Bab 34 (Aryan Izhar)

Romance Series 36483

Darwina termenung sendiri.Berita tentang kelahiran putera sulung Amani telah heboh di seluruh kampungnya.Darwina berasa iri hati kerana penduduk kampungnya sering menanyakan khabar tentang Amani.

Darwina berasa menyesal dengan perbuatannya yang terdahulu.Jika dia tidak melakukan perbuatan syiriknya itu mungkin dia akan mendapat seorang cahaya mata seperti Amani.

Adha terlihat isterinya yang menonton televisyen.Dia duduk di sebelah isterinya.Darwina tersedar dari lamunan terus memandang suaminya di sisi.Dia memberikan senyuman hambar.

Adha mengusap kepala isterinya itu.

“Sayang,kenapa macam moody je abang tengok?Bendera jepun eh?” Adha tersengih.

Darwina memandang suaminya lalu menghembuskan nafas berat.

“Abang,mesti best kan kalau kita ada baby!” ucap Darwina.

Adha memahami isterinya.Ini kemungkinan isterinya memikirkan tentang kelahiran anak sedaranya.

“Sayang janganlah sedih.InsyaAllah ada rezeki kita.Kita kena banyak bersabar.Allah akan bagi yang terbaik untuk kita." kata Adha.

“Tak maulah sedih-sedih.Abang nak tengok isteri abang ni happy je.Sayang nak makan apa?Abang belikan!” kata Adha lagi memujuk isterinya itu.

Terus berubah wajah Darwina yang masam itu.

“Abang nak beli apa?Sayang teringin nak makan pizza.Lama tak makan pizza.Boleh kan?” ucap Darwina dengan wajah yang teruja.

“Boleh je sayang.Asalkan isteri abang ni happy selalu.”

Darwina tersenyum manis.

“Kan comel senyum macam tu.Kalau boleh abang nak hari-hari macam tu.” kata Adha.

Adha menarik Darwina ke dalam pelukannya.Darwina membalas pelukan suaminya itu.

Abang maafkan Awin.Kalau abang tahu hal yang sebenar.Mungkin abang akan tinggalkan Awin.Getus hati Darwina.

*****************

Mak Lang Siah sedang mengemas rumahnya.Esok hari dia akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk melihat cucu sedaranya itu.

Wajah Mak Lang Siah berasa teruja apabila mendapat berita tentang kelahiran cucu sedaranya itu.Sedang asyik mengemas rumahnya,ada seseorang memberi salam.

Mak Lang Siah melihat ke luar jendela rumahnya.Ternyata Makcik Mona sedang menunggu di luar rumah.

“Amboi Siah,sibuk nampak kemas rumah.Ada orang nak datang ke?” ucap Makcik Mona.

“Kau ke Mona?Aku ingat siapa tadi!Tak adalah.Aku ni kemas rumah sebab lusa aku dah nak pergi KL tengok Amani kat sana.Diakan dah bersalin.Nak tengoklah cucu sedara aku tu.Dahlah masa dia bersalin aku tak dapat datang.Nilah masa aku nak tengok-tengokkan dia.” ujar Mak Lang Siah.

“Patutlah aku tengok kau rajin mengemas rumah.Ingatkan ada orang nak masuk meminang!” kata Makcik Mona lagi.

Mak Lang Siah menjadi hairan.

“Nak masuk meminang siapa?Anak aku dengan Amani kan dah kahwin.Kau ni.”

“Masuk meminang kaulah.Siapa lagi?Kau sejak jadi janda ni aku tengok makin cantik.” usik Makcik Mona.

Mak Lang Siah tersenyum simpul.

“Kau ni memandai ye?Tak ada yang nak kat aku.Aku ni dah tua.Anak pun dah besar.Aku sedar diri.Tak naklah aku terima pinangan orang.Biarlah aku sorang-sorang macam ni.Tenang hidup aku.” jawab Mak Lang Siah lagi.

Makcik Mona tertawa apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut Mak Lang Siah itu.

“Kau ni.Manalah tahu ada yang berkenan dengan kau.Kau tu bergetah lagi.Rugi Jalil ceraikan kau.Tapi dia pun sudah macam tu.Bercerai lebih baik.Kau pun tak stres.” kata Makcik Mona.

“Aku pun lebih suka sorang-sorang je sekarang Mona.Senang aku nak pergi sana sini.Anak aku pula mana ada duduk dengan aku.Mesti dengan suami dia.Amani pula dah menetap kat KL sana.Ikut laki dia.Kalau setakat aku sorang tu tak ada masalah.Makan pun boleh jimat.” ujar Mak Lang Siah.

“Baguslah tu Siah.Aku bukan apa.Kau tu satu-satunya kawan aku.Risau lah juga jadi apa-apa kat kau.”

“Terima kasih Mona selalu datang tengok  aku kat rumah ni.Aku pun sekarang dah malas nak jumpa orang kampung.Kau faham-fahamlah orang kampung ni suka menyibuk hal aku.”

Makcik Mona tertawa.

“Kau kan famous Siah.Mestilah orang bercakap pasal kau.Siapa kat sini tak kenal Siah speaker?Satu kampung kenal kau.Sampai kampung sebelah pun kenal kau tau.” ucap Makcik Mona sambil tertawa kecil.

“Amboi kau kutuk aku depan-depan ye?” kata Mak Lang Siah.

“Aku gurau je Siah.Kau macam baru kenal aku dua tiga hari je.Sejak jadi janda ni makin sensitif ye kau.” usik Makcik Mona lagi.

Mak Lang Siah menjegilkan matanya.Makcik Mona tertawa kecil melihat reaksi wajah Mak Lang Siah.

***********************

Amirul masuk ke dalam bilik wad itu.Dia terlihat anaknya yang sedang lena dibuai mimpi.

Amirul mendekati anaknya.

“Sayang anak papa sorang ni.” Amirul mengucup  dahi anaknya itu.

Aryan merengek saat pipinya dicium Amirul.

Amani mengerdipkan matanya.

“Aryan je ke?Mamanya tak pun.” rajuk Amani.

Amirul tersenyum melihat isterinya merajuk.

“Mestilah abang sayang mamanya jugak.Terima kasih sayang.Inilah hadiah terindah bagi abang.

Amirul mengucup dahi Amani.Amani tersenyum.Hatinya berbunga apabila mendengar pujian dari suaminya.

“Abang,sayang comel lagi ke tak?Jujur.” kata Amani.

“Kenapa?”

“Tanya je.Sayang comel ke Aryan lagi comel? ”

“Mestilah Aryan yang comel.” ucap Amirul.

“Habis tu sayang tak comellah?” tanya Amani.

Amirul tersenyum sendiri.

“Sayang comel tu sekarang kat Aryan je.Sayang of course lah cantik.Cantik kat mata abang je.” Amani tersipu-sipu malu.

Sedang leka berbual dengan isterinya,Amirul tersedar akan kelibat seseorang.

Terlihat Naufal dan Aini masuk ke dalam wad itu.Naufal tersengih apabila melihat Amirul serta Amani.

“Assalamualaikum,sorry ganggu.” ucap Naufal.

“Eh,tak apa.Masuklah,datang juga.Ingat tak nak datang.” ujar Amani.

“Tahniah Amani dapat baby boy.Comelnya anak kau.Gebu pipi dia.” ucap Aini dengan teruja melihat bayi yang berada di dalam

“Tengoklah comel ikut siapa.Kalau bukan papa dia.” balas Amirul pula.

“Perasan.Aryan tu ikut muka Amani bukan muka bos.” celah Naufal.

Amirul tertawa besar.

“Tak kisah ikut muka siapa.Asalkan Aryan sihat.Betul tak Amani?” kata Aini.

“Betul.Ni aku sokong.” Amani tersenyum.

Amirul dan Amani saling berpandangan.Mereka memandang wajah Aini dan Naufal silih berganti.

“Naufal,kau bila lagi nak ada anak? ” soal Amirul sambil mengangkat keningnya.

“ Saya ni girlfriend pun tak ada bos.Nak ada anak?Jauh sekali.” Naufal menggaru kepalanya.

“Tu sebelah kan ada?” Amirul mengusik Naufal.

Aini yang tersedar dia diusik terus berubah wajahnya menjadi kemerahan.

“ Tak nak saya.Dia ni dahlah garang.Macam tikus mondok.Kalau saya nak yang jenis lemah lembut.” ucap Naufal dengan selamba.

Amirul dan Amani tertawa kecil.

Aini terus berpaling memandang Naufal.

“Apa kau cakap Nopal?Aku garang macam tikus mondok? Kau ingat aku tak ada perasaan ke kau cakap aku macam tu?” Aini menjeling Naufal.

“Amani aku balik dulu tau.Nanti aku datang lagi.” Aini bersalaman dengan Amani lalu keluar dari wad itu.Semua yang berada di situ tercengang.

“Apa dah jadi ni?Kenapa Aini terus keluar? ” soal Amirul.

Ketika itu Naufal mendapat beberapa mesej dari seseorang.

From My Sayang
Kita putus,awak jangan cari saya.Jangan tegur saya.Jumpa saya pun jangan.Jangan call saya.”

Naufal ternganga membaca mesej itu.Dia baru tersedar.

“Amani aku balik dulu tau.Bos sory nanti kita sembang lagi.Aku ada hal.Nanti apa-apa roger je.” ucap Naufal lalu hilang dari pandangan.

Amani dan Amirul memandang satu sama lain.

“Kenapa dengan diaorang?Peliklah tak pernah nampak Aini marah macam tu.Naufal pula tiba-tiba ada hal.” ucap Amirul.

“Tak tahulah bang.Mungkin diaorang ada masalah kot.Tak apa lah nanti diaorang okaylah tu.” Amani cuba menenangkan keadaan.

Sesekali Aryan menangis.

“Alololo,kenapa anak papa ni?Lapar ye?Mama anaknya lapar.” ucap Amirul.

Amani mengambil anaknya dari tempat tidur bayinya itu lalu dipangkunya.

Amirul menemani isterinya itu.Amirul berasa hairan dengan kejadian yang tidak di duganya.

Kenapa Aini marah sangat dengan Naufal tadi?Soalan demi persoalan bermain di fikiran Amirul.

Amirul menarik nafasnya.Dia menatap wajah anaknya itu.Senyuman terukir di bibirnya.

Assalamualaikum guys Sory..author xblh bkk novelplus sbb novelplus author and problem...nah. utk korg..ap2 Komen je

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience