Bab 10 (berlakon?)

Romance Series 36483

“Along bila nak bawa dia jumpa mama?” soal Puan Aliza.

“Siapa ma?” Amirul bingung

“Kata nak kenalkan mama dengan bakal menantu mama.Bila nak bawa dia jumpa mama?” Puan Aliza memandang anaknya itu.

“Oh.Lupa pula.Nanti Mirul kenalkan dia pada mama ye?” Amirul tersengih

“Jangan lama-lama.Mama bagi masa minggu depan Mirul bawa dia jumpa mama.” ucap Puan Aliza lagi.

Amirul ternganga.

“Hah?Minggu depan?” ucap Amirul.

“Ya.Habis tu bila lagi nak bawa bakal menantu mama?”

Amirul menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu.

“Iya ma.Nanti Mirul bawa.” Puan Aliza tersenyum apabila mendengar jawapan dari mulut anaknya itu.Tenang hatinya kerana anaknya sudah ada gadis pilihan hatinya.

Amirul meneguk air sepuas-puasnya.Sudah bermacam-macam yang berada di fikirannya ketika ini.

Dia mahu menenangkan fikirannya yang kusut itu.

Amirul terus mencapai kunci kereta.Dia memecut keretanya.Amirul sempat menekan nombor seseorang.

“Hello,jumpa kat tempat biasa.” ucap Amirul.Segera dia meletakkan telefon bimbitnya itu.

Setiba sahaja di sebuah restoran,Amirul terus melangkah masuk ke dalam restoran itu.Seseorang sedang menunggunya.

“Lama ke tunggu?soal Amirul.

“Tak ada.Baru 5 minit.Kenapa bos macam ada masalah je?" soal Naufal pula.

“Tak tahulah nak cerita macam mana.Saya pun runsing ni.” ucap Amirul.

“Macam masalah besar je.” ucap Naufal lagi.

Ketika itu pelayan datang untuk mengambil pesanan.Amirul memesan air kegemarannya iaitu air nescafe.

“Memang masalah besar sekarang ni." jawab Amirul.Naufal memandang wajah Amirul yang serius itu.

“Cuba bos cerita dulu.Lepastu baru kita tahu macam mana nak settlekan?”

“Macam ni.Mama saya teringin nakkan menantu.Saya pula main cakap je kat dia yang saya dah ada calon.Kalau saya tak bagi jawapan yang saya dah ada girlfriend.Dia nak kahwinkan saya dengan Liyana.” ucap Amirul.

“Liyana anak Dato Araman?” tanya Naufal.Amirul menganggukkan kepalanya.

“Yang merunsingkan saya sekarang ni.Mama saya nak jumpa calon yang saya cakap pada dia tu.Mama saya bagi masa minggu depan nak jumpa bakal menantunya." jelas Amirul lagi.

“Lepas tu bos?Apa yang buat bos runsing?” soal Naufal lagi.

“Saya tak tahu nak ambil siapa jadi girlfriend saya.Saya mana pernah ada girlfriend.Dulu je itu pun dah lama.Takkan saya nak terima Liyana tu?Memang tak kuasa saya.”

“Oh.Yang buat bos runsing sekarang ni bos tak tahu nak ambil siapa jadi girlfriend boslah?Apa susah bos?Amani kan ada?Bos try lah dia.Lagipun Amani tu macam tak ada boy friend je.” ujar Naufal.

Amirul terus memandang Naufal.

“Takkan Amani pula.Mahu terkejut dia.Saya dengan dia sudahlah jumpa je asyik bergaduh.Ni kalau saya bawa jumpa mama saya mahu bercakar dengan saya nanti.” kata Amirul.

“Habis tu bos nak pilih siapa?Aini?Mimi?Tak pun tu Mak Tuti?Mak Tuti pandai bersihkan rumah.” ucap Naufal.

“Agak-agaklah bagi Mak Tuti pada saya.Memanglah dia pandai bersihkan rumah tapi dia tu lebih tua dari saya.Saya pun ada juga test saya sendiri.”

“Habis tu bos nak siapa?Sekarang ni Amani sahaja yang boleh selamatkan bos.Bos dah tak ada masa.Lagipun minggu depan je mama bos mahu jumpa bakal menantu dia.”

Amirul masih memikirkan jawapan yang diberikan oleh Naufal itu.

“Lagipun bos pun suka pada Amani kan?Baik bos pilih sahaja dia.Nanti bos cuba slowtalk dengan dia.Kan senang.Tak payah serabut fikir.” ucap Naufal lagi.

“Tapi saya takut Amani fikir saya pergunakan dia pula?”

“Bos mula-mula je.Mana tahu kan kalau bos dan dia dah berkahwin nanti perasaan semua kan boleh berubah.Cuba je dulu bos.Bos nak mama bos percaya bos tak?”

“Mestilah nak tapi takkan sampai kahwin? soal Amirul.Amirul mengerutkan dahinya.

Biar betul dia ni?Takkanlah sampai aku kahwin dengan Amani?

“Even kalau tak kahwin pun,Amani masih lagi berlakon jadi girlfriend bos.Bos ikut ja apa yang saya rancang ni.” kata Naufal.

Amirul agak berat untuk menerima idea gila Naufal tetapi kerana mamanya memberi masa minggu depan sahaja.Dengan terpaksa dia memilih Amani menjadi kekasihnya.

Naufal tersenyum.

“Mana tahu kalau dah memang jodoh bos dengan Amani kan?Kita tak tahu apa hikmahnya pada kita.Lagipun secocok bos dengan Amani.Bagai jebon dengan Jemon!” usik Naufal.

Amirul menjeling Naufal.Naufal tergelak kecil.

“Jangan benci-benci bos.Dari benci jadi cinta.Lagipun Amirul dan Amani sepadan.” usik Naufal lagi.

Amirul malas mahu layan Naufal yang mengusiknya itu.Lantas Amirul menjentik dahi Naufal.

“Aduh bos ni.Saya gurau je bos.Jangan marah-marah.Nanti cepat tua.” Naufal mengusik Amirul lagi lalu Naufal tertawa melihat wajah Amirul yang sudah merah menahan geramnya pada Naufal.

*************************************

Amirul telah memberi pesanan whtasapp kepada Amani.Amani yang sedang leka menonton tv mengambil telefon bimbitnya itu apabila mendapati ada mesej masuk.

Dengan segera Amani membuka mesej itu.

“Amani,saya nak jumpa awak petang ni pukul 3.Nanti saya bagi location.Ada hal penting.” tulis Amirul.

Amani membulatkan matanya.Dia terkaku seketika.Aini memandang Amani.

“Apsal doh?Macam ada masalah je.Siapa chat kau?” tanya Aini

“Bos.” jawab Amani sepatah.Aini memandang Amani.

“Kenapa dia chat kau?Tak pernah-pernah dia chat kau.” ucap Aini.Amani masih lagi membatu.

“Atau kau dengan dia ada scandle?Kau dengan bos bercinta ke?” soal Aini lagi.Aini teruja.

“Eii kau ni.Ke situ pula.Bos chat aku dia kata ada hal penting nak cakap dengan aku.”

“Hal apa?” soal Aini lagi.

“Manalah aku tahu.Kau ni.Sebab itu dia chat aku.Dia nak jumpa petang ni.” ucap Amani dengan nada tinggi.

“Ala janganlah marah.Aku tanya je.Mana tahu kot-kot kau tahu kenapa dia nak jumpa kau.” ucap Aini perlahan.

“Aku tak marah pun.Kau lah dok tanya soalan.Aku pun tak tahu kenapa dia nak jumpa aku.Apa lah hal yang penting sangat pun?”

Aini mendiamkan diri.Amani memandang temannya itu.Dia tersenyum.

“Ala,merajuk pula dia.Sory Aini,aku tak sengaja termarah kau.Kau tanya banyak-banyak soalan.Aku tak tahu nak jawab apa.Sebab aku pun tak tahu.” ucap Amani memujuk temannya itu.

Aini masih mendiamkan diri.

“Okay,aku minta maaf eh?Lepas aku jumpa bos petang nanti aku cerita kat kau.Kau siap tau petang nanti.” Aini mengerutkan dahinya.

“Siap?Pergi mana?”

“Kita pergi shopping ke makan ke?Lagipun dah lama aku tak merayap.Sekarang busy dengan kerja.Nak merayap pun tak ada masa.Kau tak payah merajuk.Aku belanja kau big apple nak?” ucap Amani.

“Nak weh.Dah lama aku tak makan.”

“Okay,aku nak mandi kejap.Petang nanti aku whatsapp kau.Aku balik kau dah siap.Sebab aku malas nak tukar baju.” kata Amani lagi.

“Okay baik bos.Tak jadi aku nak merajuk dengan kau.” Aini tersengih.

“Kau dengan makanan kan tak boleh berpisah.Aku dah kenal dah perangai kau.Senang sangat nak pujuk.Dah tak payah merajuk.Aku nak pergi siap.Jumpa petang nanti.” Amani mengusap kepala Aini dengan lembut.

“Okay bos saya yang cantik comel ni.” bodek Aini.

“Eleh,gedik.” kata Amani.Aini tertawa.

************************************

Amani melangkahkan kakinya masuk ke dalam restoran itu.Dia mencari seseorang.Amani terlihat Amirul yang sedang menunggunya.

“Assalamualaikum,bos.” ucap Amani.Segera Amirul memandang wajah Amani.

“Waalaikumsalam.”

Amani menarik kerusi lalu duduk.

“Kenapa bos nak jumpa saya?Macam penting sangat je." ucap Amani.

“Amani,saya nak awak cerita pada saya tentang Liyana masa saya cuti hari itu.Liyana jumpa awak untuk apa?” soal Amirul.Amirul memandang Amani.

Amani menarik nafas perlahan-lahan.

“Kalau saya cerita ni ada kaitan dengan bos tau.” kata Amani.

“Tak apa.Awak cerita saja pada saya.” ucap Amirul.

Amani menceritakan perkara yang terjadi sewaktu Amirul tiada di ofis.Amani menjelaskan satu per satu.Amirul menganggukkan kepalanya.

“So,dia ingat awak girlfriend saya.Dia jumpa awak sebab nak hasut awak supaya tak percaya pada saya.Liyana tu selagi tak kahwin dengan saya dia akan ganggu saya.” kata Amirul.

“Tapi kenapa bos tak nak dia?Lagipun dia kan kawan bos sejak kecil lagi?" soal Amani.

“Saya rasa dia nak kahwin dengan saya kerana harta sahaja.Perangai dia berubah seratus peratus.Tak seperti diri dia yang dahulu.”

Amani faham lalu menganggukkan kepalanya.Amirul menarik nafasnya sebelum bertanyakan soalan kepada Amani.

“Amani saya nak minta tolong awak.Boleh tak awak berlakon jadi girlfriend saya depan Liyana and sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan Liyana?” kata Amirul lagi.

Amani terdiam seketika.Dia terkejut akan permintaan Amirul yang tidak masuk akal itu.

“Amani boleh tak?Please awak je yang boleh tolong saya sekarang ni.Saya tahu perangai awak yang tiga suku tu boleh tolong saya.Saya percaya awak.” kata Amirul.

Amani masih tidak bersuara.

“Please Amani.Sekali ini saja saya minta.Kalau awak nak saya melutut saya sanggup.” ucap Amirul.

Amirul sanggup berbuat apa sahaja untuk Amani kerana dia kesuntukan masa.Amani menggaru kepalanya.

“Saya takutlah.Saya boleh je kalau bos minta saya berlakon tapi kalau Liyana terus ganggu saya macam mana?Takkan saya kena hadap dia?Dahlah dia pandang saya pun macam nak makan je.”

Amirul mengerti.

“Kalau Liyana buat perkara sampai mengganggu atau mencederakan awak saya akan tanggung.Awak hanya jayakan lakonan awak je.Itu saja saya minta.” ucap Amirul.

Amani mendiamkan diri.

“Kalau awak berjaya lakonkan watak awak,saya naikkan gaji awak.” kata Amirul.

Amani terus memandang wajah Amirul.

“Serius bos?”

“Seriuslah.Awak ingat saya main-main ke?Saya kalau cakap saya akan buat.”

Amani masih berfikir.Amirul tanpa berfikir panjang terus melutut di sebelah meja itu.

“Please Amani.Saya merayu sangat.Awak terimalah.Awak je yang saya boleh harapkan.”

“Eh bos.Bangunlah.Apa ni?Janganlah melutut.Orang tengoklah.” Amani kelam kabut menyuruh Amirul duduk di tempatnya semula.

Orang lain melihat mereka berdua.Amani berasa malu.Amirul masih lagi melutut di lantai.

“Okay,saya terima.Bos janganlah macam ni.Orang tengok kita bos.Saya akan berlakon jadi girlfriend bos depan Liyana dan kaum kerabat dia.” jawab Amani.

Senyuman terukir di bibir Amirul.Amirul bangun dan duduk di tempatnya semula.Terasa lenguh lututnya.

“Jangan lupa berlakon depan mama dan family saya juga.Sebab mama saya mahukan Liyana jadi isteri saya.Saya nak larikan diri saya dari mama saya.” kata Amirul.

“Baik bos." ucap Amani.

Amirul berasa lega.

“Saya nak beritahu ni.Kalau depan Liyana dan family saya,awak tukar nama panggilan saya.Jangan panggil saya bos pula depan mereka.Kalau tak kantoi rancangan kita.” ucap Amirul lagi.

“Habis nak panggil apa?Biy?” Amani mahu muntah apabila mengatakan ayat itu.

Amirul tergelak kecil.

“Ikut awaklah asalkan awak berlakon jadi girlfriend saya.” ujar Amirul.

“Okay bos.Beres.Lagipun saya terer berlakon bos.Masa sekolah dulu saya berlakon dapat jadi johan tau dalam pertandingan berlakon.Kalau setakat berlakon jadi girlfriend bos,tak ada hal.Bukan susah pun." jawab Amani.

Amirul tersenyum sendiri.

“Janji bos.Gaji saya naiklah.” Amani tersengih.

“Boleh.Untuk awak saya naikkan gaji.” Amani bertepuk tangan.

“Bos nak naikkan berapa gaji saya.Seratus?” soal Amani.

“Saya naikkan dua ringgit je.” ucap Amirul dengan selamba.

“Ceh,bos jangan.Saya tak nak berlakon kang.Pandai-pandai bos cari orang lain.” ugut Amani.

“Okay,saya naikkan seratus.Itu pun banyak juga eh?Lagipun awak dapat advance kan?So saya bagi advance awak lebih.” ucap Amirul lagi.

“Wah,terbaik lah bos.Okaylah bila kita nak makan?Saya dah lapar ni dari tadi tunggu bos habis cakap.” kata Amani.

“Jom makan.Sejuk dah makanan.”

Amani dan Amirul makan bersama.Amirul berasa lega kerana masalah terbesarnya sudah selesai.Dia terpaksa pergunakan Amani untuk dia menghadapi masalahnya.

Amirul melihat Amani yang sedang makan itu.Mungkin lapar barangkali.

sory busy sikit.Korang agak-agak apa rancangan Amirul yg sebenarnya?hope krog enjoy n stay tune

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience