Bab 49 ( misi berjaya )

Romance Series 36483

Dato' Araman sedang menaiki tangga lalu berdiri di depan pintu sebuah bilik.Andy bodyguardnya membuka pintu.Dato Araman terus masuk ke dalam.Pintu telah dikunci oleh Andy dari dalam.

Dato' Araman mendekati Haris.Dia tersenyum.

” Kesian aku tengok kau ni.Dah rupa pengemis. ” ucap Dato' Araman.

Haris terus memandang wajah Dato' Araman.Dia menjelingnya.

“ Kau nak keluar ke?Kalau kau nak aku boleh tolong.Tapi dengan satu syarat,kau kena tolong aku.Aku nak kau padam dan buang segala bukti tentang pembunuhan Dinas.Aku nak kau tarik perhatian pihak media mengaku yang Wani itu anak kau. ” ucap Dato' Araman.

Haris memandang Dato' Araman.

“ Kau ni gila!Aku tak ada kaitan dengan Dinas.Kau nak suruh aku cakap Wani tu anak aku? ” kata Haris.

Dato' Araman ketawa.Haris merenungnya.

“ Kau lupa siapa yang bunuh dia?Bukan aku.Tapi kau! ” ucap Dato' Araman lagi.

Haris memandangnya.

“ Haris kau tak bersyukur tau.Aku dah banyak bantu kau.Tapi kau.Kau lupa apa yang Dinas buat kat kau dulu sampai kau kena masuk penjara.Benda yang kau tak buat tapi kau dituduh.Kau juga yang minta bantuan aku untuk jamin kau.Kau lupa?Dan kau juga yang pecahkan rahsia pembunuhan tu sampai ke mulut Azman. ” ugut Dato' Araman.

” Ya.Memang aku yang bunuh Dinas.Sebab apa yang dia buat pada aku,aku akan ingat sampai mati.Perempuan macam dia memang layak mati.Dia yang bunuh isteri aku.Dia yang racun isteri aku.Sebab aku tak nak belot Aslam.Dia buat semua demi Aslam.Dia cintakan Aslam tapi Aslam lebih memilih Zira.Sebab Aslam kenal sikap sebenar Dinas. ” ucap Haris.

Dato' Araman memandangnya.

” Tapi yang rogol dia bukan aku. ” ucap Dato' Araman.

Haris terus memalingkan wajahnya memandang Dato' Araman.

“ Maksud kau? ” soal Haris.

“ Wani tu anak Aslam.Aslam jadikan Dinas sebagai perempuan simpanan dia.Waktu Aslam dapat tahu Dinas mengandung,aku ada di situ Aku yang dengar mereka bertengkar.Dinas tak mahu gugurkan kandungannya.Dia merayu pada Aslam supaya mereka nikah.Aslam tak mahu kahwin dengan Dinas.Kerana aku kasihankan Dinas aku yang berkahwin dengan dia.Hal ini isteri aku tahu.Kau tau kan isteri aku tak boleh mengandung selepas bersalin kan Liyana?Sebab dia ada kanser rahim.Dia izinkan aku berkahwin dengan Dinas.Dia cakap dia boleh jagakan anak Dinas.So aku berkahwin dengan dia. ” ucap Dato' Araman.

Haris terdiam.

“ Maksudnya bukan kau yang rogol dia!Tapi Aslam yang jadikan dia sebagai perempuan simpanannya. ” ujar Haris.

“ Sebabkan aku sakit hati dia buat macam tu pada Dinas.Aku naya dia.Aku minta bantuan ah long.Tapi tak sangka dia mati.Tapi aku puas sebab apa yang dia buat pada Dinas.Sekurang-kurangnya di balas.Buat baik di balas baik.Buat jahat dapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan. ” kata Dato' Araman.

“ Walaupun Wani bukannya darah daging aku,dia berbintikan nama aku.Kalau dia tahu perkara sebenar.Dia mesti kecewa.Sekarang kau dah fahamkan kenapa Aslam mati.” ucap Dato' Araman.

Haris mengangguk perlahan.

“ Kalau macam tu.Aku pergi dulu.Aku suruh Andy bagi makanan pada kau. ” ucap Dato' Araman berlalu pergi.

Haris memandang dari jauh.Kebenaran akan terbongkar tidak lama lagi.

***********************

Darwina sudah lama sedar.Dia kini telah dimasukkan ke dalam wad biasa.Dia terbaring lemah.Amani masuk ke dalam wad.Dia melihat Darwina.Amani memberikan senyuman.

“ Amani,Awin gugur. ” ucap Darwina.

“ Awin,Awin kena kuat ya.Amani akan selalu ada di samping Awin.Awin kena cepat sihat ya? ” ucap Amani lalu memeluk Darwina.

Dia menepuk perlahan bahu sepupunya itu.Darwina terdiam.Hanya air mata sahaja yang mengalir di pipinya.Ketika itu pintu wad telah dibuka.

Adha serta Mak Lang Siah datang melawat Darwina.Darwina dan Amani memandang ke arah pintu.

“ Awin! ” ucap Mak Lang Siah.

“ Mak?A...bang? ” Darwina terkejut mereka berada di depan matanya.

Mereka terus menghampiri Darwina.

“ Awin,Awin kuat ya?Mak ada dengan Awin.Adha pun ada.Semua ada dengan Awin.Anak mak kuatkan? ” Mak Lang Siah terus memeluk Darwina.

“ Allah sayang Awin.Sebab tu Allah uji Awin.Awin kuat ye. ” pujuk Mak Lang Siah.

Darwina mengangguk perlahan.

“ Nanti Awin balik berpantang kat rumah ya.Duduk dengan mak ya. ” Darwina mengangguk.

Mak Lang Siah melihat Adha yang sedang merenung Darwina.

“ Tak apalah.Mak nak keluar kejap dengan Amani.Adha tengok kan Awin kejap ya! ” ucap Mak Lang Siah lalu berlalu keluar.

Adha menghampiri isterinya.Dia menatap wajah Darwina.Dia sebak dengan keadaan yang menimpa isterinya itu.Adha menggenggam erat tangan isterinya.

Darwina memandang wajah suaminya itu.Adha mengusap kepala Darwina.

“ Abang,Awin minta maaf sebab tak dapat nak jaga anak kita baik-baik.Awin minta maaf. ” ucap Darwina.

“ Awin tak salah pun,sayang.Abang dah maafkan.Jangan salahkan diri Awin.Semua yang terjadi ni pasti ada hikmah.Sayang kuat ya!Kita sama-sama kuat! ” ucap Adha.

Darwina tersenyum.

“ Terima kasih.;” ucap Darwina.

Adha mengangguk.Dia mencium dahi Darwina.

*****************

Seperti yang mereka telah rancang,Amani menuju ke tempat Dato' Araman.Bodyguard Dato' Araman melihat Amani.Dia membukakan pintu untuk Amani masuk.

“ Bos,ada orang nak jumpa. ’ ucap bodyguard nya.

Dato' Araman memusingkan badannya.

” Ya Amani.Ada apa nak jumpa saya ni?Ada hal yang penting ke? ” ucap Dato' Araman.

“ Anak saya mana?Mana Aryan? ” soal Amani.

“ Aryan?Mana ada Aryan di sini!Bukan Aryan tu anak awak ke Amani?Kenapa sampai cari di sini? ” ucap Dato' Araman.

“ Dato' Araman,saya tanya baik-baik ni.Mana Aryan?Saya datang sini sebab nak ambil Aryan.Saya tahu dia ada di sini.Saya tahu ni semua kerja awak Dato' Araman.Sebabkan saya tahu rancangan awak,awak nak jerat saya serta anak saya pula.Tak cukup lagi ke awak buat saya dan Amirul bercerai? ” ucap Amani dengan tegas.

Dato' Araman terus memandang Amani.

“ Jadi kamu tahulah semua ni kerja aku? ” soal Dato' Araman.

Amani mengangguk.Dato Araman terus ketawa.

” Aku tahu dalangnya semua ni angkara kau.Apa yang kau tak cukup?Kenapa kau nak babitkan sekali aku dan anak aku? ” kata Amani.

“ Sebab aku rasa kau sesuai dijadikan tebusan kalau Amirul dah lingkup. ” ucap Dato' Araman.

Amani mengecilkan matanya.Dia memandang Dato' Araman dengan panas hati.

“ Andika bawa budak tu ke sini! " ucap Dato' Araman.

Terlihat Andika mendukung Aryan bersamanya.Amani ingin mendapatkan anaknya.Tetapi dihalang oleh Andy.

“ Kau nak ambil anak kau ke?Tak semudah yang kau boleh ambil. ” Dato' Araman tersenyum sinis.

Amani mengerutkan dahinya.

Andika meletakkan Aryan di tempat yang dikelilingi dawai besi.Amani membulatkan matanya.

“ Apa kau nak buat dengan anak aku? ” Amani terus menempelak Dato' Araman.

“ Cuba kau bayangkan anak kau pegang dawai besi tu,apa akan jadi? ” ujar Dato' Araman.

“ Gila!Kalau kau berani apa-apakan anak aku.Aku akan sumbatkan kau dalam penjara. ” ugut Amani.

Dato' Araman ketawa besar.

” Penjara?Aku buat salah apa?Cuba kau cakap. ” kata Dato' Araman.

“ Berani kau nak penjarakan Dato Araman?Sebelum kau nak penjarakan dia,kau kena jumpa dengan aku dulu. ” celah Erin dengan tiba-tiba.

Dato' Araman memusingkan badannya.Dia tersenyum sinis.

“ Erin?Selama ni kau berkomplot dengan Dato' Araman?Kenapa kau buat aku macam ni?Apa dosa aku pada kau Erin? ” ucap Amani.

“ Aku cuma nak anak kau je. " ucap Erin.Dia terus mengambil Aryan.Kini Aryan berada di tangannya.

Amirul,Amar,Naufal dan Aini berasa lega kerana Aryan berada di tangan Erin.Misi mereka untuk mengambil Aryan berjaya.Dato Araman tidak perasan akan semua itu.

Kemudian Liyana muncul secara tiba-tiba.

“ Dah lama ke buat kerja ni papa? ” soal Liyana.

Dato' Araman terus memandang ke arah Liyana.

“ Liyana?Buat apa kat sini?Ma..macam mana kamu ada kat sini?Bukan Liyana dekat London ke? ” Dato' Araman terkejut.

Andika memandang Liyana.

“ Seronok ke Andika kerja dengan papa I?Oh lupa you kerja dengan dia semua you dah dapat.Tapi satu je yang you tak dapat lagi!Duduk dalam penjara seumur hidup. ” ucap Liyana.

“ Liyana jangan cakap Liyana berkomplot dengan Amani? ” soal Dato' Araman.

” Betul tu.Papa pandai. ” Liyana memandang Dato' Araman dan Andika silih berganti.

“ Dato' Araman baik Dato' serahkan diri ke balai polis! ” kata Amani.

“ Why?Saya tak ada buat apa -apa masalah. ”

“ Tak ada buat masalah?Ni apa? ” Liyana menunjukkan semua dokumen di tangannya adalah bukti pembunuhan beberapa orang yang di bunuh oleh Dato' Araman.

“ Macam mana boleh ada pada Liyana? ” Dato' Araman terkejut.

“ Bukti semua ini memang ada pada tangan I papa.Termasuk pembunuhan Aunty Liza.Dia di bunuh kerana nak bagi syarikat itu jatuh sepenuhnya atas nama Amirul. ” ucap Liyana.

“ Termasuk dengan jenama ARRI yang sepatutnya bawah arahan dato.But dato bagi pada Erin supaya Erin dapat berjumpa dengan Amirul.Dan jatuhkan Amirul.” ucap Amani.

Erin terus melangkah kakinya ke belakang Dato' Araman.Andika yang ingin mengambil pistol terus ditolak oleh Amirul.Andika memandang Amirul.

” Amirul? " Sebiji penumbuk hinggap di pipinya.Amirul dan Amar mengikat Andika di kerusi.

“ Kamu pasti ke aku yang buat? ” soal Dato' Araman.

” Ya.Sebab kau gila harta dan kuasa. ” Muncul satu suara.Dato Araman memalingkan badannya terlihat Amirul serta Amar.

” Amirul?Amar? ”

Dato' Araman ketawa.

” Kau orang dah plan nak cekup aku ke penjara apa? ” Dato' Araman masih ketawa.

“ Memang aku nak sumbatkan kau dalam penjara.Kau dah bunuh ramai orang.Kini masa kau pula duduk dalam tirai besi tu sampai mati. ” Amirul mendekati Dato' Araman.

” Kau berkomplot dengan Erin sebab nak bagi aku bercerai.Kerana nak kan harta papa aku.Tapi aku tak sebodoh yang kau anggap. ” ucap Amirul.

” Aku suruh Erin buat sebab dia yang rela.Dia nak kan harta tu. ” kata Dato' Araman.

“ Bukan aku yang rela.Tapi kau yang paksa.Kau akan apa-apakan mama aku jika aku tidak ikut arahan kau. " jawab Erin.

Dato' Araman memandang Erin.

” Kau jangan cakap yang kau pun berkomplot dengan mereka.Kau ni tak kenang budi.Aku bagi macam-macam yang kau nak.Kau minta apa semua aku bagi.Kau kena ingat kau pun akan masuk penjara juga macam aku.Kau ingat kau boleh terlepas? ” kata Dato' Araman lagi.

“ Aku tahu apa yang aku dah buat.Tapi sebelum tu kau yang akan aku sumbat ke penjara dulu. ” ucap Erin.

Kedengaran bunyi siren polis dari luar.Dato Araman ingin melarikan diri.Amar mengejarnya.Polis terus masuk ke dalam lalu menangkap Dato' Araman dan Andika.

Andy sempat melarikan dirinya dari pihak polis.

Assalamualaikum sorry tadi terpadam..jgn lupa baca n komen tq

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience