P R O L O G U E!!

Romance Series 36483

“Mak Lang cukuplah.Apa yang Amani dah buat?”Amani menangis.

“Dasar perempuan tak tahu malu.Kau pergi ke mana tadi?”Mak Lang Siah bercekak pinggang.

“Amani tak ada ke mana.Tadi pergi kedai je.Kebetulan terserempak dengan Adha lepastu Amani terus balik ke rumah.”Amani memandang ke bawah.

Tidak sanggup untuk melihat wajah Mak Lang Siah.Suaranya agak menggeletar menjawab pertanyaan Mak lang Siah.

“Kau jumpa dia ke?Kau menyundal dengan dia?tempelak Mak Lang Siah.

“Kau tahu tak orang kampung bercerita pasal kau.Aku penat Amani.Kerja kau asyik menyusahkan hidup aku je.”ucap Mak Lang Siah dengan marah.

Darwina memandang Amani dengan senyuman sinis.Padan muka getus hatinya.

“Mak,mak tahu tak kawan Awin tadi nampak dia berpelukan dengan Adha tu.Eishh jijik tahu tak?”ucap Darwina.

Batu api betul perempuan ni.

Amani memandang wajah Darwina sambil menggelengkan kepalanya.

“Sumpah Mak Lang, Amani tak buat macam tu.Amani tak buat pun.Demi Allah.”ucap Amani sambil memeluk kaki Mak Lang Siah.

Mak Lang Siah menolaknya dari memegang kakinya.

“Kau dah buat benda bukan-bukan baru kau ingat Tuhan.Kau ni muka je baik tapi perangai mengalahkan syaitan.”

Pedas kata-kata yang dilemparkan oleh Mak Lang Siah itu.

“Amani tak buat pun.Amani tak ada peluk sesiapa Mak Lang.Percayalah cakap Amani.”Amani merayu kepada Mak Lang Siah.

Darwina melihat Amani lalu mengecilkan matanya.Menyampah.Benci.Semua ada.Apalah salah dia di mata engkau Darwina.

“Awin,sumpah Amani tak buat macam tu.Amani masih lagi waras tak buat benda bukan-bukan.Awin percayalah cakap Amani.Tolonglah.”

Kesian Amani.Tiada siapa yang percaya padanya.

“Mulai dari hari ini kau bukan anak sedara aku.Aku jijik dengan kau.Mana aku nak letak muka aku ni.Aku malu tahu tak.Kau dan keluarga kau hidup menyusahkan aku.Nasiblah mak dan ayah kau dah mampus.Kenapa kau tak ikut mak ayah kau sekali mampus.Senang hidup aku.”

Amboi mulut dia suka-suka hati nak mampus kan orang.Nanti diri sendiri yang kena baru nak ingat Tuhan.

“Mak Lang kenapa cakap macam tu kat mak ayah Amani?Apa salah mereka pada Mak Lang?Kalau Mak Lang tak suka Amani marah je pukul je Amani.Tapi jangan babitkan mak ayah Amani.Mereka tak bersalah.”ucap Amani sambil tersedu-sedan.

“Mak engkau lah puncanya.Kalau dia tak kahwin dengan ayah kau.Takkan jadi macam ni.Dahlah orang tua tu miskin.Aku suruh dia kahwin dengan Jamil tu tak nak.Memilih.Jamil tu harta banyak kalau kahwin dengan dia hidup mak kau dengan kau senang.Aku pun boleh tumpang senang sekali.Ni tidak kahwin dengan orang tua miskin tu.Bila dia mati apa dapat?Dapat susah.”

Amboi mulut dia ni.Celuparnya.

“Astaghfirullahalazim.Mak Lang jodoh ajal maut semua Allah yang tentukan.Kita tak boleh salahkan takdir.”

“Pandai kau nak ceramah kan aku.Kau ingat kau dah besar sangat.Ada hati nak ceramah aku.Kau tunggu siap kau.”Mak Lang Siah memandang Amani dengan pandangan yang tajam.

Amani hanya menundukkan kepalanya.Dia tidak mampu untuk bersuara.Jika tidak dia akan di pukul lagi.

Mak Lang Siah mengambil penyapu dan diacukan kepada kaki Amani.Amani menjerit kesakitan.Wajah Amani di tampar olehnya beberapa kali.Amani meraung di lantai.Badan dan kakinya dipenuhi kesan-kesan pukulan.Amani hanya menangis dan terus menangis.Tiada kata-kata yang keluar dari bibirnya.

Ya Allah sampai bila aku begini?Aku tak larat.Mak,Abah Amani tak larat.ucapnya di dalam hati.Wajahnya dipenuhi dengan air mata.

Mak Lang meninggalkan Amani sendirian di dapur.Dia mahu keluar untuk berjumpa dengan Adha ditemani anaknya,Darwina.

“Siap kau aku kerjakan.”ucapnya.

Amani cuba untuk bangun tetapi kepalanya seperti berpinar-pinar mengakibatkan pandangannya menjadi hitam lalu jatuh ke lantai.Amani pengsan di lantai dapur.Tiada sesiapa yang mengetahui tentang dirinya.

********************************

“Adha!!! Adha!!!! Sini kau keluar!!”jerit Mak Lang Siah.

“Adha!!Keluar!!Berani kau ganggu Amani!!”

“Apa yang terjerit-jerit kat rumah orang ni?Datang rumah orang dengan tak bagi salam, jerit sampai satu kampung boleh dengar.”jawab Makcik Senah dengan marah.

“Mana anak bujang kau?Aku nak jumpa dia?"Mak Lang Siah menarik lengan bajunya ke atas.

“Ada apa nak jumpa anak aku?”tanya Makcik Senah pula.

“Anak engkau ganggu anak sedara aku.Dia boleh peluk Amani tadi kat tepi jalan.Orang kampung semua nampak.Anak engkau ni perangai memang tak berguna.”

“Hei anak aku takkan buat perkara macam tu.Aku kenal anak aku.Aku yang besarkan dia.Dan aku tahu Amani takkan buat perkara yang tak senonoh.Lainlah anak kau seorang ni.”jawab Makcik Senah lalu memandang Darwina.

Darwina hanya menundukkan pandangannya.

“Kau kutuk anak aku?Kau ingat anak kau tu baik sangat ke?Depan kau nampak baik tapi belakang tunjuk belang.”ucap Mak Lang Siah dengan marah.

Mereka pun bergaduh di situ.Makcik Senah dengan rasa membara di dalam hatinya menarik rambut Mak Lang Siah.Mak Lang Siah tidak lepaskan peluang.Dia pun  menarik rambut Makcik Senah.Mereka bercakaran di situ sehingga orang kampung datang ke rumah Makcik Senah.

“Ya Allah,apa yang kau orang berdua buat ni?Malu kat orang kampung?Dah tua ni buatlah perangai elok sikit.”Pakcik Jusoh menegur mereka berdua.

“Dia yang mula dulu.Kalau tak saya takkan balas.Dia kutuk anak kita bangg.”jawab Makcik Senah dengan geram.

Pakcik Jusoh memegang isterinya dan menggelengkan kepalanya.

“Anak kau memang tak berguna.Pegang-pegang anak dara orang.Entah-entah kat kampung ni habis semua anak dara dia kerjakan."ucap Mak Lang Siah lagi.

Rambut Mak Lang Siah menjadi serabai akibat ditarik oleh Makcik Senah.Sekali tengok dah macam hantu Kak Limah.

“Kau cakap baik-baik.Sebelum aku tampar mulut kau kat sini.Anak engkau Darwina,aku nampak dengan mata kepala aku sendiri dia berpelukan dengan jantan mana dekat pondok getah Jamil tu.”

Akhirnya tembelang yang di simpan selama ini telah pecah.Darwina memandang Mak Lang Siah.Dia menggelengkan kepalanya.

“Mak,Awin tak buat pun.Sumpah Awin tak buat.”jawab Darwina.Darwina melutut di sebelah ibunya.

Padan muka.Akhirnya rahsia yang disimpan lama pecah juga.

“Lain kali jangan mengata anak orang.Bercerita tentang keburukan anak orang.Tengok anak sendiri tu.Kau tak tahu sebab anak kau suruh aku diamkan.Sekarang padan muka kau.”puas hati Makcik Senah membasuh Mak Lang Siah.

Mak Lang Siah terduduk apabila mendengar kata-kata yang dilemparkan Makcik Senah.Dia memandang Darwina sebab tajam.Darwina menelan air liurnya.

“Betul ke apa yang Makcik Senah tu cakap?”tanya Mak Lang Siah kepada anaknya.

Darwina hanya membatukan diri.Orang kampung hanya melihat sahaja.Pakcik Jusoh memujuk Mak Lang Siah untuk bertenang.Tetapi Mak Lang Siah semakin menggila di situ.Siapa je tak kenal Siah speaker.Suara dia kampung sebelah pun boleh dengar.

“Aku tanya betul ke?”tempelak Mak Lang Siah.

Darwina menganggukkan kepalanya perlahan.

Rasa marah membuak-buak dalam diri Mak Lang Siah.

“Kau memang anak tak berguna.Kau malukan aku depan orang kampung.Kau ikut balik.” Mak Lang Siah memukul badan anaknya dengan tangannya.

“Sakit mak.Sakit.Awin janji tak buat lagi.”terjerit-jerit Darwina menahan sakit akibat dipukul ibunya.

Pakcik Jusoh hanya menggelengkan kepalanya melihat drama mereka.Penduduk kampung yang lain pun hanya melihat sahaja.

Makcik Senah puas hati apabila melihat Mak Lang Siah memukul anaknya.

Kesian Amani..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience