Bab 23 (penyesalan)

Romance Series 36483

“Kau dengar sini.Aku lepaskan kau pun ada sebab.Kau ingat senang nak lepas dari penjara?Kau jangan risau.Biar aku yang settlekan.Kau buat je kerja kau.” kata lelaki itu.

“Okay.Dato nak suruh saya buat apa?” ucap Andika.Lelaki itu memusingkan badannya.

“Aku nak kau bunuh Aliza.Boleh tak?” kata Dato' Araman.

“..Hah?Aliza?Tu bukan mama Amirul ke?” Andika mengerutkan dahinya.

“Iya.Kalau kau dapat bunuh dia masalah kita selesai.Aku akan suruh Liyana kahwin dengan Amirul.Tentang isteri dia.Terpulang pada dia nak terima Liyana sebagai madu dia atau tak.Kau pula aku hantar ke UK.Lagi pun aku tahu kau bukan nak anak aku.Kau nak duit je.”

Andika menundukkan wajahnya ke lantai.

“Boleh tak?Kalau kau berjaya bunuh mama Amirul.Aku bagi kau 200k sekali tiket ke UK.Dan tempat tinggal kau,aku sediakan.Aku akan suruh orang-orang aku jaga kau.Supaya kau tak kena tangkap kali ni."

Andika berfikir seketika.

“Tapi takkan sampai bunuh?Dato' saya tak pernah bunuh orang.Lagi-lagi orang tu mama Amirul.Kalau Amirul tahu saya yang bunuh mama dia macam mana?”

“Yang tu tahulah aku nak buat.Kau nak tak?Kalau kau tak nak buat,aku hantar kau ke penjara.Biar kau merempat kat sana dan tak boleh keluar macam sekarang ni.”

Dato' Araman tersenyum sinis.Andika menarik nafasnya.

“Baiklah.Kalau itu yang dato' mahukan.Saya akan buat.” ucap Andika.

Dato' Araman menepuk tangannya.Dia memandang Andika.

“Bagus.Itu yang saya mahukan.”

Dato' Araman mengeluarkan cek berjumlah 10k.Dia memberikan kepada Andika.

“Ni untuk permulaan.Kalau kau berjaya buat.Aku akan bagi semuanya pada kau.” ujar Dato' Araman.

Andika mengangguk kepala.Dia mengambil cek 10k itu dan meninggalkan Dato' Araman.

Dato' Araman tersenyum sendiri.

**********************************

Amirul baru sahaja tiba di rumahnya.Hari ini Amani tidak dapat masuk kerja kerana kesihatannya yang tidak baik.Amirul menyuruhnya cuti.

Amirul terdengar bunyi di dapur.Dia agak cuak.Setahunya hanya dia dan Amani sahaja di rumah.Amirul menganggap Amani berada di bilik.

Perlahan-lahan Amirul melangkah ke dapur.Dia terlihat Amani yang sedang memasak.Amirul mendapatkan Amani.

Amani menoleh wajahnya.

“Eh?Abang!Sory,sayang tak perasan abang dah balik.” ucap Amani.

Amani tersenyum.

Bergetar tulang rusuk Amirul apabila melihat senyuman isterinya.Walaupun Amani tidak sihat tetapi senyumannya mampu menggetarkan hatinya.

Amani terus menyalami Amirul.Amirul mengucup dahi isterinya.

“Sayang kan tak sihat.Tak payahlah buat kerja.Nanti lagi teruk.Abang risaulah.” kata Amirul.

“Abang ni.Sayang period je.Bukannya demam.Biasalah senggugut sikit je.Lepas tu okay dah.” ucap Amani.

“Iyalah.Ni masak apa ni?Sedapnya bau.”

Amani tersenyum.

“Sayang masak nasi goreng pattaya.Makanan favourite abang kan?”

“Wah!Lapar pula bila dengar.Abang nak makanlah.”

Amirul mahu mencapai sudu untuk mengambil nasi.Pantas tangannya ditepuk oleh Amani.Amani menggelengkan kepalanya.

“Abang pergi mandi dulu.Solat baru kita makan.Dah bau busuk badan abang.” kata Amani mengusik suaminya.

“Busuk sikit je.Sayang dah tak sayang abang ke?Walaupun badan abang busuk sikit?” sedikit nada merajuk dari Amirul.

“Sayanglah.”

“Kalau sayang kenapa cakap macam tu?” Amirul sudah merajuk.

Amani tersenyum melihat gelagat suaminya itu.

Haishh.Kuat merajuk betul Amirul ni.

“Abang kan baru balik kerja.Mesti penat.Badan pun dah berbau.Kan lebih elok abang mandi.Badan abang pun segar balik.Nanti bila dah mandi mesti pakai minyak wangi.Sedap mata memandang.Lagi buatkan Amani jatuh cinta dengan abang.”

Amirul tersenyum mendengar kata-kata Amani.

Dia mencium pipi Amani.Amani mengelap pipinya.Amirul membulatkan matanya.

“Amboi.Dia lap pipi ya?Tahulah abang ni dah bau masham.Tunggu abang mandi pakai wangi-wangi.Abang tak nak cium sayang.”

Amirul mengusik isterinya.Amani tergelak kecil apabila mendengar usikan suaminya itu.

Amirul melangkah ke bilik dan menghilang dari pandangan mata Amani.

**********************************

Liyana sudah semakin pulih.Pihak penjara sudah memberikan kebebasan untuk Liyana.

Dato' Araman berjabat tangan dengan salah seorang polis yang berada di situ.

Dato' Araman melihat Liyana yang masih dengan dunianya sendiri.Dia melirik lagi wajahnya memandang anaknya itu.

“Mama mesti rindu dekat Liyana.Liyana happy tak dapat balik rumah?” Dato'Araman memulakan bicara.

“Happy sikit.” sepatah jawapannya.

“Kenapa sikit?Liyana okay tak ni?Cakap kat papa kalau ada masalah.”

“Tak ada pun.Cuma....”

“Cuma apa sayang?” Dato' Araman mengusap kepala anaknya itu.

“Liyana tak boleh lupa apa yang dah jadi.Liyana bersalah sangat pada Amirul.Tak sangka Andika sekejam itu.Sanggup dia tikam Amirul depan Liyana.Sepatutnya biar Liyana duduk kat penjara sampai Liyana mati.Liyana bersalah sangat sebab bersubahat dengan Andika.”

Air matanya mula mengalir.Dato Araman mengelap pipi puterinya itu.

”Dah.Jangan ingat.Perkara dah jadi.Liyana ada masa lagi nak minta maaf pada Amirul.”

Liyana memandang wajah papanya.

“Amirul maafkan Liyana ke?Atas apa dah jadi sebelum ni.Liyana buat macam-macam pada Amani.Liyana ikat dia.Memang patut Amirul pilih Amani.Sebab tak ada perempuan sebaik Amani.Liyana dan Amani beza sangat.Liyana jahat.Betul kata Amirul.Liyana tak layak jadi isteri dia.” kata-kata penyesalan keluar dari mulutnya.

Dato' Araman memeluk anaknya.

“Dah.Jangan ungkit perkara yang lepas.Liyana anak papa.Tak ada orang yang perfect.Tak ada orang yang pernah lari dari kesalahan.Papa nak Liyana lawan perasaan tu.Liyana kena cepat sembuh.”

Liyana masih dalam pelukan papanya.Air matanya semakin deras mengalir di pipinya.

“Pa,kalau Liyana tak ada kat dunia ni lebih baik kan papa?Liyana tak ada menyusahkan sesiapa.Liyana ni bawa malang dalam keluarga.Liyana minta maaf sebab terlampau ikutkan kata hati.Kalau Liyana tahu jadi macam sekarang.Liyana tak kan buat.”

Dato' Araman menepuk lembut bahu anaknya.

”Papa dah maafkan Liyana.Baik buruk Liyana,Liyana tetap anak papa.Papa terima seadanya.Dah jangan menangis.Nak jumpa mama kan?”

Liyana mengangguk.

“Kalau nak jumpa mama kena lap muka tu.Liyana bukan tak tahu mama tu macam mana.Dia nampak anak dia menangis.Nanti dia pula menangis.Kalau menangis tak apa.Ni kang membebel sampai esok salahkan diri dia.Dah lah kalau dapat membebel tak ingat dunia.” kata Dato' Araman.

Liyana sudah tergelak mendengar papanya mengutuk mamanya itu.

“Papa kutuk mama ye?Liyana beritahu mama nanti.”

“Eh?Jangan beritahu mama.Diam je.Kalau mama tahu sebulan belum tentu dia berhenti membebel.”

Liyana tergelak apabila melihat wajah papanya yang sudah cuak.Dato Araman tersenyum apabila melihat gelak tawa anaknya itu.

Dato' Araman menarik nafas lega.

Hai korg sorry lama x updte..author busy sikit.btw tq sbb tnggu..tnggu next chapter ye.stay tune

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience