Mereka berdua berpelukan.
“ Amani,Awin nak minta maaf.Awin banyak sangat buat salah pada Amani.Maafkan Awin,Amani. ” ucap Darwina.
“ Awin,Amani dah lama maafkan Awin dan Mak Lang tau.Dah jangan ungkit perkara lepas.Jom masuk dulu.Kita berbual dekat dalam. ” ujar Amani.
Amani menolong Darwina membawa barang-barangnya ke dalam rumahnya.Amani pun menutup pintu.
Amani menghidangkan secawan air oren untuk Darwina.
“ Nah Awin.Minumlah. ” ucap Amani.
Darwina mengangguk kepala.Segera cawan itu di pegang lalu dihirupnya air oren itu.
“ Awin sihat? ” soal Amani.
“ Sihat.Amani sihat? ”
“ Alhamdulillah sihat. ” jawab Amani.
“ Awin,Amani dah tahu hal sebenar.Awin cerita pada Aini kan? ”
Darwina mengangguk perlahan.
” Tak apa.But masa sekarang Awin duduk sini ya.Tenangkan fikiran.Amani ada je kat sini. ” kata Amani.
“ Ya.Awin ingat Aini duduk sorang.Tu tak sangka ada Amani kat sini.Amani mesti selalu duduk sini kan kalau Amirul outstation? ” ucap Darwina.
“ Tak adalah.Awin sebenarnya Amani dan Amirul dah bercerai. ” ucap Amani.
Wajah Darwina berubah.
“ Bercerai?Kenapa?Amani dan Amirul ada salah faham ke?Kenapa tiba-tiba?Bila korang berdua bercerai? ” bertubi-tubi soalan Darwina.
“ Baru berapa minggu lepas.Amani tak tahu nak mula dari mana. ” Amani sudah menundukkan wajahnya.
Amani menceritakan semuanya.Darwina melihat wajah Amani.Begitu banyak ujian yang ditempuhi Amani.Darwina berasa simpati melihat keadaan sepupunya itu.
“ Tak apa.Awin faham.Sabar ye Amani.Mungkin ada hikmah semua ini.” pujuk Darwina.
Amani tersenyum.
“ Terima kasih Awin.Tak ada apa.Aryan tak ada bosan.Ada aunty Aini dan aunty Awin. ” ucap Amani.
Darwina memandang Aryan.Dia tersenyum.
“ Comelnya.Gebunya dia.Macam mamanya.” ucap Darwina dengan teruja.Dia mengusap pipi Aryan.
Amani tersenyum.
“ Aryan jangan sedih.Aunty Awin ada dengan Aryan.Nanti kita pergi shopping sama-sama tau. ” ucap Darwina berbisik di telinga Aryan.
Aryan tertawa.
“ Dia fahamlah Amani.Tengok tu.Dia ketawa. ” Darwina tertawa melihat anak saudaranya itu.
Amani tersenyum.Amani melihat Darwina sibuk melayan si Aryan.Dia memberi ruang padanya.
” Awin minum tau.Nanti letak je cawan kat dapur.Biar Amani basuh.Awin mainlah dulu dengan Aryan.Amani nak mengemas. ” kata Amani.
“ Ish,apalah Amani ni.Awin bukannya tetamu.Awin boleh je basuh sendiri.Tak apa.Awin okay je. ”
” Kalau macam tu Amani nak buat kerja ya! ” balas Amani.
“ Ya.Tak apa.Awin teman Aryan.Kan Aryan.Gebunya budak sorang ni. ” Darwina mencium pipi si Aryan.
Aryan tertawa.Darwina tersenyum.Darwina memandang wajah anak saudaranya itu.
Sejahat-jahat aku Adha tidak pernah melafazkan cerai kepada aku.Tetapi insan sebaik Amani sanggup di sia-siakan oleh lelaki kerana perempuan lain.Betapa murninya hati kau Amani.Detik hati Darwina.
********************
Amirul sudah sihat seperti biasa.Namun Erin tetap melawatnya di mana sahaja dia berada.
Erin datang ke pejabat untuk berjumpa Amirul.Dia terus masuk ke dalam ofis Amirul.Terlihat Erin dan Amirul keluar dari ofis.
“ Aini,saya ada hal.Nak keluar sekejap.Tolong tengok-tengokkan staf yang lain.Dan kalau ada orang cari saya,awak cakap saya ada urusan luar. ” kata Amirul.
Aini mengangguk.Amirul dan Erin pun berlalu pergi.Naufal dan Mimi berpandangan satu sama lain.Mereka saling memberi isyarat.Mimi pun menuju ke meja Aini.Aini terkejut lalu memandang Mimi.
“ Kau kenapa Mimi? ” soal Aini.
” Weh,aku tengok bos tu.Sejak dah sihat ni tak habis-habis berkepit je dengan Erin.Geram pula aku tengok.Takkan dia biar je Amani tu?Lelaki ni memang kan?Semua tak berguna.Depan-depan pijak semut tak mati.Tapi kat belakang macam buaya.Aku menyampah betul lelaki macam tu.” luah Mimi.Aini menggeleng kepalanya.
“ Biarlah dia.Malas aku ambil tahu.Asalkan gaji aku jalan.Dia nak buat apa yang dia suka.Biar je.Malas aku nak tahu.” jawab Aini.
“ Kau rasakan bos tu takkan tak ada perasaan?Dia kahwin dengan Amani sebab apa?Takkan dia tak cintakan Amani?Bila Erin datang balik terus tinggalkan dia macam tu?Dengan Amani jaga anaknya seorang diri.Tak ada sesiapa pun tahu keadaan Amani sekarang.Perit semua dia tanggung sendiri.Lelaki sibuk dengan perempuan lain.Ni kalau aku memang aku kerat lelaki macam ni.Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah. ” bebel Mimi lagi.
“ Iyalah.Langit tu tinggi.Kau je yang rendah.Sudah!Baik kau pergi buat kerja.Sebelum aku beritahu Encik Amirul kau a.k.a singa tu. ” kata Aini.
“ Dia ni.Kalau mengugut tu bagi kat dia.Baiklah Cik Ainiku Sayang.Patik pergi buat kerja sebelum si Singa tu mengamuk. ” ejek Mimi.
Naufal tersenyum apabila terdengar Mimi mengejek Aini.Aini menjegilkan matanya.
**********************
Darwina mengusap pipi Aryan yang sedang lena itu.Dia memandang Amani.
Darwina terfikir.Seburuk apa pun perbuatannya Adha tidak pernah melafazkan cerai kepadanya.Tidak seperti Amani.Dia berasa kasihan melihat sepupunya itu.
“ Amani,Amirul tahu ke Amani kat sini? ” timbul satu soalan keluar dari mulut Darwina.
Amani menggeleng kepalanya.
“ Amani,Amirul perlu tahu.Ini anak dia.Takkan Amani yang jaga seorang diri?Amani tak boleh diam macam ni?Aryan perlukan ayah dia. ”
Amani menarik nafasnya.
“ Awin faham.Apa yang dah jadi.Tapi Amani kena beritahu Amirul tentang anaknya. ” ucap Darwina lagi.
” Awin,Amani ada sebab kenapa tak nak beritahu Amirul yang kami ada kat sini.Amani takut nyawa anak kami akan jadi terancam. ” jelas Amani.
“ Terancam?Apa yang Awin tak tahu?Amani cerita kat Awin,apa yang sebenarnya yang dah jadi. ” ucap Darwina.Darwina berasa curiga.
Amani menarik nafasnya.
“ Tentang penceraian kami sudah dirancang oleh orang.Kami hanya ikut sahaja apa yang mereka sudah rancangkan itu.” ucap Amani.
“ Maksud Amani?Ada orang lain yang cuba nak rosakkan hubungan Amani dan Amirul selain Erin?Macam tu? ” Amani mengangguk.
“ Siapa?Kenapa dia sampai nak ganggu rumah tangga orang? ” Darwina tidak puas hati.
“ Sebabkan Amirul berharta.Dia nak hancurkan hidup Amirul.Dan Amani jadi mangsa sekali. ” Amani memandang Darwina.
” Sebabkan Amirullqh puncanya?Macam mana Amani tahu?Amani tahu ke siapa dalangnya?Kalau macam tu kita buat report nak? ” ujar Darwina.
Amani menggelengkan kepalanya.
“ Tak boleh Awin.Kalau Amani masuk campur,mungkin Aryan akan jadi mangsa.Sebab dalangnya macam dah tahu yang Amani tahu tentang dia. ” Darwina memandang Amani.
“ Cara terbaik Amani terpaksa diamkan diri.Tak nak Amirul tahu tentang kami.Biar sampai masa nanti.Kebenaran akan terbongkar juga. ”
Darwina memeluk Amani.
” InsyaAllah.Kita banyak-banyakkan berdoa. ” kata Darwina.
“ Terima kasih Awin.Awin nanti teman Amani.Amani nak cari baju lah untuk Aryan.”
” Boleh je.Awin okay.Mesti Aryan suka dapat baju baru. ”
Mereka berdua tertawa.Amani tidak pernah sangka dia dan Darwina akhirnya mesra seperti orang lain.Darwina berasa gembira kerana diberi peluang bertemu dengan Amani.Amani sahaja yang dia ada.Sepupu yang dia ada.
Good morning..Mimi menyempat pula dia mengumpat Amirul.Korang jgn lupa baca dan komen tau...stay tune
Share this novel