Bab 44 (Amirul tahu perkara sebenar?)

Romance Series 36483

Erin sedang menonton televisyen.Tiba-tiba telefonnya berbunyi.Erin yang sedang mengunyah keropok terus berhenti apabila terlihat nama si pemanggil itu.

Dia melembutkan suaranya.

“ Hello,ya Amirul.Kenapa call? ” kata Erin.

“ Jom teman saya makan boleh?Saya lapar. ” ucap Amirul.

“ Pergi makan?Sekarang? ”

“ Ya.Sekarang!Kenapa?Awak sibuk ke?Tak apalah kalau saya ganggu.” ucap Amirul.

” Kejap.Bagi saya 10 minit. ”

“ Okay.Sikit lagi saya sampai. ” Amirul terus menutup telefonnya.

” Macam mana Along? " ucap Amar.

“ Lancar. ” Amirul tersenyum.

” Sekarang ni along nak dalang sebenarnya muncul.Tengok apa aku akan buat.Dia main kasar.Kita pun kena main kasar.Sekarang Along akan berlakon yang along percayakan Erin.Amar buat macam apa yang kita dah plan ye.”

Amar mengangguk.

“ Dia ingat aku bodoh.Aku lebih bijaklah.Ini Amirul Ezani lah.Aku kan terkenal sebab pandai berlakon.Dia lupa ke? ” Amirul melajukan keretanya.

Mereka pun sampai di destinasi yang dituju.

Erin memandang sekeliling kawasan itu.Keadaan di situ gelap gelita.

“ Amirul,awak kata nak pergi makan kan?Ni kat mana?Awak buat lawak ke?Kenapa kat hutan? ” soal Erin bertubi-tubi.

“ Kita nak makan lah ni.Jom. ”

“ Awak serius lah?Awak main-main ye?Jangan nak buat lawaklah kat sini.Tak kelakar. ”

Ingin sahaja Amar menamparnya tetapi Amirul menepuk bahu Amar.Amirul menggelengkan kepalanya.

“ Jomlah cepat. ” ucap Amirul.

“ Taknak.Awak cakap kat saya tadi nak pergi makan?Ni kat hutan.Mana ada makanan. ”

Amirul terus menarik lengan Erin dengan kasar.

“ Aduh sakitlah.Awak kenapa tarik tangan saya.Sakit tahu tak? ” ucap Erin.

” Kalau sakit.Ikut saja saya cakap.Tak dengar ke. ” marah Amirul.

Erin terdiam.Amirul membuka pintu rumah itu.Terlihat seseorang di dalam rumah itu.Erin tidak mahu masuk ke dalam tetapi Amar menarik lengannya.

“ Ishh,sakitlah Amar.Korang berdua nak buat apa kat saya ni? ” Erin sudah risau.

“ Siapa tu?Erin? ” Erin terus memalingkan badannya mencari suara itu.

Erin terlihat seorang wanita duduk di atas katil seorang diri.Kakinya diikat.Erin mendekati wanita itu.Amirul membuka lampu.

Erin terkejut melihat maknya Puan Izra berada di situ.

“ M...mama.Mama buat apa kat sini?Apa yang dah jadi dengan mama ni?Siapa yang buat mama? ” Erin melihat badan maknya sudah menjadi susut seperti sudah lama tidak makan.

“ Mama!Siapa buat mama.Mama cakap kat Erin!Biar Erin ajar dia. ” teriak Erin.Dia meraung apabila melihat keadaan mamanya itu.

“ Dato' Araman yang buat mama awak Erin. ” ucap Amirul.

Erin memandang wajah Amirul.

“ Dato' Araman? ” tangan Erin menggeletar.Dia ingin bangun tetapi di halang oleh Amirul.

“ Sekarang saya nak awak cerita dari mula sampai akhir.Apa kena mengena awak dengan dia?Awak bersubahat dengan dia ke?Tentang apa?Saya nak awak cerita sekarang juga.Kalau tak saya akan bawa awak ke balai polis atas tuduhan bersubahat. ” ucap Amirul dengan nada keras.

Erin terdiam.

“ Baik saya akan cerita dari mula sampai akhir.Kalau itu yang awak mahu. ”

“ Saya datang ke KL sebab nak balas dendam kepada Dato' Araman.Kerana dia papa saya mati.Mati diburu oleh ahlong di syarikat Masda HOLDINGS.Yang jadi kaitannya papa saya nak buat projek baru di Putrajaya.Tapi tak cukup terpaksa minta sedikit dari A&A HOLDINGS iaitu dari Dato' Araman.Tapi yang tak disangka Dato' Araman menipu papa saya.Wang yang diberi bukan milik syarikat dia tetapi milik ahlong. ” Erin menarik nafasnya.

“ Sampai lah sekarang kami masih diburu pihak ahlong.Saya terpaksa cari kerja ke sini sebab nak sara kami dua beranak.Sebab tu saya kerja dengan Dato' Araman.Tapi saya tak sangka dia lebih bijak.Dia tahu tujuan saya kerja dengan dia sebab nak balas dendam.Lepas saya jumpa awak,dia minta saya yang ambil tempat untuk jenama ARRI supaya saya dapat jumpa awak.Ya saya masih ada lagi rasa sayang pada awak.Sebab itu,Dato' Araman gunakan saya untuk hancurkan rumah tangga awak.Kalau saya tak buat dia akan apa-apakan mama saya.Saya tak ada pilihan.Saya terpaksa buat.Memang banyak saya dapat.Tapi bila saya tengok mama jadi macam ni.Saya tak sanggup. ”

Erin memandang Amirul.

“ Amirul,Dato' Araman nak musnahkan awak.Dia nak jatuhkan awak.Dia nak kan syarikat papa awak.Serta rumah yang awak tinggal tu.Sebab itu dia buat semua ni.Dia pergunakan saya untuk semua ni.Dia janji dengan saya kalau saya dapat tawan hati awak.Dia akan bagi saya jadi CEO A&A HOLDINGS.Tapi dia menipu.Dia belit cerita.Dia nak kongkong semua harta.Amirul awak dalam bahaya.Dia tahu yang Amani sudah tahu tentang dia.Mungkin Amani atau anak awak yang akan jadi mangsa dia.!” ucap Erin.

Amirul terus memandang Erin.

“ Amani? ”

“ Amani dah tahu lama dah Along.Cuma Along je yang tak tahu.Dia ada je kat sekitar sini.Cuma dia tak nak sesiapa tahu tentang dia.” celah Amar pula.

“ Amar?Kenapa tak cakap pada along tentang semua ni? ” Amirul memegang bahu Amar.

“ Sebab taknak Amani yang jadi mangsa.Sebab itu dia minta cerai dengan along.Along lupa kenapa dia minta along ceraikan dia? Sebab dia dah tahu sesuatu. ” Amirul terduduk.

“ Amirul,saya minta maaf.Kerana saya awak dan Amani bercerai.Saya tak ada niat pun.Mungkin sebab dulu saya pergi macam tu tinggalkan awak.Saya minta maaf. ” ucap Erin.

“ Erin,kita bincang hal ni lain kali.Saya nak settlekan dalang sebenarnya.Awak jangan masuk campur dah lepas ni. ”

“ Along,tak boleh juga.Kita kena jatuhkan Dato' Araman.Kena suruh Erin juga.Erin kena berlakon macam tak ada apa-apa yang jadi.Erin sekarang kita jatuhkan Dato' Araman sama-sama.” ucap Amar.

“ Ye.Mungkin kalau saya seorang,saya tak mampu.Kalau ada orang yang tolong kita boleh jatuhkan dia. ”

“ Mak,Erin tekad nak balas dendam pada Dato' Araman.Erin nak dia rasa macam mana papa rasa.Apa pun jadi-jadilah.

Puan Izra memandang wajah anaknya itu.Erin mendapat semangat.

********************

Amani dan Darwina membawa Aryan mencari baju.Mereka sudah berjanji untuk mencari baju Aryan.Darwina menolak stroller bayi itu.Amani sedang melihat baju-baju yang tergantung itu.Cantik.Desisnya.

Darwina memilih baju untuk Aryan.

” Amani,ni cantik tak? ” Darwina menunjuk baju di tangannya.

“ Cantik.Warna baby blue.Sesuai untuk Aryan. ”

” Yang ni pun cantik juga.Warna mint green.Cantik-cantiklah baju kat sini.Geram pula tengok. ” ucap Darwina.

Amani tersenyum.

“ Awin belilah satu. ” kata Amani.

“ Eh!Anak pun tak ada lagi.Takkan nak beli pula.” jawab Darwina.

“ Awin anak,ajal,jodoh,rezeki semua ni Allah yang bagi.Kalau Allah nak bagi.Dia akan bagi.Tak ada yang mustahil.Cuba beli satu.Mana tahu Awin dan Adha dapat ke nanti.Kita tak tahu. ” kata Amani lagi.

” Awin tengok-tengok dulu.Kalau ada yang berkenan,Awin beli dulu.Simpan. ” ucap Darwina.Tampak ceria wajahnya.

Amani faham akan sepupunya itu.

“ Ni cantikkan?Warna purple.Purple lelaki perempuan boleh pakaikan Amani? ” soal Darwina.

“ Ya.Dua-dua boleh je. ”

“ Awin ambil yang inilah.Simpan dulu. ”

Amani mengangguk.

Mereka pun membayar baju itu.Selesai itu,Amani ingin membawa Darwina ke suatu tempat.Tetapi kerana tempat itu agak panas,dia terpaksa meninggalkan anaknya bersama Aini sebentar.

” Amani,kita nak pergi mana?Aryan tak bawa sekali ke? ” tanya Darwina.

“ Amani nak jumpa seseorang kejap.Malas nak bawa Aryan.Kat situ panas.Kesian dia.Tu yang minta Aini jaga dia sekejap. ”

Darwina mengangguk.Mereka pun telah sampai.

“ Okay.Dah sampai.Jom ikut Amani. ” Amani menarik tangan Darwina.

“ Kita buat apa kat sini Amani?Amani jangan cakap kita buat jahat pula? ” Darwina sudah memandang polis-polis yang berada di situ.

“ Bukanlah.Kita bukan buat jahat.Orang kalau buat jahat,dia dibawa polis.Kita ni datang ke sini sendiri. ” jawab Amani.

“ Awin tunggu sekejap tau.Amani nak jumpa seseorang. ”

Darwina mengangguk perlahan.Dia memerhati bangunan itu.Entah mengapa Amani membawanya ke sini?

Beberapa minit kemudian,Amani memanggil Darwina.

“ Awin,sini.Ada orang nak jumpa. ” ujar Amani.

“ Orang?Siapa? ” Darwina pun masuk ke bilik itu.Dia terlihat ada kerusi di situ.Darwina perasan ada seseorang yang sangat dikenalinya.

“ Abah! ” Darwina melihat Pak Lang Jalil di hadapannya.Pak Lang Jalil tersenyum memandangnya.

“ Abah kat sini ke selama ni? ” soal Darwina.

Pak Lang Jalil mengangguk.

“ Abah ceraikan mak sebab abah masuk penjara ke? ” soal Darwina lagi inginkan kepastian.

“ Ya. ”

“ Kenapa abah ceraikan mak?Awin minta maaf,sepatutnya Awin tanya abah sihat ke? ” Darwina berasa serba salah.

Pak Lang Jalil menggelengkan kepala.

“ Abah okay je Awin.Tak apa.Awin tanya je.Abah jawab. ”

Darwina memandang ayahnya.

“ Kenapa abah ceraikan mak? ”

“ Sebab abah berdosa sangat.Abah tak bimbing keluarga kita.Abah buat semua ni.Untuk dia juga.Dia menyesal kahwin dengan abah.Abahkan kaki judi.Siapa je yang tak kenal abah?Lepas mak kamu halau abah.Abah tak ada tempat tinggal.Duit pun tak ada.Abah mencari kerja.Tolong meracun kebun orang.Dapatlah sikit duit abah.Tu pun abah minta orang bagi kan pada mak kamu.Abah tak bagi dia cakap abah yang bagi.Abah suruh dia cakap ada orang sedekah. ” Darwina memandang ayahnya.

“ Lepas itu,abah dah nekad.Tak nak berjudi dah.Abah dah tak nak balik ke rumah.Sebab abah tahu,abah akan menyusahkan kamu semua.Satu je cara abah buat.Abah datang ke balai polis.Serahkan diri.Polis semua terkejut.Mereka serba salah nak penjarakan abah.Tapi dari abah hidup tak tentu arah.Baik abah duduk kat dalam ni.Banyak benda abah buat.Abah dapat tahu mak kamu meroyan.Sebab tak tahu abah kat mana.Abah fikir abah ceraikannya.Tu je cara terbaik. ” jelas Pak Lang Jalil.

“ Abah sayang kamu semua.Tapi abah silap.Abah terlalu lalai dengan dunia.Tidak kisah dengan apa yang dah jadi pada kamu,mak kami dan Amani.Abah sebagai ketua keluarga kena bentuk keluarga abah.Tapi abah sendiri pun tenggelam!Macam mana abah nak bentuk keluarga abah?Abah tahu banyak dosa abah pada Awin dan mak.Awin,maafkan abah sebab gagal jadi ayah yang terbaik.Gagal jadi ketua dalam keluarga kita. ” ucap Pak Lang Jalil.

“ Abah bersyukur dapat jumpa anak abah.Amani dah cerita semua pada abah apa yang dah jadi pada Awin.Awin,Awin je anak abah.Abah tak ada anak lain dah.Awin berubah ya.Awin beruntung dapat suami macam Adha.Adha masih boleh terima baik buruk Awin.Awin jangan jadi macam abah.Tak baik.Dengar cakap suami.Buang perkara yang merosak iman kita.Perbaiki diri.Jaga mak ya.InsyaAllah kalau umur abah panjang.Abah balik jumpa mak kamu.Cakap kat mak kamu abah sihat je kat sini. ” kata Pak Lang Jalil.

Darwina mengangguk.Air matanya mengalir.Amani mencuba menahan air matanya.Inilah yang diinginkannya selama ini.

“ Boleh tak Awin nak peluk abah?Sekejap pun jadilah!Boleh tak? ” ucap Darwina.

Amani meminta polis itu memberi ruang kepada Darwina untuk memeluk ayahnya.Pintu telah di buka.Pak Lang Jalil keluar.Darwina mendekati ayahnya.Dia terus memeluk ayahnya dengan erat.

“ Abah,abah cepat keluar tau.Awin nak kita jadi macam dulu balik.Kita makan sama-sama ye?Awin rindukan abah. ” ucap Darwina sambil memeluk ayahnya.

” Ya.Nanti abah dah keluar.Kita jumpa mak ya.Kita makan sama-sama.Abah sayang anak abah ni. ” Pak Lang Jalil mengucup dahi anaknya itu.

Amani memerhati dari jauh.Dia tersenyum gembira.Melihat anak beranak itu bersua.Pak Lang Jalil memandang Amani.Amani mendekati mereka.Pak Lang Jalil menepuk bahu Amani.

“ Terima kasih Amani.Bagi Pak Lang jumpa Awin. ” Amani mengangguk.

Betullah kata orang.Jahat manapun seseorang itu.Jangan pernah melihat masa lalunya.Tetapi lihatlah masa depannya.Kerana kita tidak tahu bagaimana masa depan kita!

*********************

Darwina tersenyum sepanjang perjalanan.Amani mengerling Darwina.

“ Awin,okay ke? ” ucap Amani.

“ Okay je. ”

“ Amani! ” Darwina memandang Amani.

“ Ya. ”

“ Terima kasih. ”

“ Terima kasih?Sebab? ” soal Amani hairan.

“ Sebab bawa Awin jumpa abah.Dah lama Awin sangat Awin tak jumpa dia.Hari ni lepas semuanya. ” ucap Darwina perlahan.

“ Tak ada masalah pun Awin.Kalau Awin nak jumpa lagi

“ Kalau Awin nak jumpa lagi.Beritahu Amani tau!Amani boleh je bawa ke sini lagi.” kata Amani.

” Terima kasih Amani.Kalau Mak Lang tahu mesti dia happy.Awin tahu Mak Lang rindukan abah.Tapi dia ego. ” ucap Darwina.

Amani tersenyum.

“ Mak Lang kan memang perangai macam tu.Ego tu mesti ada.Kalau tak takkan orang kampung tak kenal Mak Lang. ” ucap Amani.

Darwina tertawa kecil.

“ Ya,betul.Mak Lang memang ego.Memang tak boleh dinafikan.Tapi perkara dah jadi kan.Nak buat macam mana. ”

“ Tak apa Awin.Selagi mereka masih ada.Kita hargai mereka.Ambil berat tentang mereka.InsyaAllah banyak pahala buat kita sebagai anak. ” kata Amani.Darwina mengangguk kepala.

“ Dahlah.Lambat pula nak sampai rumah.Amani takut Aryan merengek nak susu je ni.Kena cepat ni. ” kata Amani.

Kereta meluncur dengan laju.,

Assalamualaikum n morning..author dh update..jgn Lupe komen ni baca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience