Bab 15 (rakaman video?)

Romance Series 36483

Amani dan Aini baru sahaja pulang ke rumah.Kedua-duanya terlihat agak kepenatan.Aini mengunci pintu rumah.Amani yang sudah masuk terus duduk di sofa.Sesekali Amani mengeliat.

“Leganya.Kalau kena urut ni lagi best.” ujar Amani.

Aini memandang Amani.

“Nak suruh aku urutlah tu.Malaslah.Aku pun penat ni.” ucap Aini.

“Ala.Bolehlah Aini!Please!” kata Amani.

“Tak ada.Tadi kau suruh aku teman follow Liyana sampai sakit kaki aku ni.Sekarang ni no.Aku nak rehat juga.” kata Aini dengan tegas.

“Bukan buat apa pun.Kita follow dia je.”

Aini memikirkan sesuatu.

“Kau rasa kan apa motif Liyana sebenarnya?Masa kita nampak tadi elok je siap berpelukan lagi dengan lelaki tu.Tapi bila sampai hotel lain pula jadi.” ucap Aini.

“Aku pun terfikir.Aku rasa dia plan dengan lelaki tu kot untuk tarik perhatian bos.Bukan kau rakam ke tadi masa Liyana dengan lelaki tu?" soal Amani.

“Haah.Aku rakam.Kejap.” Aini mengambil telefon bimbitnya.Dia menunjukkan sebuah rakaman.Di dalam rakaman itu kelihatan Liyana dan lelaki berkenaan sedang berpelukan dan terlihat gembira.

“Cuba tengok video yang kat hotel tu pula." ujar Amani.

Aini mencari rakaman yang seterusnya.Dia membuka rakaman tersebut.

Di rakaman itu pula Liyana sedang memeluk Amirul.Lelaki yang memegang pisau itu keluar dari bilik hotel itu.Sebelum keluar dari pintu bilik itu,lelaki itu memberikan isyarat tangan kepada Liyana.Liyana membalas isyarat tangan tersebut.

Di dalam video itu sangat jelas menunjukkan Liyana dan lelaki itu bersengkokol untuk menarik perhatian Amirul.Sebelum lelaki itu beredar wajahnya terakam di kamera dan dia telah memandang tepat ke kamera itu.Lelaki itu memandang dengan pandangan yang sangat tajam.

Aini memberhentikan video itu.Dia dan Amani saling berpandangan.

“Kau rasakan lelaki tu tahu ke kita rakam dia?” ucap Aini.

“Aku rasa dia tahu tapi dia takkan cam muka kita.Sebab kita kan tutup muka kita masa tu.Kau tak ingat ke?” kata Amani.

Flashback

“Weh tu bos kan?Biar betul Liyana peluk bos?” ucap Aini.Aini sudah terlopong.

Ini bukan lalat je boleh masuk lipas tikus pun boleh masuk.Tak cover betul Aini.

“Shhhh.Diamlah.Nanti orang tahulah.Kau pakai mask cepat.Nanti ada orang yang nampak.” kata Amani.

------------------------------------------------------------

“Haahlah.Baru aku ingat.Nasib kau suruh aku pakai mask.Kalau tak masak kita dengan lelaki tu.Dah lah dia pegang pisau waktu tu.” ujar Aini.

Amani mengangkat keningnya.

“Aku percaya lelaki tu takkan kenal kita.Dia bukan nampak muka kita Lagipun dia bukan perasan pun.” kata Amani menyedapkan hati Aini.

“Aku pun berharaplah macam tu.”

“Jangan risaulah.Aku akan pastikan lelaki tu tak kenal kita.Kau bagi video ni kat aku.Aku nak buat bukti.” ujar Amani.

“Bukti?Untuk apa?”

“Adalah.Kalau Liyana tu kacau aku.Aku bagi bukti ni kat bos nanti.Aku ugut dia.Dia tak boleh buat apa.” ucap Amani dengan bangga.

“Kau gila?Buat dia bawa lelaki tu sekali macam mana?Kau jangan!Aku sayang kau tau.Kita tak kenal Liyana tu macam mana.” ucap Aini

“Kau ni.Rileklah.Aku main-main je.Bagi video tu.Aku nak simpan je.”

“Yela.Kau simpan tau.Jangan kau tunjuk kat bos pula yang kita skodeng dia.” kata Aini lagi.

“Tak ada maknanya.Bukan syok pun skodeng dia tu.Tak selera aku.” kata Amani.

Aini terfikir.

“Eh,kau ingat tak?Masa kita pergi hotel tu kan ada aunty tanya kita nak booking ke?Kau jawab dah order kan.” kata Aini.Amani mengangguk.

“Aunty tu cakap kawan pakai baju hitam order kan?” ucap Aini lagi.

“Haah.Kenapa?

“Kau terfikir tak siapa yang pakai baju warna hitam masa tu?” ucap Aini.

Amani mengingati semula kejadian itu.

“Weh,bukan bos ke yang pakai baju hitam.” bulat mata Amani.Terkejut.Aini memandang Amani dengan senyuman makna serta menganggukkan kepalanya.

“Kau rasa aunty tu fikir apa?Dia fikir kita buat ........ dengan bos kan?”

“Haahlah.Eiii simpang malaikat 44.tak teringin aku nak buat benda terkutuk tu.Astaghfirullahalazim.” kata Amani.

“Biarlah apa yang aunty tu fikir tapi kita tak buat pun.Patutlah dia senyum kat aku.” ucap Amani.

“Tula lain kali jangan main masuk je.Kau pun main cakap je.Kan aunty tu fikir bukan-bukan.” tegur Aini.

“Yela.Aku tak buat dah.Insaf mat.Lagipun aku pergi situ sebab nak tau apa yang jadi je.Tak sangka aunty tu fikir bukan-bukan.” Aini sudah tergelak kecil.

“Dari kita sibuk fikir pasal tu baik mandi.Dah bau apa dah.Kau tu dah bau gajah.” usik Amani.

“Ceh.Abis tu kau bau apa?Lembu?Moooo..”

Mereka berdua sudah tertawa apabila mendengar Aini sudah membuat bunyi lembu.

Nakal budak dua orang ni.

***********************************

Liyana menutup telefon bimbitnya.Dia menuju ke katil.Liyana melihat wajah Andika yang sedang nyenyak tidur.Dia mengusap pipi lelaki itu.Andika terjaga apabila terasa pipinya diusap oleh seseorang.

Andika tersenyum melihat wajah Liyana yang menawan itu.Dia memegang tangan Liyana lalu mengucup tangan itu.

“Siapa call tu?” soal Andika.

“Amirul.” kata Liyana.

“Dia nak apa call u malam-malam ni?” ucap Andika.Andika sudah mengerutkan dahinya.

“Dia tanya khabar I.Kenapa?Jealous?" Liyana tersenyum lebar.

“Mestilah I jealous.U kan girlfriend I.Lagipun Amirul tu bukan nak u pun.Dia datang pun sebab kesiankan u.U tak payahlah kejar dia.I kan ada dengan u.” kata Andika.

“I tak puas hati dengan dia.I akan happy bila dia jatuh tersungkur di depan I.” Liyana tersenyum.

“Suka hati u lah.U,I ad something nak cakap." kata Andika lagi.

“Apa?” Liyana memandang wajah Andika.

“Masa I keluar dari bilik hotel tu.I nampak ada dua orang perempuan follow Amirul.I tak kenal pula siapa.Tapi wajah dia macam pernah nampak.”

“Perempuan?Follow Amirul jumpa I kat hotel?" tanya Liyana.Andika mengangguk.

“U nampak tak muka mereka berdua?”

“Tak.Sebab mereka pakai mask.Sorang lagi pakai spek hitam." jelas Andika lagi.

“Tak apalah nanti I cari siapa perempuan tu.Kenapa mereka busy body sangat,nak tahu hal orang?”

“Biasalah manusia u.Tak payah serabut.Malam ni kita enjoy.” kata Andika lalu memeluk Liyana.Liyana menolaknya.

“Tak payah nak enjoy sangat.Tadi Amirul tegur.U dahlah tidur berdengkur.Nasiblah I cover.I cakap Wani tidur sebelah I.Kalau tak mati I.Dia beritahu papa I.” ucap Liyana.

“U ni takut sangat dengan Amirul tu.U kena ingat banyak lagi kita kena plan.U kena bayar I lebih.Kalau tak,I tak nak buat.U carilah orang lain berlakon jadi I.” ugut Andika lalu memasamkan wajahnya.

“Ala u ni.I gurau jela.I bukan takut pun dengan Amirul.Cuma I tak suka dia busy body hal I.Of course lah I kena bayar u lebih.U kan kesayangan I.” ucap Liyana sambil melentokkan kepala di bahu Andika.

“Kalau I ni kesayangan u why u masih nak Amirul lagi?” Andika memandang Liyana tak puas hati.

“Sebab I nak hancurkan hidup dia je.Itu je.I tak nak pun dia.Tapi u berlakon kalah artis kat tv tu tau.Macam manalah I tak terpikat dengan u.” Liyana dan Andika saling berpandangan.

********************************

Adha sedang berehat seketika apabila selesai membuat kebun pisang milik ayahnya.Adha kemudian baring sebentar di pondok itu.Dia mahu melelapkan matanya untuk menghilangkan penatnya itu.Kedatangan Darwina tidak disedari oleh Adha.Adha masih nyenyak tidur.

Darwina tercari-cari akan Adha.Dia ternampak akan sebuah parang yang diletakkan di tepi pondok itu.Darwina melihat parang itu.Dia terdengar bunyi dengkuran dari dalam pondok itu.

Darwina menjenguk ke dalam pondok itu.Terlihat Adha yang sedang tidur.Timbul idea jahat Darwina.Darwina mahu memerangkap Adha.Dia tersenyum lebar.

Adha dan Darwina terjaga dari tidur.Kerana bunyi yang agak bingit membangunkan lena mereka.Kedua-duanya pun bangun.Kedua-duanya terkejut kerana orang kampung semua sudah mengerumuni mereka.

Makcik Senah dan Pakcik Jusoh memandang ke arah anaknya.Mak Lang Siah pula sudah bercekak pinggang.

“Adha,apa yang kamu buat dengan anak aku?Sebelum ni Amani lepas tu anak aku.Kau ni memang kerja merosakkan anak orang ke?” Mak Lang Siah memandang wajah Adha.

Adha yang baru sahaja sedar itu,terkejut apabila dituduh oleh Mak Lang Siah.Dia yang mamai itu tidak mengerti yang di maksudkan oleh Mak Lang Siah.Dia memandang di sebelahnya.Kelihatan Darwina dan baju yang agak koyak.Adha terdiam.

“Senah,ini yang kau kata kat aku.Amani menyundal dengan Adha?Aku tak sangka anak kau dah buat Amani sekarang dia buat anak aku pula.Kau kan Adha kalau kau anak aku memang aku hempuk je kau.” marah Mak Lang Siah.

“Kau berpada-pada cakap Siah.Anak aku tak macam yang kau cakap.Dia nak kawan dengan perempuan pun tak berani inikan nak buat benda haram dengan anak kau.” balas Makcik Senah pula.

“Habis kau nak cakap apa?Anak aku yang menggatal dengan Adha?” soal Mak Lang Siah lalu memandang Makcik Senah.

Darwina sudah terdiam.Tidak berkata sepatah apa.Dia tak sangka sehingga jadi begini.Demi menutup aibnya dia terpaksa berlakon bahawa Adha yang merogolnya.Baju Darwina awal-awal lagi sudah dikoyakkan sedikit demi menggoda Adha.

“Anak kau siapa je tak kenal!” ucap Makcik Senah dengan tajam kepada Darwina.

Mak Lang Siah sudah naik angin.

“Kau tengok anak kau apa yang dia dah buat kat anak aku.Kau ingat anak aku ni tak ada maruah diri?Mulut kau jaga jangan sampai aku cilikan.” Mak Lang Siah sudah menarik lengan bajunya.

Beberapa orang sudah memegang Mak Lang Siah.Mereka sudah masak akan sikap Mak Lang Siah.

“Kau dari dulu sampai sekarang sama je.Kau jangan ingat aku tak tahu kau duduk jaga Amani sebab apa?Sebab kau nak harta kakak kau kan?Tak payah tipulah Siah.Satu kampung bercerita tentang kau.Sekarang ni kau nak perangkap anak aku pula Jangan harap.Aku pasti anak aku tak bersalah.Anak kau yang perangai macam mak dia.Perangai syaitan.” kata Makcik Senah.

Mak Lang Siah terus menampar pipi Makcik Senah.Mereka pun bergaduh di situ.Orang kampung cuba untuk menenangkan keadaan tetapi kerana suara Mak Lang Siah yang kuat itu menjadikan keadaan menjadi huru-hara.

Pakcik Jusoh cuba menenangkan isterinya dan Mak Lang Siah.

“Sudah.Kita tanya kat mereka berdua.Kau orang berdua bergaduh kat sini pun tak berguna.Bawa mereka ke rumah.Kita berbincang.” tegas suara Pak Jusoh.

Sampai di rumah Adha,Makcik Senah bertanya kepada anaknya.

“Adha,kau jujur dengan mak.Kau rogol Darwina ke?Jujur dengan mak.Semua orang ada kat sini jadi saksi.” kata Makcik Senah.Suaranya bergetar.

“Sumpah mak.Demi Allah Adha tak rogol Darwina.Lepas Adha siap kerja,Adha terus baring.Masa tu Adha seorang je.Tak ada sesiapa pun.” jelas Adha walaupun tergagap-gagap.

Mak Lang Siah tidak percaya akan penjelasan Adha.

“Kau tipu.Kau goda anak aku kan?” tempelak Mak Lang Siah.

“Tak.Saya tak buat pun.” terketar-ketar suaranya apabila Mak Lang Siah bersuara.

Darwina berpura-pura menangis.Dia menggelengkan kepalanya memandang wajah Adha.

“Sampai hati awak tipu mak saya.Awak lelaki tak guna.Awak dah rogol saya.Dah dapat badan saya lepas tu awak tak mengaku.Patutlah Amani boleh terpedaya dengan awak.Sebab kata-kata awak semua manis.Janji palsu.Saya takkan maafkan awak kalau saya mengandung.” jerit Darwina.

Mereka semua terdiam apabila melihat reaksi wajah Darwina.Jelas pandangan mereka, Darwina tidak bersalah.

Adha terkejut dengan kenyataan yang baru diucapkan Darwina.Dia memandang wajah Darwina yang sudah bergenang dengan air mata.

Apa motif kau fitnah aku macam ni Darwina?Aku tak buat apa pun pada kau.Adha memandang wajah Darwina.

“Awak lupa yang awak tarik saya ke pondok.Awak kata nak saya tolong awak.Tapi awak lepaskan nafsu awak.Saya ingatkan awak lelaki yang baik.Yang boleh lindungi saya.Tapi awak lebih teruk.Lelaki semua sama.Mak Awin benci dia.Awin benci dia.” jerit Awin sekuat hati.

Air mata semakin berjurai laju ke pipi.Mak Lang Siah memeluk anaknya.Dia tidak berkata apa-apa.Kerana dia tahu emosi Darwina tidak stabil.

Adha terkaku.Dia tidak percaya bahawa Darwina memfitnahnya.Sedang Mak Lang Siah memeluk anaknya,tubuh Darwina menjadi lembik.Darwina seperti mahu pengsan.

“Awin,awin.Bangun nak.Awin sedarlah.”

Mereka yang berada di situ membantu menyedarkan Darwina.Sementara Makcik Senah terdiam dan melihat sahaja.Adha memandang wajah ibunya.

Makcik Senah faham.Dia lebih percaya kepada anaknya berbanding Darwina.

Sabarlah anak mak.Mak akan bantu kamu pertahankan maruah keluarga kita.Makcik Senah terus bangun dari sofa lalu masuk ke dalam bilik.Pakcik Jusoh melihat isterinya yang hilang dari pandangan.

Apa macam?okay ke chapter kali ni.Tq utk korg yg setia menunggu.hehe..memang saja update lambat².So tunggu utk next chapter pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience