Bab 2 (cerewet)

Romance Series 36483

“Mirul?Are you okay?Mama tengok sejak akhir-akhir ni mirul stres.Ada masalah ke?Kalau ada cerita dengan mama.Mana tahu kalau mama boleh tolong?” ujar Puan Aliza.

“Biasalah ma.Stres dengan kerja je.Jualan di butik makin menurun.Kat salon pula tak ada staf.Ada dua orang dah berhenti sebab mereka sambung belajar.Kedai tudung Mirul di Bangi ada masalah penyelewengan duit.Sekarang ni pula penyambut tetamu dan tea lady Mirul kat ofis dah berhenti pula.Lepas satu-satu masalah nak handle.” ucap Amirul.

“Kesian anak mama ni.Mama tolong handle kedai tudung Mirul tu nak?Lagipun boleh je mama handle.Mirul je yang tak bagi mama buat.” ujar Puan Aliza.

“Bukan Mirul tak nak bagi mama handle.Mama tak sihat.Risaulah sakit mama lagi teruk.” Amirul melihat wajah ibunya.Dia tidak mahu menyusahkan ibunya.Nak suruh Amar yang handle sampai kiamat dia takkan  buat.

“Mirul tak kisah ma.Mirul boleh handle cuma nak cari staf tu susah sikit.Nak masukkan nama mereka dalam sistem lagi.Tambah-tambah kalau ada yang kerja partt ime.Nama kejap ada kejap tak ada.Nak ajar dari awal sampai mereka boleh buat.Leceh sikit lah.Tapi Mirul okey je.” jelas Amirul lagi.

“Betul ni boleh buat?Kalau tak boleh beritahu mama.Mama tolong.” ucap Puan Aliza.

“Baik ma.” Amirul tersenyum.

***********************************

“Lepas ni Lisa tak dapatlah jumpa kak Amani.Nanti mesti Lisa rindu kak Amani.” ucap gadis kecil itu.Kelihatan muram wajahnya.

Amani tersenyum melihat gelagat Lisa.Lisa merupakan anak kepada Pak Abu.Dia sangat manja dengan Amani.

“Akak takkan lupakan Lisa.Nanti akak balik sini,akak bawa Lisa jalan-jalan dengan akak ye?” ucap Amani memujuk Lisa.

“Betul ke kak?” tanya Lisa.

Amani menganggukkan kepalanya.Lisa bersorak gembira.Pak Abu tersenyum melihat gelagat anaknya itu.Dia memandang wajah Amani.

“Nanti pergi KL duduk dengan Aini ke?” tanya Pak Abu.

“Ye pakcik.Lagi pun Aini dah biasa kat KL.Semua tempat dia tahu.” ujar Amani.

“Tak apalah.Kamu hati-hati kat KL sana.Nanti kirim salam kat Aini.” Pak Abu mengemas kedainya untuk di tutup.

“Baik pak abu.Terima kasih ye bagi Amani kerja kat sini walaupun tak lama.” kata Amani dengan lurus.

Pak Abu menganggukkan kepalanya.Kedai runcit Pak Abu ditutup kerana sudah lewat malam.Amani bergerak pulang ke rumah.Ketika sedang berjalan pulang ke rumah,ada seseorang menarik Amani ke tepi jalan.Adha yang menarik tangan Amani.Amani terkejut.

Amani cepat-cepat menarik tangannya dari di pegang Adha.Risau jika ada orang kampung melihat mereka berdua.Mahu satu kampung riuh dengan pergaduhan antara Makcik Senah dan Mak Lang Siah lagi.

“ Amani tunggu kejap.Saya ada benda nak cakap dengan awak.” Adha memanggil Amani.

Amani ketika itu melajukan langkahnya.Dia tidak mahu berbual dengan Adha.Adha mengejarnya.

“Awak.Awak pergi KL esok ke?Awak betul-betul nak tinggalkan saya dekat sini ke?Awak pandanglah saya.Saya nak awak jujur dengan saya.” Adha tidak putus asa dari mengejar Amani.Dia cuba menghalang Amani untuk hentikan langkahnya.

“Awak nak apa? Saya nak balik ni.Nanti Mak Lang bising pula saya balik lambat.” Amani berdecit.

“Saya nak awak jujur.Awak memang nak tinggalkan saya ke?Awak saya sayangkan awak.Saya cintakan awak.Kenapa awak berubah?”soal Adha.

Amani memandang wajah Adha.

“Awak,selama saya kenal awak.Saya anggap awak sebagai kawan saya je.Saya tak pernah anggap awak lebih.Awak je yang salah anggap.Awak fikir saya cintakan awak.Saya kawan dengan awak sebab saya terhutang budi pada awak.Awak banyak sangat tolong saya.Jujur saya katakan saya tak ada perasaan pada awak Adha.” jelas Amani.

Adha kehilangan kata-kata.Dia memandang wajah Amani.

“Kenapa awak pergi KL?Awak tak nak tinggal kat sini lagi ke?” soal Adha lagi.

“Bukan bermaksud saya tinggalkan kampung ni.Saya cari kerja untuk sara diri saya dan keluarga saya.Saya perlukan kerja.Kerja yang ada tak cukup Adha untuk saya tampung keluarga saya.” Amani menundukkan kepalanya.

“Siapa keluarga awak?Mak Lang Siah?Pak Lang Jalil?Mereka semua tu pergunakan awak sebab nak harta awak tahu tak?Rumah yang mereka duduk tu rumah awak.Sampai bila awak nak jadi bodoh dengar cakap Mak Lang Siah?” Adha melepaskan kata-kata yang dipendamnya.

Amani melihat wajah Adha.Amani menahan diri daripada menangis.Dia memejamkan matanya.Perlahan-lahan di buka.

“Awak,saya tak nak ambil tahu tentang harta semua tu.Kalau Mak Lang nak sekalipun.Biarlah dia ambil.Saya dah tak sanggup nak duduk sini lagi.Saya nak lepaskan beban yang saya hadapi di sini.Biarlah saya bawa diri saya keluar dari sini sekurang-kurangnya saya dah tak jumpa Pak Lang.” ucap Amani lalu meninggalkan Adha keseorangan.

Adha terdiam.Dia hanya mampu untuk melihat Amani pergi meninggalkannya di situ.

********************************

“Mak bagi eh Amani tu pergi KL?Mak tak risau ke kat dia?Buatnya dia kena culik ke?” soal Darwina.

Risau pula dia.Selalunya benci bila tengok muka Amani dekat rumah tu.

“Bagi jela.Dari dia kerja dengan orang tua kedekut tu baik dia kerja kat KL.Di KL gaji masyuk.Sekurang-kurangnya adalah dia berjasa pada kita.Bagi duit semua tu.Lagipun Amani tu pandai jaga diri.Mak percaya dia.Kalau dia kat sini.Kamu tengoklah orang tua tu.Tak habis-habis mengganggu Amani.Anak saudara sendiri pun terliur.Macam tak ada otak.” Mak Lang Siah melihat suaminya yang mengintai bilik Amani.

Darwina melihat ayahnya itu.

“Amani mana?Tak balik lagi ke?” soal Pak Lang Jalil.

“Suka hati dia lah nak balik ke tak.Sibuk je.Anak bini sendiri ada depan mata buat tak tahu je.” jawab Mak Lang Siah dengan selamba.

“Lambat betul dia balik?Buat apa?Menjalang kat luar sana ke?” Pak Lang Jalil tertawa kecil.

“Biarlah dia nak menjalang dengan sesiapa pun asalkan bukan dengan kau.Perangai mengalahkan syaitan.Tak puas lagi ke asyik mengganggu Amani?Amani dari mula-mula duduk dengan kita hidup dia tak tenang.Dapat bapa saudara yang macam kau." Mak Lang Siah menjeling tajam.

“Kau pun apa kurangnya?Kau pukul dia sampai lebam-lebam tu.Dia tenang ke?Ada hati sekolahkan aku.Diri sendiri pun teruk.” jerit Pak Lang Jalil.

“Eh..Sekurang-kurangnya aku tak adalah perangai macam kau.Kau ingat dia tu tempat pemuas nafsu kau ke?Kau ingat dia binatang?Daripada kau ada kat sini baik kau berambuslah.Ada kat sini pun tak guna.” tengking Mak Lang Siah.

Pak Lang Jalil terus membuka pintu lalu keluar dari rumah itu.Amani yang baru sahaja sampai terkejut akan perbuatan Pak Lang Jalil.Pak Lang Jalil memandang Amani dengan tajam dan berlalu pergi.Amani bergegas masuk ke dalam rumah lalu menutup pintu rumah.

“Kau baru balik?Kunci pintu tu.Tak payah bagi orang tua tu masuk.Kau kemas barang kau malam ni.Esok pagi-pagi kau bersiap.Selagi kau ada kat sini.Kau takkan tenang dengan orang tua gila ni.” ucap Mak Lang Siah.

Amani hanya menganggukkan kepalanya.Dia bergegas mengemas barang-barang keperluannya.

***********************************

Keesokkan harinya,Amani telah bersiap.Jam menunjukkan pukul 8 pagi.Amani mengangkat beg.Dia meletakkan beg di beranda.Pak Hamid baru sahaja sampai di perkarangan rumahnya.

Mak Lang Siah membawa sedikit bekalan untuk Amani.Dia memberi kepada Amani.

“Apa ni mak lang?” soal Amani.

“Tu makanan untuk kau.Kau tak makan lagi.Makan kat dalam bas nanti.Aku tak ada nak bagi apa-apa untuk kau.Tu je aku mampu.” ucap Mak Lang Siah.

Darwina ketika itu masih lagi nyenyak tidur.Amani tersenyum memandang Mak Lang Siah.Dia tahu walaupun Mak Lang Siah sering memukulnya namun masih ada belas kasihan pada dirinya.

“Terima kasih mak lang.Ini pun dah cukup untuk Amani.Mak Lang jaga diri tau kat sini.Nanti Amani ada gaji,Amani hantar kat Mak Lang.” ucap Amani lembut.

Amani bersalaman dengan Mak Lang Siah.Dia mencium tangan Mak Lang Siah lama.Dia agak sebak.Sejak kematian ayah dan ibunya,Mak Lang Siah yang mengambil alih untuk menjaganya.Amani menghargai jasa Mak Lang Siah.

“Mak Lang jaga diri tau.Kirim salam pada Awin.Nanti Amani call mak lang.Assalamualaikum.” ucap Amani.

Amani segera masuk ke dalam kereta Pak Hamid.Dia melambaikan tangannya pada Mak Lang Siah.Kereta itu semakin hilang dari pandangan Mak Lang Siah.Perlahan Mak Lang Siah melambaikan tangannya.

Mak Lang Siah agak sebak berjauhan dengan Amani.Tetapi kerana Amani sudah tiada di situ.Dia yang akan menjaga rumah itu.Senyuman lebar terpamer di wajahnya.

Cepat betul dia berubah.Haishh..Kalau dah gila harta tak boleh nak buat apa.

*********************************

Amirul sedang membaca dokumen yang ada di atas mejanya.Sesekali tekaknya merasa kering dan haus.Amirul ingin memanggil tea lady untuk membuatkan air khas dirinya.Namun dia tersedar bahawa tea ladynya Arina telah berhenti.

Arina berhenti kerana tidak tahan dengan sikap Amirul yang cerewet tidak bertempat.Dia dengan cepat menghantar surat berhenti di atas meja bosnya.

”Bos ini surat saya.Saya harap lepas ni ada orang yang boleh gantikan saya.Boleh melayan karenah bos yang cerewet ni.Saya harap dia tahan lah dengan perangai bos.” ucap Arina lalu keluar dari bilik Amirul.

Amirul menggelengkan kepalanya.Sesekali dia mengeluh.

“Apa yang mengeluh sangat tu bos?Macam ada masalah je?” tanya Naufal yang masuk ke dalam bilik Amirul secara tiba-tiba.

Amirul terkejut akan teguran dari Naufal.

“Bila masa kamu masuk?” soal Amirul.

“Baru je tadi.Saya dah ketuk pintu.Bos yang tak dengar.Saya nak hantar dokumen tentang projek baru kita yang masih dalam proses di Sepang kelmarin.” ujar Naufal.

“Okey.Hmm....Naufal.Saya nak tanya kamu.Kamu jujur boleh tak?” soal Amirul lagi

Naufal menjungket keningnya.

“Apa dia bos?Macam masalah besar je?”

“Saya ni cerewet sangat ke?Kamu agak?” soal Amirul.

“Ya.Bos cerewet kalau bab makanan dan minuman.Bos tak mahu minum kalau air tu termanis sedikit.Yang saya perasanlah.” ujar Naufal.

“Oh yeke?Okey tak apa.Terima kasih.” ucap Amirul.

“Sama-sama bos.Saya pergi buat kerja dulu.” ucap Naufal.Amirul menganggukkan kepalanya.

Salah ke jadi cerewet ni?Tak salah pun.Sebab aku memang cerewet.Hal kerja pun aku cerewet inikan makanan.Detik hati Amirul.

Amirul menyibukkan dirinya dengan dokumen-dokumen di depannya.

Bab sebelum ni kesian pada Amani.Hidup dia jadi tak tentu arah sejak tinggal bersama Mak Lang Siah.Nasib Mak Lang Siah bagi dia pergi ke KL.Tapi korang tau kan motif Mak Lang Siah?Adha pula tak moveon dengan Amani.Pak Lang Jalil pula sebegitu.Kalau korang kt tmpt Amani,apa korg rasa?Sekarang Amirul pula duk stres cari tea lady punca dari dirinya yang cerewet.Agak-agak Amirul dpt tak tea lady baru?hope korg enjoy hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience