Bab 25 (masuk hospital)

Romance Series 36483

Puan Aliza dan Amar baru sahaja selesai membuat temu janji dengan doktor pakar.Kesihatan Puan Aliza sejak kebelakangan ini semakin teruk.Dia tidak mahu pergi ke hospital.Kerana jika dia pergi ke hospital,dia pasti di tahan wad.

Untuk mengelak dari di tahan wad,Puan Aliza hanya pergi ke klinik untuk mengambil rawatan ringan.Doktor memberitahu Puan Aliza ada masalah pernafasan.Dia tidak boleh stres.Jika dia dalam keadaan yang begitu akan menjadi kesan kepada anggota badannya.

Puan Aliza dan Amar keluar dari klinik.Amar mahu mengambil keretanya.Dia menyuruh Puan Aliza menunggunya di situ sebentar sementara dia pergi mendapatkan keretanya.

Puan Aliza hanya mengangguk sahaja.

Amar pergi mendapatkan kereta.Dia melambaikan tangannya kepada Puan Aliza.Amar sengaja mengusik mamanya.Puan Aliza tersenyum.

Sedang Puan Aliza menunggu anaknya.Seorang lelaki memakai pelitup muka berwarna hitam menghampirinya diam-diam.Lelaki itu memanggilnya dengan suara yang perlahan.

Puan Aliza menoleh wajahnya.Di tangan lelaki tersebut sedang memegang pisau.Dia menghunuskan pisau itu ke perut Puan Aliza.

“...Allah.” hanya kata-kata itu sahaja yang sempat di ucapnya.

Puan Aliza terjatuh ke lantai.Lelaki itu terus hilang melarikan dirinya.Orang ramai yang sedang melalui jalan itu terus mendapatkan Puan Aliza.

“Makcik?Makcik okay tak?” kata salah seorang pemuda itu.

Berkerut dahi Puan Aliza menahan rasa sakitnya.Amar terus mendekati orang ramai yang sedang berkerumun itu.

“Mama?Ma kenapa ni?Ya Allah!Siapa buat mama ni?” Amar terpana melihat keadaan mamanya yang sudah lemah itu.

“Tadi saya perasan.Ada orang panggil makcik ni.Lepas tu saya tengok balik dia dah terjatuh.Orang tu pun dah lari.” kata salah seorang pemuda itu.

“Ya Allah.Ma,jom kita pergi hospital.” Amar mencempung Puan Aliza dalam dakapannya.

Amar membawa mamanya masuk ke dalam keretanya.Salah seorang pemuda itu memberikan beg kepada Amar.

“Awak boleh ikut saya sekali tak?” kata Amar pada lelaki itu.

“Boleh.”

Mereka segera masuk ke dalam kereta.Amar memecut laju kereta itu.

**************************

Amirul baru sahaja selesai aktiviti mesyuarat bersama pekerjanya.Dia agak sibuk.Amani sedang membancuh air seperti biasa.

Sedang Amani membancuh air,Amirul datang kepadanya.Wajah Amirul sangat serius.

“Sayang,jom pergi hospital.Mama masuk wad.Ada orang tikam mama.” berubah wajah Amani.

“Hah?Ti...tikam?” soal Amani.

“Ya.Jom cepat.Abang risau dengan mama ni.” cepat-cepat Amani mengemas ruangan pantry itu.

Dia mengikuti langkah Amirul.

“Aini,saya ada hal kecemasan.Apa-apa awak inform saya.Saya bawa Amani juga.”

“Baik bos.” Aini mengangguk.

Amirul dan Amani melangkah ke luar dari pejabat itu lalu masuk ke dalam kereta.Mereka terus bergerak ke hospital.

Sampai sahaja di hospital.Amirul terus bertanya di kaunter.Jururawat itu menunjukkan wad Puan Aliza.

“Terima kasih.” ucap Amirul pada jururawat itu.

Jururawat itu mengangguk kepalanya dan berlalu pergi.

Terlihat Amar yang sedang duduk di bangku yang telah di sediakan oleh pihak hospital itu.Amar menoleh.

“Amar mama macam mana?” soal Amirul memandang Amar.

”Mama kena tahan wad.Doktor kata keadaan dia kritikal.”

Amirul terduduk di bangku.Amani mengusap bahunya.

“Abang jangan fikir bukan-bukan.Amani yakin mama selamat.Doa kan yang terbaik untuk mama.” kata Amani.

Amirul memejam matanya.Dia menarik nafasnya dengan berat.

“Macam mana boleh jadi?Masa tu Amar dengan mama kat mana?” soal Amani pada Amar.

”Tadi Amar pergi klinik.Teman mama.Mama tak berapa sihat.Dah keluar klinik tu Amar pergi ambil kereta.Tak nak bagi mama berjalan sangat.Bila Amar datang balik, tengok-tengok orang ramai dah berkerumun dekat mama.Ada orang nampak seorang lelaki macam tikam mama.Tapi dia tak tahu siapa lelaki tu.Amar dah ada saksi yang nampak tu.Cuma Amar dah hantar dia balik.”

Amirul dan Amani memandang satu sama lain.

“Lelaki?Tikam mama?Siapa?” Amirul terdiam.

“Mama ada musuh dalam diam ke abang?Takkan dia sampai nak tikam mama?” ucap Amani.

Amirul meraup wajahnya.

“Abang tak tahulah.Siapa saksi yang nampak mama kena tikam tu?Nanti bawa along jumpa dia boleh?” ucap Amirul.

“Boleh along.Cuma sekarang ni kena tunggu keputusan mama.Harap tak ada apa-apa yang jadi pada mama.” ucap Amar.

Mereka bertiga menunggu di luar wad tersebut.Amirul kelihatan agak kusut.Amani menepuk lembut bahu suaminya.

***************************

Termengah-mengah Andika berlari.Dia terus masuk ke dalam keretanya.Dia menanggalkan pelitup mukanya.Hoodie yang dipakainya juga di tanggalkan.Andika memecut kereta dengan laju.

Tiba di suatu tempat.Andika terus melangkah masuk ke bilik itu.Dia mengetuk pintu.Pintu telah di buka.

Andika terus meletakkan pisau di atas meja tersebut.

“Dato,saya dah buat apa yang dato suruh.Sekarang ni dia mungkin kat hospital.Tapi saya yakin dia akan mati.Sebab saya tikam agak dalam.Kalau dia tak mati pun dia akan hidup merana.” ucap Andika.

Dato' Araman tersenyum puas.Dia memusingkan badannya.

“Syabas.Itu yang saya mahukan.” Dato' Araman menepuk tangannya.Dia ketawa besar.

“Dato dah janji dengan saya kan?” Andika memandang Dato' Araman.

“Ya.Saya tunaikan.Tiket kamu ke UK petang ni.Dan ini untuk kamu.Terima kasih sebab dah bantu saya.Saya yakin kamu kat sana nanti tak ada sesiapa yang akan kenal kamu.Saya akan pastikan orang-orang saya sentiasa ada dengan kamu.”

Dato' Araman memberikan sebuah beg yang berisi duit di dalamnya.Di dalam beg itu juga ada beberapa pakaian yang sudah di sediakan juga.

Andika berjabat tangan dengan Dato' Araman.

“Terima kasih dato.” Andika memusingkan badannya.

Bodyguard Dato' Araman membuka pintu itu.Andika keluar dari tempat itu lalu masuk ke dalam keretanya dan bergerak pergi.

Ketika itu ada sepasang mata sedang memerhatikannya.

Puan Aliza msuk hospital??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience