Bab 48 ( misi pembongkaran dalang )

Romance Series 36483

Darwina telah dimasukkan ke hospital.Kerana kecederaannya agak parah,dia dimasukkan ke dalam wad kecemasan.Amani menemani Darwina.

Doktor pakar itu keluar dari wad kecemasan tersebut.Amani menghampiri doktor itu.Doktor lelaki itu memandang Amani.

“ Doktor macam mana dengan sepupu saya? ” ucap Amani.

Doktor itu menarik nafasnya.

” Sepupu awak keguguran.Dia ditembak pada bahagian perutnya.Lukanya dalam sebab itu dia mengalami kekurangan darah.Antibodi badannya sangat lemah. ” ucap doktor lelaki itu.

“ Apa?Keguguran? ” Amani terkejut.

“ Ya dia keguguran.Maafkan kami sebab tak dapat nak selamatkan bayi itu.Kami sudah mencuba tapi tak berhasil. ”

Amani terdiam.

“ Doktor,tolong selamatkan sepupu saya.Tolong doktor. ” ucap Amani separuh merayu.

“ Ya Saya akan mencuba sehabis yang baik selamatkannya.Awak kena banyak bersabar.Doakan yang baik-baik untuknya. ” ucap doktor itu lagi.

Amani memejamkan matanya.Dia tidak tahu bahawa Darwina sedang mengandung.Aini yang baru sahaja tiba terus menghampiri Amani.

“ Amani,Awin macam mana? ” soal Aini.

“ Awin masuk wad kecemasan Aini.Dia tumpah darah. ” ucap Amani.

” Tumpah darah?Maksud kau? ” Aini hairan.

“ Awin mengandung tapi dia tidak tahu yang dia mengandung.Doktor bagi tahu Awin keguguran. ” jelas Amani lagi.

Reaksi wajah Aini berubah.

“ Apa?Awin keguguran?Ya Allah!Macam mana boleh jadi ni? ” ucap Aini risau.

“ Tak tahulah Aini.Aku tak sangka Awin sanggup korbankan diri demi Aryan.Tapi anak dalam kandungannya gugur.Aku sebak Aini.Dia buat semata-mata demi anak aku.Aku bersalah ” ucap Amani.

Amani menyeka air matanya.Aini menepuk bahu Amani.

” Amani,semua orang diuji.Semua orang ada masalah.Tanda Allah sayang kita apabila kita diuji.Kau tak buat salah apa pun Amani.Jangan salahkan diri.Ini semua takdir yang Allah dah tentukan untuk kita. ” ujar Aini.

” Ya Aini.Aku faham.Aku nak call Adha kejap.Sekurang-kurangnya dia tahu keadaan Awin. ”

“ Tak apa.Kau pergi call Adha. ” kata Aini.

***************

Telefon yang berada di tangan terjatuh ke lantai.Adha tergamam.Dia memejamkan matanya.

“ Ya Allah!Ujian apa yang kau berikan pada aku?Aku tak tahu pun yang Awin mengandung.Ya Allah,Awin! ” Adha terduduk di lantai.

Mak Lang Siah terdengar suara dari atas.Dia terus masuk ke dalam rumah.Mak Lang Siah mencari suara itu.Dia terlihat Adha yang sedang duduk di lantai.

“ Adha!Kenapa ni?Kenapa kamu menangis?Apa yang jadi ni? ” soal Mak Lang Siah.

” Mak!Awin mak! ” ucap Adha.Wajahnya sudah penuh dengan air matanya.

“ Kenapa dengan Awin Adha?Cakap Adha!Jangan buat mak risau. ” ucap Mak Lang Siah memujuk Adha.

“ Awin gugur mak.Awin gugur.Adha salah.Adha ayah yang tak berguna. ” Adha memukul dirinya.

Mak Lang Siah terkejut.

“ Gugur?Awin mengandung ke selama ni? Macam mana boleh gugur? ” soal Mak Lang Siah.

“ Dah Adha.Jangan salahkan diri.Ini semua Allah yang tentukan.Kita pergi sana.Tengok Awin.Jangan macam ni.Kasihan pada Awin.Adha kena kuat.Apa pun jadi kita kena pergi sana.Tengok Awin dulu. ” pujuk Mak Lang Siah.

“ Ya Allah.Awin kuat Awin.Mak datang sana tengok Awin. ” ucap Mak Lang Siah perlahan.

Mak Lang Siah terus mengemas baju-bajunya.Dia melihat Adha yang terduduk itu.Dia tahu Adha amat menginginkan anak.Tidak di sangka ia hilang begitu sahaja.

**********************

Berita tentang Aryan diculik hingga di telinga Amirul.Amirul sudah tidak tahan sabar.Dia pun membuat rancangan untuk mengambil Aryan semula.

“ Sekarang ni,Aryan ada pada tangan siapa? ” soal Naufal.

” Pada Dato' Araman. ” ucap Erin.

Amirul dan Amar memandang Erin.

“ Tapi bukan ke yang culik tu orang lain?Takkan Dato' Araman pula?Lelaki tu tak ada kaitan pun dengan Dato' Araman.Setahu saya,dia ni pembantu arwah ayah awak kan Erin? ” celah Aini pula.

” Nama lelaki tu Andy.Ya,Andy ni bekas PA arwah ayah saya Dato Aslam.Dia bekerja dengan ayah saya dah lama.” kata Erin.

” Tapi macam mana dia boleh bekerja dengan Dato' Araman?Ke dia ni belot Dato Aslam? ” soal Aini.

“ Andy ni dia terpaksa.Keadaan yang memaksanya untuk dia berbuat begitu.Nak jadikan ceritanya,isteri Andy menghidap kanser paru-paru tahap 4.Dia memerlukan wang untuk membayar pembedahan isterinya.Andy ni pula tak ada pilihan selain meminta bantuan dari pihak ahlong.Sebabkan dia tak mahu di kejar oleh ah long.Dia meminta bantuan dari Dato' Araman.Dato Araman membantunya untuk bayar semula hutang dia.Tapi dengan syarat Andy kena beritahu apa-apa aktiviti yang papa saya lakukan.Kiranya dia belot dengan papa saya.Dan perkara ini berkait dengan Dato' Azman. ” jelas Erin.

“ Dato' Azman?Tentang apa? ” soal Amirul pula.

“ Pada hari kematian Dato Azman,Dato Aslam datang melawatnya.Dia memberitahu pada Dato Azman tentang sikap sebenar Dato' Araman yang tidak diketahui oleh Dato Azman.Dato Azman tak sangka yang Dato Araman pernah merogol serta membunuh seseorang.Anak mangsa yang dirogol itu adalah Wani iaitu adik kepada Liyana.”

Mereka terkejut.

” Dato' Araman menyembunyikan identiti Wani.Sehari sebelum ibu Wani mati di bunuh Dato' Araman,dia sempat pergi ke hospital untuk bersalin.Dato Araman tak mahu anak itu dilahirkan.Tapi kerana ibu Wani ini tak sampai hati nak gugurkan kandungan.Dia menyembunyikan diri selama berbulan-bulan kerana takut diburu oleh konco-konco Dato' Araman.Namun apabila dia telah bersalin mereka semua mendapat berita tentang dia.Keesokkan harinya Dato' Araman menyuruh bodyguardnya menculik ibu Wani dari hospital dan dibunuh. ”

“ Dato' Aslam mendapat tahu dari perbualan antara Haris dan Dato’ Araman.Selepas Dato Aslam meninggalkan Dato Azman,Andy mendengar perbualan antara mereka.So dia memberitahu Dato' Araman.Dato Araman marah.Dia datang ke hospital dengan niat untuk membunuh Dato Azman.Apabila Dato' Araman sudah tiba,dia menyuruh Andy mengunci pintu wad itu dan menutup lampu di dalam wad Dato' Azman.Dan Dato Azman dibunuh.” ucap Erin lagi.

Amirul menarik nafasnya.

” Kita berbalik kepada Andy,dia ni jadi mata-mata Dato' Araman.Sehinggalah tamatnya riwayat Dato' Aslam,Andy bekerja dengan Dato' Araman sehinggalah sekarang.So mungkin masa Amani dan Darwina keluar pergi shopping tu,Andy mengikuti mereka.Tetapi mungkin sebab Andy seorang dia tak dapat nak culik Aryan.Dan mungkin juga kerana wajahnya sudah dikenali oleh orang sekeliling.Sebab Dato' Araman ni bijak.Even dia yang buat salah,dia akan jadikan Andy ni pelakunya.Nak tak nak Andy kena terima.So waktu Andy nak culik tu kemungkinan dia beritahu Dato' Araman.Dan Dato Araman meminta bantuan dari Andika.Andika ni kebetulan ada kat sini.Andika yang tarik perhatian Amani.” jelas Erin lagi.

Mereka semua semakin mengerti.

“ Wah Erin.Awak tahu semuanya tentang mereka.Terbaiklah! ” ucap Naufal.

“ Saya pada mula,tak nak ambil tahu.Tapi bila dah lama-lama saya seronok pula.Rasa macam nak tahu apa kesudahannya. ” ujar Erin.

“ Padan muka Andy.Dia baru tahu Dato' Araman tu monster yang dahsyat.Terimalah kau. ” ucap Aini puas.

Erin tersenyum.

“ Okay,kalau macam tu rancangan kita yang pertama,kita suruh Amirul yang ambil si Aryan. ” ucap Amar.

“ Tak boleh.Sebab nanti diaorang tahu yang kita dah rancang semua ni.Kita kena suruh Amani yang kena ambil Aryan. " ujar Erin lagi.

“ Sekarang kita kena tahu Dato' Araman nak jadikan Amani sebagai mangsa.Tapi dia gunakan Aryan sebagai pengganti Amani.Dia tahu Amani akan datang dan melutut kepada dia. ” ucap Erin lagi.

Mereka semua memandang Amani.

“ Aku okay.Aku boleh buat sebab itu anak aku. ” ucap Amani.

Amirul memandang Amani.

“ Tu pun anak saya juga. ” ucap Amirul.

Amani memandang Amirul.

“ Tapi saya yang jaga dia sepenuhnya. " bidas Amani.

Erin,Amar,Naufal dan Aini saling berpandangan.

“ Janganlah gaduh kat sini. ” ucap Erin perlahan.Aini menjungket bahunya.

“ Tak apa.Kita suruh Amani yang ambil Aryan.Aini dan Naufal standby kat dalam kereta awasi kami dari luar.Amani pula akan di pasangkan perakam sebagai bukti.So aku dan along akan ikut Amani.Pandai-pandailah kitaorang nak masuk dalam tu macam mana.So Erin kau akan berada di pihak Dato' Araman.” ujar Amar.

Dia tidak mahu membingitkan suasana.

“ Okay.Aku ikut yang kita dah rancangkan.So kita kena suruh Amani pancing Dato Araman. ” ucap Erin.

Sedang mereka berbincang,seseorang mendekati mereka.Mereka semua terkejut.

“ Saya nak join boleh? ” ucap wanita itu.

Naufal membulatkan matanya apabila melihat wanita itu memakai kain yang terbelah di kaki wanita itu.Aini terus menampar pipi Naufal.Naufal tersedar.

” Tumbuk kang.Tengok mana? ” ucap Aini.

Mereka yang berada di situ tersenyum.Naufal menggaru-garu kepalanya untuk menahan malu.

“ Korang mesti dah lupa I kan? ” ucap wanita itu.

Mereka mencuba mengingati wanita itu.Wanita itu menanggalkan topi di kepalanya lalu menanggalkan spek mata hitamnya itu.

“ Liyana? ” ucap Amani.

“ Yes it's me Liyana.Korang ni I baru je berapa bulan dekat London,korang dah lupa I. " ucap Liyana.

“ Tak lupa pun.Tapi terkejut macam mana ada kat sini? ” jawab Naufal.

“ Sorrylah buat korang terkejut.I balik sana tolong uruskan bisnes papa I.But I rasa nak balik Malaysia.But papa I tak tahu pun.I muak lah dengan apa yang I dah hadap.Sampai masanya akan terbongkar juga. " ucap Liyana lagi.

“ Maksud awak Liyana? " ucap Amirul.

” I nak join korang jatuhkan papa I. ” ucap Liyana bersahaja.

Mereka saling memandang.

“ Liyana,awak serius ke? ” soal Aini.

“ Ya,I serius.I dah penat dengan papa I.Sampai bila dia akan menang.But I know,one day dia akan jatuh sejatuhnya.I akan bongkarkan segala rahsianya.Yang Erin sampaikan itu baru suku dari 100% yang I tahu.But thanks to Erin,you tahu apa yang terjadi.I tak sangka.” ujar Liyana.

Erin menunduk kepala lalu tersenyum.

“ Kalau macam tu,kita boleh jatuhkan Dato' Araman.Kita kena bagi dia mengaku dengan perbuatan dia dan sumbatkan dia dalam penjara. ” ucap Amar.

“ Tu tak ada masalah.I ada banyak bukti.Kita just teruskan je rancangan ini. ” balas Liyana.

Mereka mengangguk setuju.

Assalamualaikum n hye.sory author busy skit lupa nak update..amacam? korang akan tau sikit demi sikit hint just stay tune

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience