Amirul termenung sendiri.Dia teringat akan isteri serta anaknya.
” Aryan,papa rindu Aryan. ” Amirul memejamkan matanya.Dia mengurut kepalanya.
Amar menepuk bahu Amirul.Lantas Amirul memandang.
“ Kau ke?Ingat siapa tadi. ” ucap Amirul.
“ Aik!Ada orang lain ke selain kita kat sini along?Ingat siapa?Bidadari? ” usik Amar.
“ Bidadari lah sangat.Kau tu bila nak ada bidadari? ” Amirul mengangkat keningnya.
“ Siapalah yang nak kat Amar ni along?Amar tak adalah sekacak along.Along lainlah. ” kata Amar.
“ Ayat kau.Ingat along tak tahu kau tu kegilaan wanita kat kolej tu.” ucap Amirul selamba.
Amar mengerutkan dahinya.
“ Macam mana along tahu? ” soal Amar.
“ Along tahulah.Kau tu kan adik Along.Of course lah kenal adik along sendiri. ” Amirul menyiku Amar.
Amar berfikir.
“ Orang mana yang dah pikat hati kau? ”
“ Mana ada.Amar mana ada girlfriend! ” nafi Amar.
“ Ceh!Muka tak boleh dipercaya.Tak payah tipulah.Ni namanya muka orang dimabuk cinta. ” ucap Amirul lalu tertawa.
“ Nantilah Amar kenalkan. ” kata Amar.
“ Serius? ”
“ Ya,Along! ” jawab Amar.
“ Haa!Macam ni lah orang cakap lelaki kena gentleman.Kenalkan dengan along.Mana tahu nanti terus je masuk meminang. ”
“ Ada-adalah along.Okaylah,Amar nak keluar kejap. ” Amar terus bangun.
“ Nak pergi mana?Dating lah tu.Elok-elok.Anak dara orang tu. ” jerit Amirul.
“ Ya tahulah.Amar pun anak teruna orang juga. ” balas Amar.
Amirul terus tertawa.
*****************
Amar sedang mencari seseorang di cafe.Dia memerhati satu per satu.Seseorang telah melambainya.Amar tersenyum.
“ Lambatnya,ada hal ke? ” ucap Aina.
“ Tak adalah.Saya dari rumah tadi. ” jawab Amar.
Aina mengangguk kepalanya.
Tiba-tiba ada seseorang mendekati mereka.
” Sorry,akak lambat sikit.Ni teman kak Amani kau lah ni.Biasalah Aryan meragam. ” ucap Aini.
Amar terkedu.Dia memandang Aina dan Aini silih berganti.
“ Ni siapa Aina? ” ucap Aini.Aini seperti amat mengenali wajah lelaki di hadapannya.
” Ni kawan kolej adik.Nama dia Amar.Amar kenalkan.Yang cantik ni kakak saya.Nama dia Aini.Ini pula kawan kakak saya.Bff dia.Nama dia Amani. ” ucap Aina.
Amani memandang Amar.Dia terdiam.Aini dan Amani berpandangan sesama sendiri.
“ Amar adik Amirul kan? ” soal Aini.
Amar memandang Amani.Dia tidak percaya,dia berjumpa dengan bekas kakak iparnya itu.
“ Kak Amani sihat ke? ” ucap Amar.
“ Alhamdulillah sihat.Amar macam mana?Lama tak jumpa Amar. ” kata Amani.
“ Alhamdulillah.Sihat juga. ”
Aina memandang Amar dan Amani.Dia merasa hairan.
“ Eh?Kejap!Macam mana awak kenal kak Amani ya?Saya rasa awak tak pernah jumpa dia kan? ” soal Aina.
“ Adik,kak Amani ni bekas isteri Amirul.Bos tempat akak kerja tu. " celah Aini.
Amar dan Amani mengangguk perlahan.Aina memandang kakaknya.
“ Maksud akak?Kejap!Amirul Ezani yang CEO Syarikat AE INTERPRISE tu abang Amar ke? ” mata Aina terbeliak.
“ Ya awak.Amirul tu abang saya.Kak Amani pernah jadi kakak ipar saya.Tapi mereka tak lama.Mereka bercerai. ” jelas Amar.
Aina terkejut.
“ Kenapa awak tak cerita kat saya?Saya tak tahu pun Kak Amani kahwin dengan abang awak. ” ucap Aina.
“ Kakak malas nak besarkan.Perkara pun dah lepas.So jom kita order makanan. ” ucap Aini pula.
Mereka pun memesan makanan.Aina terdiam.Dia tidak menyangka bahawa Amar adik kepada bos kakaknya itu.
********************
Amar sudah tiba di rumahnya.Dia termenung sebentar.Dia tidak menyangka akan berjumpa lagi dengan bekas kakak iparnya itu.
Amar pun mengunci keretanya.Dia pun masuk ke dalam rumah lalu memberi salam secara perlahan.Sepanjang dia berjalan itu dia memikirkan lagi tentang Amani.
“ Perlu ke aku beritahu along atau diam je? ” gumam Amar sendiri.
“ Beritahu apa? ” muncul satu suara yang agak kasar.
“ Opocot. ” Amar memusingkan badannya.Amirul yang mendengar Amar melatah terus ketawa besar.
“ Melatah rupanya kau? ” ucap Amirul yang masih lagi tersisa lagi ketawanya.
“ Along!Mangkuk hayun betul dia ni.Ni dah kenapa malam-malam pakai topeng ultraman?Along dah buang tabiat apa?Orang malam-malam tidur.Bukan suruh pergi selamatkan bumi. "
Kan dah kena mangkuk dengan aku.Amar membebel.
” Tadi along siapkan kerja.Baru nak tidur.Nampak kau balik.Tu yang aku ambil topeng ultraman ni.Ada function juga topeng ni. ” ucap Amirul yang masih tersisa dengan tawanya.
“ Tak ada kerja.Pergi tidurlah. ” Amar menolak dahi Amirul dengan kuat.
“ Oi,sakit gila.Main tolak kepala pula. ” Amirul mengurut kepalanya.
“ Tu dahi bukan kepala.Ni baru kepala. ” Amar menarik rambut Amirul.
“ Aduh,tu rambut aku gila. ” Amirul menarik rambut Amar.
“ Sakitlah along.Dahlah Amar penat.Nak tidur. ” ucap Amar.
“ Ceh,dia seronok pergi dating.Yang aku ni dating dengan kerja.Penat konon. ” perli Amirul.
Amar berlalu ke dapur untuk menghilangkan dahaga.
“ Kau dah jumpa ke family dia? ” soal Amirul.
“ Tak jumpa lagi.Baru je jumpa kakak dia. ”
“ Okaylah tu.Sekurang-kurangnya kakak dia tahu kau berkawan dengan adik dia. ” ujar Amirul.
” Ya. ”
Amirul memandang Amar.
“ Kakak dia lawa tak?Mana tahu kot-kot boleh aku kenal-kenal dengan kakak dia.Kau matching dengan adik dia.Aku dengan kakak dia.Okay kan?Baru orang cakap bagai pinang dibelah dua. ” Amirul sedang mengawal raut wajahnya.
Amar yang sedang minum terus tersembur.Amar mengurut dadanya.Dia terus memandang Amirul.
” Along buat lawak apa?Tak nak aku.Jangan buat pasal. ” ucap Amar sambil menggelengkan kepalanya.
“ Alah.Okay apa kita boleh berbiras. ” usik Amirul lagi.
“ Tak nak aku berbiras dengan along.Jangan cari pasal ya along.Aku kerat kau nanti. ” ucap Amar.
Amirul tidak mampu menahan tawanya.Dia terus ketawa.
“ Along saja je.Tak nak pun aku kahwin lagi. ” Amirul terdiam.
” Amar,kau tolong aku boleh? ” Amirul memandang Amar.
“ Tolong apa? ” soal Amar.
“ Tolong cari Amani duduk kat mana?Along dah tanya.Dia tak ada kat kampung.Mesti dia ada sekitar sini.Kau tolong Along.Along dah lama sangat tak jumpa dia dan Aryan. ” ucap Amirul.
Amar mengangguk perlahan.
“ Along bersalah.Sebab ceraikan Amani.Amar,along sebenarnya dah tahu tentang Erin dan Dato' Araman tapi along tak nak Amani yang jadi mangsa.Along dah lama tahu dalangnya Dato' Araman.Sampai along terpaksa buat perangai hingga Amani minta cerai.Along buat semua ni bersebab Amar.Amar sendiri kenal along jenis macam mana.Along terpaksa buat semua ni.Along setia dengan Amani seorang je.Tapi sebabkan Dato' Araman along terpaksa lakukan semua ni. ” Amirul terduduk.
” Cinta along pada Erin dah hilang Amar.Cinta along pada dia hilang masa dia tinggalkan along dulu.Along tak ada rasa.Hati ni dah tawar.Cuma mungkin sebab along ceraikan Amani secara tiba-tiba.Along nak jumpa Amani.Tak tahu dia kat mana.Nanti kalau Amar tahu tentang Amani,beritahu along.Tak apalah pergilah rehat.Along masuk tidur dulu.Assalamualaikum. ” Amirul terus berlalu pergi.
Amar memerhati gerak geri abangnya.Dia serba salah kerana dia baru sahaja berjumpa dengan Amani.
Assalamualaikum n morning guys.Author dh update next chapter.jgn lupa baca n komen..stay tune n thankss
Share this novel