Bab 1 (harta)

Romance Series 36483

Amirul memicit kepalanya yang berdenyut.Dia terlampau memikirkan tentang kerjanya sehingga kesihatan dia terganggu.Dia berbaring sebentar di sofa untuk menghilangkan rasa sakit di kepalanya.

Adiknya Amar baru sahaja selesai keluar berjoging di taman.Dia mengesat peluh di dahinya.Kain tuala yang berada di leher itu digunakan untuk mengelap peluhnya.Dia terlihat Amirul sedang terbaring.Amar menegur Amirul.

"Along,tidur kat sini?Penat sangat ke sampai tak sempat masuk bilik?" tanya Amar.

Amirul yang terlelap sebentar itu membuka mata lalu memandang adiknya.Dia pun melelapkan matanya kembali lalu meletakkan lengan menutup kelopak mata.

"Aku pening.Nak hilangkan pening je.Karang aku naik ke bilik." jawabnya.

"Kerja-kerja juga.Kesihatan kena jaga.Dahlah along tu awek pun tak ada.Sekurang-kurangnya adalah orang yang ambil berat kat along tu." ujar Amar.

"Dalam hidup aku tak ada awek-awek.Aku hilang rasa nak ada awek." tegas bunyinya.

"Iyalah tu.Perkara yang lepas biar berlalu.Sekarang ni cari yang baru."ucap Amar dengan tersengih mengusik Amirul yang sedang berbaring itu.

"Kau ni.Aku tengah pening ni cerita pasal awek.Dahlah jangan kacau along.Along mengamuk karang." ugut Amirul.

"Eleh,ingat kita takut tengok dia mengamuk."

Amar bangun lalu mengambil bantal yang ada di sofa di balingnya kepada Amirul yang sedang berbaring itu.

"Oii,dengki." jerit Amirul.

Amar hanya ketawa sahaja mendengar jeritan abangnya.

*********************************

Amirul termenung di katil.Dia terlihat gambar dia dan bekas kekasihnya di telefon bimbit.Amirul melihat gambar itu dengan pandangan rindu yang amat dalam.Sesekali dia mengeluh.

Kau kat mana Erin?Aku rindu sangat kat kau.Jujur walaupun aku masih marah,aku rindu sangat kat kau.Aku rindu semua kenangan kita.Amirul merintih sendiri di dalam hati.

Sedang asyik termenung,telefonnya berbunyi.Amirul tersedar.Dia meraup wajahnya untuk menghilangkan kesedihan di hatinya.

"Hello,Encik Amirul Tengku Liyana anak kepada Dato Araman nak saman butik kita sebanyak 5 juta.Boleh tak Encik Amirul datang sekarang." ucap staf wanita itu.

"What?5 juta."Amirul terus bangun dari katilnya.

"Ya,Encik Amirul.Sekarang ni dia ada kat butik ni.Boleh tak datang?Sebab dia sedang mengamuk kat sini." ujar staf wanita itu lagi.

"Okey.Saya datang sekarang."Amirul bergegas keluar dari rumah.

Ibunya Puan Aliza menegurnya.

"Along,nak pergi mana?Bukan baru sampai ke?" tanya ibunya.

"Along nak ke butik kejap ma.Ada customer nak saman along." jelas Amirul sambil memakai kasut.

"What?Saman?Kenapa nak saman?" Ibunya terpinga-pinga.

"Along pun tak tahu ni.Tu sebab nak pergi tengok ni.Along pergi dulu ma.Assalamualaikum." Amirul salam tangan ibunya dan berlalu pergi.

"Waalaikumsalam."

**********************************

"I tak kisah.I nak jumpa bos u sekarang juga.Kalau tak I akan saman butik ni dan syarikat ini.Faham?" ucap Liyana tegas.

"Iya Cik Liyana.Kami faham.Sekarang bos tengah on the way.Cik Liyana boleh tunggu sebentar?" tanya staf wanita itu.

"Boleh.Saya tunggu.Kalau dia tak datang,saya akan bawa hal ini ke mahkamah." kata Liyana dengan sombong.

Ceh, mentang-mentang kaya.Nak saman orang je.

Kereta Honda milik Amirul sudah tiba di depan butik itu.Dia melangkah masuk ke dalam butik.Pekerja bernama Erma itu memanggil bosnya.

"Cik Liyana,ni bos saya.Dia sudah sampai." ucap Erma.

Liyana memusingkan badannya.Dia melihat wajah Amirul.

"Cik?" ucap Amirul melambaikan tangan di wajah Liyana.Liyana tersedar.

"Sory." jawab Liyana.Dia berasa malu.Wajahnya menjadi kemerahan.

" I nak saman u..Why baju ni masa I test hari tu okey.But now bila I dah beli and I nak pakai jahitannya koyak.I beli baju ni untuk majlis birthday i tau.I nak guna apa untuk majlis birthday I nanti? Staf u memang saja nak provok I ke?" ujar Liyana dengan marah.

"Sory sangat-sangat Cik Liyana.Saya minta maaf sebabkan baju ni,awak tak boleh pakai untuk majlis birthday awak.Mungkin baju ni jahitannya tak begitu kemas.Nanti saya suruh staf saya betulkan jahitannya." Amirul cuba untuk menenangkan hati pelanggannya itu.

"I nak saman u juga.I tak kira.I penatlah.Baju ni I beli nak pakai waktu birthday party I." ucap Liyana dengan marah.

"Cik Liyana,kalau salah dari pihak saya.Saya minta maaf sangat-sangat.Kalau Cik Liyana tak nak pakai baju tu.Cik Liyana boleh pilih baju lain.Tak apa.Mungkin silap dari kami." ujar Amirul cuba untuk menenangkan situasi.

"Kalau I pilih baju lain,apa ganjaran yang I dapat?" tanya Liyana.Liyana memandang wajah jejaka di depannya itu.

"Saya akan bagi 50% discount untuk awak." ucap Amirul memujuk.

"50%?Ingatkan nak bagi free lah.Sebab I tak puas hati baju tu koyak.I paling pantang kalau barang yang I nak tu rosak.Or you nak I saman you?I boleh je bawa ke mahkamah tapi you boleh ke bayar?I know you boleh bayar.But nama you akan terkenal di seluruh Malaysia sebab di saman oleh I anak Dato Araman." ugut Liyana.Liyana tersenyum sinis.

Amirul terkedu.Dia tidak mahu nama dia naik sebabkan saman.

No.Takkan.Aku kena jaga nama syarikat aku.Kalau syarikat aku dikenakan saman.Kedai aku macam mana?Nanti customer tak nak masuk kedai aku.AE Interprise Holding tak pernah dapat saman dari mana-mana pihak sejak papa jaga sehinggalah aku.No.Takkan. Amirul berfikir.

Amirul mahu menjaga nama baik syarikatnya.Dia menganggukkan kepalanya.

"Okey boleh Cik Liyana saya bagi free untuk awak.Sebabkan baju awak dah rosak saya bagi.So you boleh cari baju yang sesuai dengan you.Saya boleh ambilkan." Amirul menunjukkan baju-baju

Liyana tersenyum dan meneliti setiap baju yang dipegangnya itu.

"Okay I nak yang ni.Warna purple ni cantik.Tema I pun warna purple.But I nak u tengok.Kalau ada yang rosak I tak nak ambil."

Amirul menganggukkan kepalanya.Ikutkan hati dia nak je maki perempuan berlagak tu.Dia fikirkan pelanggan sahaja.Amirul menyerahkan baju itu kepada pekerjanya.

"Awak tak nak test dulu ke?Sebab nanti takut tak muat pula?" ucap Amirul.

"Why tak muat pula sebab I suruh u yang carikan untuk I.U kan pengurus butik ni.U mesti tahu apa yang customer u nak." Liyana tersenyum sinis kepada Amirul.Amirul masih bersabar lagi.

Sabar Amirul.Dasar perempuan berlagak.Geram aku.Amirul menarik nafas.

Selesai sahaja dia membeli.Dia memandang Amirul.

"You kena ingat.You bagi I free baju ni.,I tak terharu pun.I tahu you takut kalau I saman you,kedai you nanti tak ada customer yang masuk." ujar Liyana lalu keluar dari butik itu.

Amirul menghela nafas lega.

"Dasar perempuan berlagak.Dia ingat dia nak saman tu macam pinjam duit.Aku tak kisah kalau nak bayar saman tapi aku fikir nama company aku.Aku taknak sebabkan saman syarikat serta kedai aku terjejas." ucap Amirul dengan geram

"Sabar bos.Dia memang macam tu bos.Dia dah banyak kali datang sini.Beli baju kat sini.Dia cerewet sikit.Kalau bos nak tahu baju-baju sebelum ni yang rosak jahitan tu beli dari dialah." jelas Erma.

"Oh.Selama ni dia punya kerja lah.Apa yang dia buat dengan baju sampai koyak baju tu?". Amirul menjadi geram.Dia mengecilkan mata bulatnya itu.

"Baju tu koyak dari dia.Bukan dari kita.Kita bagi kat dia.Elok je jahitannya.Bila sampai kat dia habis koyak."ngadu Erma.

"Tak apalah.Baju ni nanti saya suruh Dira yang betulkan.Hari ni dia cuti.Korang simpan je dulu.Nanti Dira masuk kerja cakap kat dia betulkan jahitan tu." kata Amirul pada pekerjanya.Mereka menganggukkan kepala.

Kau dengan bapak kau sama je.Sebabkan aku tak terima kau jadi calon isteri aku,kau buat aku macam ni.Amirul memendam.

Amirul keluar dari butik.

"Okay,saya keluar dulu.Korang jaga kedai ni baik-baik.Apa-apa nanti call saya." ucap Amirul.

"Baik bos.Sory ganggu bos."

"Its okey." Amirul berlalu pergi dari butik itu.

Dia pulang ke rumah.

*********************************

Amani duduk di katilnya.Kepalanya masih sakit.Dia termenung memikirkan kehidupannya.Amani tidak sanggup untuk duduk di rumah itu.Amani menganggap rumah itu neraka baginya.

Pak Lang Jalil mengetuk pintu biliknya.Amani membuka pintu bilik.Dia menganggap Mak Lang yang mengetuk pintu itu.

Pak Lang Jalil terus menolak Amani ke katil.Amani sedaya upaya melawan Pak Lang Jalil.Pak Lang Jalil menampar pipi Amani.Amani tiada cara.Dia menjerit.Jeritannya di dengari oleh jiran sebelah rumahnya iaitu Makcik Mimah dan Pakcik Mat.

"Tolong... Tolong.." jerit Amani.

"Pak Lang jangan buat Amani macam ni." Amani menangis.

"Kau diam aku kata.Kau dengar cakap aku.Kalau tak mati kau nanti." ucap Pak Lang Jalil secara mengugut.

"Pak Lang apa dosa Amani?Jangan buat Amani macam ni." Amani tiada daya.

Pak Lang Jalil menutup mulut Amani.Ketika itu Pakcik Mat dan Makcik Mimah sedang berbual di bawah rumah.Mereka terdengar jeritan Amani meminta tolong.

"Bang,suara Amani tu.Cepat-cepat pergi tengok.Jalil tu dah gila.Risau saya." Makcik Mimah meminta suaminya melihat anak jirannya itu.

Pakcik Mat bergegas pergi ke rumah Mak Lang Siah.Makcik Mimah pun segera mengikuti langkah suaminya.

"Cepat bang.Saya risau ni." Terlihat kerisauan di wajah Makcik Mimah.Risau akan keadaan Amani.

"Iya sabarlah awak pun."

Pakcik Mat menolak pintu bilik dan menarik Pak Lang Jalil.Makcik Mimah memeluk Amani.Amani menangis di pelukan Makcik Mimah.

"Ya Allah,apa yang kamu buat dekat anak saudara kamu ni Jalil?Mak ayah dia suruh kamu jaga anaknya bukan rosakkan dia.Kamu ni manusia ke apa?" marah Pakcik Mat.

"Kau sibuk pahal.Ini urusan hidup kau ke?Kau tak ada kena mengena dalam hal ni.Aku ni bapak saudara dia.Suka hati akulah nak buat apa." ucap Pak Lang Jalil dengan nada tinggi.

"Dia ni lah satu-satunya anak saudara kamu.Kamu rosakkan dia.Dia tak ada keluarga lain Jalil.Mak ayah dia dah tak ada.Dia bergantung dengan kau anak beranak.Kenapa kau buat macam ni kat anak saudara kau sendiri?Cukuplah Jalil.Kau berubahlah." ucap Pakcik Mat.

Makcik Mimah memeluk Amani yang masih menangis itu.Tiada kata-kata yang keluar dari bibirnya.

Ketika itu Mak Lang Siah dan anaknya sudah pulang.

"Siapa pula datang rumah aku ni?" ucap Mak Lang Siah.

Mak Lang Siah masuk ke dalam rumah.Dia melihat suaminya.Pakcik Mat dan Makcik Mimah pun ada.

"Kenapa masuk rumah saya ni?" tanya Mak Lang Siah.

"Ni laki kamu nak rogol Amani.Siah kamu kena jaga Amani.Dia perempuan jangan biar laki kamu rosakkan dia." ucap Makcik Mimah.

Mak Lang Siah terdiam.Dia melihat muka anak saudaranya itu.Timbul rasa kasihan dalam dirinya.Dia tahu selama anak saudaranya duduk dengan dia.Amani tidak selesa dan takut.Takut apabila suaminya pulang ke rumah.Amani lagi rela di pukul di tampar olehnya dari diperlakukan begitu oleh suaminya.

Terkadang apabila Amani menjerit Mak Lang Siah laju pergi ke biliknya.Dia risau keselamatan anak saudaranya tetapi dalam masa yang sama dia pergunakan anak saudaranya itu.Semua kerana harta.Harta ibunya tinggalkan kepada Amani memberikan sebidang tanah dan rumah untuk anaknya.

Mak Lang Siah hanya menumpang di rumah Amani.Alasannya untuk menjaga anak saudaranya itu.Sedangkan motifnya mahukan rumah itu menjadi miliknya.

Dasar perempuan gila harta.

*********************************

"Mak,abah.Amani rindu.Amani tak nak duduk sini.Amani takut.Amani tak larat dah nak duduk kat tempat ni.Amani nak pergi jauh dari sini.Kalau mak dan abah ada,Amani takkan jadi macam ni." Amani menangis sambil memeluk gambar ibu dan ayahnya.

Mak Lang Siah terdengar luahan Amani.Dia terdiam.Mak Lang Siah menyuruh anaknya memanggil Amani untuk makan sekali.

"Amani,mak lang panggil makan." ucap Darwina.Darwina menjeling.Menyampah.

Kenapa aku yang kena panggil dia.Dia ingat dia raja ke dalam rumah ni.Mak pun satu suruh aku kenapa? Gumam Darwina.

"Baik." Amani mengesat air mata yang mengalir.Dia membetulkan rambutnya itu.Dia menuju ke dapur.Amani melihat Mak Lang Siah sedang menjamu selera.

"Kau tengok apa?Sinilah makan." ucap Mak Lang Siah.Amani duduk di sebelah Darwina lalu mencedok nasi dan lauk.Dia makan sekali bersama Mak Lang Siah dan Darwina.Pak Lang Jalil tiada.Dia sudah keluar dari senja lagi hingga sekarang tidak pulang lagi.

Maklumlah cari ubat.Ubat dah habis.Nanti dah dapat baru dia pulang.

"Kau tak nak kerja ke?"tanya Mak Lang Siah.

"Amani kan kerja kat kedai Pak Abu."jawab Amani dengan perlahan.

"Kau kerja situ berapa je gaji kau dapat.Tak banyak pun.Kalau kau kerja tempat lain.Banyak lah juga boleh tampung kita sekeluarga."ucap Mak Lang Siah.

Macam ada peluang untuk Amani kerja jauh.

"Tak banyak pun dapat.Tapi kalau Amani tak kerja kat situ.Nak kerja kat mana?" tanya Amani dengan bendul.

"Kau carilah kerja kat tempat lain.Kerja dengan Aini ke?Itu pun tak tahu." ucap Mak Lang Siah lalu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

"Mak Lang bagi ke Amani kerja kat KL?" tanya Amani.Mak Lang Siah terdiam.Dia agak risau jika anak saudaranya itu jauh darinya.Tetapi kerana tidak mahu suaminya mengganggu anak saudaranya.Dia memberi keizinan untuk Amani berhijrah ke Kuala Lumpur.

" Ya.Aku bagi.Pergilah kerja.Kalau kau kat sini.Kau tak jadi orang.Laki aku tu bukan manusia dah.Dah jadi syaitan.Lagi-lagi bila ada kau kat sini.Pergilah kerja.Tiap bulan kau hantarlah duit kat aku.Aku boleh jaga rumah ni. " ucap Mak Lang Siah.

Amani menganggukkan kepalanya.

"Tapi ingat.Kau kerja cari kerja yang elok.Yang halal.Jangan buat kerja haram.Cukuplah laki aku yang perangai macam haram." kata Mak Lang Siah lagi.

Amani menganggukkan kepalanya.

"Terima kasih Mak Lang.Amani janji tiap-tiap bulan Amani bagi duit kat Mak Lang." ucap Amani dengan lurus bendul.

Dia lagi seronok kau tak ada Amani.Senang dia nak tukar rumah tu nama dia nanti.Lurus betul perempuan ni.

Mak Lang Siah tersenyum.Wajahnya nampak gembira.Dia mengawal reaksi wajahnya supaya tidak dilihat oleh Amani.Dia yakin Amani tidak tahu motif sebenarnya.

Liyana ni saja je kan? Mentang-mentang dia suka kat Amirul.Macam-macam cara dia buat nak jatuhkan Amirul selagi Amirul tak terima dia.Korang geram tak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience