Bab 21 (dendam tersimpan)

Romance Series 36483

Sudah sebulan Amani menjadi isteri Amirul.Amani yang sedang leka mengemas di dapur tidak sedar akan suaminya yang berada di belakangnya.Amirul tersenyum melihat isterinya yang sedang sibuk itu.

Dengan selamba Amirul memeluk pinggang Amani dari belakang.Amani terkejut.

“Sayang ni busy je dia.Abang ada kat belakang pun dia tak sedar.” ucap Amirul nada merajuk.

“Sorry.Amani busy sikit.” ucap Amani.Dia tidak selesa apabila dipeluk oleh Amirul.

Semakin dia mahu mengelak semakin erat Amirul memeluknya.Amani pasrah.Amirul tersenyum.

“A....bang..Amani nak buat kerja.Janganlah kacau.” kata Amani dengan gagap.

“Apa dia?Cakap lagi sekali.Abang tak dengarlah sayang cakap apa?.” usik Amirul.

“A....bang..Amani nak buat kerja.” ucap Amani dengan perlahan.

“Tak dengarlah sayang.” Amirul tersengih.

Seronok pula dia dapat menyakat Amani.Dia tahu Amani tidak biasa lagi untuk memanggilnya dengan panggilan begitu.

Amani mengetap bibirnya menahan geram dengan sikap gatal suaminya itu.

“Abang Jebon.Jemon nak kemas ni.Nanti kang terbang periuk ni kang.Jemon buat tak tahu je nanti.” ugut Amani.

Geram pula dia.

Pantas Amirul menutup mulutnya menahan tawa yang bakal meledak sebentar lagi.Amani sudah menjeling Amirul.

Semakin di jeling semakin kuat Amirul ketawa.

“Malam kang tidur kat depan tv.Jemon kunci pintu.” selamba Amani mengugut suaminya.

Amirul masih lagi tersisa dengan tawanya.

“Ala,kalau abang tidur luar.Siapa nak teman abang?” Amirul sudah menyengih.

Semakin seronok dia menyakat Amani.

Amani buat-buat tidak mengerti.

“Gatal lah abang ni.Pergi main jauh-jauh.Shuh!!Nak buat kerja pun tak senang.Kang Amani tidur rumah Aini.Baru padan muka.” gerutu Amani.

“Okay.Abang tak kacau.Garang betul!Tu yang abang lagi geram tu.” usik Amirul lagi.

“Eiii!Gatal!Macam ulat bulu.Nyampah.” jeling Amani.

“Sampai hati samakan abang dengan ulat bulu.Tak sayang abang ke?” ucap Amirul

“Tak.Tak sayang pun.” ucap Amani dengan geram.

Amirul menundukkan kepalanya.

“Tak apalah.Dah orang tak sayang.Nak buat macam mana kan?Kita ni siapalah pada dia.” ucap Amirul tanda merajuk.

“Tengok tu.Suka cakap macam tu.Kalau Amani tak sayang abang,kenapa Amani terima lamaran abang?” kata Amani.

Amirul memandang Amani.

“Jadi sayang sayang abang?”

“Mestilah sayang.Abang kan suami Amani.” Amirul tersenyum.

Amirul mendekati isterinya.Sempat dia mencium pipi Amani sebelum melarikan dirinya.

“Eii.Dah agak dah.Abang ni.Gatal lah.” bising Amani.

Amirul sudah ketawa.

“Malam ni tidur dengan abang.Kunci ada kat abang.” jerit Amirul.

Amani geram dengan perangai Amirul yang seperti kebudak-budakan itu.

“Tak nak..Blablabla.” jawab Amani.

Nasib laki aku.Kalau bukan laki aku dah kena smackdown dah.Bebel Amani sendiri.

Sesekali Amani tersenyum bahagia.Dia tidak sangka lelaki yang di bencinya dulu telah menjadi suaminya.Itulah jangan benci kan dah jadi suami.Eh?

*******************************

Darwina sedang duduk menonton tv.Dia mengerling Adha yang sudah selesai solat maghrib.Adha menghampirinya.

“Awak dah solat?” soal Adha.

“Saya uzur.” jawab Darwina.Matanya masih menatap kaca tv.Darwina masih memendam rasa yang terjadi ketika majlis perkahwinan Amani.

Adha menghela nafasnya.

“Saya nak tanya?Apa motif awak kahwin dengan saya?Tak mungkin awak cintakan saya.” Adha memula bicara.

Darwina memandang Adha.

“Kenapa awak masih lagi menafikan cinta saya?Sebab apa?Sebab hati awak masih ada Amani kan?”

Darwina memandang Adha tidak puas hati.

“Tak ada kena mengena Amani dalam hal ni Awin.”

“Tak payah nak tipu sayalah.Awak ingat saya tak nampak.Masa Amani kahwin, pandangan awak pada dia penuh tersirat.Awak ingat saya apa?Saya tunggul kat situ?Awak masih cintakan Amani.Saya ni isteri awak.Kenapa awak perlu cintakan orang lain?Sedangkan isteri awak ada kat depan awak.” ucap Darwina.

“Apa awak merepek ni?Saya pandang Amani macam saya pandang orang lain.Sama je.” nafi Adha.

“Tipu.Awak jangan tipu saya.Awak masih cintakan Amani kan?Jujur jela.Saya tak suka orang tipu saya.” Darwina meninggikan suaranya.

“Ya.Saya masih cintakan dia.Puas hati awak.”

Darwina tidak berpuas hati.

“Saya siapa pada awak Adha?Saya ni isteri awak.Tak pernah ada sedikit ke dalam hati awak untuk cintakan saya ?Kenapa awak masih cintakan Amani?Dia dah berkahwin dah.Perempuan jalang macam dia tu yang awak suka?Kalau dia betul-betul cintakan awak dia akan datang pada awak.Ni dia dah jadi isteri orang.Entah-entah dia dah rosak.Baru lelaki tu ajak dia kahwin.”

Adha menampar Darwina.

“Perempuan jalang yang awak cakap tu sepupu awak sendiri.Awak ni saya tengok makin biadab.Awak tak anggap saya sebagai suami awak.Awak tak hormat saya langsung.Saya ni suami awak.Dosa awak semua saya yang tanggung.Saya menyesal kenal dan terima awak sebagai isteri saya.Awak buatlah apa yang awak suka.Saya dah tak nak ambil tahu.”

Adha terus beredar meninggalkan Darwina sendirian.Darwina memegang pipinya.Masih sakit di tampar oleh Adha.Dia menganggap semua yang terjadi ini disebabkan Amani.

Aku benci kau Amani.Aku takkan lepaskan kau.Aku akan pastikan kau tak bahagia.Kau tunggu nasib kau.

Darwina sudah tiada mood untuk menonton tv.Dia masuk ke dalam bilik.Hatinya masih sakit apabila di tampar oleh suaminya.Adha yang dari dapur terlihat sudah tiada bayangan isterinya di ruang tamu.

Dia pasti Darwina terasa hati padanya.Dia menjenguk di bilik kelihatan Darwina sudah nyenyak tidur.Adha menghampiri isterinya.

Dia bersalah kerana telah menampar isterinya.Tetapi kerana kata-kata Darwina yang agak melampau tanpa sedar tangannya menampar wajah isterinya.

Adha mengusap rambut Darwina dengan lembut.Dia bersalah kerana menyakiti isterinya.Darwina terjaga.Dia memandang suaminya.

”Abang,marah Awin lagi ke?Awin minta maaf.Awin tahu Awin bersalah.Maafkan Awin.” ucap Darwina.

Adha mengangguk perlahan.Dia mencium dahi Darwina.Darwina terkaku.Adha menutup pintu biliknya lalu menghampiri Darwina.

*******************************

Dato Araman masih lagi tidak memaafkan Amirul.Dia melihat Liyana yang berada di di sebalik pintu penjara itu.Luluh hatinya apabila anak kesayangannya itu sudah tidak terurus.

Liyana pula hampir menjadi tidak waras.Dia tidak boleh terima Amirul di tikam di depan matanya.Lelaki yang amat di cintainya telah di tikam oleh Andika.

Liyana pula telah mendapat tahu Andika dapat melarikan dirinya dari penjara.Dia tidak akan memaafkan Andika.

Dato Araman memandang anaknya.

“Liyana.Ni papa.Liyana tak kenal papa ke?” ucap Dato' Araman.

Liyana membuat halnya sendiri.Seorang anggota polis menghampiri mereka.

“Dato,dia masih trauma lagi.” kata polis yang ditugaskan itu.

“Trauma?Maksudnya?”

”Atas kejadian yang berlaku tempoh hari.Lelaki yang bernama Amirul telah pun di tikam di hadapannya.Semenjak itu Liyana dia takut apabila melihat lelaki.Lagi pun pihak kami telah membuat ujian untuknya.Liyana dia ada masalah berkaitan dengan kemurungan atau di namakan dia mempunyai sakit mental.Ada masa dia akan meracau dan tak tentu arah.Dia masih lagi dalam penjagaan kami.Jika dia mengalami hal yang serius kami terpaksa menghantarnya ke hospital untuk membuat rawatan selebihnya.Liyana sekarang bergantung pada ubat.”

Dato Araman mengangguk kepalanya.Dia faham akan situasi anaknya.

Sampai begitu Liyana cinta kan Amirul.

“Sekarang ni Dato'.Kawan Liyana yang bersamanya masuk ke penjara telah melarikan diri.Pihak kami masih lagi mencari di mana dia berada.Kami pun tak tahu macam mana dia boleh terlepas dari penjara.Sedangkan kami telah mengawasi dengan ketat.” kata petugas itu lagi.

”Andika larikan diri?Macam mana dia boleh lari?Dia yang tikam Amirul anak saya yang kena duduk kat penjara.” kata Dato' Araman tidak puas hati.

“Saya faham Dato'.Sekarang kami masih lagi dalam penyiasatan mencari tempat tinggal Andika.Saya harap Dato' bersabar.”

“Tak apalah.Yang penting anak saya sihat.Saya harap dia cepat sembuh.Hati saya luluh apabila tengok keadaan dia sekarang.Kalau ada apa-apa beritahu saya.” ucap Dato' Araman.

Dia melihat wajah sugul anaknya.Jelas bahawa Liyana masih dengan dunianya sendiri.Hati Dato' Araman dipagut rasa sayu apabila melihat keadaan anak sulungnya itu.

Dato Araman meninggalkan anaknya.Berst hatinya untuk meninggalkan Liyana.Tidak di sangka begitu dalamnya cinta Liyana pada Amirul.

Dato Araman telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Amirul.

Amani dan Amirul tengah bahagia.korg rse perkahwinan mereka lama bertahan x?Apa kena mengena Liyana dan Darwina dalam chapter seterusnya?Just stay tune

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience