Darwina memandang ke jendela.Dia termenung sendiri.Adha terlihat isterinya bersendirian.Dia menghampiri isterinya itu.
“Sayang,buat apa kat sini malam-malam macam ni?” Adha memeluk pinggang isterinya.
Darwina tersedar.Dia tersenyum memandang suaminya.
“Saja ambil angin malam.Sejuk je.” kata Darwina.
Adha tersenyum.Dia tidak lepas dari memandang Darwina.
“Kenapa abang tengok macam tu?” soal Darwina.
“Cantik isteri abang ni.” kata Adha.
“Abang ni kan.Saja je.Membodek la tu!” Darwina tersipu malu.
“Betullah.Isteri abang ni cantik je.Sejuk je bila abang tengok Awin.” puji Adha.
Darwina tersenyum lebar.
Adha menggenggam tangan Darwina dengan erat.Sesekali dia mengucup tangan Darwina.
Darwina tersenyum bahagia.Tidak di sangka ianya menjadi.
Flashback
“Tok,saya nak minta tolong ni." kata Darwina.
“Kamu nak tok tolong apa?” ucap Tok Andak yang merupakan seorang bomoh.
“Suami saya ni masih tak boleh lupakan bekas kekasihnya.Bekas kekasihnya pula sepupu saya.Saya nak tok bagi suami saya ni cintakan saya.Bagi dia buang perasaan dari cintakan sepupu saya.Boleh tak tok?” kata Darwina.
“Oh!Macam tu senang je.Tok boleh tolong.Tapi kamu ada pantang larang.Boleh ke?” ucap Tok Andak lagi.
“Boleh tok.Apa dia?” kata Darwina.
“Pertama setiap hari kamu kena buka jendela.Setiap pukul 10 ke atas sebab “dia” akan bantu kamu.Kedua kamu mungkin tak dapat anak.Jikalau kamu dapat anak berkemungkinan anak kamu takkan boleh hidup lama.Ataupun anak kamu akan jadi cacat.Ketiga kamu kena pastikan suami kamu sentiasa memuji kecantikan kamu.Kalau satu hari dia tak puji kamu bermakna kesan tu dah hilang.Kamu kena cepat-cepat jumpa tok.Keempat yang paling kamu kena jaga.Kamu tak boleh tengok cermin.Kalau kamu tertengok cermin,wajah kamu akan jadi buruk.Jika wajah kamu buruk suami kamu takkan kenal kamu.Kalau terjadi suami kamu tahu perkara sebenar mungkin dia akan tinggalkan kamu.Sebab dah ramai buat macam kamu buat ni.Akhirnya hidup mereka merana dan ada yang jadi gila.” jelas Tok Andak lagi.
Darwina terdiam seketika.Dia berfikir.
“Kamu nak tak?Kalau kamu tak sanggup tak payah buat.Nanti kamu juga yang menyesal.” ucap Tok Andak.
“Saya nak.Kalau saya sampai jadi gila pun,yang penting suami saya cintakan saya.” ucap Darwina.
Tok Andak menganggukkan kepalanya lalu memulakan kerjanya.Darwina hanya melihat sahaja.Selesai sahaja kerjanya,Tok Andak memberikan sesuatu pada Darwina.
“Ni kamu ambil.Guna setiap hari.Sapu pada muka kamu.” kata Tok Andak lagi.
“Terima kasih tok.Saya pergi dulu.”
“Sayang,abang cakap dengan sayanglah.Sempat lagi dia termenung.” ucap Adha.
Darwina tersedar dari lamunan lalu dia tersengih.
“Apa?Abang cakap apa tadi?Awin tak dengar.” kata Darwina.
“Esok abang nak pergi rumah mak.Jom ikut abang.” ucap Adha.
“Rumah mak?Mak tak marah ke Awin ikut sekali?”
“Mak nak marah apa?Awin kan isteri abang.” kata Adha lagi.
“Yela abang kan dah lama tak jumpa mak.Awin tak nak lah kacau.Mak tu mesti nak ada masa dengan abang.” ujar Awin.
“Ke situ pula dia.Tak adalah sayang.Sayang ikut je.Sayang pun boleh berbual dengan mak.Ye?” kata Adha dengan lembut.
“Baik.”
Adha tersenyum.
“Macam tula isteri abang.Dengar cakap abang.Senyum sikit.” ujar Adha.
Darwina memberikan senyuman kepada suaminya.
“Cantik.” ucap Adha lalu mencuit hidung Darwina.
“Sayang,jomlah.Abang mengantuklah.” kata Adha yang sudah menguap.
Darwina mengerutkan dahinya.
“Awal lagilah abang.” ujar Darwina.
“Memanglah awal lagi.Abang yang mengantuk awal.” Adha tersengih.
“Mengadalah abang ni.Malas layan abang.” ucap Darwina dengan nada merajuk.
“Ala sayang.” Adha memujuk.
Darwina memeluk tubuhnya lalu dia memuncungkan bibirnya.
“Muncung-muncung gitu nak abang cium ke?” Adha menjungketkan keningnya lalu tersenyum nakal.
“Abang ni makin menjadi gatalnya.Menyampah.” rajuk Darwina.
Adha terus ketawa besar.Dia merangkul tubuh isterinya Di cium pipi isterinya dengan lembut.Darwina tersenyum bahagia.Bahagia kerana impiannya untuk berada di hati lelaki itu menjadi kenyataan.Walaupun dia terpaksa melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama.Tetapi kerana dia mahukan dirinya dicintai seperti orang lain.
******************
Darwina sedang membancuh air untuk suami serta ibu ayah mertuanya.Dengan perlahan dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya.Dia meletakkan sedikit serbuk itu lalu dibancuhnya.Darwina tidak sedar perbuatannya telah di lihat oleh ibu mertuanya.
Fikiran Makcik Senah tertanya-tanya.Kemudian dia datang menghampiri Darwina.
“Awin,buat apa?” kata Makcik Senah.
Darwina agak terkejut.Dia cuba untuk mengawal dirinya.
“Bancuh air mak.Mak abah dan abang kan tengah berbual.Mesti dahaga.Itu yang Awin pergi buatkan.” tutur Awin dengan lembut.
“Oh.Tak apalah.Awin bawa ke depan.Biar mak kemas.” ucap Makcik Senah lagi.
Darwina mengangguk dan membawa dulang berisi air bancuhan ke ruang tamu rumah.Sempat dia mengambil serbuk yang telah digunakannya tadi lalu di simpan ke dalam poket seluarnya.Dengan cepat dia mengelap meja itu.
Pakcik Jusoh sedang leka berbual bersama Adha.Dia melihat menantunya yang sedang membawa dulang air.
“Abah,abang.Ni Awin ada buatkan air.”
“Rajinnya menantu abah ni.Patutlah Adha sayang." kata Pakcik Jusoh mengusik menantunya itu.
Darwina tersipu malu.Dia meletakkan cawan satu per satu.Cawan yang telah berisi serbuk yang di adunya itu di berikan kepada Adha.Dia tersenyum memandang suaminya.Makcik Senah memerhatikan menantunya itu.
Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena.Makcik Senah mengabaikan apa yang terlintas di fikirannya.Dia cuba untuk bersangka baik dengan menantunya itu.
***************
Makcik Senah tidak senang duduk.Dia kelihatan agak gelisah.Pakcik Jusoh memerhati isterinya.
“Awak ni dah kenapa?Dari tadi saya tengok.Dah rupa cacing kepanasan.” kata Pakcik Jusoh.
Makcik Senah terus menghampiri suaminya.
“Abang,tadi petang masa awak berbual dengan Adha.Saya nampak Awin kat dapur tengah bancuh air.Saya ada rasa pelik dengan dia.”
Pakcik Jusoh memandang isterinya dengan wajah hairan.
“Apa yang awak pelikkan tu?Biasalah dia bancuh air.Kan dia bagi saya dengan Adha minum.Awak ni dah kenapa?” soal Pakcik Jusoh.
“Eii abang ni.Bukan tu maksud saya.Lain kali dengar lah saya habiskan ayat dulu.Baru menyampuk.” ucap Makcik Senah dengan geram.
“Hah apa dia?”
“Masa Awin bancuh air tadi saya ada ternampak dia pegang sesuatu kat tangannya.”
“Pegang sesuatu?Dia pegang apa?” soal Pakcik Jusoh.
“Saya tak pastilah abang.Tapi yang saya nampak dia bancuh sekali dalam air.” kata Makcik Senah lagi.
Kemudian Pakcik Jusoh tertawa.Makcik Senah mengerutkan dahinya.
“Awak ni.Awin tu kan bancuh air mestilah dia pegang gula nak bancuh.Takkan pula dia pegang awak.Apalah awak ni.Awak janganlah sangka buruk dengan menantu awak tu.Saya yakin Awin tu dah berubah.Adha pun dah mula sayang pada dia.Adha tiap-tiap hari tengok muka Awin mestilah dia dah boleh terima Awin tu.Awak pun kenalah terima juga.Buang yang keruh ambil yang jernih.” ucap Pakcik Jusoh panjang lebar.
“Saya bukan apa.Saya tak sedap hati tengok Adha tu tiba-tiba boleh sayang Awin.Dia tu punya susah nak jatuh cinta inikan nak sayang kat Awin pula.” kata Makcik Senah lagi.
Pakcik Jusoh menggelengkan kepalanya.
“Awak ni bukan nak doakan kebahagiaan anak awak.Lagi awak tuduh macam-macam pada diaorang.Adha tu dah besar.Kalau dah memang takdir jodoh dia dengan Awin.Kita tak boleh nak halang.Jodoh ajal Allah yang tentukan.Kita ni sebagai mak ayah dia doakan yang terbaik untuk anak kita.Tu pun dah cukup.Tambah-tambah awak tu mak.Doa awak tu paling mujarab.” bebel Pakcik Jusoh lagi.
Makcik Senah tidak mampu berkata apabila mendengar bebelan suaminya.Dia cuba untuk tidak memikirkan tetapi perbuatan menantunya iyang mencurigakan itu sering bermain di dalam fikirannya.
“Semoga Allah lindungi anak mak dari segala perkara yang buruk.” ucap Makcik Senah sendiri.
Share this novel