Bab 39 ( cerai )

Romance Series 36518

Amani terus keluar dari cafe itu.Dia masuk ke dalam keretanya.Amani meletakkan anaknya di sebelah.Fikirannya bercelaru.

“ Ya Allah,apa yang aku nampak ni?Apa semua ni?Abang cakap,abang ada meeting.Tapi kenapa perkara yang aku tak sangka jadi akan terjadi? ”

Air mata mulai mengalir di pipinya.Amani memandu kereta terus menuju ke rumah.Tiba sahaja di rumah,dia meletakkan Aryan di bilik tidurnya.

Amani cuba untuk bertenang.Tetapi air matanya tidak henti mengalir.Amani cuba memejamkan matanya untuk menenangkan hatinya itu.Dia menarik nafas perlahan-lahan.

Amani bangun lalu pergi ke toilet untuk mengambil wuduk.Selesai mengambil wuduk dia mengerjakan solat.Amani duduk termenung di atas sejadah.Hatinya sudah hilang rasa.Dia tidak tahu apa lagi yang akan berlaku.

Amirul baru sahaja sampai ke rumah.Dia masuk ke dalam biliknya.Amirul melihat isterinya yang sedang solat.Dengan segera Amirul mengambil tuala lalu masuk ke dalam toilet untuk mandi.

Amani menarik nafasnya.

Sesudah itu,Amani baring di sebelah anaknya itu.Dia menepuk Aryan.Amirul yang baru sahaja selesai mandi menjenguk isterinya itu.

Amirul menghampiri isterinya.

“ Sayang,tadi ada datang ofis ke?Abang tak tau pula sayang datang ofis.Abang ada meeting tadi dengan Dato' Araman.” ucap Amirul.

Nak tipu lagi.Cukup-cukuplah Amirul.Aku dah muak.Aku nampak apa yang jadi tadi.Bisik hati Amani.

“ Tak apa. ” jawab Amani.

“ Sayang dah makan?Jom kita makan!” ucap Amirul dengan lembut.

Amani sudah muak.Amani terus memandang wajah Amirul.Amirul seakan tertanya-tanya.

“ Kenapa pandang abang macam tu? ”

“ Tak ada apa. ” Amani tidak mahu berbual dengan suaminya.

“ Sayang kenapa ni?Sayang okay tak?Macam ada masalah je.” ucap Amirul.

“ Okay je.”

Amani terus keluar dari bilik meninggalkan suaminya itu.Amirul berasa hairan dengan sikap isterinya itu.Dia mencium dahi anaknya itu.Amirul tersenyum melihat Aryan.

Telefon Amirul berbunyi menandakan ada mesej masuk.Amirul membuka mesej itu.Dia tersenyum sendiri.

*****************

Erin seperti biasa menunggu Amirul yang sedang order air.Amirul memandang Erin.

“ Awak ni diet ke?Minum air je.” ucap Amirul.

“ Saya dah kenyang lah.Awak yang nak sangat saya teman awak makan. ” kata Erin.

Sedang mereka berbual,ada panggilan dari telefon Amirul.Amirul melihat nama yang tertera iaitu Amani.Pada mulanya dia tidak mahu mengangkat panggilan itu,tetapi kerana Amani menelefon berkali-kali lalu diangkat panggilan itu.

“ Ye kenapa?” soal Amirul.

“ Abang kat mana?Jom lunch. ” ucap Amani.

“ Abang tengah meeting lah.Dengan Dato' Araman.Lagipun abang kat luar ni.” tipu Amirul.

“ Oh tengah meeting.Tak apalah.Sorry ganggu abang tengah meeting.” ucap Amani.

“ Tak apa.Balik nanti kita makan ye?” pujuk Amirul.

“ Okay. ” jawab Amani sepatah.Telefon dimatikan.

“ Kenapa Amirul?Wife awak call?” soal Erin.

“ Ya.Tak apa nanti pandailah saya pujuk dia.” ucap Amirul lalu tersenyum.

“ Tak baik tau buat dia macam tu.Awak ni.” ucap Erin lalu menepuk pipi Amirul dengan sengaja.

Sedang mereka berbual-bual,seorang wanita menghampiri mereka berdua.Wanita itu mengambil air yang berada di atas meja itu lalu di simbahkan kepada wajah Erin.

Amirul dan Erin terkejut.Mereka memandang wajah wanita itu.Amirul mahu saja mengamuk tetapi apabila dia memandang wanita itu,dia terdiam seribu bahasa.

“ Kenapa?Nak maki saya?Ni yang awak cakap meeting tu Encik Amirul?Meeting dengan Dato' Araman yang awak cakap kan tu?Ni bukan meeting tapi dating berdua-duaan dekat sini.Sampai hati awak tipu saya.Awak ingat saya bodoh ke Amirul?Kenapa awak buat saya macam ni?Erin apa awak buat?Kau tahu dia suami aku.Aku tak kisahlah bab kerja ni.Tapi sampai pegang-pegang tangan tu bukan kerja.Itu kau buat maksiat.” tengking Amani.

Amirul terus bangun lalu menampar wajah Amani.

“ Awak jangan kurang ajar boleh Amani? ” kata Amirul.

“ Kurang ajar?Saya kurang ajar?Habis awak tu suci sangat?Baik sangat?Apa awak buat ni Amirul?Saya isteri awak tau.Sanggup awak buat macam ni kat saya?Awak lelaki jenis apa?Lelaki dayus je buat isteri macam ni!Saya nak awak pilih saya atau Erin?Saya tak nak dengar penjelasan dari awak.Cukup.”

Amirul memandang Amani.

“ Cukuplah aku diperbodohkan.Sampai hati kau Amirul.Dulu kau yang beria nak kat aku.Nak aku jadi isteri kau.Tapi sekarang sanggup kau bodohkan aku?” Amani sudah tidak tahan lagi.

“ Amani baik kau balik sekarang.Aku tak nak bising-bising kat sini.Balik sekarang.” Amirul cuba menahan marah.

“ Tak.Aku nak kau selesaikan kat sini juga.” Amani membantah.

“Ceraikan aku.Kau nak dia kan?Aku tahu kau masih cinta kan dia.Ambiklah dia.Kau ceraikan aku.Yang penting anak aku bawah jagaan aku.” ucap Amani.

“ Aku cakap balik sekarang.” Amirul memandang Amani dengan tajam.

“ Dahlah Amirul.Aku penatlah.Ceraikan aku kat sini.Aku tak nak hadap muka kau dah.” jerit Amani.

“ Kau nak sangatkan?Arisya Amani binti Mohd aku ceraikan kau dengan talak satu.” ucap Amirul.

Amani memandang wajah Amirul.Erin terkejut dengan lafaz talak yang disampaikan oleh Amirul.

“ Terima kasih Amirul.Aku pergi dari hidup kau.Jaga Erin dengan baik.Aku takkan balik pada kau.” ucap Amani dan berlalu pergi.

Sakit!Pedih!Kecewa!Semua perasaan bercampur.Arisya Amani takkan muncul lagi di mata Amirul Ezani.

Amirul terkedu seketika.Dia tak tahu apa yang dia buat!

***********************

Amani mengemas bajunya.Air mata tidak henti-henti mengalir.Dia mengambil baju anaknya itu.Amani melihat Aryan yang sedang tidur.Hatinya menjadi sebak.

“ Maafkan mama sayang.Sekarang mama sedar diri mama siapa.Mama sedar kedudukan mama kat mana.Maafkan mama, Aryan.” Amani mengemas baju-bajunya.

Amirul baru sahaja sampai di rumah.Fikirannya serabut buat masa ini.Dia cuba untuk bertenang tetapi dia sukar untuk mengawal perasaannya.

Amirul melihat Amani mengemas baju-bajunya.

“ Awak nak pergi mana?” soal Amirul.

Amani memandang Amirul.

“ Suka hati sayalah nak pergi mana.Awak nak sibuk kenapa?Saya bukan lagi isteri awak.Awak dah lafazkan cerai pada saya tadi.Awak lupa?” kata Amani.

Amani mengangkat begnya.

“ Please,Amani.Tolonglah saya merayu.Jangan buat abang macam ni.Abang tahu salah abang.Tapi jangan tinggalkan abang kat sini.Kita rujuk balik ye?Abang merayu sayang.” pujuk Amirul dengan lembut.

“ Awak ni gila ke?Kita baru cerai.Awak yang lafazkan talak pada saya.Saya dan awak tak ada apa-apa dah.Cukuplah.” Amani menepis tangan Amirul.

Amani mengendong anaknya yang tidur itu.

“ Amani bagi saya peluang.Awak yang desak saya ceraikan awak.Sedangkan kita boleh berbincang elok-elok.” kata Amirul.

“ Berbincang apa lagi?Cukuplah saya diperbodohkan oleh awak.Saya dah tahu semua apa yang awak buat pada saya.Awak tipu saya hidup-hidup Amirul.Awak nak apa lagi?Awak dah ada Erin.Terima je dia jadi isteri awak.”

“ Amani please.Bagi peluang pada saya.Tolonglah jangan keluar dari rumah ni.Saya sayangkan awak.Saya cintakan awak.” luah Amirul.

Amani berpaling memandang Amirul.

“ Kalau awak cintakan saya,awak sayang kan saya.Awak takkan tipu saya Amirul.Saya tahu hati awak berbelah bagi.Erin cinta pertama awak,saya orang yang tiba-tiba hadir dalam hidup awak.Saya tahu dan saya sedar kedudukan saya kat mana.Saya minta maaf sepanjang jadi isteri awak,saya ada buat salah.Maafkan saya.Halalkan makan minum saya.Saya minta diri dulu.Assalamualaikum.” ucap Amani.

“ Waalaikumsalam.” Amirul hanya mampu memandang sahaja Amani keluar dari rumahnya itu.

Tabahlah wahai hati.Biarkan ia pergi.Jika ini jalan yang terbaik.Terimalah dengan seadanya.

Assalamualaikum guys..Amani dan Amirul bercerai ke?btw stay tune utk next chapter..jgn lupa baca n komen..thankss

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience