Bab 40 (rahsia terbongkar)

Romance Series 36483

Dato' Araman tertawa jahat.Dia memusingkan kerusinya itu.

“ Amirul!Amirul!Senang betul aku nak settlekan kau.Betapa bodohnya kau menilai.Kau lebih percaya Erin dari isteri kau.Kalau macam ni senanglah kerja aku.” Dato' Araman tertawa lagi.

Dato' Araman menelefon seseorang.

“ Petang nanti kita jumpa.Kat tempat biasa.” ucap Dato' Araman.

Jam menunjukkan 3 petang.Dato Araman membawa begnya.Dia telah memberitahu kepada PA nya bahawa dia ada perkara emergency.Dato Araman memandu keretanya menuju tempat itu.

Tiba sahaja di sana,keretanya di sorokkan oleh pengawal peribadinya.Dato Araman menaiki lift.Dia membuka pintu bilik itu.Seseorang telah berada di sana menunggunya.

Pengawal peribadinya menutup pintu tersebut.Dato Araman melangkah kakinya menuju mejanya itu.Dia mengambil sebuah beg lalu diletakkan di atas mejanya itu.

“ Erin ni untuk kau.Tahniah sebab kau dah hancurkan hubungan Amirul dan isterinya.” Dato' Araman membuka beg itu.

Terbeliak mata Erin melihat beg yang berisi dengan wang itu.

“ Banyaknya dato.” ucap Erin.

“ Yang kau tengok tu baru sikit.Ada lagi.Ni ambil dulu separuh.Pandai-pandailah kau simpan.” kata Dato' Araman.

Dengan segera Erin mengambil wang lalu dimasukkan ke dalam begnya.

“ Misi kau yang first dah selesai.Kita teruskan ke misi kedua.Aku nak kau sentiasa ada dengan dia.Buat dia percayakan kau.Apabila dia dah percayakan kau masa tu kau jatuhkan dia.” kata Dato' Araman.

Erin mengangguk.

“ Kau kena ingat.Kau nak jumpa aku berbincang tentang hal ni datang ke sini.Jangan sampai orang lain tahu.Kalau berkaitan dengan hal ni aku tak nak berbincang dekat ofis.Sebab ni rahsia kita berdua je.Tak ada yang tahu.Melainkan kau yang bocorkan pada orang lain.Faham? ” ucap Dato' Araman.

Erin mengangguk tanda faham.

“ Tapi kau kena ingat,kalau orang lain tahu tentang hal ni.Kau takkan terlepas.Aku akan cari kau kat mana pun kat berada.Kau ingat tu!Sebab kau dan aku dah berjanji.” kata Dato' Araman lagi .

“ Faham dato.” jawab Erin.

********************

Amirul termenung sendiri.Sudah berapa hari dia tidak pergi kerja.Makan pun tidak.Badan Amirul menjadi lemah.Amirul menyalahkan dirinya.Dia tidak boleh terima apa yang terjadi.

Dia tahu salah dirinya.Kalau dia tidak ikut hatinya perkara takkan jadi lebih teruk.Amirul terdengar bunyi pintu rumah di ketuk.Dia berlari untuk membuka pintu rumah.Kelihatan Amar di hadapan pintu itu.

Amirul menjenguk di luar rumah.

“ Amani mana?Sayang datang sini ke?Sayang,abang ada kat sini.” ucap Amirul yang meracau itu.

Amar menahan abangnya dari keluar rumah.

“ Along,ni Amar.Along kenapa sampai jadi macam ni?Apa yang jadi ni?” Amar dengan cepat menutup pintu rumah.

Dia melihat keadaan abangnya seperti tidak normal.

Amirul duduk terdiam.

“ Along cerita apa yang jadi semua ni kat Amar.Aini beritahu Amar Along dah seminggu tak datang kerja tau.Apa yang dah jadi dengan kak long?Along cerita semuanya kat Amar sekarang.” ucap Amar.

Amirul menundukkan wajahnya.

“ Along ceraikan Amani.” kata Amirul.

“ What?Along,apa Along buat ni?Sebab apa Along ceraikan dia?” terbeliak mata Amar.

“ Sebab Along keluar dengan Erin.Amani datang dia simbah Erin dengan air.Masa tu juga dia minta cerai kat along.Amar tolong cari Amani untuk Along.Along taknak berpisah dengan dia.Along tak boleh hidup tanpa dia.” rayu Amirul.

Mesti ada sebab kenapa kak long minta cerai!Takkan sebab Erin je dia minta cerai.Mesti ada sebab lain.Aku kena cari sebabnya sendiri.Bisik hati Amar.

Amar berasa hairan tetapi dia kasihan melihat keadaan abangnya yang sudah tidak terurus itu.Amar telah membuat satu plan untuk mengetahui hal yang sebenarnya.

Dia terpaksa berlakon untuk mempercayai Erin sepenuhnya.Apabila perkara yang sebenar telah diketahuinya nanti,dia akan cari dari mana puncanya semua itu.

“ Along,hal kak long biar Amar tolong selesaikan.Amar akan cari kat mana kak long duduk.Along jangan stres Along pergi je kerja macam biasa.Apa-apa Amar beritahu along.” pujuk Amar.

“ Betul ke Amar?Amar janji dengan Along ye?Along sayangkan Amani.Along lelaki tak guna.Along tak boleh hidup tanpa Amani.Along menyesal.” kata Amirul.

“ Along tak ada manusia yang tak pernah buat silap.Mungkin Allah uji along ni ada sebab.Mesti ada hikmahnya.Along pergi kerja macam biasa ye? Amar tolong along.” ucap Amar lagi.

*************

Aini sedang menepuk Aryan.Amani memandang Aini.

“ Kenapa tengok aku macam tu?” soal Aini.

“ Aku nak minta maaf sebab susahkan kau je.Dahlah kena cerai pastu aku duduk rumah kau.” kata Amani.

“ Kau ni kan!Kau kan pernah duduk sini.Aku okaylah kau duduk sini.Lagi aku happy tau.Tak adalah aku sensorang je.At least ada kau dan Aryan.” kata Aini cuba menceriakan keadaan.

Amani termenung.

Aini yang sedang menepuk Aryan,melihat Aryan yang sudah tertidur itu.Kemudian dia mendekati sahabatnya.

“ Amani aku tahu banyak masalah yang kau fikir.Tapi buat sementara kau jangan muncul depan Amirul.Aku dapat rasa Amirul tu sayang kau,tapi sebabkan first love dia.Dia masih lagi ada perasaan pada Erin.” ujar Aini.

Amani masih termenung.

“ Aku dapat rasa Erin tu something.” ucap Aini.

Amani memandang Aini.

“ Maksud kau Aini? ”

“ Sejak dalam masa dua minggu nil,Erin tu rajin jumpa Amirul.Rajin datang ofis.Aku tak berani nak cerita kat kau.Nanti aku buat fitnah pula.Tapi aku tak sangka sebabkan Erin,Amirul ceraikan kau.Aku rasa pelik.”

” Maksud kau Erin tu ada niat tak baik ke pada aku dengan Amirul?” soal Amani.

Aini mengangguk.

“ Kau nak tahu Amirul dah seminggu tak datang kerja.Keadaan dia makin teruk.Dia dah macam tak normal tau ” kata Aini lagi.

“ Yeke?Mana kau tahu?” Amani terkejut.

“ Amar beritahu aku. ” kata Aini.

“ Buat masa sekarang kau duduk je sini.Sebab Amar dan aku dah ada plan.Kita orang nak bocorkan hal yang sebenar.Cumanya kitaorang sekarang ni kena berlakon percayakan Erin.Apabila semua percaya Erin,masa tu kita ugut Erin.Suruh dia beritahu perkara yang sebenar.So kita dapat tau siapa dalang yang nak hancurkan hubungan kau dengan Amirul.Kau tak pelik ke?Erin tu bukan jenis perempuan yang rampas lelaki orang.Erin ni pernah tinggalkan Amirul,takkan dia nak Amirul balik?Aku tak yakin ni semua kerja Erin.Sebab aku kenal Erin dari dulu.” ucap Aini.

” Maksud kau?Kau jangan cakap yang Erin tu diugut? ” ucap Amani pula.

“ Kau nak tahu tak kenapa Erin tak minta bekerja di syarikat Amirul?Kau nak tahu kenapa Erin tu nak kerja dengan Dato' Araman? ” ucap Aini.

Amani mengangguk kepalanya.

“ Yang aku tahu.Ayah Erin pernah dibunuh sebab tak dapat settlekan hutang dia dengan ah long.Cerita tentang ayah dia mati masuk berita.Kau tahu tak pasal tu? ” ucap Aini.

“ Tahu.Amirul pernah cerita dekat aku dulu masa kitaorang jadi suami isteri.” kata Amani.

“ Lepas kejadian tu,Erin dan mak dia hilang.Tak ada sesiapa tahu kat mana diaorang berada.Ayah Erin,Dato' Aslam ialah kawan Dato Araman.Dato Aslam ni dia suka support kawan-kawan dia.Masa papa Amirul meninggal Dato' Aslam ni yang tolong,Puan Aliza naikkan balik syarikatnya.Tetapi lepas je dia tolong Puan Aliza,Dato' Aslam mati di bunuh.” ucap Aini lagi.

Amani berfikir.

“ Aku dapat syak ni ada kena mengena dengan Dato' Araman.Sebabnya Dato' Aslam pernah meminjam duit daripada syarikat A&A HOLDINGS.Tetapi pada surat yang dia telah dapat rupanya dia meminjam duit dari pihak ah long.” Aini memandang Amani.

Amani terkejut.

“ Kau jangan kata Dato' Araman tu kenakan Dato' Aslam.”

Aini mengangguk.

Amani ternganga.

“ Bukti-bukti ni aku simpan sampai sekarang.Sebab masa aku pergi ke syarikat MASDA HOLDINGS,aku terjumpa bukti ni dan simpan sampai sekarang.Cuma aku masih lagi mencari bukti yang lain.Kalau betul terbuktilah Dato' Araman punya kerja semua ni.Kau lupa masa Puan Aliza meninggal dulu.Ada orang tikam dia.” kata Aini.

“ Ya betul.Aku ingat lagi.Kalau semua ni kerja Dato' Araman sampai aku dan Amirul bercerai.Maksudnya dia nak jatuhkan Amirul.Maksudnya dia nak syarikat AE HOLDINGS INTERPRISE kan? Kalau tak kenapa dia suruh Erin kacau kitaorang.Sedangkan Erin bekerja di syarikat A&A HOLDINGS.Tak ada kena mengena pun dengan Amirul.” kata Amani.

“ Ya Amani.Aku dah lama perasan.Tapi aku diam.Sebab aku tengah cari bukti semua ni.Tentang jenama ARRI tu sepatutnya Dato' Araman yang kena buat.Tetapi dia bagi Erin yang buat.Aku dapat rasa Erin tu jadi dalang dia.Sebab masa Erin datang ofis jumpa Amirul,muka dia macam terpaksa.” ucap Aini lagi.

“ Habis sekarang nak buat macam mana?Nak report polis tak?Aku risaukan Amirul.Kalau betullah semua ni terjadi sebabkan Dato' Araman,aku percaya Amirul tu jadi macam tu sebabkan Erin.Aku dapat rasa Erin tu akan pergunakan dia.Macam mana Aini?Amirul dalam bahaya.Aku risau.” ucap Amani.

“ Aku faham kau.Tapi buat masa sekarang kita buat macam biasa je.Sekarang ni aku dan Amar kena bagi Erin tu jumpa Amirul.Kiranya kau kan menghilangkan diri.So Erin tu akan datang pada Amirul.Dia mesti bagi semangat pada Amirul.Apabila dia dengan Amirul dan semua percayakan dia.Masa tulah kita ugut dia.Yang penting kau kena diam kan diri.Kalau kau sayang Amirul,kau kena diam.Sebab kalau kau buat tindakan melulu,aku takut Dato' Araman buat plan yang lain pula.Tak pasal-pasal kau sekali termasuk dalam perangkap dia.Dia tu nak perangkap Amirul je bukan kau.So kita buat macam biasa.Tapi kita kena berhati-hati.Aku percaya Amirul cintakan kau.Dia jadi macam tu sebabkan Erin.” kata Aini lagi.

“ Aku sebenarnya dah dapat jangka perkara macam ni akan terjadi.Tak apa Amani.Yang penting buat masa sekarang kau bukan mangsa Dato' Araman.Kau dah terlepas sebab dah bercerai dengan Amirul.Mungkin Allah nak selamat kan kau Amani.Kau jangan sedih.Kau percaya cakap aku.Kalau ada jodoh kau dan Amirul takkan ke mana.” pujuk Aini.

” Thanks Aini.Kalau tak aku tak tahu apa yang jadi.”

“ Tak apa.Sekarang kau dah tahu Amani perkara sebenar.”

“ Kalau semua ni puncanya dari Dato' Araman aku takkan maafkan orang tua tu.Sampai hati dia hancurkan hubungan kami.” Aini memeluk Amani.

Assalamualaikum author kembali..Amani dah tahu siapa dalang nya yang hancurkan hubungan dia dan Amirul?so stay tune..jgn lupa baca n komen ye..tunggu next chapter.. thanks

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience