Darwina mengemas barang-barangnya.Dia memandang Adha.Darwina menarik nafasnya.
“ Awak nak pergi berapa lama? ” ucap Adha.
“ Saya pun tak pasti.Tapi saya nak cari ketenangan untuk diri saya.Saya nak berubah.Saya taknak awak rasa menyesal dengan saya.Saya tahu saya banyak salah pada awak.Saya nak minta izin awak untuk pergi KL.Saya tumpang rumah Aini buat sementara. ” ucap Darwina.
Adha mengangguk perlahan.
“ Ya saya izinkan.Tapi jangan lama-lama.Awak masih isteri saya. ” ucap Adha.
“ Baik.Terima kasih. ”
“ Mak awak tahu ke awak nak pergi KL ni?! ” Adha memandang Darwina.
“ Tahu.Saya nak jumpa mak sekejap.Baru pergi KL. ”
Adha terus meletakkan beg isterinya di dalam bonet kereta.Darwina dan Adha terus menaiki kereta.Mereka tiba di rumah Mak Lang Siah.
” Assalamualaikum mak. ” ucap Darwina memberi salam.
“ Waalaikumsalam. ” jawab Mak Lang Siah.
Mak Lang Siah jenguk ke luar rumah.Dia memandang Darwina dan Adha.Dia tersenyum.
“ Masuk lah dulu. ” jemput Mak Lang Siah.
” Tak apa mak.Awin takut terlepas bas je.Awin nak jumpa mak sekejap.Ganggu mak ke? ”
“ Tak ada pun.Mak baru je siap kemas rumah ni.” balas Mak Lang Siah.
Darwina mendekati Mak Lang Siah.Dis terus memeluk Mak Lang Siah.Mak Lang Siah tergamam.
“ Awin,kenapa ni? ” soal Mak Lang Siah.Dia menepuk lembut belakang badan anaknya itu.
“ Mak,Awin nak minta maaf pada mak.Awin banyak sangat dosa pada mak dan abah.Maafkan Awin mak.Awin tak dapat jadi anak yang baik.Kalau Awin tak ada niat jahat pada Amani.Takkan jadi macam ni.Awin tak sepatutnya ada kat sini. ” luah Darwina.Dia menangis di pelukan Mak Lang Siah.
“ Awin,mak dah lama maafkan Awin.Awin tak ada salah.Semua orang pernah buat salah.Tak ada manusia yang sempurna Awin.Mak yang salah.Mak yang tak pandai nak didik anak mak.Walaupun anak mak seorang je.Mak yang tak beri didikan agama yang baik. ” ujar Mak Lang Siah.
“ Kita manusia sentiasa buat silap.Kita belajar dari silap kita.Dan jadikan sebagai pengajaran hidup kita.Awin,Awin beruntung dapat suami macam Adha.Adha banyak mengubah Awin.Kadang-kadang kita tak tahu,kenapa hidup kita di takdir kan macam ni?Sebab Allah yang dah aturkan.Mesti ada sebab atas apa yang jadi.Mak tak sebaik yang Awin kenal.Tapi mak tak nak tengok anak buat perkara yang bertentangan dengan Islam. ”
Darwina mengangguk.
“ Terlalu banyak Awin buat pada Amani mak.Mesti Amani kecewa kalau dapat tahu perbuatan Awin.Awin menyesal dengan apa yang Awin dah buat.Awin rasa,Awin tak layak untuk di maafkan. ” Darwina menundukkan wajahnya.
Darwina melihat jam di tangannya.Dia cepat-cepat mengelap wajahnya.
“ Mak,Awin nak minta izin pergi KL.Mak jangan risau.Awin duduk dengan Aini dekat sana.Awin bernasib sebab ada Aini kat sana.Tumpang rumah dia sementara. " ujar Darwina.
Mak Lang Siah mengangguk.Dia pun mengelap wajahnya.
“ Awin,buang yang keruh.Ambil yang jernih.Bertajbat sungguh-sungguh.Minta dengan Allah supaya perkara yang baik-baik sahaja yang jadi. ” pesan Mak Lang Siah.
“ Baik mak.Awin pergi dulu ya! Assalamualaikum. ” Darwina mencium tangan maknya lama.Dia pun terus masuk ke dalam kereta.
“ Mak,Adha hantar Awin kejap ya. ” kata Adha.
Mak Lang Siah mengangguk perlahan.Darwina melambaikan tangannya.
**********************
Tiba di perhentian bas.Darwina membawa barangnya.Adha melihat Darwina dari jauh.
“ Awin,dah sampai sana nanti call saya.Beritahu saya dan mak. ” ucap Adha.
“ Ya.Saya akan call awak dan mak. ” ucap Darwina.Dia tersenyum.
Adha menghampiri Darwina.Dia mengucup dahi Darwina.Adha tersenyum.Darwina terpinga-pinga melihat gelagat Adha.
“ Jangan lama-lama.Saya ada kat sini.Tunggu awak balik sini. ” kata Adha.
Darwina mengangguk.
“ Jaga diri awak. ” pesan Adha lagi.
“ Ya. ” Darwina tersenyum.
Darwina terus menaiki bas.Dia mencari tempat duduknya.Dia melihat Adha yang masih berada di situ.
Darwina melambaikan tangannya.Adha turut melambaikan tangannya juga.Bas itu berlalu pergi.Adha masih berada di situ lagi.
Dia memusingkan badannya.Adha menuju ke kereta.Dia masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.
Dia masih memikirkan Darwina.
*******************
Sudah hampir 4 jam berada di dalam bas.Bas pun telah sampai di destinasinya.Darwina membawa barang-barangnya dan mencari teksi.
Darwina melihat telefonnya.Aini sudah menghantar lokasi tempat tinggalnya.
“ Awin,ni location rumah aku.Kau cakap je kat pemandu teksi tu location rumah aku.Dia tahu kat mana.Sorry tau aku tak dapat nak ambil kau.Aku kerja.Nanti petang kita berbual sama-sama. ” mesej Aini.
Darwina tersenyum.Dia pun menunjukkan lokasi itu kepada pemandu teksi it.Mereka pun menuju ke sana.
Sampai sahaja di sana.Darwina memberikan wang kepada pemandu teksi itu.Dia melihat apartmen di hadapannya.
“ Rasanya betullah kat sini. ” Darwina pun menaiki lift mencari rumah Aini.
Tiba di satu rumah,Darwina berhenti.Dia melihat telefonnya untuk melihat nombor yang dihantar oleh Aini.
” Ni kot rumahnya.Tapi Aini cakap dia tengah kerja.Tak balik lagi.Kalau aku ketuk siapa pula yang nak buka? ” Darwina berfikir.
“ Ketuk sajalah. ” bisik hatinya.
Darwina mengetuk pintu rumah itu.Tiada yang buka.Dia mengetuk kali kedua beserta memberi salam.
“ Assalamualaikum. ” ucap Darwina.
“ Waalaikumsalam. ”
Terdengar satu suara dari dalam.
“ Ada orang lain rupanya. ” bisik hati Darwina lagi.
Pintu pun terbuka.Amani dan Darwina saling memandang.Darwina terkedu.Beg di tangannya terlepas jatuh ke lantai.
“ Amani! ” ucap Darwina.
Hye guys ..author comeback
Share this novel