Bab 4 (gaduh)

Romance Series 36483

“ Aduh sakitlah.” ucap Amani.Amani ketika itu sedang membetulkan kasut yang dipakainya.Lelaki yang melanggarnya itu pergi dengan bersahaja.Amani tidak puas hati.Dia mencari lelaki itu.

Sejak dia tinggal di ibu kota Kuala Lumpur,Amani sudah berubah.Kerana satu kejadian.Amani sedang berjalan seorang diri dan telah diekori oleh beberapa orang lelaki.Amani ketika itu dalam ketakutan.Dia di kepung oleh pemuda yang tak di kenali itu.

Ketika itu,Amani sudah mahu melarikan dirinya.Dia perlahan-lahan mengundurkan diri ke belakang.Lelaki-lelaki itu semakin mendekatinya.Mereka tersenyum melihat gadis di hadapan mereka.Amani teringat akan pesanan Aini.Jika takut jangan berdiam lawan selagi mampu.

Amani merupakan salah seorang pelajar taekwondo yang pernah mewakili sekolahnya hingga sampai ke peringkat negeri.Sememangnya itu kemahirannya.Dia membuka langkahnya.Seorang demi seorang jatuh akibat pukulan dan tendangan darinya.Amani membetulkan bajunya dan beredar dari tempat itu.

Sejak dari itu Amani berubah sikap.Amani sememangnya seorang yang kasar.Malah dia juga seorang yang kelakar.Kerana sikapnya yang tiga suku membuatkan rakan-rakannya sering memanggil dia gadis BIMBO.Namun sikapnya akan berubah jika,dia berada di rumahnya.Kerana Mak Lang Siah akan memerhatikan setiap tingkah lakunya.

Jadi,di rumah sahaja dia simpan kuku.Amani juga tahu jika dia dalam keadaan mood baik ada sahaja cara Darwina untuk menyakitkan hatinya.Hanya di sekolah sahaja tempat untuk Amani jadi dirinya yang sebenar.Sekarang,dia sudah berjauhan dari mereka yang selalu beri masalah pada hidupnya.Dia tidak lagi menghadap muka mereka berdua yang sering menyakitkan hati,termasuk Pak Lang Jalil.

Lelaki itu telah masuk ke dalam ofis.Amani yang baru sahaja di temu duga itu masuk semula ke dalam syarikat itu.Dia melajukan langkahnya mencari lelaki tersebut.Amani terlihat lelaki itu masuk ke dalam ofisnya.

Amani terus masuk ke dalam pejabat lelaki tersebut.

Terjah jela.desis Amani.

Amani menolak pintu dengan kuat.

“Hello bro yang langgar saya tadi!” ucap Amani memandang lelaki itu dengan tajam.Amani melihat wajah lelaki itu.

Handsome tapi tak ada adab.Desis hati Amani.

Amirul memandang wajah Amani.

Cantik.Detik hati Amirul.Sempat lagi mangkuk ni puji.

“Dah tahu bro yang langgar saya.Minta lah maaf.Dahlah buat salah lepas tu terus blah macam tu je.Ingat yang bro langgar tadi tu tunggul kayu ke?Saya tak sukalah nak bergaduh.Bukan sikap saya.Tapi cara bro tu kurang adab.Even tak sengaja sekalipun mintalah maaf.Ingat saya apa?Kucing?” bebel Amani.

Amirul tidak berkelip melihat Amani .

“Bro saya cakap dengan bro.Bukan dengan tunggul kayu.” ucap Amani lagi.

Geram pula dia.Orang tengah marah lelaki tu buat muka tak ada perasaan pula.Meminta betul.

Amirul dengan egonya melihat Amani.Walaupun dia tahu itu salah dia tetapi kerana Amani main terjah masuk ke dalam ofisnya membuatkan Amirul mahu mengajar perempuan itu.

“Salah saya ke?Awak yang duduk kat situ.Awak duduk dekat tengah-tengah orang nak lalu kenapa?Itu tempat orang nak lalu.Bukan tempat orang nak betulkan kasut.Faham?” ucap Amirul dengan sinis.

“Wah!Sayalah salah sekarang ni?Awak jangan ingat,awak pakai blazer macam tu awak cukup besar kat sini?Dahlah langgar tu minta jela maaf.Buat macam diri sendiri tak bersalah pula!” sindir Amani lalu menjeling lelaki itu.

“Awak ingat awak main terjah masuk syarikat saya ni tak salah pula?Kesalahan awak lagi teruk dari kesalahan saya.First awak main masuk je dalam pejabat saya.Second awak tolak pintu ofis saya dengan kasar.Third awak kurang ajar.Awak rasa saya nak minta maaf kat awak ke?” tanya Amirul.

Amirul dan Amani bergaduh.Pekerjanya melihat Amani dan Amirul bergaduh.

“Asal tu?Tu bukan budak yang kita interview tadi ke?” ucap Naufal.Aini tidak perasan akan Amani yang bergaduh.Dia tidak mengendahkan.

“Eh?Tu bukan kawan kau ke Aini?Yang kau cakap minta jadi tea lady tu?Rasanya baru lepas interview dia tadi.” ucap Mimi pula.

Aini tidak faham.Dia melihat di ofis bosnya.Terbeliak matanya melihat Amani berada di dalam ofis milik bosnya itu.Apatah lagi Amani sedang bergaduh dengan Amirul iaitu bosnya.Cepat-cepat Aini pergi ke ofis Amirul.

Aini berdiri di sebelah Amani.

“Amani!Kau buat apa kat sini?” tanya Aini.

Amirul dan Amani memandang Aini.

“Awak kenal dia siapa?” tanya Amirul.

”Kenal.Dia kawan saya.” jawab Aini.

Amirul membulatkan matanya tanda terkejut.

“Aini kau tahu tak mamat ni langgar aku masa aku kat luar tadi.Dahlah tak minta maaf pastu blah macam tu je.Dia ingat yang dia langgar tadi tu tunggul kayu ke?” ucap Amani mengadu pada Aini.Amani menjeling Amirul yang berada di hadapannya.

Aini tidak tahu untuk berbuat apa.Kerana di hadapannya ialah bos serta rakan baiknya yang sedang bergaduh.Suasana di dalam pejabat menjadi bingit.

“Sory bos.Saya minta maaf bagi pihak dia.Tapi saya nak beritahu bos inilah Amani yang minta jadi tea lady kat sini.” ucap Aini.

Kalau tadi dah bulat matanya.Sekarang terbeliak serta terlopong mulut Amirul mendapat tahu yang di hadapannya adalah staf yang dinantikan olehnya.

“What? Perempuan ni?” tanya Amirul.

“Amani,ni bos aku Amirul Ezani.Dia yang uruskan semua hal berkaitan dengan syarikat ni.Sory aku tak beritahu pada kau awal-awal tentang bos aku.” Amani terdiam.

“Kalau macam inilah staf yang awak ambil Aini,saya takkan izinkan dia bekerja dengan saya.Muktamad.” ucap Amirul.

Amani tersentak.Amani memandang wajah Amirul.Dia mengecilkan matanya.

Kecik besar kecik besar je aku tengok mamat ni.Desis hati Amani.

“Ingat aku nak sangat kerja dengan kau.Dasar jebon.Banyak lagi tempat kerja yang ada.Ingat syarikat ini je ke ada?.Berlambaklah kerja yang aku boleh dapat.” Amani terus keluar dari syarikat itu.

”Aku nak tengok 'berlambak tak' syarikat ambil dia?” ucap Amirul geram.

Aini meminta maaf sekali lagi kepada Amirul bagi pihak Amani.Amani sudah beredar dari situ.Amirul pula sedang serabut.Pekerja yang lain menyambung semula kerja mereka yang terbantut akibat pergaduhan antara Amani dan Amirul.

*************************************

Pulang dari pejabat,Amirul terus masuk ke dalam biliknya.Fikirannya agak serabut.Dengan kerja yang ada.Tambah pula masalah yang baru.Dia termenung sebentar.

Macam mana aku boleh cakap macam tu kat dia tadi?Aduh.Dahlah aku memang nak sangat staf untuk tea lady ni.Dia pula tak ada adab main terjah je ofis aku.Memang mengamuk lah aku.Omel Amirul sendiri.

Amirul tersenyum sendiri.Dia terbayang wajah gadis yang memakinya tadi.Cantik!

“Ahh sudah.Apa aku ni.l?Lantaklah dia.Cari staf yang baru jela.” gumam Amirul.

“.....Tapi masalah sekarang ni tak ada pun yang nak kerja tea lady.Kecuali budak yang maki aku tadi tu.” Amirul mengeluh sendiri.

Baru nak menyesal.Tadi sebelum cakap tak fikir dulu.Bidas otaknya.

Amirul meraup wajahnya.

Amirul terus bangun masuk ke bilik air untuk mandi.Selesai sahaja mandi.Dia menunaikan solat asar yang ditangguhnya tadi.Selesai solat dia terus melangkah ke dapur untuk minum.Amirul melihat Amar yang sedang minum air teh di tepi kolam.Segera dia duduk di situ.

Amirul melabuhkan punggungnya.Amar terus memandang Amirul.

“Wah,abang handsome kita dah mandilah.Patutlah wangi.” usik Amar lalu tersengih.

“Along memang handsome pun.Tak boleh dinafikan.” ucap Amirul dengan selamba.

“Ceh,berlagak.”

Amirul tersenyum.

“Along okay ke kerja?” soal Amar.

“ Okay je cuma.......” Amirul mematikan ayatnya.

Amar terus menjungketkan keningnya.

“Cuma apa?Tentang penyelewengan duit lagi ke?” soal Amar lagi.

“Bukan..” jawab Amirul.

“....Habis tu?” Amar mengerutkan dahinya melihat abangnya itu.Pelik.

“Ingat tak Along ada cakap tentang nak cari staf untuk tea lady tu?” tanya Amirul.

“Ingat.Kenapa?”

“Tadi dia datang untuk interview.Tapi yang interview dia Naufal.Along memang tak ambil port pun.Sebab Along memang bagi kerja interview tu pada Naufal.Okay je waktu interview tu.Tapi..” Amirul terdiam.

“Tapi apa?” tanya Amar.

“Budak yang datang interview tu terus terjah ofis Along.Puncanya Along tak perasan dia sedang betulkan tali kasut.Dah tu kat tengah-tengah jalan.Orang nak lalu.Along terlanggar dia.Tak sengaja.Lepas tu Along masuk ofis.Tengah buat kerja dia terus meluru ke ofis Along.Memang bergaduhlah apa lagi.” jelas Amirul.

Amar menggelengkan kepalanya.

“Along tak minta maaf ke pada dia?” tanya Amar.

“Nak minta maaf apa!Dah dia main masuk ofis Along.Lepas tu kurang ajar.Geram betullah.” luah Amirul.

“Memanglah dia kurang ajar.Along tak minta maaf.Siapa tak melenting?” Amar menepuk dahinya.Amar sudah tahu perangai abangnya yang ego itu.

“Habis tu apa jadi?” soal Amar lagi.

“Apa lagi Along tak izinkan dia kerja dengan Along.” jelas Amirul.

Ternganga Amar mendengar jawapan dari mulut abangnya itu.

“Along!!” ucap Amar.Geram dia dengan abangnya itu.

““Along ingat nak cari tea lady senang ke?” tanya Amar.

“Along tahu.Tapi dah budak tu kurang ajar.Dia yang mulakan dulu.” ujar Amirul.Amar hanya menggelengkan kepalanya.

“Nantilah Along fikir.Tak nak serabutkan kepala.Cukuplah masalah kerja je.Jangan tambah lagi masalah along.” Amirul memegang cawan dan menghirup air.

Amar memandang wajah abangnya yang kelihatan agak serabut itu.

*************************************

Amani sedang duduk di ruang tamu melayani siaran di tv.Aini menepuk bahu Amani.

“Opocot kau.” latah Amani.Aini tersengih.

Aini memandang Amani yang fokus dengan cerita di kaca tv.

“Kau okay tak?” Aini melihat Amani.

“Okay je.Kenapa?”

“Tak adalah.Kau sekarang ni nak cari kerja kat mana?” soal Aini lagi.

“Aku dah minta dah.Kerja kedai makan.” Amani masih memfokuskan matanya pada kaca tv.

“Seriously?Kau memang nak kerja situ?” soal Aini lagi.

”Iya.Lagipun kerja aku ambil order je.Okaylah tak ada teruk sangat.” Amani menjungketkan keningnya.

“...Okay.Amani..Kau masih marah tentang bos aku ke?” soal Aini.

“Kenapa dengan dia?” Amani pelik.

“Kau kan bergaduh dengan dia tadi.Kau memang tak nak kerja dengan aku sekali ke?”

Amani terus memandang wajah Aini.

“Dia yang tak izinkan aku kerja dengan dia.Takkan aku nak merayu suruh dia terima aku.Memang taklah.Lelaki macam tu jenis ego.Lagipun tak teringin aku kerja dengan dia.Itupun sebab kau yang cadang pada aku.Dah jadi macam tu memang tak lah aku kerja situ.Dengan hadap muka dia.Ish menyampah aku.” luah Amani.

“Sory weh.Aku pun salah sebab tak beritahu awal-awal kat kau itu bos aku.” Aini rasa bersalah pada Amani.

“It's okay.Bukan salah kau.Lagipun salah lelaki tu.Biarlah dia.Malas aku cerita tentang dia.Annoying tau tak?” ujar Amani.

“Annoying sangat.Jangan benci.Mana tahu kot-kot dia jadi laki kau nanti.Baru padan muka.” Aini tersengih.

“Tak teringin lah aku dapat laki perangai macam jebon.Menyakitkan hati aku je.Daripada aku kahwin dengan dia,aku sanggup kahwin dengan Atan.Sekurang-kurangnya kalau aku kahwin dengan dia dapat pahala.” ucap Amani lagi.

“Amboi kau.Sampai macam tu eh?Kita tengok kau sanggup tak kahwin dengan Atan?” Aini memberi senyuman senget.

“Dahlah malas aku layan kau.Aku nak tengok cerita ni lagi bagus.” ucap Amani.Aini tergelak kecil.Dia tahu kawan baiknya itu hanya cakap di mulut sahaja sedangkan dia sendiri tidak sanggup.

Sanggup ke kahwin dengan orang gila? Silap-silap hari bulan dia sendiri yang masuk hospital tanjung rambutan.

“Yes. 1 - 0.” ucap Aini.

“Eleh,tunggu kau.Nanti aku balas balik.”

“Kau nak balas tunggulah kahwin dengan Atan dulu.” ejek Aini.

Amani terus mengejar Aini.Aini terjerit apabila Amani melompat ke arahnya.Mereka berdua ketawa bersama.

***************************************

Amani sudah bekerja di restoran selama seminggu.Amani kelihatan gembira dengan kerjanya.Melayan karenah pelanggan.Amirul dan Naufal masuk ke dalam restoran itu.Mereka mengambil lauk yang telah disediakan.

Selesai mengambil makanan mereka mencari tempat duduk.Amani meneliti setiap pelanggannya.Dia terlihat dua orang lelaki sedang menjamu selera.Amani melihat tiada minuman pada meja mereka.Amani menuju ke arah mereka.

“Abang dah ambil order air ke?” tanya Amani.

“Belum.” jawab Naufal yang penuh dengan makanan di mulutnya.

“Nak air apa?”

“Bagi teh o ais.Bos nak air apa?” tanya Naufal pada Amirul.

“Saya nak nescafe kurang manis.Taknak pekat sangat.” Amirul memandang wajah pelayan itu.Amirul terkedu.

“Awak?”

Amani melihat wajah Amirul.Amani terus beredar dari situ.Amirul melihat Amani sehingga hilang dari pandangannya.

“Tu bukan budak yang gaduh dengan saya kat ofis minggu lepas ke?” ucap Amirul.Naufal memandang Amirul lalu menganggukkan kepalanya.

“Mungkin dia kerja sini kot.” jawab Naufal.

“Maybe.”

Amani berdiri di sebelah Aris yang sedang membancuh air itu.

Biar betul mamat tu makan kat sini.Aduh..Matilah aku.Takkan aku yang kena hantar ni.Amani mundar-mandir di sebelah Aris.

“Kau kenapa Amani?Macam cacing kepanasan je aku tengok.” ucap Aris

“Hah?Taklah.Aku sakit perut ni.Aku pergi ke tandas kejap tau.” Amani memegang perutnya itu.

“Pergilah.Dari kau tahan kat sini.Berbau nanti.” jawab Aris.

“Tapi siapa yang hantar air ni?” tanya Amani.

“Aku boleh hantar sendiri.Pergilah cepat.”

Amani melajukan langkahnya.Aris menghantar air kepada mereka berdua.Amirul melihat pelayan itu.

Aik?Orang lain?Mana dianya?Takkan dia nampak muka aku terus tak nak hantar air kat aku? Bertubi-tubi soalan keluar di minda Amirul.

Selesai makan,Amirul dan Naufal membayar makanan lalu keluar dari restoran itu.Restoran itu berdekatan dengan pejabat Amirul.Jika waktu tengah hari mereka akan makan di restoran itu.

Amani melihat Amirul keluar dari restoran.Dia berasa lega.

“Nasib baik aku larikan diri.Daripada tengok muka dia buat aku sakit hati je.” omel Amani sendiri.

Amirul ni geram betullah.Tak bagi iAmani kerja dengan dia.Korang stay tune ye

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience