Amani masih lagi duduk di dalam biliknya.Dia tidak keluar langsung sejak pulang dari ofis tadi.Aini agak risau melihat Amani.
Amani okay tak ni?Macam tak okay je.Aku risau pula.Gumam Aini.
Aini cuba untuk membuka pintu bilik Amani, namun pintu telah pun di kunci oleh Amani.Amani masih membatu di dalam biliknya.Dia menangis teringat kejadian tadi.
Apa salah aku?Aku tak ada pun buat salah pada dia.Cuma lantai je yang licin.Takkan itu pun salah aku.Takkan sebab cawan tu pecah dia nak tengking aku?
Amani memeluk bantal.Suara esakannya semakin perlahan.
Mak!Abah!Kenapa Amani yang selalu jadi punca?Sedangkan bukan salah Amani.Amani pun ada hati perasaan.Siapa je tak terasa kena herdik tengking macam tu.Amani nekad tak nak masuk kerja dah.
Amani sudah tersedu-sedan menahan tangisannya.
Aini masih mencuba untuk mengetuk pintu bilik Amani.
“Amani,bukalah pintu ni.Aku ada ni.Kau cerita dengan aku.Janganlah diam je.Kau tak makan lagi ni.Nanti masuk angin perut kau.Kau tu dah lah ada gastrik.Buka pintu Amani.” pujuk Aini dengan nada lembut.
Beberapa minit kemudian Amani membuka pintu biliknya.Aini tersenyum.Dia melihat wajah Amani yang berbekas airmata itu..Aini mengelap pipi Amani.Amani hanya diam dan menangis.Aini pasti mungkin ada kata-kata yang membuatkan Amani terasa hati sehinggakan dia menangis.
Segera Aini memeluk Amani.
“Kalau kau nak menangis,menangis je.Aku ada dengan kau.” Aini menepuk belakang Amani dengan lembut.
Amani memeluk Aini dengan erat.
Beberapa minit kemudian Amani melonggarkan pelukan.Dia mengelap wajahnya yang bergelumang dengan air mata.
“Aku tak tahulah Aini.Bos tu ada je cari pasal dengan aku.Dia tengking aku macam salah aku ni besar sangat.Sedangkan lantai tu yang licin.Aku pun jalan je.Tahu-tahu cawan tu dah pecah.” jelas Amani.
Aini menepuk bahu Amani dengan lembut.
“Mungkin bos ada masalah kot.Dia tak sengaja tengking kau.Dahlah tak payah fikir.Esok kau masuk kerja macam biasa ya?” pujuk Aini.
“Aku rasa aku dah tak mahu kerja situlah Aini.Memang kerja senang tapi bos tu kerja dia cari salah aku je.Aku tak tahu apa yang dia tak suka sangat aku ni.” kata Amani.
Aini cuba memujuk temannya itu.
“Jadi kau memang betul-betul nak berhenti?” soal Aini.
Amani menganggukkan kepalanya.
“Kalau kau berhenti kau nak kerja mana pula?”
“Aku tak cari kerja,aku terus balik kampung je.Cari kerja kat sana jela.Nanti aku buat surat berhenti.Aku tak mau berhenti cakap macam tu.Nanti aku tak dapat gaji pula. Sekurang-kurangnya ada duit aku nak balik kampung.” perlahan suara Amani.
“Amani!Janganlah macam ni.Takkan sebab bos kau nak berhenti?Kau sanggup nak hadap muka Mak Lang Siah?Lagi-lagi Pak Lang kau tu.” ujar Aini.
Amani hanya membisu.
“Kau pergi mandi.Lepas itu kita makan.Tak payah fikir soal tu.Nanti kau serabut.” ucap Aini.
Amani menganggukkan kepalanya.
**************************************
Amirul memerhati setiap staf yang masuk ke dalam ofisnya.Hari ini Amirul tiba awal di pejabatnya.Amirul melihat Aini bersendiri ke ofis.Segera dia memanggil Aini.
“Aini,Amani mana?” Amirul melihat Aini.
Aini menggarukan kepalanya.
“Amani tak datang.Dia cakap tak sihat.Mungkin dia ambil mc kot” jawab Aini.
“Oh.Dia MC.Tak apalah.Awak boleh sambung kerja awak.”
Aini keluar dari ofis lalu menuju tempatnya.Dia memerhatikan bosnya yang seperti memikirkan sesuatu.
Amirul berasa bersalah.Namun kerana kata-kata Aini,dia berasa tenang.Manakan tidak kelmarin Amani mengatakan hasratnya untuk berhenti.Fikirannya kini bercelaru.
Jika Amani berhenti,siapa yang boleh menggantikan tempatnya sebagai tea lady?Walaupun Amani seorang yang keras kepala,kerjanya sangat memuaskan hati Amirul.Sukar bagi Amirul mengambil staf baru menggantikan Amani.
Amirul pula sudah membuat perancangan bersama Amani supaya berlakon menjadi girlfriendnya.Jika Amani tiada bagaimana dia untuk menjawab soalan dari mamanya? Liyana sudah menghidu perancangan yang sudah di buat oleh Amirul.
Dia tahu Liyana dengan mudah mendapatkannya.Walaupun dia tidak mahu.Amirul amat memerlukan Amani.Mungkin jika dia berkahwin dengan Amani masalah itu akan selesai.
Terlihat seorang wanita yang Amirul kenali menghampiri ofisnya.Amani mengetuk pintu ofis.Amirul memberikannya masuk ke dalam.Amani melangkah lalu mengambil sekeping surat dari beg sandangnya dan di berikan kepada Amirul.
“Nah bos.Ini surat berhenti saya.Sepatutnya saya hantar semalam tapi tak sempat.So saya hantar hari ini.” kata Amani.
Wajah Amirul berubah.Dia terkejut akan penjelasan Amani.
“Surat berhenti?” soal Amirul yang masih terkejut dengan tindakan Amani.
“Iya bos.”
“ Ta...Takkan awak nak berhenti sebabkan saya marah awak?Awak dah fikir betul-betul ke Amani?” terketar-ketar suara Amirul bertanya.
“Ya.Saya nak balik kampung.Saya ni orang kampung.Tak layak kerja kat pejabat besar ni.Saya sedar diri saya.” ucap Amani.
“Kalau awak berhenti,awak akan bekerja dengan ayah Aini semula ke?Awak pernah cerita pada saya tujuan awak datang sini sebab nak lari daripada Pak Lang awak.Kalau awak balik sana,dia akan buat macam-macam pada awak.” kata-kata Amirul mengingatkan semula Amani pernah menceritakan padanya tentang tujuan dia bekerja di sini.
Amani terkaku.Dia berbelah bagi.Dia tidak tahan di marah oleh Amirul.Apabila dia pulang ke kampung bermacam-macam masalah akan menimpanya lagi.
“Amani,saya minta maaf sangat sebab marah awak.I'm so sorry.Saya tak sengaja.Saya serabut masa tu.Mak Tuti dah beritahu pada saya semuanya.Awak tak salah cuma awak tak perasan lantai tu licin.Sepatutnya saya tolong masa awak jatuh tapi saya lagi marah awak.Saya tahu ni salah saya.Awak jangan berhenti.Saya memerlukan awak.Sebab awak cekap buat kerja.” pujuk Amirul dengan nada lembut.
Cakap jela yang kau suka kat dia.Bidas otaknya.Amirul menarik nafasnya.
Amani memandang ke lantai.Dia tidak tahu untuk membuat keputusan.
“Bos,saya maafkan bos.Tapi ni keputusan saya.” ucap Amani.
“Kalau awak nak cuti,saya boleh bagi.Tapi jangan berhenti kerja.Saya memerlukan awak Amani.Tak ada sesiapa yang boleh gantikan tempat awak.Takkan awak nak tinggalkan kawan-kawan awak kat sini?” ujar Amirul.
Amani berfikir seketika.
“Kalau awak nak cuti,saya boleh bagi.Awak cakap je nak cuti berapa hari.Seminggu?Sebulan?Tak apa saya bagi masa.Tapi janganlah berhenti." pujuk Amirul.
Amani memandang Amirul.
“Baiklah bos kalau bos cakap macam tu.Saya tak jadi berhenti.Tapi.....”
Lega hati Amirul apabila Amani mengatakan bahawa dia tidak jadi untuk berhenti kerja.
“Tapi?"
Amirul mengangkat keningnya.
“Saya nak minta cuti.Nak tenangkan fikiran saya.” kata Amani lagi.
“Boleh.Awak nak berapa hari?”
“Sebulan.” ucap Amani.
“Hah?Lamanya itu nak tenangkan fikiran ke tak nak masuk ofis terus?” Amirul mengerutkan dahinya.
“Tadi bos yang cakap bagi saya cuti sebulan.Saya ingatkan boleh lah dapat sebulan.” ucap Amani dengan selamba.
“Saya cakap je.Paling lama orang cuti seminggu je Amani oii.Kalau dua minggu pun saya boleh terima lagi.Ni sebulan kang memang tak ada gaji terus awak.”
Amani menyengih.
“Sempat lagi awak usik saya." kata Amirul.
“Sory bos.Saya gurau je.Bos gurau kasar dengan saya okay je." Amani mencebik.
“Okaylah sangat sampai nak berhenti kerja.Saya marah sikit je.” sindir Amirul.
“Bos tengking saya.Padahal bukan salah saya.” jawab Amani lagi.
“Yela.Salah saya.Sorry!So awak tak jadi berhenti.Surat ni awak pergi simpan nak peluk pun boleh.” kata Amirul dengan nada sindiran.
“Tak habis-habis nak perli orang je kerjanya.Bos jangan sampai saya blender surat ni.Letak limau bagi bos minum.Jus limau perisa kertas.Auto otak komputer.Lepas ni tak payah susah-susah nak tulis, scan je guna otak bos.” kata Amani dengan geram.Dia menjeling Amirul.
Amirul tersengih.Lega hatinya melihat reaksi Amani.Amani seorang yang mudah dipujuk.
“Hari ni nak cuti ke nak kerja?Kalau nak kerja pergi masuk pantry buat air untuk saya.Saya haus ni.Kalau tak,tak ada gaji awak bulan ni.” sengaja Amirul mengusik Amani.Reaksi wajah Amirul bertukar serius.
“Ish..Dia ni!Yela!Saya masuk kerja.Karang tak ada gaji pula.” rungut Amani.Dia menjeling Amirul.
“Jeling-jeling.Saya cucuk mata awak nanti.Dah pergi buat kerja.Jangan lupa thumbprint,kalau tak awak tak ada gaji hari ni.Dah lah masuk lambat dapat separuh lah gaji.” Amirul mengusik lagi Amani.
Amani menjeling Amirul dengan tajam.Panas pula hatinya.
“Dasar jebon kepala besar.Bencilah.” ucap Amani.Amani memusingkan badannya keluar dari ofis itu.
“Jebon-jebon saya pun tetap bos awak Dengar cakap saya.Jangan main ikut kepala dia je.” ucap Amirul kepada Amani.Suaranya samar-samar tetapi di dengari oleh Amani.
“Blablabla tak nak dengar.” Amani menjulurkan lidahnya kepada Amirul seolah mengejaknya lalu meninggalkan Amirul bersendirian.
Amirul tertawa melihat gelagat comel Amani.
Amani memuncungkan bibirnya.
Geram betul aku dengan Mr Jebon ni.Suka je cari pasal.Sebab kau lah aku masuk lambat.Eh?Aku lupa nak thumbprint.
Itulah jebonkan orang lagi.Kan dah lupa thumbprint.
Amani berlari anak ke hadapan untuk mengecop jarinya di thumbprint.
Fuh nasib sempat.Amani perasan dirinya sedang diperhati.
Siapa lagi?Kalau bukan Mr Jebon.Amirul menggelengkan kepalanya melihat gelagat Amani.
Amani membuat muka selambanya menuju ke pantry.Itu bermakna dia protes.
Suka hati dia je.Ingat ofis ni nama dia agaknya.Amani!Amani!
*********************************
Liyana mengekori Amirul dari belakang.Amirul tidak perasan akan kehadiran Liyana.Dengan selamba Liyana memeluk lengan Amirul.Amirul terkejut lalu menolak Liyana.
“Eh?Awak ni kenapa Liyana?Nak peluk-peluk saya pula.” marah Amirul.
“Salah ke i nak peluk u?Tak kan?Lagipun u bukan ada apa-apa dengan Amani.Dia tu kan model untuk jayakan perancangan u.” Liyana tersenyum sinis.
“Dia bukan model I but dia bakal isteri I.” kata Amirul.Amirul memandang Liyana dengan tajam.
“Wah!Bakal isteri ye?Seriously?I terkejutlah.I know you Amirul.Jangan tipu I.I tahu perancangan u.U buat semua ni supaya tak nak kahwin dengan I kan?But I akan pastikan u milik I.” Liyana tersenyum.
“U cuba nak ugut I?U kena ingat Liyana.I kenal you!You ingat masa syarikat mama I rugi dulu?I tahu siapa dalangnya yang nak jatuhkan mama I sebabkan dia nak kan harta dan pejabat I.I takkan lupa Liyana.Mama I tak tahu but I know you.Kalau u nak hidup u tenang jangan kacau I.I akan buat lagi teruk dari mama I kena dulu.Faham?” ujar Amirul lalu meninggalkan dia .
Liyana terdiam.Reaksi wajahnya berubah.Dia terdiam.
Takkan dia tahu siapa yang jatuhkan aunty Aliza dulu?No.Aku boleh masuk penjara sebab tu.Aku takkan lepaskan kau Amirul.Aku akan pastikan kau tak buka cerita tentang hal itu.
Liyana berjalan menuju ke kereta.Dia menjerit sepuas-puas hatinya.Dia memecut laju kereta miliknya.
Amirul suka Amani ke guys?Hati tisu betul Amani.Nasiblah Mr Jebon tu pandai pujuk kan?Apa kaitan Liyana dengan syarikat Amirul? tunggu next chapter..stay tune.tq
Share this novel