Erin membuka matanya.Dia memandang ke seluruh bilik itu.Erin melihat dirinya di ikat pada satu kerusi.Mulutnya pula telah digam.Erin menjerit tetapi suaranya tidak keluar.
Erin terdengar bunyi tapak kasut seseorang.Semakin mendekat.Lelaki itu membuka pintu bilik itu.Erin memandang lelaki itu.Dia tidak pernah melihat wajah lelaki itu.
“ Dato dia dah sedar.” ucap lelaki itu.
“ Thanks Andika.Ni upah untuk kau.Kau pilih lepas ni nak ke mana pula? ” ucap lelaki tua itu.
Erin cuba untuk mengecam wajah kedua-dua lelaki itu.
“ Dato saya tak minta banyak.Saya nak pergi Perancis je.Nak bergambar kat sana.Orang cakap kat sana pemandangannya cantik.” kata Andika.
“ Boleh je Andika.Untuk kau semua boleh.Tapi macam biasa.Hati-hati orang kat sini kenal kau.”
“ Tu tak ada masalah.Benda kecil je bagi saya.Okay wa chau lu dato.” Andika terus meninggalkan tempat itu.
Andika tersenyum.
“ Bestnya hidup macam ni.Buat kerja sikit je tapi duit dia masyuk.Ni yang aku mahu.” Andika tersenyum gembira.
Lelaki tua itu mendekati Erin.Erin masih tidak dapat mengenali wajah lelaki tua itu.Dia membuka spek mata hitamnya itu.Wajah Erin berubah melihat lelaki itu.
“ Erin Airina binti Dato Aslam.Best tak duduk situ?” soal Dato' Araman.
“ Kau ingat tak dulu macam mana ayah kesayangan kau pernah kena dulu?Merayu kat ah long jangan apa-apakan isteri dia termasuk anak dia iaitu engkau.Hari ni kau pula berada kat tempat dia.” Dato' Araman memberi senyuman jahat.
“ Aku rasa kau dah kenal aku lebih lagi.Betul tak?” soal Dato' Araman.
Dato' Araman memandang Erin.
“ Oh!Aku lupa aku gam mulut kau.Patutlah diam je.” Dato' Araman membuka gam dimulut Erin.
“ Aduh! ” kata Erin dengan kasar.
“ Baru dengar suara kau.” Erin memandang Dato' Araman dengan tajam.
“ Kenapa pandang aku macam tu? ” soal Dato' Araman.
“ Kau tak sedar diri kan orang tua.Dah nak mampus pun tak berubah lagi.” ucap Erin.
Dato' Araman tertawa besar.
“ Mampus?Aku nak mampus?Bila?Bunuhlah aku cepat!” Dato' Araman tertawa lagi.
“ Erin Airina,kau kerja dengan aku untuk apa?Nak balas dendam kan?Balas dendam atas apa yang aku dah buat pada ayah kesayangan kau!Betulkan?Aku tahulah semua helah kau.Aku lebih makan garam dari kau.” kata Dato' Araman.
“ Kalau kau dah tahu,kenapa kau tak bunuh je aku?Bunuh jela.Tu yang kau nak kan?Tu yang boleh buat kau happy. ” ucap Erin.
“ Erin,Erin! ” Dato' Araman mengambil sesuatu dari poket bajunya.Dia membuka surat itu.Dato Araman melempar beberapa keping gambar di atas lantai.
Erin terkejut melihat gambar-gambar itu.
“ Kau tahu tu siapa?Tu Amirul dengan kau.Dekat mana tu?Dekat cafe tengah dating berdua-duaan. ” Erin merenung Dato' Araman.
“ Kau pandang aku?Kenapa?Takut?Kalau aku hantar gambar ni kat mak kau dan isteri Amirul apa akan jadi ye?Aku call diaorang cakap Amirul ada perempuan simpanan.Nama perempuan tu Erin Airina.Mesti gempak kan? ” ucap Dato' Araman.
“ Kau nak apa dari aku sebenarnya? ” soal Erin.
Dato' Araman tersenyum.
” Aku nak kau tolong aku.Kalau kau boleh tolong aku.Aku akan naikkan gaji kau.And aku akan beri upah dua kali ganda untuk kau.Macam lelaki tadi dapat.Tu pun kalau kau nak?Kalau kau tak nak aku akan bongkarkan kepada isteri Amirul yang kau kacau suami orang.Kau jujurlah pada aku yang kau cintakan Amirul.Kau nak Amirul kan?Kalau kau nak Amirul aku boleh tolong.Dengan syarat kau tolong jayakan misi aku.” Erin terkedu.
“ Tugas kau senang je.Kau jatuhkan syarikat AE HOLDINGS INTERPRISE.Bagi Amirul tu jadi muflis.Apabila syarikat tu muflis aku akan ambil alih syarikat tu.Yang penting kau kena pikat hati dia supaya dia percaya seratus peratus pada kau.Tapi sebelum dia muflis kau kena hancurkan hubungan dia dengan isteri dia.Kau nak Amirul kan?” kata Dato' Araman.
“ Apa?Oi orang tua kau nak suruh aku bagi Amirul dengan isteri dia bercerai ke apa?Kau ni manusia ke syaitan sampai nak hancurkan hubungan orang? ” tengking Erin.
“ Syaitan?Siapa?Aku?Erin Airina kau jangan ingat aku tak tahu apa kau buat?Kau mesej Amirul malam-malam.Kau tahu kan Amirul sekarang dan isterinya ada salah faham kan?Semua tu sebab siapa?Kalau bukan dari kau!Kau lupa.Kau nasihatkan Amirul tapi kau yang ganggu Amirul.” Dato' Araman tertawa besar.
Erin terdiam seribu bahasa.
“ Aku tahu otak kita sama.Ikut je cakap aku.Kau nak Amirul tak?Kau tak sedih tengok Amirul bahagia dengan isterinya?Ke kau tak nak upah.Aku boleh bagi macam-macam pada kau.Kau nak travel ke mana cakap je aku akan bagi. ” Erin berfikir.
“ Kenapa nak bagi dia muflis?Sedangkan syarikat tu papa dia yang punya.Kau tak kesian ke kat dia?Bukan kau paling rapat dengan dia ke? ”
“ Kesian?Orang macam aku ni tak ada erti kesian pada orang.Kau jangan cakap yang kau tak sanggup nak buat sebab kau sayang dia?Kalau kau tak nak maybe isteri dia akan tahu apa kau buat pada Amirul iaitu suami dia. ” ugut Dato' Araman.
“ Jangan kau berani buat macam tu!Memang aku cintakan Amirul.Memang aku nak dekat dengan Amirul sebab aku masih sayang dia.Tapi aku tak ada sampai nak rosakkan hubungan orang.Amirul kawan aku.Aku tak sanggup nak tengok dia jatuh. ”
“ Hey,kau lupa ke?Apabila Amirul muflis dia dah tak ada pilihan sama ada ikut aku dan kau.Masa tu dia pun dah cerai dengan isteri dia.Kau nak dia,kau suruh dia ikut aku.Takkan dia nak kat isteri dia?Isteri dia orang kampung mana ada harta.” kata Dato' Araman.
Erin masih diam.
“ Kalau kau tak nak duduklah kat situ sampai kau mampus.Kau tunggulah isteri dia serang kau.” ucap Dato' Araman sambil tertawa.
Dato' Araman ingin meninggalkan Erin sendiri.
“ Tunggu.Aku ikut cakap kau.Tapi kau kena janji dengan aku yang kau akan bagi aku upah dua kali ganda sebab ni berkait dengan nyawa aku.” kata Erin.
Dato' Araman tersenyum lebar.Dia memusingkan badannya.
“ Okay.Kau boleh lepas.Tapi kau kena ingat misi kau.Jatuhkan Amirul.” Erin mengangguk terpaksa.
Dato' Araman tersenyum.
“ Senang je aku dengan perempuan ni.” bisik Dato' Araman.
*********************
Amani duduk termenung.Dia tidak tahu kenapa suaminya semakin berubah.Dia tidak tahu salahnya di mana!Mungkin kerana dia memarahinya.Kerana itu Amirul tidak mahu bercakap dengannya.
Amirul baru sahaja selesai mandi.Dia menyikat rambutnya kemudian mencium dahi anaknya Aryan.Amirul perasan akan isterinya yang termenung.Dia mengabaikan.Hatinya masih sakit dengan kata-kata yang dilemparkan oleh isterinya kelmarin.
Amani menarik nafas.Dia menghampiri suaminya.Dia memandang Amirul.Amirul khusyuk melayani telefonnya.
“ Abang,Amani minta maaf.Amani tahu salah Amani.Amani tahu yang Amani tertengking abang.Amani minta maaf.” ucap Amani.
“ Ya.Tak apa abang dah maafkan. ” ucap Amirul acuh tak acuh.
“ Abang,pandanglah Amani.Janganlah buat macam ni.Dah berapa hari kita tak bercakap.Amani tahu Amani salah.” Amani mencium tangan Amirul.
Amirul berasa serba salah.Amirul meletakkan telefon di tepinya.
“ Dah.Abang dah maafkan dah.Lain kali jangan buat lagi.Abang pun nak minta maaf sebab abang abaikan sayang.Sory sayang.” Amirul memeluk Amani.
Amani berasa lega.Jika tidak fikirannya tidak tenang.Sering memikirkan hal itu.
“ Abang lapar?Amani masak ye? ” kata Amani.
“ Lapar jugalah. ”
“ Amani pergi dapur kejap.” Amirul mengangguk.
Ketika itu telefon Amirul berdering.Ada seseorang sedang menelefonnya.Amani perasan akan nama yang tertera di situ iaitu Erin.Cepat-cepat Amirul mematikan panggilan itu.
“ Kenapa tutup?Bukan Erin call ke? ” soal Amani.
“ Biarlah.Esok-esoklah.Dia nak cakap pasal jenama ARRI lah tu.Malas abang malam-malam ni. ” nafi Amirul.
“ Abang ni.Mana tahu ada urgent ke?Sebab tu dia call.” kata Amani.
“ Esok ada.Dahlah jom abang tolong sayang masak. ” kata Amirul.
Mereka berdua pergi ke dapur.Aryan sedang nyenyak tidur.Ketika itu Amani mulai berfikir.Dia mula rasa tidak sedap hati.Namun dia cuba mengabaikan sahaja.
*************************
Masih terngiang-ngiang kata-kata Amirul tentang Erin di minda Amani.Amani berasa curiga dengan suaminya itu.
“ Takkan abang ada apa-apa dengan Erin.Tapi kenapa sampai malam-malam Erin call?Yang tahu selalunya macam tu mesti ada hal urgent.Kalau tak,takkan Erin nak call malam-malam macam tu.” Minda Amani berfikir.
Amani mengabaikan sahaja.Kemudian dia mesej suaminya itu.
“ Abang,sayang dah masak tengahari.Abang balik makan kat rumah ye!? ” tulis Amani.
Beberapa minit kemudian Amirul membalas mesej Amani.
“ Sayang sorry.Abang ada meeting hari ni.Sikit lagi abang nak jumpa Dato' Araman.Ada hal nak bincang.Sorry sayang.Balik nanti abang makan.” balas Amirul.
Amani terdiam apabila mendapat mesej itu.Sedikit kekecewaan di wajahnya.Amani menarik nafas.
“ Okay tak apa. ” Ringkas tapi perasaannya terkesan hingga ke dalam lubuk hati.
Amani mengambil makanan itu lalu dimasukkan ke dalam bekal.Dia ingin menghantar makanan itu ke pejabat suaminya.
” Takut abang tak sempat makan.Amani hantar makanan kat ofis.” Amani tersenyum sendiri.
Setelah selesai mengemas bekal makanan,Amani mendapatkan anaknya Aryan.
“ Sayang,jom ikut mama hantar makanan kat papa.Kesian papa mesti lapar.” ucap Amani.
Aryan seperti memahami apa yang diucapkan oleh mamanya itu.Sampai sahaja di pejabat,Amani menolak stroller bayi sambil membawa makanan itu.Dia menaiki lift dan terus menuju ke ofis suaminya itu.
Dia melihat suaminya tiada di situ.Mungkin suaminya sedang meeting.Amani meletakkan makanan itu di ofis suaminya lalu keluar dari ofis itu.Aini yang sedang menyiapkan kerja terpandang Amani.
“ Eh?Amani!Kau buat apa kat sini? ” soal Aini.
“ Aku saja je datang sini hantar makanan kat Amirul.Takut dia tak makan lagi.Kau sibuk ke Aini?Sorry lah aku dah lama tak datang sini kan?Rindu pula tengok kau.” Amani tertawa kecil.
” Tak ada pun sibuk.Aku macam ni lah.Kau bawa Aryan eh?Ala budak comel ni.Geramnya aku tengok.” ucap Aini sambil mengusap pipi Aryan.
Aryan tertawa kecil.
Ketika itu seseorang datang kepada mereka.
“ Amani?” Amani berpaling.
“ Eh Mimi?”
“ Kau buat apa kat sini?Cari Amirul ke?Lama gila tak jumpa kau sejak kau mengandung sampailah dah keluar Aryan ni.” kata Mimi.
“ Biasalah Mimi sibuk dengan anak.Mana ada masa.Amirul bukan bagi dah aku kerja.” kata Amani.
“ Yela.Kitaorang faham.Kejap kau datang sini cari bos ke? ” soal Mimi.
“ Ye.Dia meeting kan?Tak apalah.Aku datang nak hantar makanan je kat dia.Takut dia lapar.” ujar Amani.
“ Meeting?Mana ada Encik Amirul meeting! ” ucap Mimi.
“ Tak ada meeting ke? ” Amani terkejut.
Aini dan Mimi menggelengkan kepala.
Amani terdiam seketika.
“ Tadi aku nampak Erin datang sini kejap.Lepas tu tahu-tahu dia dan bos dah keluar.” jelas Mimi.
Wajah Amani berubah.Amani cuba untuk mengawal wajahnya.
“ Aku rasa diaorang ada meeting untuk jenama ARRI tu kot?Sebab hari tu Amirul ada beritahu aku,dia nak bincang dengan Erin dan Dato Araman tentang jenama tu.Tapi Dato' Araman serahkan jenama ARRI tu pada Erin.Sebab dato ada hal lain yang dia nak uruskan.Mungkin Erin datang nak bincang tentang jenama ARRI.” celah Aini.
Dia perasan akan wajah sahabatnya berubah.
“ Oh yeke?Tak apalah kalau macam tu.Lagipun aku tahu Dato' Araman sale syarikat dia menurunkan?” ucap Amani.
Aini mengangguk.
“ Tak apalah kalau macam tu.Aku balik dululah.Kesian anak aku.Dia mana boleh keluar sangat.Aini!Mimi!Aku balik dulu.Nanti ada masa kita sembang lagi.”
“ Okay bye.” Aini dan Mimi melambaikan tangan.
“ Kau ni main sebut je nama Erin.” tegur Aini.
“ Lah betullah.Bos keluar dengan Erin.Takkan nak tipu pula?” jawab Mimi.
Aini memandang sahabatnya berlalu pergi.
“ Tapi kan aku dapat rasa sesuatu lah.Bos tu macam pelik je kalau dengan Erin.Aku perasan doh.” kata Mimi.
“ Kau ni iya-iyalah tu.Dahlah pergi buat kerja.” kata Aini.
“ Kau kena pesan kat Amani,bos tu sekarang ni pelik sikit perangai.Takut tahu-tahu nanti Amani dapat madu je.” dengan selamba Mimi berkata.
Aini mengerutkan dahinya.
Amani turun dari pejabat itu.Dia berasa tidak sedap hati.
“ Erin jumpa Amirul?Takkan sebab jenama ARRI je?Tak ada meeting?Tapi Amirul cakap ada meeting.” bisik hati Amani.
Amani bernekad untuk mencari suaminya berada di mana.Dia berasa agak ragu-ragu dengan suaminya itu.Sedang dia mencari suaminya,dia ternampak kereta Honda milik Amirul.Amani terus keluar sambil membawa anaknya menuju cafe itu.
Baru sahaja Amani ingin masuk ke dalam cafe itu,dia melihat Erin menyuapkan makanan ke dalam mulut Amirul.Amirul tersenyum Amani yang berada di tempat kejadian terdiam seribu bahasa.
“ Abang. ” ucap Amani perlahan.
Assalamualaikum guys.Author dah up next chapter..apa yg terjadi?so hope korg stay tune ye..jgn lupa baca n komen.. thanks
Share this novel