Bab 11 (sayang?biy?)

Romance Series 36483

Amirul termenung di tepi kolam itu.Dia teringat hal kelmarin.

Macam mana aku boleh melutut kat dia masa tu?Aduh!Apa aku fikirkan sangat sampai aku buat macam tu?Malunya aku bila buat macam tu.

Amirul menepuk dahinya.Dia menggelengkan kepalanya.

Macam mana aku nak jumpa Amani nanti?

Amirul menyesali dengan perlakuannya.Dia merasakan maruahnya sebagai lelaki tercabar.

Sedang dia memikirkan,Puan Aliza datang kepadanya.

“Anak mama ni,apa yang serabut sangat tu?Ceritalah pada mama.” soal Puan Aliza.

Amirul terus memandang wajah mamanya.

“Eh,tak adalah ma.Stres pasal kerja saja ma.” tipu Amirul.

“Iya?Biasalah kan?Masa papa yang jaga syarikat tu pun sama.Stres sebab kerja tapi papa tak fikirkan sangat.Balik saja rumah dia kata nak spend time dengan mama.Tak mahu cerita tentang hal kerja.” ucap Puan Aliza.

Dia tersenyum apabila menceritakan tentang suaminya.

“Kalau papa ada mesti mama tak sunyi.” Puan Aliza mengeluh.

Amirul memandang wajah mamanya.

“Mama kuat kerana papa.Papa selalu bagi kekuatan pada mama.Kalaulah buah pinggang mama tak rosak mesti papa sihat.“ sebak kedengaran suaranya.

“Papa sanggup beri buah pinggang dia pada mama.Tapi dia yang tinggalkan mama.Mama lagi rela mama yang pergi.“ Puan Aliza menutup matanya

Dia tidak mahu menangis.Dia cuba untuk menahan dirinya dari tidak menangis.Amirul memegang tangan mamanya lalu mengucup lembut tangan mamanya.

“Ma,selagi Mirul ada,mama tak sunyi.Mama ada mirul,ada Amar.Kami sentiasa ada dengan mama.Mama jangan sedih ye?Mirul sayang mama.Mirul takkan tinggalkan mama Itu janji Mirul.”

Puan Aliza tersentuh dengan kata-kata Amirul.Amirul semakin menumbuh dewasa.

“Ma,semua yang terjadi ada hikmahnya.Papa sayangkan mama.Cintanya pada mama takkan berubah walaupun mama dan papa tidak bersama tetapi cinta papa dan mama tidak akan pudar.” Amirul memegang tangan Puan Aliza.

Dia memandang wajah sugul mamanya.Amirul mengusap pipi mamanya.

“Mirul beruntung dapat seorang ibu sekuat mama.Mama tak pernah mengalah walaupun berkali-kali mama jatuh.Mama tetap akan bangkit.Mama tetap pertahankan keluarga dan syarikat kita.Mama dah buat yang terbaik pada Mirul.Dah cukup dah bagi mirul.”

Puan Aliza memandang wajah anaknya itu.Melihat wajahnya dia menjadi kuat kerana wajah Amirul iras papanya.Dia tersenyum memandang Amirul.

“Mama bangga dengan Mirul.Mirul terbeban dengan keluarga dan syarikat.Mama bangga Mirul mampu jaga syarikat kita.Mama harap Mirul boleh jaga dengan baik.Terima kasih sebab Mirul dah buktikan pada mama.”

Puan Aliza mengusap rambut Amirul dengan lembut.Amirul tersenyum.

“Mama jangan cakap macam tu.Mirul buat semua ni demi mama dan papa.Mama jangan sedih-sedih ye?Kami selalu ada dengan mama.Mama doakan yang terbaik untuk Mirul ye?Tanpa doa mama Mirul tak sampai ke peringkat ini.Semua ini dari kerja keras mama.Mirul hanya buat yang mana Mirul mampu.”

Puan Aliza tersenyum.

“Mama doakan yang terbaik untuk Mirul dan Amar.Semoga anak-anak mama berjaya dunia akhirat.”

“Terima kasih sayang anak mama ni.” ucap Puan Aliza lagi.

“Along je ke mama sayang?Amar?” soal Amar yang sudah lama berada di situ.Amar memuncungkan bibirnya yang sudah seperti muncung itik itu.

“Mama sayang juga.Mama sayang anak-anak mama ni.Along dan adik sama je mama sayang.” Amar tersenyum mendengar kata-kata mamanya.

Terus Amar memeluk mamanya.Amirul dan Amar berada di pelukan mamanya.

Puan Aliza tersenyum melihat gelagat anaknya.Walaupun sudah dewasa tetapi apabila berjumpa bagai anjing dengan kucing.Berebut mahu memeluk mamanya.

Puan Aliza bersyukur dikurniakan anak yang memahaminya.Hadiah padanya yang paling terindah.Suaminya telah pun pergi meninggalkannya tetapi dua hero yang sentiasa berada di sampingnya itu kebahagiaan pada dirinya.

*************************************

Amani termenung seketika di meja makan itu.Dia memikirkan perkara yang diucapkan oleh Amirul kelmarin.

Aku kena berlakon jadi girlfriend dia?Biar betul tapi kalau perempuan tu datang cari aku lagi macam mana?Masak aku.Bukan masak memang rentung aku.

Aini melihat temannya yang termenung itu.Terlintas di fikirannya untuk mengusik Amani.Dia berjalan dengan perlahan dan menepuk bahu Amani.Apa lagi Amani pun terkejut.

“Makkkk.” terjerit Amani.Amani mengurut dadanya.Terasa mahu tercabut sahaja jantungnya itu..

“Aini tak lawaklah.Mahu terkena heart attack aku.Kau kalau aku jalan terus ke batu dua baru kau menyesal.” ucap Amani.Aini tersengih.

“Ala,aku usik je.Janganlah sampai cakap macam tu.Aku sayang kau lah.” ujar Aini.

Amani menjeling geram.

“Okay aku tak buat dah.Aku tengok kau dok tenung dinding tu.Dah sampai mana?Sampai rumah sebelah ke?” sengih Aini.

“Tak ada maknanya.Aku tengah fikir ni.”

“Kau fikir apa?Pasal berlakon jadi girlfriend bos?” Amani menganggukkan kepalanya.

“Ala apa susah.Berlakon jela.Lagipun bos bayar kan?Kalau aku on je.” kata Aini.

“Aku tak kisah pun pasal dia bayar.Yang aku kisah takkan aku kena panggil dia biy?”

“Okaylah tu daripada kau panggil dia sayang atau abang.” Amani mengerutkan dahinya.

“Eii,tak kuasa aku panggil dia abang.Geli lah.”

“Eleh geli konon.Padahal suka.” usik Aini.

Dah mulalah tu nak mengusik Amani.Kesian Amani kena usik saja.

“Tak teringinlah aku panggil si jebon tu abang.Mahu muntah aku Bukan setakat muntah, terkeluar anak tekak aku.” kata Amani.

“Iya?Jangan!Mana tahu nanti kan kau terfalling in love betul-betul dengan dia?Macam mana?Jebon yang kau kutuk tu tiba-tiba jadi laki kau?” ucap Aini.

“Tak adanya.Aku tak nak lah si jebon tu jadi laki aku.Nanti tak pasal-pasal jadi gila aku.” ucap Amani lagi.

“Gila?Gila mencintai dia ke?Tapi okaylah sorang jebon sorang jemon bercinta kemudian kahwin.Kan sweet tu.” Aini masih mengusik Amani.

“Kau ni.Benci aku.Malas layan kau.Apa kata kau je yang kahwin dengan jebon tu.” Amani menjungketkan keningnya.

“Taknak aku.” jawab Aini.

“Kenapa pula?”

“Sebab dia sesuai dengan kau je.Sorang sewel sorang skema.Ngam doh.Bagai pinang tak terbelah.” usik Aini lalu dia tertawa.Cepat-cepat Aini berlari meninggalkan Amani.

Amani apa lagi.Member dah panas.Memang dia kejar Aini sampai dapat.

*********************************

Amani membancuh air kegemaran Amirul.Dia menghantar ke ofis Amirul.Ketika itu ada seseorang di ofisnya.Amani mengetuk pintu.

“Masuk.”

Amani menghantar air bancuhannya itu.Dia terlihat Liyana yang berada di hadapannya.

“Hai Amani.” ucap Liyana.Amani hanya memberikan senyuman sahaja.

Kau tak jawab aku tegur kau.Mentang-mentang boyfriend ada kat depan.Berlagak.

“Thank you sayang buatkan air untuk biy.” Amirul memegang tangan Amani.Amani terkedu.

Amani baru teringat dia perlu berlakon.Dengan spontan Amani memeluk erat lengan Amirul.

“Welcome biy.Sayang buat untuk biy tau.Ikhlas dari sayang.Sakit tau jari ni terkena air panas tadi.” ucap Amani dengan manja.

Sememangnya waktu Amani sedang membancuh air untuk Amirul jarinya terkena pada air panas itu.Langsung kemerahan jari Amani.Amirul melihat jari Amani yang sudah kemerahan itu.

“Alololo,shian manja kita ni.Nanti biy balut ya!” Amirul tersenyum.

Liyana yang berada di situ apa lagi berbulu member.Dia memandang mereka berdua dengan tajam.

“Oh,sory lupa ada Cik Liyana.Tak perasan pula." ucap Amani.

What?Dia tak perasan aku?Dia ingat aku tunggul kat sini?Sabar Liyana.

“Tak apa.Its okay lagipun you all kan pasangan serasi.”

“Sayang,lunch nanti kita pergi makan nak?” ujar Amirul.

Amirul menganggap Liyana seperti tidak wujud sahaja.Dia melakonkan wataknya.

“Makan kat mana?Nak.Laparlah sayang tak makan pun breakfast tadi.” kata Amani dengan manja.

“Alololo.Okay kita makan kat tempat biasa.Kita makan puas-puas baru kenyang.” ucap Amirul dengan nada manja juga.

Sweetnya pasangan ini.Bagai pinang tak terbelah.Bak kata Aini.

“Eh dah pukul 1.Jom pergi makan.” ajak Amirul.

“Sekarang?” soal Amani.Amani pelik.

Dia ni betul-betul ke ajak aku makan?Atau ajak-ajak ayam saja?

“Ye sayang.Sekaranglah.Liyana nak join sekali?I nak makan dengan Amani.U nak ikut pun boleh.”

“Tak apalah.I nak baliklah." Kata Liyana.

“Takkan nak balik.Lagioun kami nak makan je.Dekat je,jom.” ajak Amirul dengan beria.

Amani memandang wajah Liyana.

“Okay ,sebab u ajak i ikut jela.”

Sampai sahaja di restoran itu,mereka mengambil makanan tengah hari.Amani menarik kerusi dan duduk.Liyana cepat-cepat duduk di sebelah Amirul.Amirul dengan selamba membawa makanannya dan duduk di sebelah Amani.

Wajah Liyana berubah.Mereka pun makan dengan tenang.

Amirul dengan selamba menyuapkan nasi ke mulut Amani.Amani terkedu.Amirul menjungketkan keningnya memberi isyarat kepada Amani membuka mulutnya.Amani dengan perlahan membuka mulutnya.

Amani malu-malu apabila disuap oleh Amirul.

“Sedap tak sayang?” soal Amirul.Amani menganggukkan kepalanya.

“Good girl.” Amirul membetulkan rambut Amani yang menutupi matanya itu.

Liyana memerhati kedua pasangan itu.

Jealous?Maybe?

Muka Amani membahang apabila diperlakukan oleh Amirul sebegitu.

Biar betul dia ni?Ni baru hari first jumpa Liyana.Kalau setahun naya Pak Karim.Oh My God.Chill Amani.Amani mengipas mukanya.

“Panas ke sayang?”

“Taklah ayam ni pedas.” kata Amani.Padahal member tengah cover malu.

“Makan elok-elok.Kalau pedas minum air sikit.Biar tak ada rasa pedas itu.” prihatinnya Amirul.

Kau berlakon ke betul-betul Amirull?Bidas otaknya.Amirul menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

Terlintas idea nakal Amani apabila melihat Liyana yang jadi pemerhati dari tadi.

“Biy,buka mulut..Nak suap” ucap Amani.Amirul terus membuka mulutnya.

“Sedap tak?” soal Amani.

“Sedap.Ada manis-manis biy rasa.” jawab Amirul.

”Apa yang manis?”

“Sayang!” Amirul tersenyum.

Liyana sudah menyampah melihat pasangan itu.Dia menarik nafasnya.

Amani tersenyum.Amani melirik ke arah Liyana.Dia berjaya membuat wanita itu cemburu dengannya.

Selesai makan,Amani dan Amirul berjalan bersama.Amani masih melakonkan wataknya.Dia memegang tangan Amirul.Amirul pula menggenggam erat tangannya seperti tidak mahu lepas.

Liyana melihat saja mereka berdua.Sampai di kereta Liyana terus meminta untuk beredar.

“Okaylah thanks ajak I makan.Sory ganggu you all nak dating.” ucap Liyana.

“Eh,tak apa Liyana.Saya okay je.” ucap Amani.

“Tak apa nanti kita makan lagi.Bye Liyana." kata Amirul.

Amani dan Amirul masuk ke dalam kereta.Mereka pulang ke pejabat semula.Masing-masing melayan perasaan sendiri.Amirul memulakan bicara.

“Thanks Amani tolong saya.Awak berjaya lakonkan watak awak.Maybe lepas ni Liyana tak ganggu saya.Tapi kalau dia ada macam biasa tau?”

“Welcome bos.Tak apa.Tugas saya hanya melakonkan watak girlfriend bos.So saya dah buat yang macam mana bos nak.Lepas ni bos jangan risau kalau ada Liyana saya akan terus lakonkan watak saya.” ucap Amani.

Amirul menganggukkan kepalanya.Suasana menjadi sunyi.

Adakah Amirul dan Amani hanya sekadar berlakon sahaja?Ataupun akan terwujud rasa cinta di antara mereka?

Adakah hanya sekadar berlakon sahaja?Ataupun akan terbit rasa cinta di antara mereka berdua?Just stay tune

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience