Bab 3

Romance Series 36483

Amani sudah tiba di kediaman rumah Aini.Hari itu merupakan hari Sabtu.Pejabat tempat Aini bekerja tutup pada hari itu.Aini bergegas ke KL Sentral untuk menjemput Amani yang baru tiba.Mereka berpelukan kerana sudah lama tidak berjumpa.

Aini membawa Amani ke kediamannya.Kediaman Aini merupakan sebuah kondominium.Kawasan kondominium itu sangat bersih seperti kawasan itu memang di jaga dengan sangat rapi.Amani sangat teruja melihat kawasan kondominium itu.

Maklumlah baru pertama kali datang KL.Excited betul Amani.

Besarnya kondo ni.Bersih pula tu.Beruntungnya Aini tinggal kat sini.Detik hati Amani.

Amani hanya mengikuti sahaja langkah Aini.Mereka tiba di hadapan rumah Aini.Aini membuka pintu rumahnya.Aini menjemput Amani untuk masuk ke dalam rumahnya.Amani melangkah masuk ke dalam rumah perlahan-lahan.Matanya melilau melihat isi dalam rumah itu.

“Duduklah dulu Amani.Kau kan penat berjalan.Rehatkan dulu kaki kau tu.” ujar Aini.

“Baik” jawab Amani yang ketika itu matanya masih lagi melilau melihat sekeliling rumah itu.

Aini pergi ke dapur mengambil air sejuk.Dia menuangkan ke dalam cawan.Di berikan kepada Amani yang sedang duduk.

“Nah air untuk kau.Kau mesti dahaga kan?” soal Aini.

“....Eh..Tak apa.Aku dah minum tadi.Buat susah-susah je kau ni.” ucap Amani.Sejujurnya dia segan kerana diperlakukan sebegitu.

“Tak ada susah pun.Air sejuk je aku bagi.Bukan aku bancuh air pun.Lagi pun tak payahlah segan dengan aku.Aku kan kawan baik kau.Kau tak payah malu-malu.Mulai dari sekarang kau tinggal je kat rumah ini.Kau anggap je rumah ni macam rumah kau.Lagipun aku sorang-sorang je kat rumah ni.Ada kau seronoklah juga.Ada kawan.” ujar Aini dengan teruja.

Siapa je tak teruja?Ada kawan serumah.Dah tu kawan baiknya dari kecil lagi.

Amani hanya menganggukkan kepalanya.Dia tersenyum lalu memandang Aini.

“Thanks Aini.Sebab tolong aku.Kalau tak aku tak tahu nak duduk kat mana.KL ni dahlah besar.” ucap Amani.

“Its okey.Kau pergilah berehat.Bilik kau sebelah bilik aku je.Aku memang tak guna pun bilik tu.”

“Baik bos.” ucap Amani dan mereka tertawa kecil.

*******************************************

“Assalamualaikum Siah..Oh Siah..” ucap Makcik Mona yang kebetulan melalui jalan di situ.

“Waalaikumsalam.Iya kejap.” Mak Lang Siah melajukan langkahnya.

“Kau buat apa tu?Sibuk sangat ke?"soal Makcik Mona.

“Tak adalah sibuk sangat.Kemas rumah ni ha.”

Darwina yang sedang memegang telefon bimbitnya menjeling ke luar pintu.

Nak menyibuk hal orang lah tu.Sibuk je.Gumam Darwina.

Siapa je yang tak kenal Makcik Mona.Kalau dapat membuat cerita tentang orang serah saja pada dia.

“Penat je aku tengok kau ni.Kau okay tak?” soal Makcik Mona lagi.

“Aku okay je Mona.Biasalah kemas rumah.Penatlah sikit.” jawab Mak Lang Siah.

“Haih...Amani mana?Bukan dia ke yang selalu kemas rumah?” soal Makcik Mona lagi.

Nak mengorek hal orang lah tu.

“...Lah?Kau tak tahu ke?Amani sudah pergi ke KL.Dia cari kerja kat sana.Duduk sini gaji sikit.Kalau kat KL gaji mahal.Biarlah dia kat sana.Sekurang-kurangnya adalah dia tolong aku hantar duit kat aku sikit.Aku pun bukannya ada duit sangat.” jelas Mak Lang Siah.

“Oh yeke?Aku tak tahu pun.Dah lama lah dia ke KL? Baguslah dia kerja sana.Aku tengok Amani tu bagus budaknya.Beruntung Miah dapat anak macam tu.Kau pun beruntung sekali dapat anak saudara macam Amani.Adalah dia berjasa pada kau sebab kau jaga dia.” ucap Makcik Mona lagi.

“Alhamdulillah aku bersyukur dapat anak saudara macam Amani.Boleh tolong aku bila aku susah.” ujar Mak Lang Siah.Hipokrit.

“Habis anak kau yang seorang lagi tu mana?Ikut juga ke?” tanya Makcik Mona.Dari tadi banyak betul soalan dia.Dah rupa polis nak saman orang je.

“Yang tu adalah dengan aku.Ada je kat atas tu.”

“Kau pun suruhlah anak kau buat kerja rumah.Takkan kau je yang kemas rumah.Aku bukan apa.Amani dah ke KL.Kau pula bukan berapa sihat sangat.Kesian kat kau.Kau bagilah Awin tu buat kerja.Kalau Amani ada kau tak penat macam ni.” ucap Makcik Mona.

Darwina yang mendengar perbualan mereka menjeling dengan tajam.Kemudian dia masuk ke dalam bilik.Pintu bilik dihempas kuat.

Tak habis-habis.Amani! Amani! Amani! Semua Amani.Amani jela baik.Aku je jahat.Darwina meramas tangannya.Menunjukkan bahawa dia tidak puas hati dengan ucapan Makcik Mona.

Mak pun satu.Amani tu mak pukul banyak kali pun mak junjung Amani tu.Aku?Sedikit pun dia tak kisah.Sedangkan aku anak dia.Darwina mengetapkan giginya.

Kau tunggu Amani.Nasib kau lepas ni.Kau jangan ingat kau pergi KL kau lepas dari aku.Kau takkan bahagia.Aku akan buat hidup kau merana.

Dendamnya Darwina pada Amani sangat begitu dalam.

****************************************

Amani sedang mengemas rumah.Walaupun rumah itu sudah bersih.Dia tetap mahu membersihnya lagi.

Rajin tak bertempat namanya.

“Rajinnya kau.Rumah aku ni dah bersihlah.Kau tak payahlah bersihkan lagi.Buat penat kau je.” ucap Aini yang sedang memakai air pod di telinganya.

“Bukan selalu.Lagipun aku duduk rumah kau.Mestilah aku kemas.Takkan aku nak biar je macam tongkang pecah.” jujur Amani.

Aini tersenyum.Dia sudah kenal sangat dengan perangai Amani.Amani seorang yang jujur.

“Weh,kau nak cari kerja kat mana?” soal Aini.Amani yang sedang mengelap meja terus mematikan kerjanya.

“Tak tahulah.Aku cadanglah nak kerja kedai makan.Tak kisahlah kedai makan apa.Cafe ke apa?Yang penting halal.” kata Amani.

“Oh..Faham!” ucap Aini.

Aini teringat akan kerja kosong di ofis tempat dia bekerja.Dia mencadangkan pada Amani.

“Kau nak tak kerja dekat ofis tempat aku kerja tu?Tapi sebagai tea lady.Sebabkan tea lady yang lama dah berhenti.”

Aini mencadangkan kerja tea lady kepada Amani.

“Tea lady?Natang apa tu?Dia macam yang cuci-cuci toilet tu ke?” tanya Amani dengan lurus.

Aini tergelak kecil mendengar jawapan dari mulut Amani.Amani pelik.

“Bukanlah.Tea lady tu kerja dia buat air.Air yang dibuat tu dihantar pada orang dalam ofis tu.Kalau ada yang nak order air dia buatkan.” jelas Aini yang masih lagi ada sisa tawa di bibirnya.

“Oh..Lepas dia order dia bayarlah kan?Macam kat kedai makan tu?” tanya Amani lagi.

“Tak.Dia tak bayar.Sebabnya itu hanya untuk syarikat sahaja.So gaji tea lady syarikat yang bayar.Macam staf-staf yang lain.Cuma kerja dia buat air jela.Kau kan terer buat air!Mesti budak ofis aku suka air tangan kau.” ucap Aini.Dia memuji Amani.Dia berharap Amani bekerja sekali dengannya.

“Ohh.Okey juga.Tak ada susah sangat.Buat air je.” kata Amani.

“Betul.Senang je kerjanya.Kau nak tak?” soal Aini lagi.

“Bagi aku fikir dulu boleh tak?Nanti aku bagitahu pada kau.” kata Amani lagi.

“Boleh.No problem.Kau fikir dulu.Kalau kau terima,aku terus inform bos aku.” ucap Aini.

Amani menganggukkan kepalanya.Amani menyambung kembali kerjanya yang tertunggak itu.

**************************************

Naufal sedang menyiapkan kerjanya.Kerjanya itu perlu dihantar sebelum dia pulang ke rumah.Sedang dia asyik dengan kerjanya.Naufal berasa dahaga.Dia perlukan air untuk diminum.

Naufal melangkah ke pantry untuk membuat air.Tidak mampu untuk menahan tekaknya yang sudah kekeringan itu.

Sedang Naufal asyik membuatkan airnya.Amirul muncul di sebelahnya.

“Eh bos.Terkejut saya.” ucap Naufal.

Amirul tersengih.

“Bos buat apa kat sini?” tanya Naufal.

“Saya nak minum.Dahaga pula.” jawab Amirul.Amirul mengambil paket nescafe dan di bancuhnya.

“Samalah bos.Saya pun nak minum.Sibuk dengan kerja tekak pula dahaga.Kacau betul.” keluh Naufal.

“Nak buat macam mana dah tak ada staf.Kenalah buat sendiri.” ucap Amirul.

Naufal menghirup air teh o panas.Lega rasanya dapat minum.Hilang serabut di kepalanya.

“Bos,tak jumpa lagi ke staf untuk tea lady ni?" soal Naufal.

“Saya suruh Aini yang carikan.Kalau ada saya ambil.Kalau tak ada kita buat air sendiri jela.” Amirul sudah tidak kisah tentang pekerja tea lady.Sudah ramai pekerja yang diambil untuk tea lady tetapi tidak kena pada dirinya.

Tiap kali bancuh air untuknya ada sahaja terlebih gula,terpahit,air terlalu sedikit.

Daripada menyakitkan hatinya lebih baik dia tidak mengambil tea lady langsung.Amirul lebih senang buat air sendiri walaupun terpaksa mengganggu kerjanya.Tetapi dia puas hati dengan air bancuhannya sendiri.

Dah cerewet tu tak boleh buat macam mana.Dah sebati dalam diri la katakan.

Amani dah sampai KL.agak-sgak dia terima tak cadangan Aini tu?Darwina pula berdendam dengan Amani.Amirul?macam biasa bukan dialah kalau tak cerewet

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience