Pak Lang Jalil pergi ke pondok Samad untuk berlawan judi.Mereka berlawan judi sehingga mereka puas.Pak Lang Jalil telah menang dalam perlawanan itu.Dia telah mendapat wang sebanyak 3ribu.Pak Pang Jalil pulang ke rumah dengan wajah gembira.
Dia masuk ke dalam rumah lalu mencari makanan kerana belum makan lagi.Mak Lang Siah melihat suaminya yang sudah pulang itu.
“Baru balik ke?Tak payah balik pun tak apa.Awak ada ke tak ada ke sama je hidup saya macam ni.Balik pun macam orang tak pernah makan setahun je.” sindir Mak Lang Siah.
Pak Lang Jalil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.Dia tidak menghiraukan sindiran isterinya itu.Tidak memberi kesan padanya.Malah dia sudah lali dengan sindiran isterinya.
“Saya keluar cari rezeki untuk kita.Kalau saya tak keluar,mana kita nak dapat duit?” ucap Pak Lang Jalil.
“Ohh,pandai cakap tentang rezeki.Habis yang awak keluar pergi berjudi tu.Pergi pagi balik malam tu?Kadang tak balik langsung.Apa?Rezeki awak cakap?” soal Mak Lang Siah.
Mak Lang Siah sudah membara.Bila-bila masa gunung berapi akan meletus jua.
“Orang kalau tahu tentang agama.Tahu tentang halal haram dia takkan buat benda yang haram tu.Awak dah tahu berjudi tu haram,kenapa awak buat?Lepas tu cakap tentang rezeki?Munafik betul perangai awak ni!” ucap Mak Lang Siah lagi.
Pak Lang Jalil sudah selesai makan.Dia pergi ke ruang tamu untuk duduk sebentar.Dia memandang Mak Lang Siah yang dari tadi menyindirnya.
“Kau tak payah nak ceramahkan aku Siah.Kau ingat aku tak tahu apa motif kau suruh Amani kerja kat KL?Kau ingat aku bodoh Siah?Aku memang bodoh tentang agama.Tapi aku tahu perangai kau.Aku kenal kau dah berpuluh tahun.Kau masih tak berubah.Masih lagi dengan gila harta kau.Dari dulu aku bekerja sampai sekarang aku dah tak bekerja perangai kau masih sama.Kau tak berubah langsung!Kau suruh aku berubah tapi kau?Masih dengan gila harta kau.Kau tak hormat aku langsung sebagai suami kau.Bila aku nak berubah kau kata aku munafik..” kata Pak Lang Jalil.
Mak Lang Siah terdiam.
“Kau suruh Amani pergi KL sebab kau nak harta mak dia.Kau nak harta kakak kau sendiri.Kau ada harta kau sendiri Siah.Sebabkan harta yang ditinggalkan Jiah lebih banyak dari kau, sanggup kau nak duduk sini jaga Amani.Sedangkan harta yang ditinggalkan oleh Jiah itu memang khas untuk Amani.Kau tak ada hak atas harta dia.Lagipun rumah dan tanah dia yang 10 ekar tu, Jiah dah tukar kepada nama Amani sepenuhnya.Kalau kau nak harta dia,kau perlukan tandatangan Amani.Aku yang suruh Amani tu tukar awal-awal.Sebab aku tahu perangai bini aku ni kalah dari syaitan.” ucap Pak Lang Jalil panjang lebar.
Mak Lang Siah memandang suaminya lama.
“Kau dengan aku sama je.Kau tak payah nak hina aku.Aku lagi tahu perangai kau yang busuk hati itu.Kau beruntung sebab aku tak ada sampai nak jadikan kau dan anak aku sebagai korban judi aku.Tak pernah sesekali pun aku babitkan kau dan Darwina sebagai korban bila aku kalah judi.Aku kalah judi aku cari sendiri duit aku.Aku tahu kau marah aku tentang Amani.Aku ganggu Amani.Iya Amani bukan anak aku.Tapi aku masih waras Siah.Aku tak pernah pun sentuh dia lebih-lebih.Kadang aku pun tak sedar.Aku cuba nak kawal diri aku tapi kau tak pernah pun nak tolong aku.Kau lagi hina aku." kata Pak Lang Jalil lagi.
“Aku boleh je pergi dari sini.Tapi aku masih fikirkan kau dan anak aku.Mana kau orang nak cari duit?Aku cuba jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang ayah.Darwina makin dewasa dia boleh cari duit,tapi selagi aku hidup aku mampu cari duit aku sendiri.Aku mampu sara keluarga aku lagi.” Pak Lang Jalil masih duduk di kerusi itu.
“Aku tak teringin langsung nak duit kau.Dahlah duit dari hasil judi kau.Cukuplah aku dapat laki macam kau.Aku tak nak hasil duit kau.Dahlah haram.Aku boleh cari duit aku sendiri.Lagipun Amani kerja kat KL dia bagi duit kat aku.Kau nak berambus dari sini berambus.Aku tak teringin ada laki macam kau.Hidup aku dengan kau tak pernah bahagia macam orang lain.Dengan perangai kau asyik berjudi.Siapa je yang tak kenal kau?” balas Mak Lang Siah.
Pak Lang Jalil melihat isterinya yang sudah naik angin itu.
“Hidup kau memang suka seksa Amani.Amani tinggal sini kena pukul,kena sepak macam-macam kau buat.Walaupun aku tak ada kat sini,aku tahu apa yang kau buat kat Amani.Cukuplah Siah kau pergunakan Amani.Sampai bila kau nak pergunakan dia?Sampai dia mati baru kau puas?Kau tak ada rasa kesian ke pada dia?Dia tak ada sesiapa Siah selain kita.Lagi-lagi kau mak saudara dia.Darah yang mengalir dalam badan kau ada pada dia juga.Kau kena ingat!Tak guna aku bercakap dengan kau sebab kau takkan dengar cakap aku.Terpulanglah pada kau Siah.Aku hanya mengingatkan kau sahaja.Selebihnya kau tahu sendiri." Pak Lang Jalil terus masuk ke dalam biliknya.
Mak Lang Siah menggenggam tangannya.Ikutkan hatinya mahu sahaja dia cekik lelaki tua itu.
Ada hati nak nasihatkan aku tapi diri sendiri pun tak betul.Omel Mak Lang Siah sendiri.
Darwina melihat mak dan ayahnya bergaduh.Dia berasa sedih kerana hidupnya tidak seperti keluarga lain.
Kerana Amani mak dan abah jadi macam ni.Sebelum ni kami bahagia je.Bila Amani muncul macam-macam yang jadi.Amani aku takkan lepaskan kau.Sebab kau keluarga aku berpecah belah.
Darwina menggenggam tangannya dengan kuat.Dia takkan lepaskan Amani itu janjinya.
Kasihan Amani menjadi punca dalam keluarga ini.
***************************************
“Siah!!!Ohh Siah!!” jerit Makcik Mona.
“Iya.Tunggu kejap.” jawab Mak Lang Siah.
“Kenapanya Mona?” ucap Mak Lang Siah lagi.
“Ni aku ada beli lauk sikit tadi.Orang tu sedekah lauk kat aku.Banyak juga.Kalau kat aku tak habis.Aku bagi kau sikit.Adalah buat lauk untuk kau dan anak kau.” Makcik Mona memberikan lauk kepada Mak Lang Siah.
“Eh buat susah-susah je kau ni.Terima kasih Mona.Aku ni tak ada pun nak bagi kau apa-apa.” kata Mak Lang Siah.
“Tak ada susahnya.Kau kawan aku Siah.Walaupun mulut kau tu sampai kampung sebelah boleh dengar,kau tetap kawan aku.Lagipun banyak lauknya.” manis mulut Makcik Mona.
Makcik Mona depan Mak Lang Siah memang manis tetapi apabila di belakang orang kampung sahaja tahu.
Mak Lang Siah tersenyum.
“Kau tak nak masuk dulu ke?Meh la aku buat air.Kau tunggu lah sekejap.” ajak Mak Lang Siah.
“Eh,tak apa.Aku nak balik ni.Lagipun anak aku Man tu lapar nanti.Aku dah suruh dia masak nasi.Balik nanti aku makanlah dengan dia.” jelas Makcik Mona.
“Patutlah.Eh Man yang training bomba tak silap akulah?” tanya Mak Lang Siah.
“Ya.Dia tengah training bomba.Nanti tak lama dia jadi bomba lah.Bolehla kalau ada kecemasan minta tolong dia.”
“Bagusnya.Bukan senang nak dapat bomba ni.Mesti banyak latihan dia.Man tu ada awek ke?” soal Mak Lang Siah lagi.
“Tak ada pun.Dia tak fikir lagi awek ni.Orang muda biasalah fikir nak enjoy dulu.Nanti dah kahwin mana boleh nak enjoy macam dulu.Ye dak?" Makcik Mona tergelak kecil.
Mak Lang Siah tersenyum.
“Kalau tak ada awek boleh lah kenalkan dengan anak aku Darwina tu.” ucap Mak Lang Siah lagi.
“Bukan Darwina dah ada ke?" tanya Makcik Mona.
“Tak ada.Yang dulu tu dah putus.Taknak si Darwina tu.Kalau dengan anak kau mana tahu anak kau pun nak berkawan dengan dia ke?” ucap Mak Lang Siah.
“InsyaAllah.Tak apa nanti aku kenalkan Man dengan anak kau.Eh aku nak baliklah.Lama pula kita bersembang.Kesian anak aku dah tunggu.Aku balik dulu ye Siah.Assalualaikum.” Makcik Mona beredar dari situ.
“Waalaikumsalam.” jawab Mak Lang Siah.Mak Lang Siah masuk ke dalam rumah.
Tak nak aku dapat menantu macam Darwina tu.Bukan tak tahu perangai dia yang kaki kikis tu.Memang tak lah aku kenalkan dengan anak aku.Omel Makcik Mona.
Kan dah cakap Makcik Mona ni depan je manis belakang mengutuk.
************************************
Amani sedang membancuh air kepunyaan Amirul.Sejujurnya dia geram dengan Amirul yang sangat cerewet itu.Yang paling digeramnya suka sangat menyindirnya.
Flashback
Amani di beri tugas tambahan iaitu perlu menghantar dokumen kepada Amirul.Jika ada dokumen yang sudah siap Amani akan hantarkannya kepada Amirul.Itu tugas tambahan untuknya yang baru diucapkan oleh Amirul.
Bukan kerja aku jadi tea lady je ke?Asal kena hantar dokumen bagai ni.Suruh lah diaorang hantar sendiri.Dia orang tak ada kaki ke?Dok suruh-suruh aku.Ingat aku apa?Bibik? Omel Amani sendiri.
Amani tidak sedar bahawa kata-katanya di dengari oleh Amirul.Amirul memandang wajah Amani.
“Kerja awak sebagai tea lady sangat mudah Amani.Lagipun staf saya jarang minta awak bancuhkan air.So dari awak tercongok kat pantry tu saya berikan sedikit kerja kepada awak.Lagipun tugas baru awak tak ada sampai menjejaskan kesihatan awak pun.Sebelum ni memang kerja tea lady menghantar dokumen-dokumen kepada saya.Sebab memang saya dah bahagi kerja untuk mereka.So kerja tea lady bancuh air dan hantar dokumen sahaja.Kerja tea lady ni tak macam bibik.Bibik kerja dia mengemas rumah tea lady just bancuh air sahaja.Tak letih pun.Paling kurang kalau awak penat awak boleh duduk di pantry.” ucap Amirul.
Amani mengerdipkan matanya beberapa kali.Dia tersentak.
“Awak okay tak dengan kerja baru awak?” soal Amirul.
“Okay bos.”
“Kalau macam tu awak dah boleh mula untuk mengambil dokumen yang staf saya dah siapkan dan hantar ke meja awak.Saya harap awak okaylah.Mana tahu kot-kot awak nak berhenti kerja pula sebab kena hantar dokumen pula!Saya harap kaki awak okaylah.Tak ada luka dan dalam keadaan yang baik.” ucap Amirul dan berlalu pergi.
Itu sebabnya Amani geram dengan si Amirul cerewet itu.Sedang dia bancuh air untuk Amirul,dia tersenyum sendiri.
Amani mencapai garam dan di buka lalu di masukkan ke dalam air bancuhannya itu.Amani mengacau air itu.Dia merasa sedikit.
“Mokk masin betul.” cepat-cepat Amani membasuh mulutnya.
Dia tersenyum sendiri.Amani mengemaskan baju dan rambutnya.Dia teringat akan pesanan Amirul bahawa Amirul tak suka tea ladynya nampak serabai.Dia mahu tea ladynya dalam keadaan kemas.Amirul begitu cerewet orangnya sehingga kan tea ladynya pun dia mahu dalam keadaan kemas.
Pada Amirul dia utamakan kebersihan dan penampilan seseorang.
Amani mengetuk pintu ofis Amirul.
“Masuk.”
Amani meletakkan air nescafe itu.Kemudian dia keluar.Amani berlalu ke pantry.
Amirul terasa tekaknya yang sudah kekeringan.Dia meneguk air nescafe itu.Air nescafe itu tersembur keluar dari mulut Amirul dan terkena pada dokumennya yang berada di atas mejanya.
Amirul terus menjerit memanggil nama Amani.
“AMANI!!”
“Kenapa bos?” tanya Aini yang terkejut dengan jeritan bosnya itu.
“Awak panggil Amani sekarang.” tegas Amirul.
Aini terus bergegas pergi ke pantry.
“Amani bos panggil kau.” ucap Aini.
“Hah?Kenapa?” soal Amani blur.
“Tak tahu.Cepatlah.” ucap Aini.
Amani baru teringat yang dia letakkan garam dalam air bancuhannya itu.Amani menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu.
Alamak.Aku letak garam dalam air dia.Aduh mati aku.Macam mana aku boleh letak?Aku tak sedar kot tadi.Alamak.Macam mana ni.Amani kau memang cari pasal betul.Amani sudah tidak keruan.
Amani gagahkan kakinya untuk melangkah ke ofis Amirul.Dia menelan air liur untuk kali ke berapa pun dia tidak tahu.Dia mengetuk pintu.
“Masuk” tegas bunyinya.Amani menundukkan kepalanya.
“Iya bos.Kenapa?” tanya Amani bersahaja.Sedangkan Amirul sudah seperti singa kelaparan yang menunggu mangsa sahaja.
“Awak tanya kenapa?Awak yang kenapa?Kenapa awak letakkan garam dalam air ni?Awak memang nak bagi saya darah tinggi apa?” Amirul memandang Amani dengan tajam.
“Sory bos.Saya tersilap ambil bekas masa bancuh tadi.Saya lupa bekas gula yang mana satu.” cover Amani.Dia menundukkan wajahnya.Tak mampu untuk melihat Amirul yang dah rupa singa sahaja.
“Silap ambil bekas?Bukan kat situ dah tulis mana satu garam mana satu gula?Awak memang saja kenakan saya?” tanya Amirul.
“Tak bos.Saya tak sengaja.” Amani menafikan kata-kata Amirul.
“Tipu.Awak jangan tipu saya Amani.Saya pantang di tipu.Awak memang sengaja kan?Kenapa awak buat macam tu?Untuk apa?Nak goda saya?Atau awak memang berdendam dengan saya?” soal Amirul.
Amani memandang ke bawah.
“Awak pandang muka saya Amani.” ucap Amirul lagi.Amani memandang wajah Amirul yang sudah kemerahan kerana menahan marah.
“Awak jujur je cakap.Tak susah pun.Bukan suruh awak berlari.” tengking Amirul.Amirul tidak boleh menahan sabarnya.Dia mengawal amarahnya itu.
“Ya.Saya sengaja.Sebab bos memang mulut puaka.Suka sindir-sindir saya.Bos kalau taknak saya berkerja di sini bos cakap jela.Saya bukan kuli batak bos.Bos ingat jawatan bos besar bos boleh buat kami staf dengan sesuka hati?” ucap Amani.Amani tidak boleh tahan sabar.
“Saya buat awak apa?Saya sindir awak?Takkan awak terasa pula saya cakap?Kalau dah hati tisu tak payah kerja kat sini.Awak kerja sini menyusahkan saya.Dokumen ni saya perlu sign tetapi disebabkan awak dokumen ini habis kena air nescafe.” ucap Amirul lagi.
“Itu masalah bos.Bos pergi sembur pada dokumen tu kenapa?Bukan salah saya.Lagipun saya elok je dekat pantry tadi.Kalau saya menyusahkan bos kenapa bos suruh saya kerja sini?Saya tak teringinlah kerja dengan bos macam ni.Ikut kepala dia je.Kepala orang tak nak ikut Dahlah kepala batu,hidung tinggi,ego macam jebon.” ucap Amani.Lega Amani apabila mengutuk bosnya itu.
“Oh maksud awak jebon tu sayalah?Awak siapa nak jebon-jebonkan saya?Habis kalau saya jebon awak apa?Jemon?” balas Amirul.
Wah makin menarik sorang jebon sorang jemon.Kan sesuai tu.So sweet.
“Bos siapa nak jemonkan saya pula?Jebon tu sesuai dengan bos je.Dahlah rambut macam penyapu,mata pulak empat,hidung tinggi boleh sangkut hanger,kepala macam batu,cerewet macam dia je yang hidup,ego pula tu.Sesuai sangat jebon tu pada bos.” puas Amani mengutuk Amirul.
”Amboi mulut dia macam tak ada insurans.” ucap Amirul.Amirul memandang Amani dengan tajam.
“Setahu saya insurans kereta,insurans rumah sahaja tak ada pula tulis insurans mulut.” jawab Amani.
Haiya ini budak bergaduh saja.Bila mau berhenti maa.
Amirul mengetapkan giginya.
Geram betul dia dengan budak Amani ni menjawab saja.Amirul menarik nafasnya.
“Saya nak awak ambil dokumen ni dan awak salin balik ke semua dokumen ini.Awak buat baru.Kalau tak awak takkan balik.Awak nak duduk sini sampai esok pun boleh.Faham!!” ucap Amirul.Amirul sudah menggunakan kuasanya sebagai pengurus syarikat itu.
Amani terdiam.
“Saya nak awak siapkan kalau tak awak tak balik.” ulang Amirul.
Biar betik dia ni.Takkanlah.Aku tak balik.Menyesal aku.Desis hatinya.
Nasib dia suruh salin je.Kalau dia pecat kau baru padan muka kau Amani.Bidas otaknya.
Segera Amani mengambil dokumen itu.
“Eh,awak nak bawa ke mana dokumen tu?" soal Amirul.
“Bos kata suruh saya salin.Saya nak buat kat luarlah.” jawab Amani.
“Awak salin kat ofis saya ni.Guna pc saya.Kalau kat luar awak nak guna pc siapa?Guna pc Jemon?" sindir Amirul.
Amani sudah menggarukan kepalanya.Amirul memberikan pc untuk digunakan oleh Amani.
Amani yang terpaksa menyiapkan kerja itu.Amirul memerhati di sofa ofisnya.
Ikutkan hatinya mahu sahaja dia pecat Amani itu.Tetapi punca dari dia,dia tidak jadi memecatnya malah menyuruhnya menyiapkan semua dokumen yang terkena air nescafe itu.
Amirul mahu mengajar Amani.Biar dia rasa.
Amani memegang dokumen dan menyalin semula ayat itu.
Yg dinanti-nantikan kita.Amirul dan Amani sweetkan?Macam jebon dan Jemon!Bergaduh saja.Dahlah Amani kuat menjawab.sabar jela amirul.korang mesti gelak?Bukan korang author pun dah penat gelak dari tadi.stay tune.tunggu untuk next chapter.tq support author..nah love utk korg♥️
Share this novel