Bab 24 (mat bunga)

Romance Series 36483

Sejak akhir-akhir ini,Darwina melihat sikap Adha berubah.Bermacam-macam cara Darwina buat untuk bermesra dengan suaminya.Tetapi satu pun tidak berkesan.

Darwina melihat Adha yang dari tadi merenung telefon bimbitnya.Perlahan-lahan Darwina mendekati Adha.Adha tersedar bahawa isterinya berada di sampingnya.

Dengan pantas dia menutup telefon bimbitnya itu.Telefon itu di masukkan di dalam poket seluarnya.Darwina perasan akan tingkah laku suaminya.

Dia mahu bersangka baik sahaja.Meski pun hatinya rasa sakit apabila melihat cara suaminya itu.

Darwina memujuk hatinya.

“Abang,buat apa tadi?” soal Darwina inginkan kepastian.

“Pak Jamil mesej tadi.Esok buat kat kebun getah dia pula.” kata Adha.

Darwina mengangguk.Dia memandang wajah suaminya.

“Abang sampai bila abang nak ambil upah menoreh getah?Awin kesian tengok abang.Kerja keras balik dah penat.”

Adha tersenyum.

”Selagi Awin bersabar jadi isteri abang.Rezeki kita tak pernah tak ada.Cukup je.Balik kerja mestilah penat tapi abang seronok kerja macam tu.” Adha mengusap kepalanya.

Darwina melentokkan kepalanya pada dada bidang suaminya.

“Awin terima abang seadanya.Kalau Awin perlu susah dengan abang.Awin terima.Abang janji dengan Awin satu je.” Darwina mendongak kepalanya memandang suaminya.

“Janji apa?”

“Janji yang abang sayang Awin sorang je.Takkan ada yang lain selain Awin.Meski perkara yang lepas sekali pun Awin tak nak dia berulang lagi.” ucap Darwina.

Adha terdiam.

“Boleh kan janji dengan Awin?" kata-kata Darwina menyedarkan Adha dari lamunannya seketika.

“...Ya.Abang janji.” Darwina tersenyum.Sesekali dia mengerling wajah suaminya.Darwina tahu Adha masih mencintai Amani.

Adha sedaya upaya menjaga hati isterinya.Dia cuba untuk memberi peluang kepada Darwina untuk mencintainya.Meski pun hatinya masih terukir nama Amani di dalamnya.Adha cuba untuk menerima kenyataan.

Adha menarik nafasnya.

********************

Liyana menundukkan wajahnya.Dia mencari kekuatannya untuk bercakap.

“Amirul,I tahu apa yang I dah buat pada you.I tahu you marahkan I apa yang dah jadi.I menyesal sebab terlampau ikut kata hati I.I tak sangka Andika sekejam tu.Sanggup tikam you.Ikutkan hati,I nak duduk kat dalam penjara sampai I mati.I nak tebus apa yang I dah buat pada you dan Amani.Sekarang baru I sedar betapa bernilainya Amani di mata you.I minta maaf sangat dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.Dan I minta maaf sebab tak dapat jadi sahabat yang terbaik untuk you.I gagal jadi sahabat you macam mana yang you kenal I dulu.” luah Liyana.

Matanya menjadi merah angkara menahan air matanya yang mahu mengalir.Amirul mengambil tisu dan di berikannya pada Liyana.

“Liyana,Mirul dah lama maafkan Liyana.Mirul tahu tu bukan diri Liyana yang sebenar.Mirul pun minta maaf sebab berkasar.Tak sepatutnya Mirul berkasar dengan Liyana.Tapi benda dah jadi kan?Jadikan sebagai pengajaran untuk kita.Liyana,awak tetap sahabat saya.Mirul tak pernah benci Liyana.Salah Mirul sebab abaikan perasaan Liyana.Mirul pun tak tahu selama ini Liyana suka kat Mirul.Liyana jangan salahkan diri.Liyana jangan stres.Awak masih belum sihat lagi.” ucap Amirul.

Liyana menyeka air matanya.

“Amirul,lepas ni I takkan kacau dah you dan Amani.Berdosa ganggu rumah tangga orang.I tak nak jadi pemusnah dalam rumah tangga.Cukuplah dosa yang I dah ada ni.I taknak sebabkan ini I tak dapat menjawab kat sana nanti.Lagi pun I tengok you dah bahagia dengan Amani.Jaga dia sebaiknya.I nampak ikhlasnya dia terima you.” kata Liyana.

Amirul tersenyum.

“Terima kasih Liyana.Awak tetap sahabat saya kan?Jadi tak salah kalau kita jumpa sebagai seorang sahabat.Biarkan perkara yang dah berlalu.Sekarang kita jadi seorang yang lebih matang dan lebih positif.Awak tahu tak,hidup ni kan kita kena jatuh berkali-kali.Patah berkali-kali.Kecewa berkali-kali kerana itulah kehidupan.Di sebalik kekecewaan yang kita hadapi sekarang akan jadi sebuah kebahagiaan pada masa akan datang.Jangan pernah give up.Anggaplah semua ni pengalaman.Setiap pengalaman mendewasakan kita.Jangan pernah takut untuk jatuh.Biar jatuh berkali-kali kerana itu memberikan kekuatan pada diri kita." ucap Amirul panjang lebar.

Liyana mengangguk kepalanya lalu tersenyum.

“Amboi,sejak dah kahwin ni pandai dia bagi kata-kata semangat pada orang.Mentang-mentanglah dia dah ada yang bagi semangat.” usik Liyana.

Amirul tergelak kecil.

“Mestilah.Dah kahwin ni lain sikit.Orang kata kan hati tu dah berbunga-bunga.” ucap Amirul.

“Baguslah.Sekurang-kurangnya you dah berubah.Dulu suka marah-marah sekarang ni dah jadi mat bunga lah orang cakap kan?” Liyana sudah tergelak besar.

Amirul menjegilkan matanya.

“Amboi,dia kenakan kita eh?Tapi mat bunga pun okay.Mirul lagi suka.” Amirul tersengih.

Liyana sudah terkekeh ketawa apabila melihat Amirul yang membuat muka selamba dia.

“Macam-macam perangai you ni Mirul.By the way thanks sebab terima I jadi sahabat you balik.Itu pun dah cukup bagi I.I doakan yang terbaik untuk you dan Amani.Manalah tahu I dapat jadi aunty nanti.” Liyana tersengih.

Amirul tergelak.

“InsyaAllah.Belum ada rezeki lagi.Tapi kalau ada Mirul beritahu Liyana.Orang tu nak sangat jadi aunty kan?Tak apa.Dia nak merasa gelaran aunty tu.Muka muda lagi tahu-tahu kena panggil makcik nanti.Padan muka dia.” usik Amirul pula.

“Oh!You kenakan I balik!Kalau you ada anak.I nak dia panggil I kakak Liyana.Not makcik ya?” kata Liyana.

“Kakaklah sangat.Tak sesuai langsung.Sebab muka Liyana ada kedut-kedut sikit.Lagi sesuai panggil makcik.” Amirul kenakan Liyana.

Sudahnya mereka berdua ketawa.Di sebalik itu ada yang sedang memerhati mereka berdua dari jauh.

*******************************

Liyana sedang membetulkan rambutnya.Dia menuruni anak tangga.Terlihat Dato Araman yang sedang duduk di ruang tamu.

Liyana pergi mendapatkan papanya.

“Papa,buat apa tu?” tegur Liyana.

“Papa baca surat khabar.” Dato' Araman mengusap kepala anaknya.

“Mama mana papa?Dari tadi tak nampak.”

“Mama kamu macam biasalah.Pergi jumpa kawan-kawan dia.Dia nak promote barang dia.Macam tak tahu je mama kamu tu." ucap Dato' Araman.

Liyana mengangguk.Liyana menonton tv.Dato Araman memandang anaknya.

“Hari tu Liyana jumpa Amirul ke?” soal Dato' Araman.

“Haah.Nak minta maaf kat dia.Dia dah maafkan Liyana.Itu pun dah cukup bagi Liyana.Ikutkan apa yang Liyana dah buat pada dia lagi teruk.Kitaorang dah berbaik semula.So Liyana dengan dia dah tak ada masalah.”

“Wah,baguslah kalau macam tu!Boleh rapat macam dulu kan?Tak adalah Liyana sedih.” kata Dato' Araman.

“Boleh je.Tapi dia kan dah ada isteri kenalah faham.Liyana dah fikir masak-masak tak nak ganggu rumah tangga orang dah.Liyana nak berubah.Lagipun Amirul dia bagi kata-kata semangat kat Liyana.Macam-macam dia nasihat kat Liyana.Liyana dah malas nak fikir tentang perkara yang lepas.Sekarang ni Liyana nak mula kehidupan baru.Nak jadi diri Liyana yang baru.Papa okay tak Liyana jadi diri Liyana yang sekarang?” soal Liyana.

Dato' Araman terdiam seketika.

“....Okay.Anak papa sekarang dah lain.Papa suka tengok Liyana yang sekarang.”

“Thanks papa bagi semangat kat Liyana.Liyana sekarang nak fikir perkara yang positif saja.Yang negatif tolak tepi.”

Dia sudah berazam untuk berubah.Dato Araman tersenyum melihat gelagat anaknya.

”Liyana nak tunggu mama.Nak ajak mama pergi shopping.”

Dato' Araman ternganga.

“Lah?Itu azamnya?Papa ingat nak buat apalah tadi.” kata Dato' Araman lagi.

“Papa ni kan!Liyana saja nak bawa mama jalan-jalan.Nak dating dengan mama.Lagi pun tu salah satu cara untuk Liyana lebih positif.Papa tahu?Tak tahukan?Sebab papa lelaki.” bebel Liyana.

“Yelah tu.Nak shopping tu memang positif yang negatifnya duit papa yang habisnya nanti.” Dato' Araman menggelengkan kepalanya.

“Ala papa ni.Dengan anak sendiri pun nak berkira.Bukannya Liyana nak habis kan semua.Papa ingat anak papa ni mata duitan?Papa tak nak bagi sudah Liyana minta kat mama je." Liyana sudah mahu menaiki tangga.

“Merajuk pula budak ni.Yela papa bagi.Nanti papa transfer.Nasiblah anak dua orang je.Kalau sepuluh anak perempuan botak aku.” bebel Dato' Araman.

“Thank you papa.Sayang papa.” jerit Liyana.

“Sayang papa cium papa sikit.”

Liyana berlari anak mendapat papanya lalu dia mencium pipi Dato' Araman dan melangkah menaiki tangga dengan laju.

“Jangan berlari.Licin tu.” bebel Dato' Araman.Dia menggelengkan kepalanya.

Sewaktu Liyana tidak sihat Dato' Araman risau akan keadaan anaknya.Apabila sudah terlebih sihat.Macam tulah perangainya.

Dato' Araman tersenyum sendiri.

done chapter kali ni.tnggu next chapter ye

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience