Bab 18 (kena tikam)

Romance Series 36483

Majlis perkahwinan Adha dan Darwina pun berlangsung.Mereka membuat secara kecil-kecilan sahaja.Bagi memeriahkan suasana.Mak Lang Siah melihat anak kandungnya yang memakai baju kebaya biasa.Menyerlahkan lagi kecantikan wajahnya.Mereka sudah pun sudah selesai di nikahkan.

Adha bersalaman bersama orang kampung yang hadir ke majlis perkahwinannya.

Dia mengeluh sendiri.

Makcik Senah memerhati anaknya dari jauh.Jelas terpancar di wajah anaknya bahawa dia tidak bahagia.Perkahwinan dilakukan dengan terpaksa.Hanya kerana menjaga maruah keluarga.

Lain pula dengan Darwina.Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia gembira dengan perkahwinan itu walaupun hampir menjatuhkan nama baik keluarganya.

“Tahniah Awin,Dah jadi bini orang dah.Jaga suami kamu elok-elok.Jangan dok menggatal dengan lelaki lain pula.” sindir Makcik Mona.

Darwina tersenyum simpul.Di dalam hatinya sungguh menyampah dengan kata-kata yang baru diucapkan oleh Makcik Mona itu

“Terima kasih Makcik Mona.Makcik Mona pun jangan lupa jaga mulut tu.Takut nanti sedar-sedar tak ada suara nanti.” setepek Darwina bagi kepada Makcik Mona.

Makcik Mona terdiam.Sentap akan sindiran Darwina.Darwina tersenyum melihatnya.

Boleh tahan juga mulut perempuan ni.Mentang-mentang dah kahwin.Tunjuk belang pula.

Makcik Mona terus bersalaman dengan Mak Lang Siah.

“Tahniah Siah dapat menantu.Aku ingat bolehlah jodohkan Darwina dengan anak aku.Tapi itulah dah jodoh dia dengan Adha." ucap Makcik Mona.

Mak Lang Siah tersenyum.

“Tak apa.Nak buat macam mana kan?Kita merancang Allah pun merancang juga yang terbaik untuk kita.” kata Mak Lang Siah.

Selesai sahaja majlis itu, mereka membasuh pinggan mangkuk yang ada.Adha seperti melarikan dirinya dari melihat wajah Darwina.Sesungguhnya dia tidak bersedia untuk menghadap Darwina.

“Abang Adha,baju tu bagi Awin basuh.Dah kotor.” ucap Darwina.

“Apa abang Adhanya panggil abang jela.Kan dah kahwin.Dah lupalah tu.” tegur Mak Lang Siah.

Darwina tersengih.Adha pun tersenyum.Senyuman hambar diberikan kepada mereka.

Adha masuk ke dalam bilik,dia mengambil baju yang kotor itu untuk di berikan kepada Darwina.Sedang dia mengambil baju,dia ternampak sebuah gambar yang diletakkan di atas meja tidur itu.

Adha mengambil gambar itu.Kelihatan Amani memandang ke arahnya.Adha mengeluh.Baru dia sedar bilik pengantin itu ialah bilik Amani.Kerana ruang biliknya yang besar berbanding bilik Darwina.

Amani.Aku rindukan kau.Aku sayangkan kau.Aku kahwin dengan Darwina kerana terpaksa.Rintih hati Adha.

Adha mengeluh.Dia meletakkan kembali gambar itu kepada kedudukannya asalnya semula.

**************************************

Amirul tiada cara lain.Dia perlu menyiasat Liyana sendiri.Dia terpaksa mengikuti sahaja gerak geri Liyana.Di wajahnya jelas kerisauan.

Amirul memberhentikan keretanya jauh dari kereta milik Liyana.Dia ternampak seseorang lelaki berjalan menuju ke kereta Liyana.Seperti pernah di lihat oleh Amirul lelaki itu.

Kereta itu pun bergerak.Amirul mengikuti kereta itu dari belakang.Agak jauh juga dari kereta itu.Dia tidak mahu mereka tahu.

Di suatu kawasan yang sunyi kereta itu berhenti.Di situ ada sebuah rumah buruk.Liyana dan Andika memandang sekeliling supaya tiada yang nampak akan mereka.Amirul sudah memberhentikan keretanya jauh.

Dia pun keluar dari keretanya.Liyana dan Andika sudah masuk ke dalam rumah itu.Amirul mengintai dari luar rumah itu.Kerana rumah itu sudah usang maka mudah untuk melihat isi dalamnya.

Amirul ternampak akan Amani yang telah di ikat di atas katil itu.Amirul terkejut.

“Ya Allah..Amani!” ucap Amirul perlahan.

Amirul melihat Liyana menunjal kepala Amani kemudian Liyana tertawa.

“Liyana,Amani lapar.Amani perlukan makanan.Tolong Amani.Amani tak larat.” ucap Amani yang sudah lemah itu.

“Kau dengar sini perempuani.Aku memang nak kau mati.Sebab kalau kau mati senang kerja aku nak dapatkan Amirul.Kau tu perempuan kampung je.Datang sini konon nak jadi heroin.Kau ingat aku takut..Kau salah orang.Kau tu perempuan kampung.Faham?” ucap Liyana lalu menunjal lagi kepala Amani.Puas hatinya.

Amani yang dalam keadaan lemah itu tersandar ke dinding.Liyana tidak sedar bahawa tingkah lakunya sedang di perhati.

Ikutkan Amirul mahu sahaja dia masuk ke dalam rumah itu.Amirul perlukan bukti.Dia merakam apa yang dilakukan oleh Liyana terhadap Amani.Amirul segera meninggalkan tempat itu.Bukan kerana dia pengecut untuk berlawan dengan lelaki itu tetapi dia nemerlukan pihak berkuasa untuk memberkas mereka berdua.

“Liyana.Amani lapar.Amani nak makan.Tolonglah.Amani sakit.” Amani cuba untuk meraih simpati dari Liyana.

Tetapi Liyana yang hati busuk itu hanya membiarkan sahaja Amani kelaparan.Dia mahu menyeksa Amani.Kerana Amani menyibuk tentang hal hidupnya.

“Sebabkan kau menyibuk hal aku.Ni akibatnya orang untuk kau.” herdik Liyana.

*******************************

Amirul sudah tidak senang duduk.Dia melihat video yang dirakam olehnya.Amirul susah memberitahu Aini.Aini terkejut apabila melihat keadaan Amani.

“Bos,sekarang macam mana?Takkan biarkan Amani bos.Dia sorang-sorang kat situ.Ya Allah.Kesian dia bos.Tak guna punya Liyana sanggup dia seksa Amani.” Aini sudah tidak menahan sabarnya.

“Apa kata kita beritahu polis.Lepas tu biar polis tangkap mereka berdua.” kata Aini.

“Saya memang dah fikir nak beritahu polis.Cuma sekarang saya tunggu masa bila nak tangkap mereka.Takkan sekarang?Rasa-rasa mereka ada tak kat situ?” ucap Amirul pula.

“Kita try jela bos.Kita beritahu pihak polis dulu.Pastu kita pergi tengok Amani.Kalau mereka berdua ada.Kita suruh polis datang.” Aini memberikan idea.

Amirul berfikir seketika.

“Boleh juga idea kamu.Okey kita pergi pejabat polis dulu baru pergi sana.

Mereka pun pergi ke tempat yang mereka sudah rancang.Tiba di rumah buruk itu,Amirul ternampak ada sebuah kereta di situ.Dia pasti itu milik Liyana.Amirul sudah menelefon pihak polis untuk bersedia datang ke rumah buruk itu.

Aini dan Amirul melihat dari rumah itu.Mereka ternampak Liyana dan Andika sedang duduk memerhatikan Amani.Liyana mahu menjerit memanggil Amani.Cepat-cepat Amirul menutup mulutnya.

“Sabar.Tunggu pihak polis datang." kata Amirul.

Aini mengangguk kepalanya.Dia tidak sangka sahabtnya jadi begitu.Tak sanggup dirinya melihat Amani.Amirul sudah tidak sabar menunggu pihak polis datang,dia segera pergi ke pintu rumah itu.

Aini pula menjaganya dari belakang kerana takut Liyana dan Andika terlepas.

Amirul menendang pintu.Liyana dan Andika terus memandang ke arah pintu.Mereka terkejut melihat Amirul.

“Ni rupanya kerja kau Liyana.Patutlah papa sendiri pun tak tahu anaknya kat mana.Kat sini rupanya.Seronok ke kau seksa orang?”
Amirul memandang Liyana dengan tajam.

“A..Amirul!Macam mana u boleh ada kat sini?” soal Liyana terketar-ketar suaranya.

“Kau jangan ingat aku bodoh Liyana.Kau nak jatuhkan aku dengan pergunakan Amani.Kau jangan tipu aku.Aku dah tahu rancangan kau dari hotel tempoh hari sampai sekarang.Kau ni tak serik eh?Kau dengan boyfriend tak guna kau ni sama je macam syaitan.Korang ni tak patut hidup kat muka bumi ni.Jenis manusia tak guna.”

“Amirul.U salah faham ni." ucap Liyana memujuk.

Amirul menyuruh Aini membuka ikatan pada Amani.Amani memandang wajah Amirul.

“Salah faham tengkorak kau.Kalau dah sampai Amani kau ikat macam tu.Kau jangan sampai berita tentang kau aku beritahu kat papa kau sendiri.Kau jangan ingat aku tak tahu apa kau buat Liyana.Ingat aku tak tahu kau dengan boyfriend tak guna kau ni buat perkara yang tak senonoh.Kau nak nama kau sebagai anak Dato Araman popular dekat berita dan all media sosial bahawa kau mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki bernama Andika.” kata Amirul lagi.

“Habis u ingat u tu baik sangat?Ahli ulama?Ustaz?U tu cuma Amirul Ezani.U jangan nak hipokrit lah Amirul.I benci lelaki yang hipokrit macam u.” Liyana membalas kata-kata Amirul.

Andika perlahan-lahan datang ke Amani.

“Apa beza I dengan Amani di mata u?Kenapa u perlu pilih perempuan tu berbanding I?Why?I ni keturunan Dato' ada harta sendiri.But perempuan ni dia hanya orang kampung yang tak tahu asal usul dia.Entah-entah dia ni anak terbuang.” ucap Liyana dengan kasar.

“Kau nak tahu apa beza kau dengan Amani?Kau pergi tengok cermin ataupun kau pergi beli cermin paling murah dekat kedai rm2 macam mana murahnya harga diri kau.Kau tak layak jadi isteri aku apatah lagi ibu kepada anak-anak aku.Walaupun Amani gadis kampung tapi dia suci daripada kau murah,senang lelaki dapat kau.” ucap Amirul.

Tersentak Liyana mendengarnya.

“Kau sanggup terima dia berbanding aku?Kau tahu tak Amirul.Aku cintakan kau dari kita kecil lagi sampai sekarang.Hati aku masih sayang pada kau.Kau tak pernah pun bagi peluang pada aku untuk cintakan kau.Kenapa?”

“Sebab kau dah lain Liyana.Kau tak macam Liyana yang aku kenal dulu.Kau berubah seratus peratus.Cukuplah aku nak bawa Amani balik Lepaskan Amani" kata Amirul.

“Kau ingat senang aku nak lepaskan dia.Perempuan ni aku punya.” ucap Andika yang sedang meletakkan pisau di leher Amani.

Aini terjerit.

“Kau lepaskan dia jantan tak guna.Sebelum aku tumbuk muka kau.Aku cakap elok-elok ni.” kata Amirul yang sudah geram.

Tanpa membuang masa Amirul membaling bangku ke arah lelaki itu.Andika mengelak sehingga dia terlepas Amani.Amirul pergi mendapatkan Andika dia menumbuk muka Andika.Andika terjatuh ke lantai.Andika mengepit kaki Amirul mengakibatkan Amirul jatuh ke lantai bersama Andika.

Liyana cuba melarikan diri.Aini dengan segera menarik kaki Liyana.Liyana tersadung ke lantai.Aini mengambil kesempatan menampar wajah Liyana berkali-kali kerana dia tidak puas hati apabila Liyana mengikat sahabatnya itu.

Ketika mereka sedang bergelut polis pun sudah tiba.Bunyi siren polis mengejutkan Liyana dan Andika.Andika mahu melarikan diri,Amirul menangkapnya dari hadapan.Di tangan Andika masih lagi memegang pisaunya.Kerana mahu melepaskan dirinya dari pihak polis,Andika menikam perut Amirul.

Aini dan Amani terjerit.

“Bos.”

Liyana juga turut terkejut.Bulat matanya melihat Amirul yang di tikam oleh Andika.

Polis sudah pun mengepung kawasan itu.Andika cuba melarikan dirinya tetapi gagal.Dia tetap ditangkap oleh pihak polis.

Manakala Amirul yang sudah terbaring itu,menahan sakitnya.Ada pihak polis yang menelefon pihak hospital.Liyana yang terduduk di sebelah Amirul memohon maaf kepada Amirul.Polis pun menggari tangan Liyana.

Beberapa minit kemudian ambulans tiba pada masanya.Mereka mengangkat Amirul masuk ke dalam ambulans.Amani dan Aini menemani Amirul.Amirul sudah tidak sedar.Pandangannya menjadi kelam dan dia pun pengsan.

Kesian Amirul kena tikam sebenarnya nak selamatkan Amani.Andika dan Liyana dah selamat di tangkap polis.Btw tq tunggu..tnggu utk next chapter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience