Bab 8 (terkejut)

Romance Series 36483

“What?Kahwin dengan Liyana?No,.Along tak setuju.Please ma.Takkan nak suruh Mirul kahwin dengan Liyana.Tak ada orang lain ke mama nak kenalkan?Why Liyana?” soal Amirul tidak puas hati

“Habis tu Amirul nak kahwin dengan siapa?Mama pilih Liyana sebab Dato' Araman banyak sangat tolong kita.Please Mirul.Mama terhutang budi dengan Dato Araman.Kalau tak kerana dia yang selamatkan syarikat kita,kita akan alami kerugian yang banyak." jelas Puan Aliza.

“No,Mirul tetap dengan pendirian Mirul.Mirul tak nak.Apa nak jadi-jadilah.” tegas Amirul.

“Mirul tak kesian dekat mama ke?Mirul tak ingat ke masa syarikat kita jatuh dulu?Tak ingat?Susah payah Dato' Araman tolong kita.”

“Mirul ingat ma.Tapi kenapa sampai Mirul yang kena kahwin dengan Liyana?Mirul boleh terima kalau kita beri something macam hadiah kerana terhutang budi mama pada dia.Tapi Mirul tak boleh terima,kalau Mirul yang kahwin dengan Liyana!” ujar Amirul.

“Okay mama boleh terima kalau Mirul tak nak kahwin dengan Liyana.Maybe Mirul dah ada seseorang yang sesuai untuk Mirul.Mama tak nak ganggu your privacy.But mama nak Mirul kahwin.Kenalkan your future wife pada mama boleh?” soal Puan Aliza.Puan Aliza memandang anak sulungnya itu.

“What?Ta...tapi Mirul...” belum sempat Amirul menjawab Puan Aliza sudah membantah.

“No tapi-tapi.Mirul,mama ni dah tua tau.Mama teringin nak ada menantu cucu macam orang lain.Mirul bukan muda lagi.Mama pun tak tahu sempat ke merasa ada cucu?” sayu suara Puan Aliza.

“Ma,Mirul tak suka mama cakap macam tu.Okay,Mirul akan kenalkan dia dengan mama.Tapi mama kena bagi masa sikitlah.Boleh tak?” ucap Amirul.Amirul memegang tangan mamanya.

“Boleh.Tapi jangan lama sangat ambil masa.Mama takut mama tak sempat tengok cucu....” Amirul terus menutup mulut mamanya.Dia menggelengkan kepalanya.Amirul faham perasaan mamanya.

Puan Aliza melihat wajah anak terunanya itu.Dia tersenyum.

“Nanti Mirul bawa dia jumpa mama.” Amirul masih memegang tangan mamanya.Puan Aliza menganggukkan kepalanya.

“Cantik tak budaknya?Orang mana?” soal Puan Aliza kepada Amirul.

“Cantik.Tapi dia orang biasa je.Mama okay ke?” soal Amirul.

“Wah,anak mama ni punya test boleh tahan.Mama tak kisah.Yang penting dia hormat mama.” kata Puan Aliza.

Puan Aliza tersenyum sendiri.

Patutlah anaknya tak mahu berkahwinkahwin dengan Liyana.Rupanya dah ada pilihan hatinya sendiri.Tak sabar nak jumpa bakal menantu.

***********************************

“Morning bos.” ucap Aini.

“Morning.Aini projek kita yang di Sepang tu dah boleh buka ke?” soal Amirul.

“Yang tu kena tunggu lagi seminggu bos sebab dia orang masih lagi mencari staf untuk bahagian cashier.Sekarang ni hanya cashier sahaja yang tak ada staf lagi.Apa-apa nanti diaorang akan beritahu saya.” jelas Aini.

”Okey bagus.Lagi satu awak tolong cek setiap keuntungan kedai kita dari salon,kedai tudung?butik dan cafe.Awak cek dari hari,minggu dan bulan.Sebab saya nak masukkan dalam sistem.So kita boleh target setiap bulan berapa keuntungan kita!.” ucap Amirul lagi.

“Okay baik bos.Saya keluar dulu.” Amirul menganggukkan kepalanya.

Sedang Amirul sibuk menyiapkan kerja.Pintu ofisnya di buka.Amirul terus memandang ke arah pintu ofisnya.

“Sayang,u busy ke?I nak ajak u pergi makan.Jom,laparlah.Dah lama tau I tak makan dengan u.” ucap Liyana dengan nada manja.

Liyana ingin memegang tangan Amirul serta merta Amirul bangun dari tempat duduknya.Wajah Liyana terus berubah.

“Awak buat apa datang sini?Awak balik.Saya tak ada kena mengena dengan awak tahu tak?Lagipun awak mengganggu kerja saya.” halau Amirul.

Liyana memberikan senyuman menggoda.

“U kalau marah lagi handsome tau.I tak sabar nak jadi isteri u.By the way I dah tempah baju kahwin kita.Cantik sangat.I pakai gaun warna putih u pakai blazer.Oh my god,mesti handsome kan u masa tu.” ucap Liyana dengan gaya menggoda.

Amirul meluat melihat gaya Liyana yang serupa ulat bulu.

”Bila masa pula kita akan kahwin?By the way Cik Liyana saya akan kahwin dengan pilihan hati saya sendiri.So awak jangan perasan yang saya akan jadi suami awak.”

Setepek Amirul bagi.

Kebetulan Amani menghantar air yang di pesan oleh Amirul.Dia mengetuk pintu ofis lalu masuk ke dalam pejabat Amirul.Dia meletakkan cawan dengan berhati-hati.

Amirul yang sedari kemunculan Amani terus mendekati Amani.Dia menarik tangan Amani dan dibawa ke arah Liyana.

“By the way ini Amani.Girlfriend saya nak lagi senang bakal isteri saya.” ucap Amirul dengan bersahaja.Wajah Liyana berubah.Amani pula terlopong.

“Sayang,kenalkan diri u.By the way,ini Liyana anak Dato Araman rakan mama biy.Liyana ini Amani.” ucap Amirul lagi.

Liyana dan Amani berjabat tangan.Wajah Liyana berubah menjadi kemerahan akibat menahan marah.Dia tersenyum sinis memandang Amani.

Amani seperti anak kecil mengikut sahaja kata Amirul.

“So boleh tak u tinggalkan I?I nak spend time dengan girlfriend I.Ops lupa bakal isteri I.” Amirul tersenyum sinis.

“Oh okay.Tahniah Encik Amirul Ezani.Semoga u bahagia dengan pilihan hati u.” Liyana terus keluar dari ofis itu.Wajahnya seperti menahan marah.

Amani yang tidak tahu apa-apa memandang wajah Amirul.Tanda dia meminta penjelasan dari Amirul.

“Amani awak sambung balik kerja awak.Lupakan je yang tadi.Saya rimas dengan perempuan tu kerja dok mengacau saya je.And sory sebab saya dengan sengaja pegang awak.Saya terpaksa kalau tak dia akan kacau saya lagi.Thanks sebab selamatkan saya.” jelas Amirul.

”Ohh.Okay bos.Saya sambung kerja dulu.” Segera Amani keluar dari ofis Amirul.Amani melangkah laju ke pantry.

Wajahnya menjadi merah.Dia melihat tangannya yang di pegang oleh Amirul tadi.

Biar betik mamat ni.Sesuka hati cekodok pisang dia je pegang tangan aku.Even dia cakap dia tak sengaja or nak lepaskan diri dia dari perempuan tu.Asal aku pula yang kena?Dahlah perempuan tu tengok aku macam nak makan je.Sesuka hati dia je panggil aku sayang.Eii geli.

Amani terus mengambil sabun cuci pinggan dilumurkan pada tangannya.Tak cukup dengan itu,dia mengambil span untuk mencuci dengan sebersih-bersihnya.

Amani!Amani!Sampai macam tu sekali.

Liyana masuk ke dalam kereta.Dia menjerit sekuat hatinya.

Tak guna punya Amirul.Kau tunggu aku takkan lepaskan kau Kau tu milik aku.Aku takkan biarkan kau bahagia.Takkan.Ini Liyana tau.Kau tak kenal aku.Aku akan pastikan hidup kau hancur.Kau hanya milik aku sahaja.

Dia tertawa sendiri.

Liyana menghidupkan enjin keretanya.Dia memandu kereta dengan laju.

*********************************

Amirul bersandar di katil.Dia teringat akan kejadian pagi tadi.Sejujurnya dia tidak mahu berkahwin dengan Liyana.

Walaupun Liyana seorang yang cantik tetapi kerana sikapnya yang mengada membuatkan Amirul tidak berkenan padanya.Lagipun Amirul tidak ada perasaan padanya.

Amirul mengingati wajah Amani yang terkejut akan perbuatannya itu.

Takkan aku pilih dia jadi calon isteri aku.Amirul menggumam.

Tapi Amani memang cantik,cuma mulut dia sahaja yang aku tak tahan.Tak ada insurans.

Amirul tersenyum sendiri.Gaya Amani itu telah mencuit hatinya.Entah kenapa dia merasakan Amani itu sangat lucu.

Takkan aku nak ajak dia kahwin?Tak boleh.Tak boleh.

Amirul termenung seketika.

Lagipun mama tak bagi banyak masa.Paling kurang tahun ni.

Serabutlah aku.Fikirkan hal kerja lagi.Nak fikirkan hal ni.Baik aku tidurlah.Tenang sikit otak aku.

Amirul terus menutup lampu lalu tidur.

Amani sejak pulang tadi sudah seperti cacing kepanasan.Berdiri salah.Duduk salah.Baring salah.Serba tak kena.

Apsal dia suruh aku kenalkan diri aku pada perempuan tu?Aku tengok perempuan tu jauh lebih cantik dari aku.Dahlah dengan sesuka hati dia pegang aku.Jebon betullah.

Gerutu Amani dengan geram.

Aku rasa nak tanya dialah.Tapi nak tanya apa?Lagipun dia dah jelaskan pada aku pagi tadi.

Ah.Lantak dialah.Malas aku.Dari aku fikirkan dia sampai esok aku tak tidur.

Amani mengambil bantal peluknya dan berbaring.

Badannya mahu berehat tetapi mindanya masih lagi memikirkan hal tadi.

Amani menekup mukanya dengan bantal lalu dia pun tertidur.

Agak-agak Amirul pilih siapa jadi bakal isteri dia?korang cuba teka?jeng jemg jeng

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience