Amirul tidak fokus membuat kerjanya.Fikiran nya masih memikirkan tentang Amani.
“ Amani mana?Abang rindu.Abang sedar abang salah.Amani betul-betul nak tinggalkan abang ke?” gumam Amirul.
Amirul keluar dari ofisnya lalu mendapatkan Aini.
“ Aini saya balik dulu tau.Saya sakit kepala.” ucap Amirul.
“ Baik bos.” Aini memerhati Amirul.
Jelas bahawa Amirul merindukan Amani.Aini memberikan mesej kepada seseorang.Amirul ingin keluar dari ofisnya,tiba-tiba dia terdapat satu panggilan.
Amirul melihat panggilan itu.Erin telah menelefonnya.
Amirul mengabaikan panggilan itu.Elok sahaja Amirul keluar dari pejabat,Erin sudah berada di sana.
“ Amirul,awak okay tak?Awak kenapa ni?Macam tak sihat je?” kata Erin.
“ Saya pening sikit je.Saya nak balik rumah.Nak rehat.” ucap Amirul.
“ Awak boleh drive ke?Kalau tak biar saya drive.Risau pula saya.Takut apa-apa jadi pada awak nanti.” kata Erin.
“ Tak apa.Saya boleh.” Amirul mengurut kepalanya.Sewaktu itu, kepalanya seakan berpusing.Amirul melihat keadaan sekelilingnya menjadi kelam.
Terdengar suara Erin menjerit namanya.Amirul pun pengsan.
Amirul telah tersedar dari pengsannya itu.Dia bangun perlahan-lahan.Amirul memandang sekeliling.Dia merasakan dia berada di rumahnya.
“ Along?Along okay tak?” soal Amar.
“ Okay je.Pening sikit je.”
“ Along tahu tak Along pengsan tadi.Nasib Erin call Amar tadi.Kalau tak Amar tak tahu yang along pengsan.” jelas Amar.
Erin memandang Amirul.Amirul mengerutkan dahinya.Kepalanya masih berasa pusing.Erin menghampiri Amirul.
“ Amirul,kalau awak tak okey beritahu saya.Awak nampak sangat tak sihat ni.” ujar Erin.
Amirul mengangguk perlahan.
Erin keluar dari bilik itu.Amar memandang Erin.
“ Amar saya nak tanya sikit boleh? ” soal Erin.
“ Tanyalah. ”
“ Sejak Amirul dan Amani bercerai,Amirul kerap ke jadi macam ni? ”
” Iya.Mungkin dia terlampau rindukan Amani dan anak dia.Mungkin juga dia rasa bersalah sebab bercerai secara tiba-tiba.Tapi nak buat macam mana.Jodoh,ajal semua ni ketentuan Tuhan.” jawab Amar.
Erin terdiam.Dia melihat Amar berlalu pergi.
“ Kalau aku tak ganggu hubungan diaorang mesti diaorang bahagia.Erin apa yang kau dah buat?Kau dah lupa apa kau buat pada Amirul dulu?Takkan kau nak tengok Amirul sengsara? ” muncul satu suara dari hatinya.
Erin tersedar.
“ Tak boleh Erin.Kau jangan kasihankan dia.Kau ada motif kau.Kau mesti jatuhkan dia.Apabila dia jatuh.Syarikat AE HOLDINGS INTERPRISE akan jadi milik Dato' Araman.Dan syarikat A&A HOLDINGS akan jadi milik aku Erin Airina.Aku akan pastikan aku dapat memiliki syarikat itu.Dengan apa yang aku dah hadap selama ni.Aku takkan lepaskan peluang.Aku perlu hancurkan Amirul. ”
Erin tersenyum.
**************************
Dato' Araman telah membuat surat perjanjian.Dia memberikan surat itu kepada Erin.Erin mengambil surat itu lalu menandatangani surat itu.
“ Erin seperti yang kita dah janjikan.Jika awak dapat jatuhkan Amirul.Syarikat A&A HOLDINGS akan jadi milik awak.” ucap Dato' Araman.
“ Ya dato.”
“ Saya harap kerjasama antara kita untuk jatuhkan Amirul akan berjaya.” ucap Dato' Araman.
“ Baik dato.Saya pasti kita akan berjaya.Dan saya tak perlu risau.Syarikat ini akan jadi milik saya nanti.” ujar Erin.Dato Araman tersenyum.
“ Okaylah.Dah selesai.Saya ada hal petang ni.Nak jumpa client saya.So surat ni saya beri pada awak.Awak akan pegang surat ini.Jika awak dapat jatuhkan Amirul,ofis ini akan jadi milik awak selamanya.” kata Dato' Araman.
” Ya.Saya gembira untuk itu.Baiklah dato.Kalau macam tu terima kasih sebab banyak membantu saya.Saya minta diri dulu.” Erin keluar dari ofis itu.
Dato' Araman mengangguk.Dia melihat Erin sehingga keluar dari ofisnya itu.Dato Araman memandang sekeliling ofis itu.Dia tersenyum sendiri.
“ Syarikat ni takkan jadi milik sesiapa pun selain dari aku.Erin! Erin!Kesian aku tengok kau.Sebabkan duit kau sanggup sampai nak hancurkan hidup seseorang.Aku nak tengok pengakhiran hidup kau macam mana!” Dato' Araman tersenyum.
Dato' Araman telah mendapat panggilan dari seseorang.Dia menjawab panggilan itu lalu dia pun bergegas keluar dari pejabatnya itu.Dato Araman terus menuju ke keretanya.Bodyguardnya membukakan pintu untuknya.
“ Kamu dah jumpa ke rumahnya kat mana? ” soal Dato' Araman.
“ Sudah dato. ” jawab bodyguard nya itu.
“ Bagus.Kita ke sana sekarang! ” kata Dato' Araman.
“ Sekarang ke dato?Dato tak rasa macam cepat sangat ke? ”
“ Biar cepat senang saya nak settlekan.Dah jangan banyak soal.Ikut je! ”
” Baik dato.”
********************
Darwina terduduk.Air mata mengalir di pipinya.Adha merenung Darwina dengan tajam.
“ Dah berapa lama awak buat macam ni Awin? ” soal Adha.
Darwina diam membisu.
“ Saya tanya ni jawablah. ” Adha menghentak meja.
Darwina terkejut.
“ D...dah lama dah. ” Terketar-ketar suaranya menjawab pertanyaan Adha.
Adha memejam matanya.Darwina terus memeluk kaki Adha.
“ Abang,maafkan Awin.Awin berdosa dengan abang.Awin buat semua ni sebab nak bahagia macam orang lain.Abang maafkan Awin.Awin janji Awin akan jadi isteri yang baik.” rayu Darwina.
“ Kenapa buat macam ni Awin?Saya mati-mati ingat awak dah berubah?Rupanya sama je.Saya menyesal kahwin dengan awak.Saya menyesal.Kalau macam ni lah cara awak saya takkan maafkan awak. ” kata Adha.
“ Abang,maafkan Awin.Tolonglah.Awin banyak dosa dengan abang. ”
“ Kau tahu apa yang kau buat ni dosa?Tapi kau tetap buat.Kau tak fikir panjang ke?Aku dah tak tahan dengan sikap kau.Aku nak kita buat haluan masing-masing.Cukup lah Awin apa yang kau dah buat pada aku.” ucap Adha lagi.
“ Abang,bagi Awin peluang.Sekali je.Tolonglah Awin tebus balik dosa Awin.” rayu Awin lagi.
“ Kau nak tebus dosa kau.Tu kau pergi solat.Pergi bertaubat.Kau buat perjanjian dengan syaitan tau tak?Kau tak fikir ke?Mana otak kau? ” herdik Adha.
Darwina menangis.
“ Cukuplah Awin.Berubahlah.Aku ingat kau dah berubah.Aku gembira sangat bila tengok sikap kau.Tapi bila aku dah tahu hal sebenar,aku rasa kosong.Kalau macam ni jalan yang terbaik kita buat haluan masing-masing.Aku takkan ceraikan kau.Aku taknak jadi suami dayus.Cuma aku nak kau berubah. ”
Awin terdiam.Dia memandang Adha.
“ Aku akan bawa kau berubat.Buang segala yang ada dalam badan kau. ”
” Kalau kau cintakan aku.Buat apa yang aku cakap ni.Bersihkan hati kau.”
Darwina memandang suaminya.Lidahnya kelu.
“ Kau nak tahu?Sebab kau aku belajar melepaskan seseorang yang aku sayang.Yang aku cinta.Sebabkan kau juga.Aku cuba terima cinta kau.Walaupun aku tahu kau hanya berpura-pura cintakan aku.”
Adha terus masuk ke dalam bilik.Darwina memejam matanya.Rahsia yang telah tersimpan rapi terbongkar jua.
Assalamualaikum Hye..author comeback..sory lama rest..Amirul Ezani comeback
Share this novel