Bab 30 (hadiah yang bermakna)

Romance Series 36483

Amirul memandang wajah isterinya yang sudah pucat itu.Sudah 3 hari Amani tidak sihat.Amani mengalami muntah dan tidak tahan dengan bau-bau yang sehingga meloyakan tekaknya.

Amirul merasa dahi isterinya.Panas!Segera Amirul mengambil kain lalu merendamkan kain itu ke dalam air dan di perah dengan perlahan.Kemudian dia meletakkan di atas dahi Amani.

Amirul tidak lekang memandang isterinya.

“Sayang,abang tengok sayang makin teruk ni.Kita pergi klinik ya?Abang risaulah dah 3 hari demam sayang tak kebah lagi ni.” ujar Amirul.

Amani tidak mampu untuk bersuara kerana tekaknya berasa pedih.Amani mahu mengambil cawan di atas meja.Dengan cepat Amirul memberikan cawan itu kepada Amani.

Amani minum air kosong itu dengan berhati-hati.Amani baring semula.Sekali lagi Amani merasakan tekaknya menjadi panas dan dia merasakan loya.Amani terus bangun dari katil untuk melangkah ke tandas.

Amirul membantu Amani untuk berjalan.Perlahan-lahan dia memapah isterinya.Sampai di dalam tandas,Amani terus muntah.

Amani kekurangan makanan dan tenaga.Amirul memapahnya ke katil semula.Amirul semakin bimbang dengan keadaan isterinya itu.

“Sayang teruk dah ni.Kita pergi klinik ya?Cek badan sayang.Abang takut nanti jadi lebih teruk lagi.Kita pergi klinik ya?” ucap Amirul dengan perlahan memujuk isterinya untuk pergi ke klinik.

Amani menganggukkan kepala dengan perlahan.Setuju dengan kata-kata Amirul.

Amirul terus pergi ke parking kereta.Dia menghidupkan enjin kereta lalu mencempung isterinya masuk ke dalam kereta.Kereta bergerak dengan laju.

Setiba sahaja di klinik.Mereka menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor sehingga tiba di giliran mereka.

“Berapa hari dah demam ni?” soal doktor itu.

“Dah 3 hari dah doktor.Hari ni tengok makin teruk.Tu yang saya terus bawa ke sini.Takut juga demam ni akan berlarutan.” jawab Amirul dengan jelas.

Doktor perempuan yang bernama Azniza itu tersenyum.

“Kalau encik tak bawa ke sini pun dia memang akan demam berlarutan.” ujar Doktor Azniza.

Amirul mengerutkan dahinya.

“Maksud doktor?” soal Amirul dengan hairan.

“Sebenarnya isteri Encik Amirul ni mengandung.Dah masuk 2 minggu.” kata Doktor Azniza lagi.

Amirul tidak berkelip.Dia tidak percaya apa yang di dengarinya.

“Apa doktor?Isteri saya mengandung?” soal Amirul tidak percaya.

“Ya Encik Amirul.Isteri awak mengandung.”

Amirul berasa gembira.Sehingga tiada perkataan yang keluar dari mulutnya.

“Patutlah demam dia makin teruk kali ni.” kata Amirul.

“Ni baby first ke?” soal doktor itu lagi.

“Iya doktor.”

“Kalau macam tu Encik Amirul saya sarankan suruh isteri encik berehat saja.Sebab 3 bulan pertama isteri encik akan mengalami alahan yang teruk.” ujar Doktor Azniza lagi.

“Baik doktor.Terima kasih ya.” ucap Amirul lalu keluar dari klinik itu.

Amirul memapah Amani hingga masuk ke dalam kereta.Amirul yang sedang memandu sesekali mengerling isterinya di sebelah.Dia tidak sangka tidak lama lagi dia bakal menjadi seorang ayah.

Amirul menggenggam tangan Amani dengan erat.Perlahan-lahan dia mencium tangan itu dengan lembut.Amani memandang suaminya dengan wajah yang pucat.Terbit rasa kasihan dari hati Amirul apabila melihat keadaan isterinya itu.Yang berkorban mengandungkan zuriatnya.

“Sayang abang ni ada nak makan apa-apa tak?Kalau tak abang keluar belikan.” ucap Amirul dengan lembut.

Amani memandang wajah suaminya.

“Nak makan tapi nanti takut muntah balik.” ucap Amani.

Amirul tersenyum.

“Sayang kena makan.Perut kosong tu.Kalau muntah balik pun sekurang-kurangnya dah makan.Sian anak ayah ni lapar nanti.” ucap Amirul dengan nada lembut.

“Sayang makan ye?Sikit pun tak apa.Abang belikan.” kata Amirul seraya memujuk.

Perlahan Amani mengangguk kepalanya.

“Sayang nak makan apa?”

“Rasa nak makan nasi putih,tomyam,sup ekor dengan telur.Sedapnya.Dah lama tak makan.Boleh kan abang?” ujar Amani.

Amani memandang wajah suaminya dengan harapan agar suaminya tunaikan permintaan darinya.

“Boleh sayang.Sayang nak makan apa-apa abang tunaikan.Jangan yang pelik-pelik sudah.” kata Amirul.

Amani tersenyum sendiri apabila Amirul menunaikan permintaannya walaupun keadaannya tidak begitu sihat.

Perempuan dengan makanan tak boleh berpisah.Di mana ada makanan di situ ada mereka.

************************

Erin sudah memulakan tugasnya sebagai pekerja A&A Holdings.Dia kelihatan agak sibuk.Dato Araman memandang Erin dari pejabatnya.

Kalau aku kenalkan dia dengan Amirul mesti Amirul ingat siapa perempuan ni.Dato Araman tersenyum sendiri.

Dato' Araman terus bangun dari tempat duduknya.Dia membuka pintu pejabatnya itu.
Dato' Araman terus melangkah ke meja pembantunya itu.

“Nani,saya nak keluar.Ada hal kejap.Nanti apa-apa kamu tolong handle kan meeting kalau saya tak sempat masuk petang nanti.” kata Dato' Araman lagi.

“Baik dato.”

Dengan segera Dato' Araman keluar dari syarikat itu.Kereta itu bergerak pergi ke suatu tempat.Apabila tiba di tempat yang ditujuinya itu.Dia terus keluar dari kereta diikuti bodyguardnya yang berada di situ.Bodyguard yang bernama Arif itu membukakan pintu bilik itu.

Terlihat 3 orang iaitu seorang wanita yang berlingkungan 30-an bersama dua orang gadis.Salah seorang dari mereka itu telah tamat sekolah.Dato Araman mendekati mereka.Gadis-gadis itu dalam keadaan ketakutan.

Dato' Araman menilik gadis itu.Dia memandang si kakak itu.Dato Araman menarik si kakak itu bersamanya.

“Jangan kau sentuh anak aku.Aku haramkan kau sentuh dia.” ucap wanita itu.

Dato' Araman tersenyum sinis.

“Aku ingat kau bisu.Boleh je bercakap.”

Wanita itu memandang Dato' Araman dengan pandangan yang tajam.

“Kau nak apa lagi?Tak cukup kau dah seksa kami kat sini?Apa lagi yang tak cukup?” jerit wanita itu.

“Kau ni rilekslah.Aku bukan nak buat apa pun.Ambil balik anak kau ni.Tak teringin aku.”

“Aku ni cuma nak ingatkan kau.Bila kau nak bayar duit aku?Kau ingat kau duduk sini free?” kata Dato' Araman lagi.

“Kau nak aku bayar macam mana?Tak cukup lagi ke dengan duit yang aku dah bagi kat kau tu?Apa lagi yang kau nak?” tempelak wanita itu.

“Kau ni.Kau dah lupa ke janji kita?” Dato' Araman tersenyum.

“Kau jangan ingat aku bodoh Anita.Kau dengan Haris berpakat jatuhkan aku.Rupanya kau ni sama je.Kalau tak kerana ayah kau,hidup kita dah bahagia sekarang.Kau dah lupa janji kita dulu?” Dato' Araman memandang wanita itu.

Puan Anita terkedu dan terdiam seketika.

“Awak nak ungkit pasal perkara yang lepas kenapa?Saya dengan awak tak ada kena mengena.” jerit Puan Anita.

“Tak ada kena mengena?Habis tu,budak ni siapa?Kau tak nampak ke apa yang sama dengan kami?Haris kau boleh tipu tapi aku,aku tahu dia ni dengan aku siapa!”

Puan Anita memejamkan matanya.

“Kau dah lupa ye?Aku bagi kau ingat balik.Kau tahu kan yang aku cintakan kau.Tapi sebabkan ayah kau tak nak terima aku.Dia halau aku.Dia terima Haris jadi menantu dia.Tapi Haris tak tahu yang isterinya curang di belakangnya.Kalau tak,tak ada keluar anak kau ni.” kata Dato' Araman dengan selamba.

Puan Anita tidak bersuara.

“Kenapa diam?”

“Kau nak salahkan aku?Kau yang berjanji dengan aku nak kahwin dengan aku.Kau lupa?Aku cintakan kau lebih dari diri aku.Aku korbankan diri aku semuanya hanya untuk kau Araman.Aku nak buktikan yang aku cintakan kau.Tapi kau tak nak bertanggungjawab kat aku.Kau biarkan je aku.Aku terseksa.Aku tahu aku salah dan berdosa buat macam tu.” Puan Anita sudah terduduk di lantai.

“Kau menangis pun tak ada guna.Benda dah jadi.”

Ketika itu,pintu telah terbuka.Dato Araman dan Puan Anita memandang ke arah pintu.

“Haris?” ucap Dato' Araman.

Perlahan-lahan Haris mendekati Dato Araman.

“Aku nak kau jaga dia.Aku tahu kau masih cintakan dia.Cinta kau orang terhalang kerana aku.” Haris menundukkan wajahnya.

“Aku tak faham." kata Dato' Araman.

“Aku tak pernah langsung sentuh Anita.Sejak aku jadi suami dia sampai sekarang.Sebab aku tahu Anita hanya cintakan kau seorang.Dan aku terima kalau dia curang belakang aku.Ini balasan untuk aku.Kalau kau nak tahu aku ambil dna kau untuk buat sample yang aku ni kau.Anak-anak ni berbintikan nama aku.Sebabkan dna kau.”

Dato' Araman terkedu.

“Araman aku tahu aku banyak berdosa pada kau dan keluarga kau.Kalau kau nak masukkan aku dalam penjara.Aku hanya ada satu permintaan je.Sumbat aku dalam penjara sebab aku tak nak tengok isteri aku menangis sebabkan aku.Cukuplah hidup dia dah terseksa.Aku tak nak tambahkan penderitaan dia lagi.Kau jagalah dia.Anita milik kau bukan milik aku.”

Anita menutup mata serapat-rapatnya.Air mata mengalir di pipi.

“Tapi sebelum aku masuk penjara.Aku akan ceraikan dia.Maafkan papa ye.Papa sayang anak-anak papa ni.Lepas ni Dhia dan Dian jaga diri baik-baik.Dengar cakap uncle.Jadi anak yang solehah.” kata Haris lalu mencium dahi anak-anaknya itu.

**********************

Sebuah berita mengatakan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Encik Haris telah di masukkan ke dalam penjara kerana mencuri separuh juta duit syarikat serta telah merogol salah seorang anak kepada ahli perniagaan yang terkenal.Dia telah dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun.

“Biar betul Encik Haris yang rogol?Macam tak percaya je?” ucap Amani.

Amirul memandang wajah isterinya.

“Sayang kalau bab duit ni orang sanggup je buat.Lagi-lagi kalau anak dia tu cantik ke?Tak pun perempuan tu yang goda Encik Haris.Mana tahu nak jatuhkan dia.Tu yang sengaja buat berita macam ni.” sindir Amirul.

“Ish abang ni!Tak baiklah cakap macam tu.Mana kita tahu dia tu betul-betul kena rogol.Kesian dia.Tapi siapalah yang kena rogol tu?Macam mana dia nak teruskan hidup?” ucap Amani simpati.

“Kalau betul dia kena rogol kita doakan dia kuat.Mungkin itu ujian bagi dia.Setiap orang ada ujian masing-masing.Tapi kita kena ingat setiap ujian tu pasti ada hikmah disebaliknya.” ujar Amirul.

Amani tersenyum.

“Ya abang.Sayang faham.”

Amirul terus memandang isterinya.Mungkin salah dengar barangkali.

“Apa sayang?”

“Apa?Kenapa?” Amani hairan.

“Tadi sayang cakap apa?”

“Sayang faham.Kenapa?” Amani mengerutkan dahinya.

“Wah isteri abang ni dah pandai bersayang dengan abanglah.” Amirul tersenyum lebar.

“Ingatkan apa.Amani saja je cakap macam tu.Kenapa?Abang tak suka ke?” soal Amani.

“Eh!Mestilah abang suka.Abang lagi suka sayang cakap macam tu Sejuk je hati abang dengar.” Amani menjungketkan keningnya.

“Habis tu sebelum ni panas ke dengar Amani cakap?” Wajah Amani sudah berubah masam mencuka.

“Bukan macam tu sayang.Abang lagi suka sayang gelarkan diri sayang sayang.Sebab abang rasa macam tenang je.Bahagia je bila dengar sayang cakap macam tu.”

“Mengada.” Amani mencebik.

“Sayang pandang abang kejap.” ujar Amirul.

Amani memandang suaminya.

Amirul menatap wajah isterinya itu.Wajah yang membuat hatinya menjadi tenang.Ingin ditatap wajah itu selama yang dia mahukan.Tangan Amirul beralih ke perut isterinya yang semakin membesar itu.Bibir Amirul mengukirkan senyuman apabila mengusap perut isterinya.

Di dalam itu ada zuriat sebagai penyeri rumah tangga bagi mereka.Amirul melekapkan telinganya di perut isterinya.

“Baby,jangan nakal-nakal tau.Jangan bagi mama sakit.Kesian mama.Ayah tunggu baby keluar.Duduk dalam diam-diam tau.” lalu Amirul mengucup perlahan perut itu.

Matanya beralih melihat wajah isterinya pula.

“Terima kasih sayang.Ini hadiah yang bermakna bagi abang.” Amirul terus mengucup dahi isterinya.

Bahagia itu datang apabila tiba masanya.Cintailah seseorang yang ikhlas mencintai dirimu dan hargailah dia dengan setulus hati.Kerana jika dia disakiti dirinya tidak akan berpaling lagi.

Hai korang sory..eina busy skit..tpi dpt jgkla updte.hope enjoy n stay tune utk next chapter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience