidak ada dalam sejarah,terciptanya sebuah jenama yang boleh digunakan untuk berbagai jenis produk.Dan tidak di sangka Encik Amirul kita mempunyai idea yang amat menakjubkan.Saya harap “ ARRI ” akan memberikan sinar atau kejayaan kepada syarikat kita.” ucap Dato' Araman.

Mereka pun meneruskan lagi perbincangan mereka itu.Apabila selesai sahaja mesyuarat itu,mereka pun bersurai.Amirul ingin keluar tetapi dipanggil oleh Dato' Araman.

“ Mirul,tunggu kejap.Uncle nak cakap dengan kamu.” ujar Dato' Araman.

Dato' Araman menghampirinya.Dia menjabat tangan Amirul.

“ Tahniah. ” Dato' Araman tersenyum.

“ Terima kasih uncle.Saya harap jenama ARRI akan dikenali oleh orang ramai.Dan syarikat kita akan saling bekerjasama antara satu sama lain.” kata Amirul.

Dato' Araman mengangguk.Erin yang berada di situ menjadi pemerhati.

“ Tahniah Amirul.Semoga berjaya.” ucap Erin dan berlalu pergi.Amirul tersenyum.

Dato' Araman memandang mereka berdua dan pergi dari situ.

********************

Dato' Araman merenung ke luar tingkap ofisnya.Dia memandang keluar.Di fikirannya memikirkan sesuatu.

“ Aku tak kisah tentang jenama yang dia nak jayakan itu.Yang aku tengah fikir macam mana nak bagi dia rapat dengan Erin semula?Kalau aku dapat jatuhkan dia.Automatik AI INTERPRISE jatuh dalam tangan aku.Tapi sebelum dia jatuh,aku akan jadikan Erin sebagai dalang atas semua ini.” Dato' Araman memikirkan sesuatu.Dia memanggil Erin masuk ke dalam pejabatnya.

“ Erin saya nak minta you fokuskan kepada ARRI sebab saya agak sibuk sekarang ni.Saya akhir-akhir ni banyak kena keluar meeting.You tau yang produk kita ni makin berkurang.Sale kita juga makin jatuh.So saya nak fokus kepada produk kita.Dan saya nak you fokus kepada ARRI.So apa-apa yang berkaitan dengan ARRI dibawah you.Kalau Amirul nak berurusan semua dengan you.Kiranya you yang akan handle semua tentang ARRI.You faham? ” kata Dato' Araman.

“ Maksud dato saya yang akan handle semua berkaitan dengan ARRI?” soal Erin.

Dato' Araman mengangguk.

“ Tapi macam mana saya nak tahu apa yang AI INTERPRISE akan keluarkan? Saya bukan tahu apa plan mereka dan saya tak ada dalam group.Lagipun mesti mereka terkejut sebab sepatutnya dato yang handle ARRI.Kalau saya yang handle nanti mereka pelik pula?” kata Erin.

“ Soal itu you jangan risau,saya akan uruskan.Saya akan beritahu Amirul.So nanti apa-apa you berurusan terus dengan Amirul.” kata Dato' Araman lagi.

Erin menganggukkan kepalanya.

“ So you boleh ke ambil alih untuk ARRI?Sebab ARRI bukan produk yang kecil.You tahu kan jenama ini boleh menguasai semua jenis produk.Kalau jenama ini berjaya dikenali orang, syarikat kita akan naik.Dan mungkin saya akan naikkan gaji you kalau you pasarkan kepada orang ramai.Saya pilih you sebab saya tahu kelebihan you. ”

Erin berasa agak ragu-ragu.Namun dia memikirkan jika dia berjaya memasarkan jenama ARRI,gajinya akan di naikkan.

“ Baik dato.Saya bersetuju.Dan saya akan bertanggungjawab demi ARRI dan syarikat kita.” jawab Erin.Dato' Araman mengangguk lalu tersenyum.

“ Nanti saya akan inform pada Amirul.So you ambil dokumen ini.” Erin mengambil dokumen dan berlalu pergi.

Dato' Araman tersenyum.Dia memusingkan kerusinya itu.

“ Aku akan pastikan kau jatuh Amirul.Kalau Azman pun aku boleh jatuhkan inikan kau.Azman pun boleh mati.Engkau lebih dari itu aku boleh buat.” Dato' Araman tersenyum.

“ Aku tahu cinta kau terhadap Erin sangat kuat.Kau terima Amani sebab kau nak lupakan Erin.Tapi kau lupa hati kau terlalu sayang pada Erin.Kau cuba menafikan.Tapi pandangan kau pada dia penuh makna.”

********************

“ Encik Amirul,betul ke bukan Dato' Araman yang handle ARRI?” soal Mimi.

“ Ya.Saya baru dapat inform dari dato sendiri.Erin yang akan ambil alih berkaitan dengan ARRI.Dato dia agak sibuk.Dia banyak nak uruskan tentang syarikatnya.Kita pun tahu produk dia banyak yang dah jatuh.So dia nak fokus kepada produk syarikatnya sahaja.” ucap Amirul.

“ Tapi kan bos kalau Erin yang ambil alih,dia kena berjumpa dan berurusan dengan bos.” ujar Mimi.

“ Ya saya tahu.”

“ Maksud saya dia kan bakal isteri tak jadi bos.Bos okay ke?” ucap Mimi lagi.Naufal mengerling wajah Mimi.

“ Saya tak ada masalah.Perkara dah lepas dah.Takkan sebab hal peribadi saya nak gabungkan dengan kerja pula.Lagipun dia dan saya dah lama.Tak ada kaitan dah pun.” ucap Amirul lalu masuk ke dalam ofis.

“ Kau ni Mimi,tak payah lah sebut tentang hal lama tentang bos.Kau tengok bos tu.” ucap Naufal.

“ Aku bukan apa.Aku syak Erin tu yang sengaja cakap kat Dato' Araman pastu dia masih nak ganggu Encik Amirul.Kauorang tak pelik ke?Aku pelik.” ucap Mimi.

“ Yang pelik tu kau.Kitaorang okay je.” celah Fahmi.

“ Lantak kauorang lah tak nak percaya.Nanti kalau sale kita tak cukup ke apa.Jangam tanya aku ye?Aku tak percaya Erin tu.Tu je.” ucap Mimi lalu duduk di tempatnya.

Aini menggelengkan kepalanya melihat Mimi.

Amirul termenung seketika.

Assalamualaikum guys sorry.author busy..Bru dpt nk updte next chapter..jgn lupa baca n komen ye..tq

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience