Bab 7 (perasan)

Romance Series 36518

Amani pulang ke rumah lalu tertidur sebentar di atas katilnya.Aini memanggil Amani.

“Amani dah solat belum?Kalau sudah sinilah jom makqn.Aku masak nasi goreng petai ni.Makanan fav kau.Sedapnye.” usik Aini.

“Amani?Senyap je?Budak ni buat apa?” Aini membuka pintu bilik Amani.

“Ya Allah budak ni.Oi bangunlah,dah senja ni.Kau tidur pula senja-senja ni.” tegur Aini.

Amani yang masih berbaring itu menggarukan kepalanya.

“Bangun Amani.” panggil Aini.

Amani mengusai matanya lalu dia menguap.

Tak kawal ayu betul minah ni.Selamba badak dia je.Gumam Aini.

“Jam pukul berapa?” tanya Amani.

“Dah senja dah Amani.Tak baik anak dara tidur senja.” bebel Aini.

Amani sudah kenal akan perangai Aini kalau dapat membebel macam makcik.Kalah makcik bawang.

Apa lagi Amani bangun dan terus mengambil tuala masuk ke bilik air untuk mandi.Aini masih lagi membebel.Dia tidak sedar temannya sudah masuk bilik air.

“Kau ni tak baik tau tidur senja.Kau tu perempuan.Anak dara pula tu.Faham?” ucap Aini.

Krik!Krik!

Aik?Dia tak dengar ke?Aini menoleh ke belakang.

Dia mendengar air pancuran di bilik air.

Oh mandi rupanya.Baguslah.Tahu pun nak mandi.Nak juga dengar aku membebel macam makcik baru dia nak mandi.Bebel Aini lagi.

Amani sudah selesai mandi.Dia mengambil wuduk dan menjalankan ibadah sebagai seorang umat Islam.Selesai solat maghrib,dia pergi ke dapur.

“Sedapnya bau.” ucap Amani.

“Sedap?Jom makan.Aku tunggu kau nak makan sekali ni.” Aini menghidangkan nasi goreng petai kepada Amani.

Selesai makan mereka berehat sambil menonton tv.Aini macam biasa.Kalau tak menyumbat telinga dia dengan air pod tak sah hidup dia.Aini mendekati Amani.

“Weh,amacam tadi?Okay tak?” soal Aini.

“Apa?Tak faham?” Amani buat-buat tak faham.

“Pasal kau dengan boslah.Apa lagi?Apsal dia panggil nama kau tadi?Aku terkejut tau tak?Kau faham-fahamlah Encik Amirul tu kalau menjerit boleh roboh bangunan.” ujar Aini.

“Oh tadi.Aku letak garam dalam air dia.” ucap Amani dengan selamba badak air berendamnya.

“Apa?Tak dengarlah?” soal Aini.Amani mengerutkan dahinya.

“Kau ni.Memanglah tak dengar.Yang kau pergi sumbat telinga kau tu dengan air pod apsal?" tegur Amani.

“...Oh.Lupa.Sambung-sambung.” sengih Aini.

“Aku masukkan garam dalam air dia.” kata Amani.

“Apsal kau masukkan garam dalam air dia?” soal Aini lagi.

”Aku geram tau tak dengan dia.Dia duk sindir-sindir aku memang aku letaklah garam.Padan muka dia.Tahulah dia bos tapi bos kenalah rasional.Dia nak kita rasional tapi dia tak rasional pula masa kerja.” jelas Amani.

“Encik Amirul tu memang perangai macam tu.Aku dah kenal dia lama dah.”

“Aku tak kisahlah dah kenal lama ke baru ke?Kenalah rasional dengan staf.Ni ikut suka hati dia nak sindir,nak buli.Dia ingat kita apa?Bibik dia?Memang kena dengan aku tadi.Puas hati aku.” wajah Amani sangat tenang.

“Kau cakap apa kat dia masa dalam ofis dia?Nak tahu juga?Sebab aku nampak kau dengan dia macam bergaduh mulut.” ujar Aini.

“Kau nak tahu aku cakap apa kat dia?”

“Apa?” Aini mendekatkan mukanya pada Amani.

“Aku kutuk dia depan-depan.Aku cakap rambut dia macam penyapu,hidung tinggi boleh sangkut hanger,mata empat,cerewet,ego macam jebon.Puas hati aku.” jelas Amani.

Aini ternganga.

“Seriuslah kau cakap macam tu?Lepas tu?Apa jadi?” Aini tidak sabar mendengar jawapan Amani.

“Dia sakit hatilah.Dia dengan aku duk berlawan mulut.Lastnya dia suruh aku salin balik dokumen dia yang dah kena air nescafe itu.Hampeh betul.Dahlah banyak kau tahu tak?Lenguh tangan aku dok menaip kat pc dia.Balik tadi aku terus tidur.Tak larat aku.” kata Amani.

“Okey pula Encik Amirul?Selalunya kalau ada staf bergaduh dengan dia,dia akan pecat tahu tak?Staf tu belum cakap apa dah kena pecat.Nasib kau tak kena pecat.Kalau kena pecat,tak tahulah aku.”

“Berani dia pecat aku.Aku saman dia.Bukan aku saman dia je.Aku saman syarikat dia sekali.Puncanya dari dia bukan dari aku.Kalau dia pecat aku memang aku saman.” tegas Amani.

“Tapi nasib dia tak pecat.Aku lah yang penat salin balik." ngadu Amani.Aini tersengih.

“Aku rasakan Encik Amirul suka kau lah.Aku tak pernah tau tengok dia bergaduh sampai macam tu.Kalau dia tak suka seseorang tu,dia terus buang.Ni tak.Dia pertahankan kau.” ujar Aini.

“Ish kau ni.Ke situ pula.Aku tengok dia pun dah panas hati aku.Belum bercakap dengan dia lagi.”

“Jangan panas-panas mana tahu lepas tu sejuk ke tengok dia.Kau dengan dia gaduh lagi memang aku kahwinkan dua-dua kat ofis nanti.” usik Aini lagi.

“Dah mulalah nak merepek meraban dia.Dahlah malas aku layan kau.Kau cerita lagi pasal mamat cerewet tu,aku tak nak cakap dengan kau.” ugut Amani.

“Eleh,tak nak cakap sangat.Sedangkan dalam hati tu berbunga-bunga.”

“Kenapa?” soal Amani

“Yela.Bergaduh dengan bos kesayangan.Jangan gaduh-gaduh nanti jadi jodoh.Opps..” Aini terus berlari.

Amani terus melemparkan bantal ke muka Aini.Kena pada sasaran.Puas hati Amani.

************************************

Amirul mengambil angin malam.Dia termenung jauh.Ada kalanya dia tersenyum sendiri.Amar menepuk bahunya.

Amirul memalingkan kepalanya ke belakang.

“Along,menung jauh nampak.Menungkan siapa tu?” tanya Amar.

“Tak ada apa.Saja ambil angin malam.Dah lama tak kena angin malam.Selalu malam Along dah masuk tidur.Badan penat.” ujar Amirul.Amar tersenyum melihat abangnya.

Selesai menikmati angin malam,Amirul bersiap masuk ke dalam biliknya.Dia mahu melelapkan mata tetapi tidak boleh.Di fikirannya memikirkan Amani.Dia tidak boleh lupa kejadian petang tadi.Amirul tersenyum.

“Jebon?Mana dia dapat nama jebon tu?Suka hati dia je letak nama aku jadi jebon.” gumam Amirul.

Cantik,lucu,tapi mulut tak ada insurans.Tu memang tak boleh dinafikan.Amirul cuba untuk memejamkan matanya.

Keesokan harinya Amirul bangun seperti biasa dan bersiap masuk ke tempat kerjanya.

“Good morning mama." ucap Amirul pada Puan Aliza.

“Good morning.Anak sulung mama ni ceria hari ni.Baguslah.Kan seronok hari-hari happy je.Tak ada lah moody je nak masuk kerja.” kata Puan Aliza.Amirul tersengih.

Amirul sedang menikmati sarapan pagi sambil di temani Puan Aliza.Amar?Masih lagi dibuai mimpi.Agak-agaknya sudah sampai Paris.

Selesai makan,Amirul mencapai kunci kereta.Dia menyalami tangan ibunya lalu masuk ke dalam kereta.

“Ma,Along pergi kerja dulu ye? Bye.” Amirul melambaikan tangan pada mamanya.

Puan Aliza menganggukkan kepalanya dan melambai tangan pada anaknya.

Kereta Honda milik Amirul meluncur keluar dari perkarangan rumah banglo itu.

Puan Aliza masuk ke dalam rumah memanggil anak bongsunya itu.

“Amar bangun.Nanti lambat masuk kelas.Cepat-cepat bangun.” jerit Puan Aliza.

“Iya ma.Kejap.” Amar menggeliat.Dia membuka matanya.Dia termenung seketika.

Amar dengan malas bangun dan mengambil tuala masuk ke bilik air untuk mandi.

************************************

“Weh Encik Amirul dah datang.” ucap Mimi.

Mereka yang mendengar suara Mimi terus berlari ke tempat masing-masing.Amani membuat kerjanya seperti biasa.

“Selamat pagi bos.” ucap mereka.

“Selamat pagi.Boleh sambung kerja masing-masing.” jawab Amirul.

Amirul pergi ke pantry.Dia melihat Amani sedang sibuk mengemas.

Apa tengok-tengok.Ada hutang?Sibuk je.Desis hati Amani.

Ish dia ni nak gaduh je kerjanya.Kahwin kang.

Amirul melihat wajah Amani.

Perempuan ni mesti mengutuk aku ni.Tengok muka dia pun aku dah tahu.Amirul terus berdiri di sebelah Amani.Amani terkejut.

Amirul mengambil bekas gula dan garam.Amirul tunjukkan kepada Amani.

“Amani yang penutup biru ni bekas gula dan yang warna pink ni bekas garam.Faham?” soal Amirul.

“Faham bos.” ucap Amani perlahan.

“Ingat!Bekas biru ni gula.Bekas pink garam.Nanti mana tahu ingatan awak tiba-tiba hilang pula.Hilang otaknya.Gituw." sindir Amirul.

“Ingat bos.” jawab Amani.

“Good.Clever girl.” Amirul menepuk tangan.Dia tersenyum.

Kerja dia memang suka perli aku je ke?getus hati Amani.

“So boleh sambung kerja awak.” Amirul mahu melangkah kaki ke ofisnya.

Dasar jebon kepala besar,mata dah lah empat,bulat macam burung hantu,mulut macam mangkuk jamban.Kalau lawan cakap dengan Mak Lang ni mesti best tengok perlawanan mulut antara Amirul si jebon dengan Mak Lang Siah speaker.Serasi sangat.Kutuk Amani perlahan.

Amirul terdengar suara Amani.

“Apa awak cakap Amani?Tak dengarlah?” tanya Amirul.

Amani terkejut.

“Hah?Tak ade.Semut banyak sangat bos.Ada gula yang tumpah kot.Ataupun saya yang manis kat sini.Susahlah kalau manis ni ada je yang suka.Malu pula kita.” ucap Amani dengan perasan.

Dah mulalah tu tunjuk perangai mereng dia.Amirul menjungketkan keningnya sebelah.

“Yela,awak memang manis tu sampai tak tahu mana gula mana garam.Lepas ni kalau awak nak bancuh air,awak tak payah letak gula tau.Sebab awak dah manis.” sindir Amirul lagi.

Amani mencebikkan bibirnya.Amani menyambung semula kerjanya itu.Amirul tersenyum melihat gelagat Amani itu.

“Amani,awak buatkan nescafe untuk saya.Nanti hantar dalam ofis saya.Faham?” ucap Amirul.

“Baik bos." ucap Amani perlahan.

Amirul melangkah masuk ke dalam ofisnya.

Oh.Aku manis eh?Siap kau.Amani tersenyum.

Apa lagilah dia nak buat ni.Tak habis-habis kerjanya mencari pasal.Tiap-tiap hari nak bergaduh saja kerjanya.

Amani siap membancuh air untuk Amirul.Macam biasa air nescafe pilihan hatinya.Amani menghantar nescafe ke ofis Amirul.

“Masuk”

“Nah bos,air nescafe bos order tadi.” ucap Amani.Amani memberikan senyuman paling manis kepada Amirul.Dia keluar dari ofis Amirul.

Cantik.Desis hati Amirul.Amirul tersenyum sendiri.Segera Amirul mengambil air nescafe itu.Dia menghirup air itu.Amirul tersembur air nescafe itu.Cepat-cepat dia mengelap bibirnya.

“Kenapa pahit?Amani tak letak gula ke?Cari pasal betul perempuan ni?” gerutu Amirul dengan geram.

“Aini panggil Amani" jerit Amirul.

“Baik bos” segera Aini memanggil Amani.

“Amani bos panggil kau.Kau buat apa lagi gila sampai bos panggil kau?Kau jangan buat hal eh?Aku sekeh kau nanti.” tegur Aini.

“Hah?Kejap.Bagi aku kemas jap." Amani mengemas pantry dan masuk ke bilik Amirul.Aini melihat Amani dari tempat duduknya.

Kau jangan buat hal Amani.Suka sangat minah ni cari pasal dengan bos.Ya Allah kau selamatkanlah Amani.Aini menadahkan tangannya.

“Amani gula dah habis ke?” soal Amirul.Amirul memandang wajah Amani.Amani mengalihkan pandangan.

“Tak.” jawab Amani.

“Kenapa awak tak letak gula?" soal Amirul lagi.Tidak puas hati dengan jawapan Amani.

Amani terdiam.

“Amani saya cakap dengan awak ni.Saya tak cakap dengan tunggul." ucap Amirul.

Amani mengipas rambutnya.Rambutnya hampir terkena pada muka Amirul.

“Tadi bos yang cakap kat saya yang saya ni manis.Jadi tak payahlah letak gula.Kan saya dah senyum kat bos masa masuk tadi.Bos lupa ke?Or buat-buat lupa?" ucap Amani dengan selamba.

Amirul tidak berkelip mata memandang Amani.

Setepek kau.Siapa suruh sindir aku lagi?Kan aku dah buat perangai tiga suku aku.Amani memberikan senyuman pada Amirul.

“Awak ni cantik tapi kurang bijak.Saya sindir awak tadi.Yang awak buat betul-betul kenapa?Awak memang suka cari pasal dengan saya eh?" Amirul mengangkat keningnya.

“Saya tak cari pasal dengan orang tapi orang yang cari pasal dengan saya.Tak apalah bos.Saya banyak kerja ni.Kalau saya layan bos sampai esok tak siap kerja saya.Kalau tak cukup manis air tu saya tambah lagi senyuman saya kat bos ye.” Amani mengerdipkan matanya pada Amirul dan keluar dari pejabat itu.

Dia pergi ke pantry.

Padan muka kau.Puas hati aku.Nak ajar orang macam kau ni senang je.Tak perlu nak bergaduh bercakar macam kucing.Amani tersenyum sendiri.

Amirul mengetuk-ngetuk mejanya dengan pen.

Kau memang saja eh cari pasal dengan aku?Kau tunggu.Kali ni kau pula kena.Selalu aku je yang terkena dengan kau.Geram betul aku.Amirul tersenyum.

Kali ini Amirul tidak akan lepaskan Amani.

Apa pula cara Amirul kenakan si Amani?Sampai bila mereka nak bergaduh ni?

Ada saja akal Amani ni.Korang agak-agak Amirul akan balas apa? stay tune.tunggu next chapter ye

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience