Bab 5 (lucu)

Romance Series 36483

Amani sudah bersiap untuk masuk kerja.Jam di tangan menunjukkan angka 7.30 pagi.Amani membetulkan bajunya dan menyarungkan kasut di kakinya.Dia menutup pintu dan di kunci.Hari itu merupakan hari minggu.Ikutkan hati Amani dia mahu sambung tidur sahaja.Tetapi dia bukan seperti Aini.

Aini kerja ofis.Dia hanya kerja kedai makan sahaja.Amani memegang telefon dan menunggu grab untuk mengambilnya.Sampai sahaja di restoran,Amani terus menyimpan beg dan memulakan kerjanya.

Amani mengelap meja yang ada.Dia terlihat seseorang yang sedang duduk.Kemudian dia mendekatinya.

“Encik dah dapat order?” tanya Amani.

Lelaki itu memakai spek mata hitam.
Dia sedang bermain telefon bimbitnya.

“Belum.Saya nak teh ais kurang manis.” ucap lelaki itu dengan bersahaja.

“Okay.Makan?”

“Tak apa saya tak nak.” ucap lelaki itu.

Amani meninggalkan lelaki itu.Dia terus menghantar pesanan kepada Aris.

Lelaki itu melihat Amani dari ekor matanya.Dia tersenyum.

“Dia tak perasan aku.Selamat.” ucap lelaki itu sendiri.

Amani tidak sedar ada seseorang yang sedang memerhati gerak gerinya.Lelaki itu terus membayar di kaunter lalu keluar dari restoran itu.

Lelaki itu masuk ke dalam kereta Honda miliknya.Dia menanggalkan spek mata.Dia melihat Amani dari dalam kereta.

“Cantik.” Dia tersenyum sendiri.

“Ish apa aku ni?Kenapa sampai sini aku nak stalker dia?” Amirul meraup wajahnya.Dia memanaskan enjin keretanya dan berlalu pergi.

*************************************

Amirul tiada pilihan.Amirul amat memerlukan staf untuk tea lady.Dia meminta Aini untuk memujuk teman baiknya itu untuk bekerja dengannya.

“Bos memang nak kawan saya kerja sini juga ke?” tanya Aini.

Amirul menganggukkan kepalanya.

“Ya.Saya nak kawan awak kerja sini.Dia ada kelebihan tersendiri.Kalau saya ambil orang lain mungkin mereka tidak lama bekerja dengan saya.” ucap Amirul.

“Tapi bukan bos yang tak izinkan dia bekerja dengan bos ke?Kalau dia tak nak macam mana bos?” Amirul terkedu apabila disoal oleh Aini.

“Saya tahu memang saya tak izinkan dia bekerja dengan saya waktu itu sahaja.Sekarang ni saya memerlukan kawan awak.” ucap Amirul.

“Tapi bos bukan ramai ke yang minta untuk jadi tea lady?Kenapa bos mahu kawan saya juga yang jadi tea lady?Sedangkan ada je yang dah bersedia jadi tea lady.Cantik-cantik pula tu.” ujar Aini.

“Tujuan mereka minta jadi tea lady tu bukan tujuan yang sebenar.Awak macam tak tahu je berapa ramai tea lady yang berhenti sendiri dan saya yang berhentikan mereka.Lagipun kawan awak tu serius dan cekap dalam buat kerja.Saya memang perlukan Amani untuk jadi tea lady kat sini.” ucap Amirul.

“Okay baik bos.Nanti saya beritahu dia."

“Kalau boleh beritahu dia secepat yang mungkin.” ucap Amirul lagi.

Aini menganggukkan kepalanya.Dia berlalu keluar menuju tempat duduknya.

**************************************

“Amani please....Aku merayu sangat.Encik Amirul nak kau bekerja dengan dia.” ucap Aini.

“Tak nak aku.Lagipun kan dia yang cakap,dia tak izinkan aku berkerja dengan dia.” Amani melemparkan kata-kata yang pernah diucapkan Amirul kepada Aini.

“Itu dah lama Amani.Bos aku perlukan kau bekerja dengan dia.” rayu Aini.

“Lama?Baru 2 minggu lepas aku gaduh dengan dia.Lagipun kata-kata dia masih lagi terngiang-ngiang kat kepala aku ni.Tak ada.Aku tak nak.Muktamad.” Amani membuka peti ais.

Aini mengikuti langkah Amani.Aini sedaya upaya memujuk teman baiknya itu.

Keras betul hati Amani ni macam batu.Susah betul nak pujuk.

“Bos aku cakap kalau kau tak nak terima dia akan buat something kat kau.” tipu Aini.

“Dia nak buat apa?” Amani memandang wajah temannya itu.

“Aku tak tahu.Aku takut dia saman kau ke?”

“Merepeklah.Takkan sebab aku tolak jadi tea lady,dia nak saman aku?Tak logik.” ujar Amani.

“Amani please!!!Kau terimalah jadi tea lady.Encik Amirul perlukan kau.” Aini membuat muka comelnya itu.

“Kau ingat,kau buat muka comel aku tergoda?” ucap Amani.Aini memasamkan wajahnya yang dah serupa asam keping itu.

“Kenapa kau yang merayu pada aku?Bukan Encik Amirul?Kalau dia yang nak aku bekerja dengannya,dia yang datang jumpa aku.Bukan kau.” Aini terdiam seketika.

“Jadi?Kau nak Encik Amirul yang jumpa kau?” soal Aini.

“Yup.Sebab dia yang beria nak aku bekerja dengan dia.Kau cakap kat bos kau yang cerewet poyo tu,kalau nak aku kerja dengan dia.Dia yang jumpa aku.Bukan kau” ucap Amani.Aini mengerdipkan matanya beberapa kali.

“O...Okayy.Nanti aku cakap kat dia.” balas Aini.

“Sekarang ni jom bersiap kita pergi makan kat luar.Aku malas masak hari ni.” kata Amani.Aini masih membatukan diri.

“Hello!Miss Aini.Aku cakap dengan kau ni.”

“Hah?Okay.Jap bagi aku siap.” Aini melajukan langkahnya untuk bersiap.

Macam mana aku nak cakap kat bos ni.Aduh masak aku.Mesti bos akan marah nanti.Desis Aini.

Aini sedang memikirkan cara untuk menyuruh bosnya berjumpa dengan Amani.

**************************************

Amani sedang bersiap.Dia memakai baju kurung.Rambutnya di ikat rapi.Amani dan Aini bergerak bersama.

Tiba sahaja di pejabat.Aini memberi tunjuk ajar pada Amani.Amani memulakan kerjanya itu.

Pantry itu agak kecil tapi selesa.Dia sedang membancuh air milik Aini.Segera Amani meletakkan pada meja Aini.

“Thanks babe.” ucap Aini.Aini mengenyitkan matanya.Amani tersenyum.

Amani menyambung semula kerjanya.Kali ini dia membancuh air nescafe.Amani membaca kertas itu.Di kertas itu tertulis:-

“Saya nak air nescafe.Kurang manis.Nak pekat.Bagi air tu suam-suam saja.Okay thanks tea lady saya yang comel ni.”

”Siapa pula yang order siap tulis ni?Dahlah nak kurang manis lah pahitlah.Siap puji bagai.” gerutu Amani.

Siapa lagi kalau bukan Amirul si cerewet itu.

Menyampah betul lah dengan mamat ni.Detik hati Amani.

Amani!Amani!Baru first day kerja dah giveup dengan mamat cerewet tu.Belum sebulan.Kalau sebulan apalah yang jadi?

Amani menghantar nescafe ke ofis Amirul.Dia mengetuk pintu ofis Amirul.

“Masuk” ucap Amirul.

Amani meletakkan air nescafe dengan berhati-hati di atas meja itu.

“Terima kasih.” ucap Amirul.Amirul tersenyum.

“Sama-sama.” Amani keluar dari bilik itu.Dia melajukan langkahnya keluar.

Sampai di pantry.Amani membetulkan rambutnya yang sudah kusut itu.

Amani menarik nafas.

Tak apa Amani.InsyaAllah rezeki kau lebih luas apabila kau kat sini.Teruskan.Even kau kena menghadap muka mamat cerewet itu.omel Amani sendiri.

***************************************

Sudah sebulan Amani bekerja sebagai tea lady di syarikat AE Interprise Holding.Rakan-rakan sepejabatnya memuji Amani yang pakar dalam membancuh air.

“Amani sedaplah u buat air.Tak pernah lah i jumpa orang macam u.Dahlah cantik pandai buat air pula..Mesti u pandai masak?Untung siapa jadi suami u nanti.” ucap Tharivam dengan jujur

“Eh mana ada.Biasa je.Lagipun bancuh je air.Bukan susah pun.” jawab Amani dengan malu.

Amirul masuk ke dalam pejabat.Mereka yang sedang berbual sudah cepat-cepat duduk di tempat masing-masing.Amani seperti biasa.Dia mengemas pantry itu.

”Dah datang dah jebon ni.” ucap Amani perlahan.

Amirul melihat Amani yang sedang mengatakan sesuatu.

“Amani,masuk ofis saya sekarang.” panggil Amirul.

Hah?Asal pula?Takkan dia dengar aku kutuk dia.Ish mamat ni.Biar betik.

Amani sudah tidak tentu arah.Dia cuba untuk bertenang.Amani membetulkan rambutnya.Dia masuk ke dalam pejabat Amirul.

“Awak kata saya apa tadi?” soal Amirul.Amani memandang ke arah lain.

“Saya tak ada cakap apa pun bos." jawab Amani.

“Betul?” Amirul memandang gadis itu.Dia tahu Amani mengutuknya.

“Betul.Tadi saya tengok ada habuk. Tu saya bebel.Biasalah habuk mana-manapun dia ada.Macam kat ofis bos ni pun sama.Mesti banyak habuk kan?” ucap Amani dengan selamba.

“Tak apalah bos.Saya nak sambung kerja saya dulu.” ucap Amani.Dia tidak mahu bertunggu lama di dalam ofis itu.

“Hmm pergilah.Buat kerja elok-elok.Kalau boleh biar tangan je yang buat kerja.Mulut tu duk diam.” sindir Amirul.Amani menjelingnya.

Amani menuju ke pantry.

Eiii geram betul aku dengan jebon ni.Ada saja nak bagi aku sakit hati.Dasar jebon.

Amani membasuh cawan di singki dengan kasar.

“Marah ke?Awak okay tak Amani?” soal Naufal yang sudah berada di sebelahnya.

Amani terkejut.

“Eh?Tak adalah.Cawan ni kotor sangat.Saya sental macam ni sebab nak bagi bau tu hilang.” cover Amani.

“Ohh..Tak apalah saya pergi buat kerja dulu.” ucap Naufal.Amani menganggukkan kepalanya.

“Tak apalah.Sambung kerja awak.Fighting.” ucap Amani.

Harap-harap dia tak dengar lah aku kutuk si jebon tu.

Jebon?Siapa?

Naufal tersenyum.Naufal menghantar dokumen kepada Amirul.Amirul agak sibuk.Ada ketukan di pintu ofisnya.

“Masuk" jerit Amirul.

“Bos ni dokumen.Saya dah cek.Tinggal bos baca dan sign sahaja." ucap Naufal.

“Alright thanks..”

“Bos!” ucap Naufal.

“Ya.Why?”

“Amani tu luculah.” ucap Naufal.

“Lucu?Apa yang lucunya?” Amirul menjungket keningnya.

“Dia kalau tak suka orang tu depan-depan dia okay kat belakang habis dia kutuk kaw-kaw.” ucap Naufal lagi.

“Siapa yang dia kutuk?” soal Amirul.

“Tak tahu.Tapi gaya dia macam marah sangat” jelas Naufal lagi.

“Dia kutuk apa?”

“Tadi saya pergi pantry kejap terdengar Amani cakap jebon.Pastu dia marah-marah.Siapalah yang dia jebon kan itu?” Naufal tergelak kecil.

“Jebon?Macam pernah dengar ayat ni." ucap Amirul.

“Betul bos.Dia jebonkan siapalah agaknya?”

“Adalah tu orang yang dia marah.Biarlah dia.Nanti dia okay lah tu.Dah pergi sambung buat kerja.Tak payah nak jadi makcik bawang” tegur Amirul.

“Ala rileklah bos.Saya dah settle kerja saya.Bagi saya rehat kejap.Penat ni sakit badan.” Naufal tersengih.

“Sudah.Nak rehat pergi kat tempat kamu.Saya nak buat kerja ni.” halau Amirul.

“Sampai hati bos halau saya.Tak nak kawan bos.Merajuk.” ujar Naufal.

Bukan Amirul tidak tahu perangai Naufal yang gila-gila itu.Kalau dilayan sampai esok tak siap kerja dia.

*************************************

Darwina terlihat Adha yang sedang sibuk bekerja.Dia membawa bekal untuk Adha.Adha yang baru sahaja selesai kerjanya duduk di tepi pondok itu.Darwina tersenyum.Darwina mendekati Adha.Adha tidak sedar akan kehadiran Darwina di situ.

“Hai,abang Adha.Sibuk ke?” tanya Darwina.Darwina memberikan senyuman yang paling manis untuk Adha.

Adha terkejut.

“Waalaikumsalam,tak sibuk pun.Tengah basuh kain ni.”sindir Adha.Adha tersenyum sinis.Sememangnya dia amat meluat melihat Darwina.

Bukan dia tidak tahu tujuan Darwina datang itu.Darwina tersentak.Dia tersipu-sipu malu.

“Abang Adha,Awin ada bawa makanan fav abang.Sedap tau Awin masak.Abang Adha rasalah sikit.” ucap Awin.Suaranya dilembutkan dengan sengaja.

Ikutkan hati Adha mahu sahaja dia meninggalkan perempuan itu seorang diri.Tetapi kasihan pula dia pada Darwina yang sudah membawa bekal untuknya.

“Ni untuk Adha ke?”

“Iya.Awin buat khas untuk abang Adha.Cubalah rasa sikit.Mana tahu nanti Awin buat untuk abang Adha lagi.” ujar Darwina.

Adha meneliti setiap lauk itu.Mana tahu kot-kot Darwina ni nak sihir dia.Bukan boleh percaya perangai Darwina ni.

“Abang rasalah.Sedap tau.Special untuk abang.” Darwina mencedok kan nasi dan ayam masak merah itu.Diberikan kepada Adha.

Adha membaca doa.Mana tahu sihir syaitan semua tu hilang ke apabila dia baca.

Adha menyuapkan nasi ke mulutnya.Dia mengunyah makanan itu.

“Sedap tak abang Adha?” tanya Darwina.

“Sedap.Pandailah Mak Lang Siah masak.Abang Adha suka.Kuah dia pekat.Sedap betul.” ucap Adha sambil menikmati makanan.

Wajah Darwina berubah.

Padan muka.Dia ingat aku tak tahu mak dia yang masak.Terkedu kau.Adha tersenyum.

“Sedap kan?Abang Adha makanlah puas-puas.” Darwina melemparkan senyuman kepada Adha.

Selesai sahaja makan.Adha memegang perutnya.

“Alhamdulillah.Terima kasih Awin bagi makanan.Nanti boleh lah suruh Mak Lang Siah masakkan untuk Adha lagi.”

“Sama-sama.Boleh je abang Adha.” ucap Darwina malu-malu.

“Abang Adha balik dulu lah.Dah kenyang ni Tambah-tambah Mak Lang Siah yang masak.Balik terus tidur je la." ucap Adha lalu tersengih.

“Kenyang kan? Hati-hati abang Adha.Nanti Awin bawa lagi bekal.” Darwina melambaikan tangannya kepada Adha.

Adha hilang dari pandangannya.

”Geram pula aku dia duk sindir-sindir dari tadi.Tak apa kau.Aku akan rampas kau dari Amani.Aku tahu kau tak suka aku tapi lama-lama nanti kau akan jatuh di tangan aku juga.Amani hanya tunggu kad sahaja dari aku.” Darwina ketawa jahat.

Bahagia kau Darwina.Hati busuk seperti engkau tidak akan bertahan lama.

sory lme xpost.saya cri mood.hope korg enjoy.btw Amani dah kerja dengan Amirul yeayyyyy.inilah permulaan Amirul dan Amani akan bergaduh.kite tengok jela sampai bile diaorang nak bergaduh.author pun letih tengoknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience