Bab 22 (cemburu seorang suami)

Romance Series 36483

Amirul telah selesai berjumpa dengan Dato' Araman.Amirul termenung sendiri.Dia tidak menyangka bahawa Liyana terlalu mencintainya.

Flashback

“Amirul,tolong uncle.Liyana dah teruk sangat.Uncle tak tahu macam mana nak rawat dia.Macam-macam uncle dah buat untuk dia.Mana tahu kalau Amirul jumpa dia,dia boleh pulih semula.Uncle tak minta banyak pun.Uncle pun faham Amirul dah ada isteri.Cuma uncle minta untuk pulihkan semula Liyana.Tu pun dah cukup.Bila dia dah pulih pihak penjara akan lepaskan dia.Cuma sekarang pihak penjara tak boleh lepas kan dia.Sebab dia tak stabil lagi.Takut dia buat perkara yang boleh mencederakan diri dia dan orang.” kata Dato' Araman.

Amirul cuba untuk menenangkan fikirannya.

Macam mana Andika boleh terlepas?Hal itu telah bermain di kepalanya.

Amirul tidak mahu memikirkan hal itu.Dia bangun dari tempat duduknya.Amirul terus melangkah ke pantry.Terlihat Amani yang sedang sibuk mengemas.Amirul tersenyum sendiri.

Hatinya menjadi sejuk semula apabila melihat wajah isterinya.Amirul terus mendapatkan Amani.Dengan selamba dia memeluk pinggang isterinya itu.Amani yang sedang mengemas terus melatah.

“Mak kau hantu.” latah Amani.Amani terus memusingkan badannya.Amirul tersengih.

“Abang ni kan.Terkejutlah.Kalau hari-hari kena macam ni.Terus ke batu dua Amani.” bebel Amani.

Amirul masih lagi memeluknya.

“Sorylah sayang.Abang rindu tengok sayang.Tenang dapat tengok muka isteri abang ni.” kata Amirul.

Amani mencebikkan bibirnya.Amirul tersenyum melihat reaksi isterinya itu.

”Cebik-cebik mulut tu.Cium kang.” ucap Amirul.

Amani menjelingnya tajam.

“Abang jangan mengada ya?Nanti orang tengok.Malu kita nanti.” Amani memberi amaran pada Amirul.

“Ingat abang kisah.Lagipun sayang isteri abang.Suka hati abanglah nak cium ke apa.Bukan salah.Lagipun kita kan dah halal.Setakat cium tu abang tak peduli.Abang boleh buat lebih dari tu.”

Amirul tersenyum nakal.Dah mula dah si jebon ni.

Amani menjelingnya.

“Abang nak peluk Amani sampai bila?Tahun depan?” sindir Amani.

“Kalau boleh abang nak peluk sayang sampai bila-bila.” usik Amirul.

Amani sudah naik rimas dengan usikan suaminya.

“Dahlah.Nanti orang tengoklah.Abang ni.Coverlah.Cubit kang.” muncung Amani.

Amirul tergelak kecil.

Sedang mereka berbual.Naufal dan Mimi datang ke pantry.Meminta Amani membancuhkan air untuk mereka berdua.

Naufal tidak berkelip melihat mereka berdua.Manakala Mimi sudah ternganga.

Mimi berdehem.

Amani dan Amirul terkejut.Dengan segera Amirul menurunkan tangannya dari memeluk pinggang Amani.Amani menjelingnya.

“Sory kacau bos tengah dating.Kita orang nak minta Amani bancuhkan air.” ucap Mimi lalu tersengih.

“Haa.Boleh.Silakan.Amani nanti hantar air kat saya.” Wajah Amirul berubah serius.

“Baik bos.” Amirul terus beredar dari situ.

Mimi dan Naufal menghampiri Amani.

“Amani buatkan aku air kopi.Nanti kau letak je dekat meja aku.” ucap Naufal.

“Okay.” Naufal terus beredar dari situ.

Mimi memandang Amani.Amani perasan akan sengihan Mimi.Dia mengerti dari sengihan itu.Pasfi Mimi ternampak Amirul memeluknya.Amani berlagak tenang.

“Kau kenapa Mimi?Okay tak?” soal Amani.

“Aku okay je.Kau tu.”

Amani mengerutkan dahinya.

“Aku?Kenapa dengan aku?” tanya Amani.

“Aku tengok kau dengan bos bahagia je.Tahniah!Tapi kan aku tak tahu pula yang bos tu sweet orangnya.Depan orang bukan main serius.Rupa-rupanya kat belakang sweet nak mampus.Orang katalah muka je garang tapi dalam hati ada taman.” Mimi tergelak kecil.

Amani tersenyum.

“Kau jangan beritahu kat sesiapa tau.Malu aku nanti satu ofis tau.” kata Amani.

“Orite.Kau jangan risau lah.Aku kan pandai jaga rahsia orang.Semoga berbahagia dengan bos.Tak apalah aku nak sambung buat kerja.Nanti tak pasal-pasal Mr Jebon kau jadi raksasa.Kau faham-fahamlah dia tu.Kau letak je air kat meja aku.” ucap Mimi.

“Thanks Mimi.Tak apalah.Aku faham.Pergi sambung kerja kau.” Mimi kembali ke tempat duduknya.

Amani menarik nafas dalam.

Aku dah cakap dah.Ada orang nampak.Degillah laki aku ni.Malunya Ya Allah.Siap dia balik nanti.

Gerutu Amani.

********************************

Naufal mengikuti langkah Amirul.Amirul duduk di tempatnya.Naufal memandang Amirul dengan sengihan

“Kemain bos eh?Dulu cakap benci lah apalah.Sekarang tak cover dah.” sindir Naufal.

“Cover?Tak fahamlah.”

Amirul pura-pura tidak mengerti.

“Eleh.Macam kita tak nampak je tadi.Untunglah orang tu dah bahagia.Kita ni sendu je tengok dia tadi.Kita ni sedar diri.Dahlah tak handsome macam dia.Girlfriend pun tak ada.” ucap Naufal.

Amirul sudah tergelak kecil.

“Siapa kata kamu tak handsome?Ada je orang nak kat kamu Naufal.Kamu je yang tak nampak.” ucap Amirul.

“Siapa pula yang nak kat saya ni bos?”

“Ada je yang nak kamu.Tu.” Amirul menunjuk ke arah Mimi.

Terlihat Mimi yang sedang membetulkan spek matanya itu.Rambutnya yang bertocang dua itu dibetulkan.

Naufal mengerutkan dahinya.

“Ish.Tak nak saya Mimi tu.Dahlah rambut pun ikat macam tu.Bos ni saya pun ada taste saya.” kata Naufal.

Amirul memandang Naufal.

“Kamu suka perempuan macam mana?” soal Amirul.

“Kalau sayalah.Saya nak yang macam Amani.Manis je bila tengok.Dahlah cantik.Isteri idaman orang cakap.” ucap Naufal.

“Amboi.Puji melambung.Tak nampak ke suami dia kat depan ni?” sindir Amirul.

Panas pula hatinya apabila Naufal memuji isterinya itu.Maklumlah cemburu orang kata.

“Saya cakap je.Bos jangan risau.Saya tak ada perasaan pun kat Amani.Saya puji pun sebab kriteria dia je.” jujur Naufal.

Amirul mengangguk perlahan.Sikapnya berubah dingin.

Naufal sudah perasan akan riak wajah Amirul.Dia pasti Amirul cemburu apabila isterinya di puji olehnya.

“Bos janganlah jealous.Saya cakap je.”

“Tak adalah.Saya okay je.” kata Amirul.

“Tak apalah.Saya sambung buat kerja.Nanti dokumen dah siap saya hantar pada bos.” Naufal menukar topik.

Dia sudah faham akan sikap bosnya itu.

“Tak apalah.Nanti dah siap.Hantar pada saya.”

Naufal mengangguk lalu keluar dari ofis Amirul.

Amirul menghela nafasnya.

Aku tak bolehlah kalau ada orang puji isteri aku.Aku tahu Naufal tu jujur orangnya.Tapi entahla.

Amirul merenung pc.

****************************

Amirul sedang duduk di sofa sambil menonton tv.Amani masih di bilik.Dia mengambil bedak sejuk lalu di sapu ke wajahnya.Amani terus mencari Amirul.

Kat sini rupanya dia.Amani tersengih.

Amani mendekati suaminya perlahan-lahan.Amirul tidak sedar akan kehadiran isterinya.Amirul terhidu bau yang menusuk ke hidungnya.

Dia menoleh wajahnya.Alangkah terkejutnya Amirul apabila melihat isterinya yang memakai bedak sejuk dan rambutnya di lepaskan.

Sekali tengok dah macam hantu kak Limah daa.

Hampir luruh jantung Amirul.

“Ya Allah!Astaghfirullahalzim!” mengucap panjang Amirul.

Amirul mengurut dadanya.

Amani sudah terkekeh ketawa melihat reaksi suaminya itu.

Amirul memandang Amani dengan geram.Dia pun menggeletek isterinya itu.Terjerit Amani.

“Okay.Sory!Sayang saja usik abang.Tadi abang usik sayang boleh pula?”

“Tu tadi.Sekarang lain.Nakal isteri abang ni.” Amirul mencuit hidung Amani.

Amani tersengih lalu melentok manja kepalanya di bahu Amirul.

Amirul mencium ubun-ubun kepala isterinya itu.Sayangnya begitu dalam pada Amani.

“Sayang!” ucap Amirul dengan manja.

“Ya abang.Kenapa?”

“Lepas ni sayang tak payah kerja ya?” Amirul mengusap pipi isterinya.

Amani memandang suaminya.

“Kenapa pula?”

“Abang tak sukalah orang tengok isteri abang ni.Sayang kan cantik.Sayang duduk rumah je ye?Jaga abang makan minum abang.” kata Amirul lagi.

“Tapi kenapa?Sayang dah biasa kerja.Kalau tak kerja nanti sayang bosan.” kata Amani.

“Abang bukan apa.Sejak sayang jadi isteri abang.Budak ofis lelaki tengok je sayang.”

“Biar jela diaorang tengok.Bukannya kacau sayang pun.Tak ada diaorang nak ngorat sayang.Abang janganlah fikir bukan-bukan.” ucap Amani lagi.

“Abang risau.Mana lah tahu kot-kot ada yang suka sayang dalam diam kan?Kita tak tahu hati orang!” Amirul berkeras juga mahu Amani tidak bekerja.

“Kalau dah suka dalam diam tak boleh nak buat apa.Takkan nak suruh dia benci pula?Tak logik lah.Biar jelah kalau dia suka.Buat tak tahu jela.”

Amirul menghela nafasnya.Amani memandang wajah suaminya.

“Abang,sayang bukan jenis layan lelaki.Abang tahu kan sayang macam mana?Lagi pun masa mula-mula sayang kerja sini pun sayang tak rapat sangat dengan lelaki.Abang pun sayang buat tak tahu.Abang jangan risau ya?Sayang sayang abang sorang je.” ucap Amani.

Amirul menatap wajah isterinya itu.Amirul percaya isterinya tidak melayan lelaki lain.Walaupun perasaan cemburunya agak kuat.Namun dia akur.Kerana tidak mahu memberi tekanan pada isterinya.

Amani memaut lengan Amirul.Amirul mencium pipi isterinya.Dia tersenyum sendiri.

“Terima kasih jadi isteri abang.” ucap Amirul.

Amani mencium pipi Amirul.Amirul berasa bahagia.

Ya.Tidak pernah dia merasakan sebahagia ini.Dia percaya semua yang terjadi ini sudah tertulis untuknya.

Terima kasih Ya Allah.Berkat kesabaran aku selama ini.Akhirnya kau temukan aku dengan seseorang yang ikhlas mencintaiku.

sory guys lambat up..heheh busy sikit.tunggu next chapter.stay tune

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience