Bab 26 (meninggal dunia)

Romance Series 36483

Amirul menunggu Puan Aliza di luar wad.Puan Aliza masih lagi tidak sedarkan dirinya.

Sewaktu itu doktor yang merawat Puan Aliza keluar dari wad itu.Amirul terus mendapatkan doktor itu.

“Doktor,macam mana keadaan mama saya?” soal Amirul.

Doktor yang bernama Shahrul itu menepuk bahu Amirul.

“Awak kena banyak bersabar dan doakan untuk Puan Aliza.Keadaan dia semakin kritikal.Dia masih tidak sedarkan dirinya.Oksigen dia hanya ada 50% sahaja.Kami akan sedaya upaya bantu selamatkan dia.” kata Doktor Shahrul menepuk bahu Amirul sebelum pergi.

Amirul terdiam tidak berkata.Amani dan Amar datang ke arah Amirul.

“Along,doktor kata apa?” soal Amar.Dia menginginkan kepastian dari abangnya.

“Mama ada 50% je lagi untuk hidup.Kalau dia tak sedar juga...” Amirul memejamkan matanya.

“Abang jangan cakap macam tu.Abang kena yakin.Jangan give up.Kita ada Allah.Kita kena kuat Allah mesti akan bantu kita.”

Amar terdiam tidak berkata.

Mereka bertiga masih menunggu keputusan dari pihak hospital.Amirul terus bangun dari tempat duduknya.

“Abang nak ke mana?” Amani memandang Amirul.Amar pun memandang abangnya.

“Abang nak solat.Mungkin mama perlukan doa dari kita supaya dia cepat sembuh.”

“Amani nak ikut boleh?” Amirul memandang Amani.

Dia mengangguk kepalanya.

“Tak apa.Along dan kak long pergilah.Biar Amar tunggu sini.” kata Amar.

Amani dan Amirul pergi mencari surau.

****************************

”Awak anak Puan Aliza kan?” kata Doktor Shahrul.

“Ya saya." jawab Amar.

“Saya minta maaf sangat-sangat.Saya tak dapat nak tolong.Keadaan Puan Aliza semakin teruk.Kami dah buat sedaya upaya yang boleh.Jantung dia tak kuat.Maafkan kami.” kata doktor Shahrul.

Mata Amar berkaca-kaca apabila mendengar berita yang tak di ingininya.Doktor Shahrul menepuk bahunya.

“Tak apa doktor.Doktor dah buat yang terbaik untuk kami.Kami bersyukur.Mungkin Allah lebih sayangkan dia.”

Amar memejamkan matanya.

“Nanti beritahu Amirul ya?” Amar mengangguk perlahan.

Doktor Shahrul meninggalkan Amar sendirian.

Amirul dan Amani baru sahaja selesai mengerjakan solat.Dia melihat adiknya yang termenung itu.

“Amar, keadaan mama macam mana?” ucap Amirul.

Amar terus memandang Amirul.Amirul tertanya-tanya.Amar menarik nafasnya.

“Along,mama dah tak ada.Mama dah tinggalkan kita.Dia pergi untuk selama-lamanya.”

Amirul terdiam tidak berkata.Air mata semakin laju mengalir di pipinya.Amirul terduduk di lantai.

Amani terkedu.Dia memandang suaminya.Amani cuba untuk menenangkan suaminya.Dia pasti Amirul tidak kuat untuk menerima ujian ini.

************************

Tanah perkuburan di banjiri oleh orang ramai.Terlihat Amirul,Amar dan Amani yang sedang duduk melihat kubur Puan Aliza.Terlihat Dato' Araman,Puan Adhira, Liyana dan Wani berada di situ juga.

Amirul terduduk kaku.Dia tidak bergerak.

Dato' Araman menepuk bahu Amirul perlahan.

“Sabar Amirul.Kamu kena redha.” ucap Dato' Araman.

Amirul menganggukkan kepalanya.

“Uncle balik dulu ye?” kata Dato' Araman.

“Baik uncle.Terima kasih datang sekali." kata Amani.

Liyana melihat wajah Amirul yang masih dengan sisa air matanya.

“Amani,awak kena bagi semangat pada Amirul dan Amar.Nampak mereka sedih sangat.” kata Liyana pada Amani.

”Iya.Terima kasih Liyana.”

“Saya balik dulu ya? Assalamualaikum.” Liyana bersalaman dengan Amani.

“Waalaikumsalam."

Amirul melihat kubur itu.

“...Mama,maafkan along sebab tak ada di sisi mama saat mama perlukan along.Maafkan along sebab mama tak sempat nak tengok cucu mama.Maafkan along ma.Along akan jaga Amani dan Amar.Terima kasih jadi mama yang terbaik buat along.Semoga mama dapat jumpa papa kat sana.Doakan kami kat sini ma.Assalamualaikum.” ucap Amirul sebelum berlalu meninggalkan kawasan tanah perkuburan itu.

Amani terlihat wajah Amirul yang muram itu.Dia amat memahami perasaan suaminya.

Tiba di rumahnya.Amirul memandang keseluruhan rumah itu.Suram.Tidak seperti dulu sewaktu adanya mamanya.

Amirul menarik nafasnya.

Amani terus mendapatkan suaminya.

“Abang,Amani faham perasaan abang.Amani faham abang tak nak tinggalkan rumah ni.Kita duduk sini ya?Lagi pun kesian kat Amar.Dia sorang-sorang.Kalau ada kita tak ada dia sunyi.” ujar Amani.

Amirul memandang wajah isterinya.Dia terus memeluk Amani dengan erat.Amirul berasa tenang apabila Amani berada dalam pelukannya.Amani membalas pelukan suaminya.

“Abang tak kisah pun.Yang penting sayang ada dengan abang.Tu pun dah cukup.” Amirul mengucup dahi Amani.

Amani tersenyum.

Amar tersengih sendiri.

“Buat drama pukul 7 pula dia.Ingat sweet ke?Dahlah sendu ni.” Amar memuncungkan bibirnya.

Amani sudah tergelak kecil.

”Eleh!Nanti kau pun akan kahwin juga.”

Amar tersenyum.

“Amar,along harap kamu boleh terima ya?Along tahu kamu sedih.Along takkan tinggalkan kamu.Kami sentiasa ada dengan kamu.Along dah fikir dah.Along dan kak long duduk sini balik.Sekurang-kurang kamu tak sunyi.Dan mungkin along akan ambil orang gaji untuk kemas rumah ni.Nak harap kak long dia pun kerja.Susah juga.Kalau masa cuti boleh la dia tolong kemas rumah.” jelas Amirul.

“Tak apa.Amar okay je.Lagipun Amar lagi suka along dan kak long duduk sini.”

“Tapikan orang gaji tu along nak ambil yang muda ke?Kalau muda mana tahu boleh Amar mengorat dia.” Amar sudah tergelak kecil.

“Amboi, gatal dia.Tengoklah along ambil yang macam mana.” kata Amirul.

“Ambil lah yang muda tau?” Amar mengenyitkan matanya.

Amirul menggelengkan kepala.

“Macam-macam perangai.” Amirul tersenyum.

Mama along janji dengan mama.Along jaga Amar,Amani dan rumah ini dengan sebaik-baiknya.Detik hati Amirul.

sian Amirul..tnggu next chapter..stay tune

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience