Amani telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki.Amani yang yang kepenatan tertidur sebentar.Mungkin kerana badannya yang keletihan serta tenaganya sudah tiada membuatkannya tertidur.Amirul menemani isterinya yang keletihan itu.Dia menggenggam jemari isterinya lalu dikucupnya berkali-kali.
Ketika itu pintu wad itu telah dibuka oleh seseorang.Seorang jururawat menolak stroller bayi yang di dalamnya ada seorang bayi lelaki yang terlihat sedang nyenyak tidur.Jururawat itu meletakkan stroller itu di sebelah katil yang didiami oleh Amani.
Amirul melihat bayi itu.Tidak berkelip matanya apabila melihat wajah anaknya itu.Dengan perlahan Amirul mengambil anaknya dari stroller itu lalu mendukungnya.Amirul mengucup dahi bayi lelakinya itu.Dia tersenyum tidak terkata.
Terbit satu perasaan yang menjalar di hatinya di kala ini.Dia berasa sebak apabila melihat wajah anaknya itu.
“Anak papa ni..Comelnya.” Pipi si gebu itu dicium sepuas-puasnya.
Kemudian Amirul mengazankan di telinga bayinya.Dia bersyukur atas kurniaan yang diberikan oleh Allah kepadanya.Syukur yang tidak terhingga.Hadirnya cahaya matanya itu menjadi penyeri hidupnya di saat itu.
********************
Amani terjaga dari tidur.Dia merasa kebas di bahagian ari-arinya.Mungkin kerana kesan ubat bius yang masih tersisa lagi.Amani memandang sekeliling ruang bilik itu.Tanpa sengaja tangannya terpegang sesuatu.Dia memalingkan wajahnya.
Amani terlihat Amirul yang tertidur di bangku sebelahnya.Amani mengusap wajah suaminya itu.Amani berasa sebak kerana suaminya tidak pernah meninggalkan dirinya sendirian.Dia berasa terharu.Amani yang dalam keadaan emosi itu menangis tanpa sedar.
Amirul terjaga apabila terdengar suara esakan seseorang.Amirul yang keadaan agak mamai memandang wajah isterinya itu.
“Sayang, kenapa nangis ni?” ucap Amirul dengan lembut seraya memujuk isterinya itu.
Amani hanya menggelengkan kepalanya.
“Sayang kalau ada masalah share dengan abang.Jangan pendam sorang-sorang.Tak baik untuk emosi sayang tu.” kata Amirul lagi.
“Abang,terima kasih....”
“Terima kasih?Kenapa sayang?” Amirul mengesat air mata di wajah isterinya itu.
“Terima kasih sebab selalu ada dengan sayang.Abang tak pernah pun tinggalkan Amani sorang-sorang.Kadang-kadang sayang je yang suka overthinking.”
Amirul tersenyum.
“Sama-sama.Sayang kan isteri abang.Mana boleh abang tinggalkan sayang seorang diri.Jangan fikir yang bukan-bukan ya.Abang sentiasa ada dengan sayang.” tutur Amirul lembut
“Tak comellah isteri abang ni menangis.Cuba senyum sikit.Aryan tengok mama ni menangis.Dah tak comel.” kata Amirul mengusik isterinya.
Amani terus memandang wajah suaminya.
“Aryan?Sejak bila abang letak nama anak kita Aryan?” soal Amani.
“Kenapa?Sayang tak suka ke?Nama penuh anak kita Aryan Izhar bin Amirul Izani.Okay tak?Ke sayang nak tukar?” ucap Amirul.
“Sayang okey je.Sedap nama Aryan.Secomel tuan badannya.” Amani tersenyum.
Amani mencempung anaknya.Dia tersenyum melihat wajah si comel itu.Di cium pipi anaknya itu dengan lembut
“Aryan comel macam mama dia.Manis je.” ucap Amirul.
“Abang ni sempat lagi nak puji kan?” Amirul tersengih.
Ketika itu anaknya menggerakkan kakinya.Amani tersenyum melihat tingkah laku anaknya itu.
“Shhhh,sayang mama ni..Tidur ye sayang.” Amani menepuk anaknya dengan lembut.
Amirul memandang wajah isterinya.Dia tersenyum sendiri melihat isterinya itu.Sementara itu Amani menatap wajah anaknya.Jiwa keibuannya terserlah apabila melihat si comel itu.
Amirul mendekatinya.
“Terima kasih sayang.Terima kasih sebab lahirkan zuriat abang.Abang hargai pengorbanan sayang pada abang.” ucap Amirul lalu Amirul mengucup dahi isterinya.
Amani tersenyum.Dia bersyukur kerana diberikan seorang suami yang menghargai dirinya.Yang mencintainya sepenuh jiwa dan raga.Dengan kelahiran cahaya matanya itu memberikan kekuatan untuk dirinya menjalani kehidupan yang akan datang padanya.
Assalamualaikum korg..sorry ye author bru up next chapter.sory sgt author busy.sian korg trpkse tnggu next chapter dro author..hope korg enjoy baca
Share this novel