Bab 27 (hati)

Romance Series 36483

Mak Lang Siah sedang berehat sebentar setelah mengemas rumahnya.Sedang dia berehat,Makcik Mona datang menjenguknya.

“Siah!!Oh Siah!!!” jerit Makcik Mona.

“Iya.” jawab Mak Lang Siah.

Mak Lang Siah menuruni anak tangga rumahnya.

“Haa? Kenapa?”

“Ni aku nak bagi lauk untuk kau.Kau kan tinggal sorang-sorang.Aku kesian dekat kau.Tu aku bagi.” kata Makcik Mona.

”Buat susah-susah je kau ni.Aku bukan tak ada makanan.Ada je Amani hantar tiap-tiap bulan.Cuma aku lah.Tinggal sorang makan bukan banyak sangat.” ucap Mak Lang Siah.

“Amani ada bagi rupanya.Eloklah tu.Beruntung kau Siah.Dapat menantu macam Amirul tu.Dah lah segak.Kaya pula tu.Kalau akulah satu dalam seribu nak jumpa menantu macam tu.”

Mak Lang Siah tersenyum sendiri.

“Aku beruntung dapat menantu macam Amirul.Walaupun bukan menantu aku tapi aku bersyukur.”

“Itulah kamu.Rezeki kan?Baru aku teringat mak Amirul tu dah meninggal ke?Aku ada dengar orang kampung bercakap.Kau macam tak tau je orang kampung kita ni macam mana.Kalau boleh hal dalam kain pun mereka nak tahu." ucap Makcik Mona lagi.

Nak membawang la tu.

“Mak mentua Amani baru je meninggal.Sebab kena tikam.Aku pun tak tahu macam mana dia boleh kena tikam.Yang Amani cakap ada orang berdengki la tu dengan mak mentuanya.Yalah orang kaya kan?Biasalah.Tapi aku kesian juga Amirul tu.Ayah dah tak ada mak pun tak ada.Aku tumpang sedih juga.”

“Bahaya zaman sekarang ni.Orang tahu je dia tu orang kaya.Tapi itulah dah Allah lebih sayangkan dia.Kita pun tak tahu ajal kita bila.” ucap Makcik Mona.

“Zaman sekarang ni.Tahu-tahu je dah sakit.Dah meninggal.Aku pun tahu aku banyak dosa.Tapi taknak lah membawangkan menambah lagi dosa aku.” sindir Mak Lang Siah.

Makcik Mona tersentap seketika.

“Eh, Siah!Aku balik dulu lah.Aku ada lagi kerja nak buat ni.Nanti-nanti kita jumpa lagi." kata Makcik Mona.

“Haa yela.Elok-elok jalan tu.Kau tu dahlah barang kemas keliling tangan.Kang tak pasal-pasal jadi macam mak si Amirul tu.”

Setepek Mak Lang Siah bagi.

Makcik Mona tidak menghiraukan kata-kata Mak Lang Siah.Dia terus melangkahkan kakinya meninggalkan Mak Lang Siah sendirian.

“Dia ingat aku tak tahu.Satu kampung tahu pasal aku sebab mulut dia.Bab membawang serahkan pada dia.Haa,kan dah kena dengan aku.Sentaplah tu.” Mak Lang Siah berkata seorang diri.

Dia masuk semula ke dalam rumahnya.

**************************

Dato' Araman sedang duduk di tepi kolam.Dia melihat ikan-ikan peliharaannya sedang berenang.Puan Adhira datang membawa dulang berisi air.

“Amboi,abang termenung apa?” tegur Puan Adhira.

“Tak ada termenung apa.Teringat dekat Amirul.Kesian dia.Mama dia dah meninggal.Dulu papanya, Azman.Sekarang Aliza yang pergi tinggalkan dia.” kata Dato' Araman.

Orang tua ni.Nak kesian kan orang.Padahal dia yang suruh bunuh Puan Aliza tu.Talam sepuluh muka betul.

“Nak buat macam mana bang!Dah tertulis.Kalau Allah nak tarik nikmat hidup kita sekejap je.Entah esok lusa abang ke pergi dulu?” kata Puan Adhira.

“Eh?Awak ni!Ke situ pula dia.Sepatutnya awak doakan saya ni umur panjang dan sihat.Bukan suruh doa kan saya mati cepat.” kata Dato' Araman.

Takutlah tu.

“Saya bukan doakan.Saya cakap je.Apalah abang ni.Kita kena sedar kita bukan lama kat dunia ni.Ada harta pun bukan boleh bawa mati.” pedas kata-kata Puan Adhira.

Dato' Araman terdiam seketika.Dia mencapai air lalu diteguknya.

Sedang mereka asyik berbual.Liyana menghampiri mereka.

“Amboi,dating berdua je ke?Tak nak ajak orang lain sekali ke?” usik Liyana.

Puan Adhira sudah tersenyum.Dato Araman memandang anaknya itu.

”...Marilah sini.Nanti orang tu merajuk.” kata Dato' Araman.

Liyana menjegilkan matanya memandang papanya.Dato Araman buat-buat tidak nampak.Puan Adhira tersenyum melihat gelagat dua beranak itu.

“Duduk rumah je ke?Tak keluar?” kata Dato' Araman.

