Bab 51 ( dua hati bersatu )

Romance Series 36483

Aini dan Amani sedang sibuk menyiapkan pelamin untuk adik Aini iaitu Aina.Aina bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Amar iaitu adik Amirul.

Mereka mengadakan majlis kahwin di dewan.Tetapi yang menjadi tanda tanya ad 4 kerusi pengantin di pentas itu.Tidak seorang pun yang mengetahui lagi 2 kerusi itu milik siapa!

Naufal memandang Aini dari jauh.Dia mengenyitkan matanya pada Aini.Aini tersenyum malu.Amani tersenyum melihat gelagat Aini dan Naufal.Amani melihat Darwina dan Adha membawa Aryan bersama mereka.Dia tersenyum melihat Darwina yang sudah semakin sihat.

Keesokkan harinya,hari yang telah ditunggu-tunggu telah tiba.Aina telah pun sah menjadi isteri Amar.Kini tiba giliran yang di tunggukan orang ramai.

Amirul sudah bersiap dengan memakai baju nikah berwarna putih.Dia memandang ke belakang lalu memandang ke depan.

“ Aku terima nikahnya Arisya Amani binti Azhari dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai. ” ucap Amirul.

Dengan sekali lafaz kini Arisya Amani telah menjadi isteri Amirul semula.Amirul menadah tangan tanda syukur.Dia bertekad kali ini untuk menjaga Amani dengan sepenuh hatinya.

Mereka berempat bergambar di kerusi masing-masing.Amani dan Amirul memakai baju pengantin berwarna ungu manakala Aina dan Amar memakai baju pengantin berwarna merah.

****************

Amirul memegang erat tangan Amani.Amani memandang suaminya.

” Kenapa pandang abang macam tu?Abang handsome sangat ke sampai tak berkelip mata tu tengok. ” Amirul mengangkat keningnya.

“ Perasan. ”

Amirul ketawa.Amani mengawal reaksi wajahnya.

“ Adoi mamat ni.Tau saja aku tengok dia. ” omel hatinya.

“ Kutuk abang lah tu.Ingat abang tak tau! ” ucap Amirul bersahaja sambil memandu kereta.

Amani terus memandang Amirul.

“ Macam mana abang tahu Amani kutuk abang? ” ucap Amani.

” Kenapa? ” Amirul tersenyum.

“ Pelik?Abang tahu saja Amani kutuk abang!Macam mana abang tahu?Cakaplah! ”

” Abang tengok reaksi sayang.Cara tu pun dah tahu macam mengutuk abang.Sayangkan memang suka mengutuk orang. ” ucap Amirul.

“ Mana ada.Kutuk abang je.Perangai macam jebon!Siapa je yang tak kutuk! ” jawab Amani.

Bantai Amirul ketawa.

“ Jebon tu sampai sekarang ya?Tak nak tukar ke? ” soal Amirul.

“ Tak nak.Sesuai dengan abang. " Laju Amani menjawab.

Terdengar suara Aryan menangis.Amani terus mengambil Aryan ke pangkuannya.Amani menepuk Aryan lalu Aryan tertidur.

***************

Aini menunggu Amani.Dia terlihat Amani yang baru sahaja tiba.

“ Kau ni lambat betul.Tadi cakap 5 minit je.Ni dah 15 minit. ” kata Aini.

“ Sorrylah.Aku dengan Amirul lambat sikit.Biasalah anak aku.Kau tu nanti bila kahwin nanti kau rasalah bila dah ada anak. ” ucap Amani.

“ Lambat lagi. ” balas Aini lalu tertawa.

“ Lambat lagi.Ni nak cari baju nikah kau ni.Lambat lagi?Muka kau ingat aku percaya. ” ucap Amani.

Amirul menolak stroller bayi.Diikuti Naufal di belakangnya.Mereka terus masuk ke dalam butik untuk mencari baju kahwin Naufal dan Aini.

“ Yang ni cantik tak? ” Aini menunjuk pada Amani.

“ Ni kan macam baju kahwin aku hari tu.Kau nak ke? ” ucap Amani.

” Tak naklah.Nak cari yang warna lain.Tak nak sama dengan kau. ” jawab Aini.

” Tahu pun.Banyak warna yang cantik. ”

“ Kalau ni okay tak?Rasa sesuai kau orang berdua pakai! ” ucap Amirul pula.

“ Warna maroon?Cantik juga.Menarik warnanya. " Aini membelek baju itu.

“ Cantik kalau awak pakai macam bidadari. ” ucap Naufal.

“ Ya nopal.Tu bidadari kau.Suka hati kaulah. ” ucap Amirul.

“ Aik jeles ke?Bidadari kau tu ada kat sebelah tu. ” balas Naufal.

“ Lantak kau orang lah.Sekarang ni mana Amar dan Aina ni.Diaorang ni lambat pula. ” Aini mencari-cari sesuatu.

“ Amar cakap dia lambat sikit.Jalan jammed dia cakap. " kata Amirul.

“ Jalan jammed ke dia yang melencong. ” balas Naufal.Lalu mereka pun tertawa.

Sedang mereka tertawa,ada sepasang mata sedang memerhati mereka dari luar butik itu.

authorr comeback...jgn lupa baca n komen ya..sptut update smlm but author xsempat.kite update hari ni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience