Bab 19 ( dilamar)

Romance Series 36483

Ketika berada di hospital Amirul telah masuk wad kecemasan.Amani pula pihak hospital menyarankan dia untuk berehat.Kerana kondisi badannya yang lemah.Doktor memasukkan air pada badannya.Amani berehat di katil hospital.

Manakala Amirul masih lagi di dalam wad.Doktor yang mengubat Amirul keluar dari wad itu.Aini terus berdiri menghadap doktor itu.

“Doktor macam mana keadaan bos saya?" Kata Aini.

“Encik Amirul kekurangan banyak darah tetapi tiada kecederaan yang serius.Kesan tikaman itu kami dah balut cuma sekarang ni pihak kami bagi dia rehat.Kerana kondisi badannya tidak stabil.” ucap doktor itu.

Aini mengangguk.

“Terima kasih doktor.” Doktor itu mengangguk dan berlalu pergi.

Aini berasa lega mendapat berita tentang bosnya.

Ketika itu mama dan adik Amirul menuju ke arahnya.

Aini bersalaman dengan Puan Aliza.

“Aini,Amirul macam mana?Dia cedera teruk ke?” soal Puan Aliza risau.

“Encik Amirul kekurangan darah tapi kesan tikaman pada perut dia doktor dah balut.Cuma dia perlukan rehat.Badan dia tak ada tenaga." jelas Aini.

Puan Aliza mengurut dadanya.Lega apabila mendengar berita tentang anak sulungnya itu.

“Amani macam mana?Aunty nak jumpa dia sekejap.” kata Puan Aliza lagi.

Aini menunjukkan bilik Amani.Amani sedang berbaring.

Puan Aliza masuk ke dalam wad itu.Dia melihat Amani.Amani membuka mata.Muncul Puan Aliza di hadapannya.

Amani ingin bangun dari tempatnya.Segera Aini membantunya.

“Aunty,Amani minta maaf sebab susahkan Amirul.Tak sangka sebab Amani,Amirul jadi macam ni.” Amani berasa bersalah.

“Dah.Jangan cakap macam tu.Semua ni ada hikmahnya.Aunty percaya.Amani jangan salahkan diri Amani.Anggap je semua ni takdir yang sudah di atur oleh Allah untuk kita.” ucap Puan Aliza lagi.

“Amirul macam mana?Dia dah sedar ke?” tanya Amani.

“Dia perlukan rehat yang secukupnya.Dia kekurangan darah dalam badannya." jawab Aini.

Amani terdiam.

Dia berasa bahawa dia menyusahkan Amirul.Kalau dia tak buat ikut kepala dia semua takkan terjadi.

“Amani,jangan salahkan diri Amani.Benda dah lepas.Liyana dah di tangkap.” kata Puan Aliza.

Amani mengangguk perlahan.

“Aunty pun tak percaya perangai dia tu.Tapi aunty yakin Dato' Araman akan buat apa sahaja untuk lepaskan Liyana.” kata Puan Aliza.

“Semua ni takkan terjadi kalau Amani tak ada kat situasi ini.Amani yang selamatkan kami.Kalau tak aunty dah pilih Liyana jadi menantu aunty.Aunty menyesal sebab percaya akan Liyana.”

Amani tersenyum.

“Aunty terima kasih.Kalau tak sebab aunty Amani tak sekuat sekarang." Amani memeluk Puan Aliza.Puan Aliza berasa terharu.

*******************************

“Saya tak percaya Liyana buat macam tu.Saya rasa ada orang yang perangkap anak kita supaya dia jadi macam tu.” kata Dato' Araman.

“Awak nak kata siapa buat?Amirul?” kata Puan Adhira.

“Saya pasti Amirul terlibat dalam kes ni.” kata Dato' Araman lagi.

“Amirul tu dah kena tikam sampai masuk hospital.Awak cakap semua ni kerja Amirul?.” soal Puan Adhira.

Mereka suami isteri pun bertengkar.

“Habis tu,awak nak anak kita duduk kat penjara sampai mati?Awak nak nama kita terkenal satu Malaysia?Awak nak macam tu? Sia-sia saya tolong dia ini yang dia balas pada saya.” kata Dato' Araman.

“Habis tu abang nak buat apa?Amirul tak salah sebab dia selamatkan Amani.Bakal isteri dia.Anak kita Liyana yang salah sebab hampir membunuh dia.Kita sepatutnya minta maaf pada mereka.Bukannya menyalahkan mereka.” jawab Puan Adhira.Tidak setuju dengan tindakan suaminya itu.

“Yang awak back-up sangat bakal isteri Amirul kenapa?Awak sepatutnya tolong saya lepaskan Liyana dari penjara.Bukannya bebel pada saya.Saya serabut ni.” tengking Dato' Araman.

Dato' Araman meninggalkan isterinya di situ.Dia menyuruh Pak Deris menghantarnya.

Aku takkan lepaskan kamu Amirul.Sebab kamu anak aku di penjara.Kamu tunggu nasib kamu nanti.Bunga yang aku beri taik kau pulangkan.

Kereta meluncur dengan laju.

********************************

Amani melihat Amirul yang sedang berbaring di katil wad.Amani sudah boleh keluar dari wad.Kesihatan badannya sudah semakin pulih.

Dia duduk memerhati Amirul.

“Bos,maafkan saya.Kalau saya tak kena culik bos tak ada kat sini.Saya minta maaf sangat.Saya bersalah.” airmata Amani mengalir di pipi.Dia tidak sanggup melihat keadaan Amirul.

“Saya dah maafkan awak.Bukan salah awak.Kalau saya tak tolong awak,awak takkan berada di sebelah saya sekarang.” Amirul memandang Amani.

Pantas Amirul menyeka air mata yang jatuh dari pipi Amani.

“Dah.Jangan nangis.Tak comel lah.” ucap Amirul lembut.

Amani terkedu.Amirul tersenyum melihat wajah Amani.

“Amani.Saya nak cakap something kat awak.” kata Amirul.

“Iya.Apa dia bos?”

“Awak sudi tak jadi isteri saya?Kalau dulu saya suruh awak berlakon jadi girlfriend saya.Sekarang jujur dari hati saya,saya nak awak jadi isteri saya yang sah.Jujur dari hati saya yang saya cintakan awak dan tak mahu kehilangan awak lagi.Awak penting bagi saya.” ucap Amirul dengan jujur.

Dia menggenggam tangan Amani.

Amani terdiam.Dia terkejut dengan lamaran Amirul.Jelas terpancar di wajah Amirul bahawa dia ikhlas melamar Amani.

“B...bagi saya masa boleh?” ucap Amani.

“Boleh.” Amirul tersenyum.Senyuman yang di berikannya ikhlas dari hatinya.

Muncul Puan Aliza bersama Amar.Puan Aliza tersenyum melihat anaknya yang sudah sedar itu di temani Amani di sebelahnya.

“Assalamualaikum.” sapa Puan Aliza.

“Waalaikumsalam aunty.” jawab Amani.

“Anak mama ni dah sembuh ke?Senyum lebar nampak.Tahulah ada orang teman dia.” usik Puan Aliza kepada Amirul.

Amani tersenyum.Amirul pula tersengih.

“Ma,Along rasa kita kena cepat-cepat lah pergi rumah Amani.” ujar Amirul.

“Kenapa?” soal Puan Aliza pelik.

“Along nak Amani cepat-cepat jadi wife Along.Lepas ni tak adalah along sunyi.Tak ada peneman.” ucap Amirul.

“Amboi.Anak mama sorang ni.Tahulah mabuk cinta.Sabar!Nanti kita pergi rumah Amani.” kata Puan Aliza.

Wajah Amani sudah bertukar merah padam kerana menahan malu apabila di usik sebegitu.

“Tengok tu.Amani dah malu.Tak apa Amani.Awak jadi kakak ipar saya tak lama lagi.Tak adalah along tu sendu.” ucap Amar pula yang sedari tadi mendiamkan diri.

“Amani,kita kan satu keluarga.Tak apa.Mulai sekarang Amani salah seorang keluarga kami." ucap Puan Aliza menepuk bahu Amani lembut.

“Lepas ni Amar kena panggil Amani kak long lah kan?Amani pula kena panggil along abang kan?” usik Amar.

Puan Aliza tersenyum melihat Amar yang mengusik Amani.Amani pula sudah kemerahan pipinya apabila di usik oleh Amar.

Amirul yang sedang duduk di atas katil hanya melihat sahaja wajah comel Amani itu.

Orang dah mabuk cinta.Bau kentut pun wangi katanya.Bak kata Aini mula-mula benci lepas tu cinta.Orang tua-tua kata pula tak kenal maka tak cinta bila dah kenal,eh jatuh cinta pula si jebon ni kat si jemon.

sory sptutnye up smlm..tpi ad mslh sikit utk bab 19.ptutla pelik kt wattpad ad updte kt sini Lupe plk..btw tq tnggu..tnggu next chapter plk ye..stay tune

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience