Sudah seminggu Amani bersikap dingin.Amirul pelik dengan tingkah laku isterinya itu.
Amani sedang sibuk membuat sarapan di dapur.Manakala Mak Jah sedang mengemas.Mak Jah merupakan pembantu rumah Amirul.
Hari itu merupakan hari cuti bagi Amirul dan Amani.Amirul perlahan-lahan menghampiri isterinya.Dia memeluk perlahan pinggan isterinya lalu mencium rambutnya.
“Sibuknya dia.Sayang masak apa tu?” kata Amirul.
“Nasi goreng.” jawab Amani dengan dingin.
Amirul melepaskan tangannya dari pinggang Amani.
Selesai sahaja Amani memasak.Dia menghidangkan makanan di atas meja.Amani menyedok nasi goreng untuk Amirul.
Amirul menadahkan tangan membaca doa makan.Mereka pun makan dengan tenang.
Sesekali Amirul memandang wajah isterinya.Amani tidak perasan akan pandangan suaminya.
“Sayang ada masalah ke?” ucap Amirul.
Amani memandang Amirul.
“Mana ada.” jawab Amani acuh tak acuh.
“Sayang kalau ada masalah cerita pada abang.Jangan simpan.”
Amani memandang suaminya.
“Tak ada pun.” kata Amani.Dia menyambung menyuapkan makanan semula.
Amirul tidak berpuas hati dengan jawapan isterinya.Dia memandang Amani.
“Sayang pandang abang.” arah Amirul.
Segera wajahnya dipalingkan memandang Amirul.
“Sayang ada problem ke?Please!Cerita dengan abang.Abang tengok sayang sejak akhir-akhir ni macam nak lari je dari abang.”
“Tak ada apa.” jawab Amani sepatah.
Amirul mahu bertanya lagi tetapi kerana sikap Amani yang dingin.Dia membatalkan niatnya.
Selesai makan,Amirul membantu Amani mengemas meja makan.
Amani mahu membasuh pinggan.Lantas Amirul mengambil dari tangannya.
“Tak apa.Biar abang basuh.Sayang kemas meja.” kata Amirul.
Amani hanya mengikut sahaja kata-kata Amirul.
Kelihatan Amar yang sudah berpakaian kemas.Dia melangkah ke meja makan.
“Along dengan kak long dah makan ke?” soal Amar.
“Dah.Baru je tadi.”
“Tak tunggu Amar pun.” rajuk Amar.
“Dia yang lambat bangun.Kak long dah panggil tadi.Tak tau dia dengar tak?” kata Amani.
Amar tersengih.
“Alah.Kak long ni.Amar masa tu ada kat London lagi.Belum sampai Malaysia.Dia macam tengah on the way tapi tersekat macam line telefon.Kejap laju kejap lambat.Macam tula Amar tadi.” jawab Amar dengan jawapan yang tidak logiknya itu.
Amani tergelak.
“Macam-macam Amar ni.Tak apalah.Pergilah makan.Nasi goreng ada lagi tu.” kata Amani.
”Baik kak long.”
Amirul yang di dapur terdengar perbualan mereka berdua.
Okay pula dia dengan Amar?Siap gelak lagi.Dengan aku macam aku ada buat salah je.
Amirul menarik nafasnya.
******************************
Dato' Araman memandang sekeliling pejabatnya.Dia tersenyum sendiri.
Azman!Azman!Kau dengan bini kau sama je.Tamak.Kau lupa syarikat ni kau dan aku yang usahakan tapi kau lupa macam mana kau buat kat aku dulu.Kau hambakan aku.Kau buat aku macam anjing.Kau tamak Azman.Sekarang kau dan bini kau duduk sana diam-diam.Kini giliran anak kau pula.Aku akan pastikan syarikat AE HOLDING INTERPRISE akan jatuh muflis.Dan jika syarikat itu dah muflis aku akan beli dan jadikan syarikat aku.Termasuk rumah banglo kau sekali.
Dato' Araman gelak besar.Dia sudah pendam perkara ini lama lagi.
Flashback
“Araman,saya nak beritahu kamu.Tapi kamu kena janji jangan beritahu sesiapa.” kata Dato' Azman.
“Apa dia'?”
“Syarikat A&A Holdings ni antara syarikat yang terkenal di dunia.Syarikat ni paling beri banyak untung kepada kitaJadi syarikat ni saya akan pegang.Ada masa kalau saya sibuk saya berikan awak untuk jaga sebentar.Saya tak nak sesiapa yang mencuba mengambil syarikat ini.Dan AE Holdings juga saya akan pegang.Tapi syarikat ni saya akan beri kepada Amirul.Kerana AE Holdings merupakan nama anak saya.So saya nak awak ambil alih syarikat AE Holdings buat sementara waktu.Kerana Amirul sekarang masih belajar kat oversea.Nanti bila dia dah balik Malaysia syarikat itu akan jadi milik dia sepenuhnya.Dokumen tentang syarikat ini saya simpan di dalam peti.Saya tak nak sesiapa ambil.Sebab syarikat ni antara syarikat paling mahal di Asia Tenggara.Saya nak awak simpan dan jaga fail tentang syarikat ini.Saya percayakan awak Araman.Sebab awak kawan saya.Awak sentiasa ada dengan saya” kata Dato' Azman.
“Tak ada apa Azman.Saya jalankan tugas saya.Lagipun kita kat tempat kerja kena rasional.Saya taknak awak lebih-lebihkan saya.Saya takut ada yang cemburu tengok awak lebih kan saya.” kata Dato' Azman.
“Siapa je yang cemburu?Mereka kat sini semua tahu kita berkawan dari kecil lagi.Makan,minum,mandi pun sama-sama.Apa nak hairan?”
Mereka berdua tertawa.Sedang mereka tertawa ada seseorang yang memerhati.
Seminggu kemudian Dato' Azman telah mendapati isterinya telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit buah pinggang.Keadaan Puan Aliza amat teruk.Dato Azman mengambil keputusan untuk memberi sebelah buah pinggangnya kepada isterinya.
Dato' Azman telah membuat pembedahan untuk mendermakan sebelah buah pinggangnya.
Keadaan Puan Aliza semakin pulih.Dia tidak menyangka suaminya sanggup mengorbankan diri demi isterinya.
Selepas pembedahan itu,kesihatan Dato' Azman semakin berkurang.Dia tidak selera untuk makan.Dia hanya terbaring di katil.
Dato' Azman menelefon Dato' Araman.
“Araman,saya sekarang tak berapa sihat.Saya nak minta awak tolong jaga syarikat saya dua-dua buat sementara waktu.Saya tak ada sesiapa untuk uruskan hal syarikat.Amirul masih belajar.” kata Dato' Azman.
“Baik Dato.Saya akan uruskan syarikat Dato'.Dato jangan risau.” ucap Dato' Araman.
“Terima kasih Azman.Kalau tak ada kamu.Tak tahu siapa saya minta tolong.Tak payah nak panggil dato sangat.Macam tak biasa je dia.” ucap Dato' Azman.
“Saya bukan apa.Kita kan berurusan tentang hal kerja.Kenalah hormat awak.Awak kan pengurus syarikat kita.Syarikat kita kan syarikat yang terkenal kat dunia.Kenalah hormat mana tahu dapat bonus lebih ke?.” usik Dato' Araman.
Dato' Azman tergelak apabila diusik.
“Tak apalah Dato' Azman.Saya ada hal nak meeting ni.Nanti apa-apa saya beritahu awak ye.”
“Tak apa.Dipersilakan Dato' Araman.” usik Dato' Azman.Dato Araman tergelak kecil.
Syarikat A&A Holdings dan AE Holdings Interprise telah dijaga baik oleh Dato' Araman.Sehingga terjadi sesuatu.
Salah seorang pekerja A&A Holdings terjumpa fail tentang syarikat itu di dalam peti.Dia mengambil fail itu dan ingin mencurinya.Dato Araman telah mendapat tahu tentang kejadian itu.Dia mengejar pekerja itu.Dia juga berjaya mendapatkan fail itu.Namun semua ini telah dilihat oleh Haris iaitu pekerja di situ.Haris sememangnya tidak menyukai Dato' Araman dan dia telah mengupah Amir mengambil fail syarikat itu.Dia cemburu akan Dato' Araman kerana Dato' Azman sering melebihkan Dato' Araman kerana Dato' Araman ialah teman baiknya.
Haris telah memberitahu kepada Dato' Azman bahawa Dato' Araman ingin mencuri fail itu.Dato Azman mula-mula tidak percaya.Tetapi kerana Haris yang bersungguh-sungguh dia terpedaya.Dia tidak percaya akan Dato' Araman kerana mulut Haris.Kerana di fitnah Dato' Araman telah dipecat.Dato Azman telah mengupah Dato' Araman menjadi drivernya.Itu kerana Dato' Araman merayu padanya memberikan kerja.
Dato' Azman kasihan akan kawan baiknya itu.Dia memberikan Dato' Araman menjadi drivernya.Sejak dari itu Dato' Araman berdendam dengan Dato Azman serta Haris.Dia bernekad untuk menghapuskan mereka berdua.Hanya ada satu cara sahaja.
Suatu hari,Dato' Azman memegang kakinya.Dia merasakan kakinya tidak boleh bergerak.Doktor mengesahkan bahawa dia telah lumpuh separuh badan.Kerana itu Dato Azman telah terlantar di hospital.
Puan Aliza datang menjenguk suaminya di hantar oleh Dato' Araman.
Dato' Araman melihat keadaaan Dato' Azman.Dia telah bertanyakan kepada doktor tentang kesihatan Dato' Azman.Doktor mengatakan bahawa Dato' Azman masih tidak sedar lagi kerana dia baru sahaja membuat pembedahan.
Dato' Azman yang baru sahaja membuat pembedahan masih tidak sedar lagi.Puan Aliza serta Amar datang melawatnya ditemani Dato' Azman.
Mereka berdua sedang berjumpa dengan doktor.Manakala Dato' Araman masuk ke dalam wad yang didiami Dato' Azman.Dato Araman pasti akan Dato' Azman masih tidak sedar.Dato Araman mendekatkan wajahnya ke wajah Dato' Azman.
“Dah lama aku tunggu saat ni.Sebelum kau mati.Aku nak kau dengar apa yang aku cakap.Aku telah di fitnah oleh Haris.Aku tak ambil pun fail dokumen tentang syarikat tu.Fail tu telah dicuri oleh Amir.Amir telah diupah oleh Haris untuk jatuhkan aku.Aku kejar dia.Fail tu aku dapat semula tetapi Haris tidak puas hati.Dan bila aku dapat tahu dia beritahu kau tentang aku curi fail itu.Aku telah pun di pecat.Sedangkan aku tak buat pun.Aku di fitnah.Kau lebih percayakan dia dari aku.Sedangkan aku kawan baik kau.Sekarang fail tu ada dengan aku.Kau cakap kat aku yang kau percaya aku kan?Dengan keadaan kau macam ni aku yakin kau tak boleh nak handle syarikat itu.”
Dato' Araman meletakkan surat itu dan mengecop ibu jari Dato' Azman pada kertas itu.Dia tersenyum sendiri.Cepat-cepat dia mengelap ibu jari itu supaya tidak di syak oleh sesiapa.
“Sekarang kau nak sangat aku ambil syarikat kau.Kau buat aku macam anjing Azman.Kau tak nak dengar apa penjelasan aku.Kau lebih percaya orang lain dari aku.Sekarang ni syarikat A&A Holdings kau jadi milik aku.Sebelum aku jadi pengurus syarikat itu,aku akan hapuskan kau dengan Haris.”
Dato' Araman mengambil sesuatu dari dalam poketnya.Dia memandang sekeliling.Tiada sesiapa.Dia mengambil picagari yang telah disuntik dengan racun.Dato Araman perlahan-lahan menyuntik racun itu pada lengan Dato' Azman.Dia tersenyum puas.Dato Araman mengelap lengan Dato' Azman dan keluar dari wad itu.
Dia memandang sekeliling dan keluar.Dia terus mendapatkan Puan Aliza serta Amar yang masih berbual dengan doktor tentang keadaan suaminya.
Terdengar jururawat menjerit memanggil doktor.
“Doktor, jantung Dato' Azman berhenti.” kata jururawat itu.
Mereka semua menjadi panik.Puan Aliza terkejut dengan berita itu.Dato Araman juga berpura-pura terkejut.
Doktor itu berlari mendapatkan Dato' Azman.Bermacam-macam cara digunakan untuk menyedarkan Dato' Azman tetapi tidak berfungsi.
“Maafkan pihak kami.Tak dapat tolong.” kata doktor itu.
Puan Aliza menangis.Amar yang berdiri pada Dato' Araman menangis teresak-esak.
“Amar,kena kuat.Jangan menangis.Papa Amar kuat orangnya.” kata Dato' Araman memujuk.
**********************
Dato' Araman membuka pintu.Dia membaling roti itu ke arah lelaki itu.Lelaki itu tersedar lalu mengambil makanan.Dia makan dengan sangat gelojoh.
“Kau lapar?” Lelaki itu mengangguk. Dato' Azman tersenyum sinis.
Dia melihat wajah Haris yang sudah cengkung itu.Badannya sudah kurus seperti tidak makan setahun.Haris masih makan.
“Kau dengar sini.Hutang kau pada aku belum habis lagi.Kalau Azman pun boleh mati apatah lagi kau.Aku akan buat kau terseksa macam mana kau buat aku dulu.Sedangkan aku tak curi pun fail tu.Tapi kerana kau aku dipecat oleh kawan aku sendiri.Malu yang aku tanggung dulu hingga sekarang aku rasa.Aku terpaksa merayu pada Azman kerana aku tak ada tempat bergantung.Sedangkan kau bahagia jadi pembantu dia.Dan aku tak sangka kau yang rancang untuk jatuhkan AE Holdings Interprise.Kau pergunakan anak aku.Sebabkan kami tak ada duit.Kau perangkap anak aku.Kau rogol anak aku dan kau janji dengan dia nak bagi duit.Sedangkan duit yang kau bagi tu dari AE HOLDINGS yang kau curi.Kau gunakan duit simpanan AE Holdings untuk jerat anak aku.Selepas aku naik jadi pengurus syarikat itu baru masalah ni semua selesai.Kau memang sengaja nak jatuhkan keluarga aku.Kau memang patut kena bunuh!Kau jangan ingat aku tak tahu.Kaulah dalang disebalik semua ini.Kau yang berurusan dengan Aliza dan hilangkan separuh duit AE Holdings.Aku ingat AE HOLDINGS masa tu dah nak muflis.Aku yang tolong Aliza pulihkan balik syarikat AE HOLDINGS.Semua orang fikir anak aku dalangnya.Tetapi rupanya kau yang buat semua ini.Kalau Azman ada mati kau dia kerjakan.” kata Dato' Araman.
“Kau lupa ke?Kau yang bunuh dia.Kau pun dalang di sebalik semua ini.Kau bawa cop suruh dia cop kat fail tu.Dan syarikat A&A Holdings jadi milik kau sebabkan perbuatan jahat kau.Kau lupa?Aku tak sekejam kau.Aku tak ada sampai nak tikam dan bunuh kawan aku sendiri.” jerit Haris.
Dato' Araman terdiam dan terkedu.
“Aku ingat aku jahat.Rupanya kau lagi jahat.Perangai kau lagi teruk dari syaitan.Kau nak seksa aku?Seksalah.Tapi kau kena ingat apa yang kau buat semua dalam tangan aku.Memang aku dalang dalam semua ni.Tapi aku dah bertaubat.Aku dah tak nak buat dah.Aku menyesal.” kata Haris.
Dato' Araman memalingkan pandangannya.
“Dahlah Araman.Aku tahu aku salah sebab buat kau dulu.Aku bersalah sebab rogol anak kau.Aku tak nak kau jadi macam aku.Tolonglah Araman kau ada masa lagi nak berubah dan betulkan balik keadaan.” kata Haris.
Dato' Araman merenung Haris tajam.
“Kau nak suruh aku berubah?Siapa yang buat aku berubah?Kalau bukan kau?” nafas Dato' Araman sudah naik.
“Kalau kau nak syarikat tu.Kau ambil lah Araman.Memang syarikat tu untuk kau.” kata Haris.
Dato' Araman memandangnya.
“Maksud kau?”
“Masa kau jadi driver Dato' Azman dulu.Dato Azman pernah pesan pada aku.Yang syarikat A&A Holdings itu syarikat dia dan kau.Kau nak tahu tak apa maksud A&A? “ soal Haris.
Dato' Araman mengerutkan dahinya.
“Apa dia?”
“Azman & Araman Holdings.” jelas Haris.
Dato' Araman terdiam.
“Dia cakap kat aku.A&A ni dibuat atas nama kamu berdua.Kerana persahabatan kamu berdua yang kuat.Dia cakap kat aku.Kau orang yang banyak bantu dia.Dan dia memang nak kau jadi pengurus syarikat itu kalau dia tak ada nanti.Dia tahu kau tak curi fail tu.Dia percayakan kau lebih dari aku.Sebab itu dia bagi kau kerja driver.Sebab dia akan naikkan kau.” kata Haris.
Dato' Araman tertunduk.Dia memejamkan matanya.
“Jangan ulangi apa yang aku dah buat dulu. Aku tahu aku bersalah.Aku menyesal.Kalau kau nak seksa aku Kau seksalah.Tapi jangan buat macam aku buat dulu.Kalau kau nak syarikat itu ambillah tapi jangan tamak.” ucap Haris.
Dato' Araman terus keuar dari bilik itu meninggalkan Haris sendirian.Haris tersedu menangis atas kesalahannya.Bodyguard Dato' Araman membuka pintu untuknya.Dato Araman terus keluar masuk ke dalam kereta.
Dato' Araman tidak menyangka bahawa A&A itu adalah singkatan namanya dan Azman.
“Apa aku dah buat?Kalau aku tak bunuh dia pun aku akan dapat juga syarikat tu.Tapi aku bodoh ikutkan rasa amarah aku.” Dato' Araman mengurut kepalanya.
“Azman maafkan aku.Aku tak dapat jadi sahabat yang terbaik untuk kau.”
Dato' Araman menangis.Dia bersalah atas semua yang terjadi.
korg agak-agak Dato' Araman ni menyesal x?btw tnggu next chapter stay tune
Share this novel