“Malaslah nak keluar.Kalau nak keluar pun dengan siapa?” ucap Liyana.

“Keluarlah dengan Amirul.” pancing Dato' Araman.Liyana yang sedang meneguk air terus tersedak.

“Papa ni.Amirul tu suami orang lah.Papa jangan tanya kenapa Amani mengamuk nanti.” kata Liyana.

Dato' Araman tergelak kecil.Puan Adhira hanya jadi pemerhati saja.

“Papa gurau je.Bukannya keluar dengan Amirul.Mesti Amirul bawa Amani sekali.Ajaklah mereka jalan-jalan.” kata Dato' Araman lagi.

“Taknaklah.Orang tu dah kahwin.Lagi pun tak manis lah.Amirul pula mesti sedih mamanya baru meninggal.” ucap Liyana.

Liyana mengambil biskut yang ada lalu di celup ke dalam air itu.Nikmat rasanya.Dato Araman melihat saja tingkah lakunya anaknya.

“Apa kata bagi hadiah kat Amirul nak?” kata Dato' Araman dengan berianya.

“Hadiah?Hadiah apa?” kata Liyana.Puan Adhira dan Liyana memandang wajah Dato' Araman.

“Hadiah untuk dia dan Amar.Kan mamanya dah meninggal.Bagilah hadiah ke buat makan-makan ke?Sedekah untuk mama dia.Kita kan rapat dengan diaorang.”

“Haah.Betul juga tu.Pandai papa.Tapi nak bagi hadiah apa?” kata Liyana.

“Bagilah makanan ke? Sekurang-kurangnya Amirul tahu ada yang ambil berat tentang mereka.” ucap Dato' Araman.

“Nanti Liyana bagi mereka.”

Mereka pun berbual panjang di laman rumah itu.

****************************

Hari itu merupakan hari ketiga Amirul membuat doa selamat untuk arwah mamanya.Suasana rumah mereka menjadi meriah.Dengan kedatangan orang ramai.

Liyana serta keluarganya datang bersama.Amirul mengalu-alukan kedatangan mereka.

Habis sahaja majlis doa selamat itu.Ada yang terus pergi mencari makanan.Liyana datang menghampiri Amirul.

Dia memberikan hadiah kepadanya.

“Amirul,ni I bagi.Khas untuk you dan Amar.I faham you sedih kehilangan mama you.I tak tahu nak bagi apa pada you.Ni je I mampu bagi.” kata Liyana.

Amirul mengambil hadiah itu.

“Terima kasih Liyana.Tak apa Amirul terima je.Awak dah datang ni pun dah okay.Doakan mama saya ye.”

“Aamiin.” kata Liyana.

Amani mencari Amirul dari tadi.Dia pelik ke mana hilangnya suaminya itu.Sedang dia mencari,Amani ternampak Amirul sedang berbual dengan Liyana.Terlihat mereka amat mesra.

Timbul rasa cemburu di dalam hati Amani.Dia mendapatkan mereka berdua.Dato Araman melihat perilaku Amani.Dia tersenyum sinis.

“Amboi,bual apa kat sini?Abang pun suruh lah Liyana duduk.Ni berdiri kat sini.Kesian dia.” kata Amani.

”Eh?Tak apa.Lagi pun Liyana nak bagi hadiah je.” kata Liyana.

”Ohh, hadiah!Banyaknya sampai dua.”

“Satu untuk Amirul dan Amar.Liyana tak tahu nak bagi hadiah apa.Lagipun Liyana faham arwah aunty baru meninggal.Mana tahu Amirul ni sedih memanjang je kan?Dia kalau dapat broken memang lama.” kata Liyana.

Amani tersenyum.

“Eh,mana ada.Bila masa Amirul broken?Tak ada ye!” ucap Amirul.

“Eleh,ingat kita tak tahu.Kalau Amani nak tahu kan,Amirul ni kalau sedih kalah perempuan.” kata Liyana.

“Mana ada.” ucap Amirul.

“Tengok tu.Menipu je kerjanya." kata Liyana.

Sudahnya mereka berdua ketawa.Amani hanya tersenyum.

“Tak apalah.Abang berbual lah dengan Liyana.Amani ada kerja sikit nak buat.” kata Amani.

Amirul mengangguk perlahan.Dia tidak memandang wajah isterinya.

Baru Amani hendak memusingkan badannya.Amirul memanggilnya.Amani menganggap Amirul mahu dia berada di sampingnya.Malah Amirul menyuruhnya mengambil hadiah di tangannya.

Amani mengambil hadiah itu dan berlalu pergi.

Salah ke aku cemburu?Tak salahkan?Aku kan isteri dia!Walaupun aku tahu Liyana dah tak macam dulu tapi benda tu boleh berulang!Amani jangan fikir yang bukan-bukan.Amani menarik nafasnya.

Dia meninggalkan mereka.Sesekali Dato' Araman melirik melihat Amirul dan Liyana yang rancak berbual.Dato Araman melihat Amani yang sudah hilang dari pandangan.

Dia tersenyum sendiri.

Amani rasa ragu-ragu dengan Liyana? korang rasa cmne? btw thanks tunggu n stay tune utk next chapter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience