Bab 17 (rumah buruk)

Romance Series 36483

Lelaki yang memakai topeng hitam itu memberhentikan keretanya di sebuah kawasan.Ada sebuah rumah buruk yang sudah lama di tinggalkan.Amani masih tidak sedarkan dirinya.Lelaki itu mendukung Amani masuk ke dalam rumah itu.

Berat betul perempuan ni.Dia ingat aku tengah angkat berat ke? Bebel lelaki itu sendirian.

Ada sebuah katil yang masih elok untuk digunakan.Dia meletakkan Amani di situ.Tudung Amani sudah tidak terurus.Baju yang di pakainya sudah kotor.

Lelaki itu menanggalkan topeng di wajahnya.

Lega rasanya.Semput aku pakai menatang ni.

Lelaki itu ialah Andika.Kekasih Liyana.

Ada seseorang menepuk bahu lelaki itu.Dia terkejut lalu menoleh.Seorang wanita memakai topi menutup wajahnya itu.

“Sayang,terkejut lah I.U ni kan.I dah lah penat ni angkat perempuan ni.Berat betul.Badan kecil.” bebel lelaki itu.

“U ni kan.Bebel je dari tadi.U ingat I tak dengar u bebel dari luar sampai lah masuk dalam ni.”

Wanita itu membuka topi itu ternyata Liyana.Lelaki itu tersenyum melihatnya.

“Mana upah i?I dah angkat dah perempuan ni.” kata Andika.

“U ni.Nah.I bagi sikit dulu.Nanti ada lagi yang I nak u buat.” Liyana memberikan sampul surat yang berisi wang di dalamnya.

Andika memegang sampul itu.Wajahnya tersenyum girang.Dia mencium sampul itu.

“Thanks sayang.Ni I sayang u ni.” kata Andika.

Liyana tersenyum sinis.

Dia melihat Amani yang sudah terbaring itu.Liyana mengambil tali mengikat tangan dan kaki Amani.Dia tersenyum.

Liyana meraba Amani untuk mencari sesuatu pada Amani.Dia menjumpainya.Telefon bimbit milik Amani berada di tangannya.

“Sayang,jom tinggalkan dia kat sini.Esok kita datang sini lagi.” kata Liyana lalu menarik Andika.

“Kalau I tinggal sini boleh tak?Nanti kalau dia lari macam mana?” kata Andika.

Liyana merenung Andika.

“U jangan nak gatal eh?I cubit u nanti.Biar je perempuan ni kat sini.Biar dia rasa apa yang I rasa.” Liyana mahu keluar.

“Baiklah sayang.Jom kita keluar.” Andika mengikuti Liyana.

Andika mengunci pintu dengan menggunakan mangga.Mereka pun berjalan beriringan masuk ke dalam kereta seperti tiada melakukan kesalahan.

*********************************

Aini mencuba beberapa kali menghubungi Amani.Tetapi tetap juga tidak dapat.Aini amat risau akan keadaan Amani.Ikutkan hatinya mahu sahaja dia memberitahu pada pihak polis tetapi demi keselamatan Amani,dia takut Amani di apa-apakan oleh penculik itu.

Aini telah mendapat satu mesej.Dia membuka.Ternyata dari Amani.Dia melihat ada sebuah pesanan gambar.Di dalam gambar itu Amani sedang tidur tangan dan kakinya diikat.Aini terkejut.Ternyata telefon bimbit Amani berada di tangan penculik itu.

“Ya Allah,Amani.”

Penculik itu menghantar mesej menggunakan nombor Amani.

“Aku nak kau datang sini bawa 10juta.Kalau kau sayang kawan kau ni.Macam mana kau rakam aku tempoh hari,macam tu aku buat pada kawan kau ni.”

Aini tergamam.Tidak tahu untuk membalas mesej itu.Dia hanya memberikan bluetick sahaja.

Mana aku nak cekau 10juta ni?Dahlah banyak.Ya Allah,kau selamatkanlah Amani.

Aini melangkahkan kakinya masuk ke dalam pejabat.Rakan-rakannya menanyakan padanya tentang ketiadaan Amani.Aini terpaksa menipu mereka.Dia hanya memberitahu bahawa Amani sakit perut.Tidak dapat datang kerja.

Amirul mencari Amani.Dari pagi tadi,dia tidak kelihatan akan Amani.Amirul memanggil Aini.

“Aini masuk kejap."

Aini terus masuk ke dalam ofis Amirul.

“Ya bos.Nak apa?” soal Aini.

“Amani mana?Dari pagi tadi saya tak nampak ni.”

Aini sedang memikirkan jawapan.

“Dia tak dapat datang bos.Dia sakit perut.” tipu Aini.

“Ohh.Patutlah tak datang.Tak apalah.Saya buat air sendiri.Awak pergilah duduk kat tempat awak." kata Amirul.Aini mengangguk.

Aini menarik nafas lega.Dia tidak tahu mahu memberitahu kepada bosnya atau tidak.

Sudah 3 hari Amani tidak datang.Amirul sudah merasa pelik.Selalunya Amani akan beritahu kepadanya jika dia tidak sihat atau ada hal lain.

Amirul memanggil Aini masuk ke dalam ofisnya.

“Aini,saya tanya awak ni.Amani mana?Dah 3 hari dia tak datang.Dia pergi mana?Awak jangan cakap dia buat hal lari balik kampung.Awak jangan tipu saya.Amani jarang buat perangai macam ni.Kalau dia buat pun semua sebab saya je.” Amirul memandang Aini.

Aini menelan air liurnya.Dia menarik nafasnya sebelum berbicara.

“Bos.sebenarnya Amani tak sakit pun.Dia...” kata-kata Aini terhenti.

“Dia?Kenapa?Cakaplah Aini.” Amirul tidak boleh bersabar lagi.

“Amani hilang.Dia kena culik.”

“Hah?Hilang?Kena culik?Kat mana?Masa bila?Kenapa tak beritahu saya?" bertubi-tubi soalan Amirul berikan kepada Aini.

“Bos,dia kena culik masa dia keluar dengan bos makan malam tu.Dia cakap kat saya,dia ada kat lift dah nak naik.Lepas 10 minit saya tunggu dia tak datang-datang.Saya turun ke bawah tengok tak ada sesiapa pun.Tapi saya jumpa kasut dia sebelah betul-betul depan lift.” jelas Aini.

Amirul sudah tidak senang duduk.

“Tapi bos penculik tu mesej saya guna telefon Amani.” Aini membuka telefonnya menunjukkan bukti mesej itu.

Amirul dengan segera mencapai telefon dari tangan Aini.

“Apa maksud dia macam mana kau rakam aku macam tu dia akan kena?” soal Amirul.

Aini terdiam.

“Aini jawab.Ni keselamatan Amani.Apa yang jadi tempoh hari?Awak cerita pada saya dari awal sampai akhir now!!" tegas suara Amirul.

Aini menceritakan segala yang terjadi.Amirul terkedu apabila mendengar yang disampaikan oleh Aini.

“Maksud awak masa Liyana cakap kena culik tu, dia dengan boyfriend dia ada siap pegi shopping lagi? Awak dan Amani ikut dia dari belakang sampai hotel?Saya rasa ni semua kerja Liyana.Patutlah saya rasa pelik dengan Liyana masa tu.Rupanya dia dah plan dulu rancangan ni.Sekarang ni Amani yang jadi mangsa.Tak guna punya perempuan.” dengus Amirul.

Amirul sudah tidak sabar lagi.Dia terus keluar dari ofisnya.Aini mengejar Amirul.

“Bos nak ke mana?” soal Aini.

“Saya nak cari Amanilah apa lagi.Saya takkan maafkan Liyana kalau itu dari rancangan dia.”

Amirul mahu pergi.Aini cuba menahannya.

“Bos,kita tak tahu mana dia letak Amani.Lagipun susah nak cari tempatnya.”

Amirul terdiam.

“Habis tu takkan duduk tercongok kat sini.Amani kawan awak tu macam-macam yang Liyana boleh buat.Biar saya je cari dia.Awak tolong jaga ofis.Jangan beritahu pada yang lain tentang Amani.” kata Amirul lagi.

Dia bergegas keluar dari pejabatnya.

Tak guna Liyana.Aku tahu ni semua kerja kau.

**********************************

Amani tersedar dari pengsannya.Dia membuka matanya perlahan-lahan.Dia melihat keadaan sekelilingnya.Kotor,busuk,tidak terurus.Dia melihat tangan serta kakinya diikat di atas katil.

“Kat mana ni?Apa ni?” Amani melihat tangan serta kakinya diikat.

Seorang lelaki memakai singlet hitam masuk ke dalam melihat Amani.

“Dah bangun?Macam mana best tak tidur?” ucap lelaki itu sambil memberikan senyuman.

Amani cuba untuk mengingati wajah lelaki itu.Bulat matanya memandang lelaki itu.

“Andika?Apa awak buat kat sini?Kenapa saya ada kat sini?Saya nak balik.Tolonglah.Saya nak balik.” kata Amani separuh merayu.

Andika hanya memerhati sahaja.Dia mendekati Amani yang berada di atas katil itu.

“Shhhh...Jangan nangis I ada.” ucap Andika perlahan sambil meletakkan jari telunjuknya pada bibir Amani.

“Jangan nangis ye sayang?I ada.I teman u.U jangan takut.” Andika mendekati Amani.

Jantung Amani berdegup kencang.Dia takut jika lelaki itu berbuat apa-apa padanya.

“Andika!Tolong jangan dekat.Saya tahu saya salah sebab rakam awak.Tapi please jangan sentuh saya.”

Andika tersenyum simpul.Semakin dilarang oleh Amani semakin dia mendekatinya.Amani sudah menggigil.Dia ketakutan.Amani menjauhkan dirinya dari Andika.Amani sudah tiada ruang untuk melarikan dirinya.

Amani tersandar di bucu katil.Jantungnya berdegup laju.Andika mengusap wajahnya.Amani memejamkan matanya.Andika menatap wajah gadis itu dengan tajam.

“I ingat I tak jumpa perempuan yang rakam I tu.Rupanya dia dah ada kat depan I dah.I geram dengan u.U kena ingat I takkan lepaskan u kali ni.” Amani sudah menggigil.

Amani memeluk badannya.Tiba-tiba muncul Liyana dari belakang Andika.

“Hey,u buat apa kat dia ni?I suruh u jangan lepaskan dia.Bukan suruh u lepaskan nafsu pada dia.” Suara Liyana menyelamatkan Amani.

Andika terus bangun lalu tersengih.Amani berasa lega.Liyana memandang Amani.

“Hye girlfriend palsu Amirul.I tahu apa yang you dah buat.You rakam I tempoh hari tu kan?But why?Nak tunjuk bukti kat Amirul yang plan I nak cari perhatian dia?Macam tu?"

Amani terdiam.

“U kena tahu I ni siapa.I ni Liyana.Liyana anak Dato Araman.You memang saja cari pasal dengan I but u kena ingat I takkan lepaskan u.And I akan buat macam-macam supaya Amirul takkan tau plan I.Untuk pengetahuan u Amani,video yang u simpan itu I dah padam.So Amirul takkan tahu.Sementara itu,u duduklah kat sini beberapa hari.Itupun kalau ada orang jumpa u.Kalau u lapar makanlah apa yang ada kat sini.Kalau tak nanti u mati.Kalau u mati senang kerja I sebab Amirul tak tahu." kata Liyana.

“Saya minta maaf Liyana sebab sibuk hal awak.Tapi apa motif awak pada Encik Amirul?” soal Amani tidak puas hati.

“U nak tahu kenapa?Sebab Amirul tak terima I jadi isteri dia.Dia lebih memilih u gadis kampung untuk jadi isteri dia.I akan pastikan Amirul tu jatuh kat tangan I.Kalau u sibuk Amani I tak teragak-agak buat lebih daripada itu.” ugut Liyana.

Liyana tertawa besar.Dia terus keluar dari rumah itu di ikuti Andika.

“Bye..Nanti jumpa lagi.Itu pun kalau u hiduplah." kata Liyana meninggalkan Amani keseorangan di dalam rumah buruk itu

Hye korang..sory bru up..cmne?okey?btw tq sbb tunggu...heheh...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience