Bab 31 (merajuk)

Romance Series 36483

Dato' Araman termenung seketika di ofisnya itu.Fikirannya jauh melayang memikirkan sesuatu.Dia terlihat Erin yang sedang sibuk.Sesekali Erin memandang ofis Dato' Araman.Pandangan mereka bertaut.Lantas Erin mengalihkan pandangan.

Dato' Araman tersenyum sendiri.

Cantik juga Erin ni.Desis hatinya.

Sedang dia termenung,PA Dato' Araman iaitu Hanani mengetuk pintu ofis untuk masuk ke dalam.Dato Araman tersedar.

“Dato,hari ni kita ad meeting pukul 3 petang.Encik Amirul pun ada sekali sebab ni berkaitan dengan syarikat kita dan AE Holdings Interprise.” ujar Hanani.

“Oh!Hari ni ye?Saya lupa.Okey terima kasih ingatkan saya.Kalau tak saya dah lupa.” kata Dato' Araman.

”Sama-sama dato.Saya minta diri dulu.”

Dato' Araman mengangguk perlahan.

“Ada Amirul ya?” ucap Dato' Araman sendiri.

Segera Dato' Araman menekan butang memanggil Erin.

“Erin masuk kejap.” kata Dato' Araman.

Erin membetulkan bajunya lalu melangkah masuk ke dalam ofis Dato' Araman.

“Ya dato.Dato panggil saya ke?” soal Erin.

“Ya.Erin saya nak awak kirakan sale untuk pasaraya yang baru buka kat Sepang tu.Sebab kita dengan syarikat AE Holdings Interprise rakan kongsi.Lepas tu saya nak awak kira juga produk yang tak laku.Produk yang tak laku ni akan menjejaskan sale kita juga.Kalau tak laku juga kita kena beritahu AE Holdings untuk keluarkan produk itu.So saya nak awak cari sebab kenapa produk itu tak laku dan awak kira juga sale yang dapat.Jangan lupa kira juga harga produk yang tak laku tu sebab kita nak masukkan juga dalam sistem.Kalau tak masuk nanti akan jadi short pula dalam sistem kita.Nanti kita akan bincang dengan Encik Amirul petang ni pukul 3.” ucap Dato' Araman panjang lebar.

“Baik dato.Kalau produk yang tak laku tu banyak sangat macam mana pula?.” kata Erin.

“Tak apa.Awak kira dulu.Kalau melebihi 5k ke atas saya sendiri akan inform kepada syarikat AE Holdings.Sebabkan kita kena comfirmkan dan kira betul-betul produk yang tak laku tu serta harga dia.Nanti nak masuk sistem susah.Buat ada short ke?Kita juga yang kena tanggung.”

“Baik dato.Saya minta diri dulu.” segera Erin meninggalkan ofis itu.

********************

“Macam yang kita dah bincang.Saya bersetuju untuk keluarkan barang yang tak laku dalam pasaraya kita Stok barang yang ada pada kita ni sangatlah banyak.Boleh mencecah hampir 10k.So kat situ kita banyak yang rugi.Tengok dari sale yang kita dapat hanya 1k sahaja.Itu satu masalahnya.Dan lagi satu masalah lagi mereka tetap juga hantar barang ni walaupun mereka tahu barang ni tak laku.Itu yang menambahkan lagi masalah pada kita.Sedangkan barang ni sudah terang-terang tak laku..Saya nak tahu sebab atau punca kenapa barang ni tak laku?Kita perlu tahu juga sebabnya!” kata Amirul.

Amirul memandang setiap orang antara mereka.Dato Araman memberikan isyarat kepada Erin.Erin yang sedang menulis terus memandang Dato' Araman.Mereka yang berada di situ memandang satu sama lain.Erin terus mengangkat tangannya.

Semua mata memandang Erin.

“Encik Amirul mengikut yang saya dapat.Jenama produk ini tidak terkenal seperti jenama yang lain.Itu sebab produk ini tak laku.Dan juga produk ini packaging dia agak kurang menarik.Mungkin itu salah satu juga sebab customer tak beli produk ini.Kalau sayalah sebagai customer saya akan tengok packaging dia.Kalau packaging dia menarik saya akan ambil.Pada saya packaging is first untuk pikat customer.” jawab Erin panjang lebar.

Amirul menganggukkan kepalanya.

“Good.Jawapan yang amat bernas dan di terima.” Amirul menepuk tangannya.

Mereka yang berada di situ juga menepuk tangan kepada Erin.Erin tersenyum malu.

“Betul kata Cik Erin.Kita kalau nak ambil sesuatu mesti tengok packaging dia dulu.Itu first.Kalau packaging dia kurang menarik,kita nak ambil tak?Mesti tak.Sebab kita sendiri tengok pun dah tahu barang ni okey tak?Kita akan ada rasa ragu-ragu nak beli.So first ialah packaging.Sebab kita jual produk ini berkait dengan customer.Takkan kita nak paksa customer beli?Betul tak?” celah Dato' Araman pula.

“Betul.”

Sedang sibuk berbincang Amirul perasan akan pandangan Erin padanya.Dia buat-,buat tidak nampak sahaja.Dato Araman memerhatikan sahaja mereka berdua.Dia tersenyum sendiri.

Selesai sahaja mesyuarat tersebut Amirul mengemas barang-barangnya untuk pulang ke rumah.Dato Araman mendekati Amirul.

“Amirul,dah nak balik?” soal Dato' Araman.

“Nak balik dah uncle.Kesian Amani sorang-sorang kat rumah.Dia bukan larat sangat pun.Risau juga lah.” jelas Amirul.

“Dah berapa bulan dah?Tak lama lagi jadi papa lah kamu nanti.” ucap Dato' Araman lalu tertawa kecil.

Dia menepuk bahu Amirul.Amirul tersenyum.Erin mahu keluar dari bilik itu.Dato Araman memanggilnya.Erin terlihat Amirul bersama Dato' Araman.Dia melangkah perlahan menuju mereka.

“Amirul,ni Erin.Uncle baru je lagi ambil Erin ni bekerja dengan uncle.Lagi pun dia jaga bahagian sale.Senanglah apa-apa boleh terus bincang dengan dia.” ucap Dato' Araman.

Amirul menganggukkan kepalanya.

“Rasanya kamu berdua dah kenal kan?” pancing Dato' Araman.

“Dah kenal dah.” ucap Amirul acuh tak acuh.

“Senanglah kalau dah kenal.Tak payah susah-susah uncle nak kenalkan.” kata Dato' Araman lagi.

Erin menundukkan wajahnya.

“Tak apalah uncle.Amirul nak balik dulu.Apa-apa nanti kita jumpa lagi.Assalamualaikum.” ucap Amirul lalu pergi.

“Waalaikumsalam.”

Segera Amirul meninggalkan Dato' Araman serta Erin di situ.Erin melihat Amirul sehingga kelibatnya hilang dari pandangannya.

Dato' Araman mengerling Erin di sebelahnya.

*********************

Amirul sedang termenung.Dia teringat akan hal petang tadi.

“Apa motif dia kerja dengan Dato' Araman?Dia memang sengaja muncul ke?Dah lama menghilangkan diri tiba-tiba muncul.” ucap Amirul sendiri.

Sedang dia asyik berfikir Amani mendekatinya.Amirul menoleh wajahnya melihat Amani.Lantas dia tersenyum.

Sejuk hatinya apabila melihat isterinya itu.Apa lagi melihat perut isterinya yang semakin memboyot itu.

“Abang termenung kan apa tadi?Macam ada masalah je.” ucap Amani dengan lembut.

“Tak ada fikir apa-apa pun.Cuma...” Amani memandang suaminya.

“Cuma?” Amirul menarik nafasnya.

“Tadi abang meeting.Tak sangka pula Erin tu jadi staf Dato' Araman.Dia baru je lagi masuk.Tu yang abang macam pelik!Dah lama menghilang tiba-tiba muncul kan diri pula.” kata Amirul.

“Abang ada jumpa Erinlah tadi?” kata Amani.Terselit nada cemburunya.

“Ada tapi abang buat tak tahu je.Kenapa sayang?Sayang jealous eh?” ucap Amirul lalu mengusap perut isterinya itu.

Terasa perut isterinya seperti di tendang.Semakin melebar senyuman Amirul.Amani memalingkan badannya agar tidak di sentuh suaminya sebagai tanda bahawa dia sedang merajuk.Amirul terus memandang Amani dengan senyuman.Tercuit hatinya apabila melihat kelakuan isterinya itu.Mungkin kerana pembawakan budak barang kali.

“Sayang,abang tak ada perasaan langsung pada Erin.Perasaan abang pada dia dah lama pudar.Sayang percayalah cinta abang pada sayang seorang je.” kata Amirul dengan bersungguh-sungguh.

“Sayang,abang minta maaf.Okey,lepas ni kalau abang jumpa dia,abang larikan diri ye!” ucap Amirul lagi cuba untuk memujuk isterinya itu.

“Abang tak buat salah pun.Sayang cuma risau je.”

“Sayang risau apa?Cuba beritahu abang!Kenapa ni sayang?” ucap Amirul dengan lembut lalu mengusap pipi isterinya itu.

“Sayang takut Erin tu datang semula sebab nak pikat hati abang je.Mana tahu abang masih sayang pada dia lagi.” jawab Amani dengan jujur lalu menundukkan wajahnya.

“Sayang,perkara tu takkan sesekali terjadi.Cinta abang pada sayang hanya satu je.Arisya Amani cinta hati abang,tiada yang kedua.Abang ada sayang dan anak kita je.Sayang matahari abang,penyeri hidup abang.Abang tak boleh hidup tanpa sayang.” Amirul terus mengucup dahi isterinya itu.

Amani tersenyum.

“Kan comel senyum macam tu.” puji Amirul kepada isterinya.

Amani tersipu malu.

“Ehem.Amboi!Macam tengok drama pula.” Terdengar satu suara mencelah.

Amani dan Amirul mencari suara itu.Terlihat Amar yang sudah berpakaian kemas.Amirul sudah tersengih.

“ Orang tu dah bahagia.Kita ni bilalah nak bahagia?Sendu pula tu.” ucap Amar.

“Kau tu ada je orang yang nak.Tapi kau je yang tak nak.Memilih!Kau pakai macam ni nak pergi mana?Jumpa bakal isteri ke?Mana tahu tak sabar nak naik pelamin.” usik Amirul.

“Ish along ni.Amar nak pergi keluar jap.Kawan-kawan ajak pergi makan malam.Malas betul nak keluar.” terdengar Amar mengeluh.

“Pergilah.Nanti jumpa bakal isteri ke!Tak adalah kau sendu.” usik Amirul lagi.

Amar sudah lali dengan usikkan abangnya itu.

“Yela.Along tu jangan lupa.Tak lama lagi nak jadi ayah dah.Tahniah.Dapatlah acu dia anak buah.” kata Amar lagi.

Amirul tersenyum.

“Terima kasih..Acu bila lagi?” seraya Amirul ketawa.

“Dahlah.Orang nak keluar.Malas layan along.Macam manalah kak long tahan dengan perangai along yang kuat mengusik ni?” ujar Amar.

“Kak long kau redha je.” jawab Amani.

Serentak mereka bertiga ketawa.Amar meninggalkan abang serta kakak iparnya dan berlalu pergi.Dia tersenyum melihat mereka.Bahagia.

Pelbagai dugaan yang di terima oleh mereka berlaku sekelip mata.Akhirnya memberikan kebahagiaan kepada mereka.Di sebalik ujian pasti ada hikmahnya.

Semoga along dan kak long bahagia hingga ke jannah.Desis hati Amar.Amar tersenyum sendiri.

Assalamualaikum author bru nak up next chapter.sory sbb menunggu agak lama..author agak busy..mnx maaf..hope korg blh tnggu n stay tune

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience