Bab 9 (hasutan)

Romance Series 36483

Liyana duduk menghadap cermin meja soleknya.Dia teringat kejadian kelmarin.Sejujurnya dia memendam perasaan kepada Amirul.Liyana dan Amirul sangat akrab sejak kecil lagi kerana Dato' Araman dan Encik Arshad, papa Amirul merupakan kawan rapat.Salah satu sebabnya Amirul dan Liyana menjadi akrab.

Tetapi sejak menginjak dewasa Amirul dan Liyana sudah tidak seakrab yang dulu.Kerana Amirul telah melanjutkan pelajaran di luar negara.Di sana Amirul telah berkenalan dengan Erin.Erin ialah kawan Amirul semasa dia menyambungkan pelajaran di London.Dari sebuah persahabatan telah menjadi cinta.

Amirul yang ketika itu masih muda.Dia membuat keputusan dengan terburu-buru iaitu untuk mengahwini Erin.Pada mulanya Erin bersetuju untuk berkahwin dengan Amirul.Ibu dan ayahnya juga merestui hubungan mereka.Tetapi di hari pernikahan mereka,Erin telah melarikan diri.

Erin tidak bersedia untuk menjadi isteri Amirul.Kerana dia tahu, tanggungjawab seorang isteri amat besar.Erin mahukan kebebasan.Jika dia telah menjadi gelaran isteri,kehidupannya tidak seperti yang diharapkan.Dia membuat keputusan untuk melarikan diri.

Erin telah meninggalkan pesanan mesej kepada Amirul.

“Awak,saya minta maaf.Saya tak boleh nak teruskan perkahwinan ini.Saya tahu awak akan membenci saya.Jujur saya katakan saya cintakan awak,tetapi saya tak bersedia untuk menjadi isteri awak.Kita terlalu muda untuk menempuh kehidupan rumah tangga.Berikan saya masa untuk tenangkan diri saya.Saya minta maaf kerana malukan awak serta keluarga.Ikhlas dari Erin Airina.”

Amirul membaca mesej itu dan meninggalkan kawasan masjid itu.Pihak Erin memohon maaf kepada Amirul serta keluarganya.Amirul terus mencapai kunci kereta dan ingin menenangkan dirinya.

Sejak kejadian perkahwinan Amirul dibatalkan,Liyana mengambil kesempatan untuk mendekati Amirul.Liyana juga sudah berubah dari seorang gadis yang pemalu menjadi seorang yang mengada dan inginkan perhatian.

Liyana berubah secara drastik kerana sewaktu Amirul bersama Erin,Liyana hanya mampu melihat mereka dari kejauhan.Liyana tidak mampu untuk mengatakan cintanya kepada Amirul.Dia hanya berdiam diri sahaja.

Tetapi sejak Erin meninggalkan Amirul,Liyana tidak akan lepaskan Amirul lagi.Dia akan cuba sedaya upaya untuk memiliki Amirul.

Liyana menolak barang-barang solekannya itu jatuh ke lantai.Barang-barang itu bertaburan di lantai biliknya.

Aku takkan lepaskan kau Amirul.Aku cintakan kau.Kau tak nampak pengorbanan aku? Tahu-tahu kau sudah ada pengganti.Kali ni aku takkan lepaskan kau.Itu janji aku.Kalau aku tak dapat kau, perempuan itu pun takkan dapat kau.

Liyana ketawa sendiri.

**********************************

Amani menghantar air pada meja Aini.

“Thanks kawan saya yang comel cantik ni.” puji Aini.

Amani tersengih.

“Kembanglah tu aku puji kau.” ucap Aini.

“Kembang sekejap je.Aku nak sambung kerja aku.” Aini menganggukkan kepalanya.

Amani pergi ke pantry.Dia memandang ke pejabat Amirul.Amirul tidak datang kerana demam.

Betul ke dia demam?Or sebab perempuan yang hari tu?

Eh lantaklah dia nak demam ke apa ke?Bukan ada kena mengena dengan aku.Yang aku risau pasal dia kenapa?Ish buang masa aku je.

Amani terus mengemas pantry.

Ketika itu di pintu ofis,ada seorang wanita yang memakai Spek dan memakai skirt pendek.

“Maaf cik,bos tak bagi cik masuk.Lagipun bos tak datang hari ni.Dia tak berapa sihat.” ucap Mimi kepada wanita itu.

Wanita itu tersenyum.

“I datang sini bukan nak jumpa bos u.I datang sini nak jumpa Amani.Lagipun ada i kisah bos u bagi ke tak.I tetap akan datang sini.” ucap Liyana.

Dia terus pergi ke pantry mencari Amani.

Amani yang sedang mengemas terus memandang Liyana.

“Liyana?" ucap Amani.

Liyana tersenyum sinis.

“Wah,u kenal I?Hebat u.Mesti Amirul dah cerita pada u.By the way I nak cakap ni.U jangan percaya apa yang Amirul cakap pada u.Lagipun u tak kenal siapa Amirul.Amirul depan u dia nampak baik but belakang?U tahu ke?” ucap Liyana.

Amani tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Liyana.

“U jangan terpedaya ayat manis dia.I sangat kenal dia.Hari ni dia cuti.U percaya ke dia sakit?I bukan apa kesian kat u nanti.Mana tahu diam-diam dah ada madu.”

Apa kena mengena madu,aku dengan Amirul? Perempuan ni okay tak?Aku dengan dia mana ada apa-apa.Desis hati Amani.

“U ingat tau Amani apa yang I pesan pada u.Jangan nanti u cari i.Tak apalah i nak balik.Panaslah kat sini.”

Liyana melangkah keluar dari pejabat itu.Dia tersenyum sendiri.Misinya untuk menghasut Amani telah berjaya.Selepas ini Amirul yang akan jadi sasarannya.

Kau tunggu Amirul.Kau akan jadi milik aku.Liyana tersenyum sendiri.

Amani terpinga-pinga di situ.Dia tidak faham akan maksud Liyana.Rakan-rakannya terus bertanya kepada Amani.

“Amani dia cakap apa kat kau?” soal Aini.

“Kenapa dia nak jumpa kau?Mesti ada something yang jadi kan?” sampuk Mimi.

Naufal hanya melihat Amani dari jauh.Dia membuka telefon bimbitnya.Dia memberitahu kepada seseorang.

************************************

Amirul berada di pejabatnya.Dia mengetuk-ngetuk meja menggunakan pen.

Apa motif Liyana datang semalam?Nak jumpa Amani pula?Dia fikir Amani tu kekasih aku ke? Amirul masih bingung dengan kedatangan Liyana semalam ke pejabatnya.

Amirul memanggil Aini.

“Awak suruh Amani buatkan air saya.Macam biasa." ucap Amirul.

“Baik bos."

Aini terus melangkah ke pantry.Dia terlihat Amani yang termenung itu.

“Baaa...”

“Opocot kau.Aini terkejutlah.” ucap Amani dengan geram.Aini tersengih.

“Lupa nak beritahu bos kesayangan kau minta buatkan air untuk dia.”

“Dah agak dah.Kalau tak jangan harap kau datang ke sini." ucap Amani.

“Kau macam tak tahu je bos kesayangan kau tu?Okaylah aku nak sambung buat kerja.Kang ada pula yang pot pet pot pet." Aini membuat isyarat tangannya.Amani tergelak kecil.

Segera Amani membancuh air untuk Amirul.Dia pun menuju ke ofis Amirul.Pintu ofis diketuk.

“Masuk”

“Nah bos air." ucap Amani.Amani meletakkan air di atas meja Amirul.Dia ingin melangkah ke pintu.

Amirul memanggil Amani.

“Amani,tunggu kejap.Saya ada benda nak cakap.” ujar Amirul.

Amani memusingkan badannya menghadap Amirul.

“Saya nak tanya,semalam Liyana datang sini ke?” soal Amirul.Amani menganggukkan kepalanya.

“Dia datang nak jumpa awak kan?”

Amani mengangguk.

“Dia cakap apa pada awak? Ceritalah pada saya.”

“Ha?Panjang ceritanya.” Amani menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“Awak pendekkan lah.” ucap Amirul lalu tersenyum.

Amani berdebar-debar apabila melihat senyuman dari Amirul.

“Err....errr.."

“Ohh faham.Dia cakap err kat awak eh?” ucap Amirul mengusik Amani.

“Eh...T...tak bos.Dia....” Amani terdiam seketika.

“Dia cakap apa?” Amirul memandang Amani.

Amani tidak fokus untuk bercerita kerana Amirul dari tadi memandang wajahnya.

“Tak apalah bos.Nantilah saya cakap.Susahlah cakap sekarang.Sebab sekarang kan masa kerja.” ujar Amani.Amani memberikan alasan.

“Iyalah.Awak nak beritahu kat saya bila?"

“Saya whatsapp bos jela nanti." jawab Amani.

“Hmm..Okay.Boleh sambung kerja awak.” ucap Amirul.

Amirul tersenyum melihat Amani.Entah mengapa manis sekali Amani memakai baju kurung itu.

Segera Amani keluar dari ofis.Dia pergi ke pantry.Amani menarik nafas lega.

Apasal jantung aku berdebar tengok dia tadi?Dengan dia senyum pula.Kau jangan macam-macam Amani.Kau buat je kerja kau.

Amani cuba untuk memfokuskan dirinya pada kerja.

Amirul tersenyum sendiri.

Lucu apabila melihat Amani yang tidak selesa dengan pandangannya itu.

“Senyum sorang-sorang tu mesti ada berita gembira kan?” tegur seseorang.

Segera Amirul mematikan senyumannya itu.

“Lain kali masuk tu ketuk pintu.Terkejut saya.” tegur Amirul.Naufal tersengih.

“Sory bos.”

“Kenapa jumpa saya?” soal Amirul.

“Saya nak hantar dokumen ini.Bos lupa nak beritahu projek kita yang kat Sepang dah buka hari semalam.” ucap Naufal.

“Wah.Bagus.Nanti awak cakap kat Aini tolong senaraikan nama staf yang bekerja di situ.Saya nak masukkan dalam sistem.”

“Baik bos.”

“Bos,ceritalah apa yang happy sangat tadi?” bodek Naufal.

Amirul memandang Naufal.

“Mana ada.Tak ada benda yang buatkan saya happy.Semua bagi saya stres." ucap Amirul.

”Yeke bos?Kalau Amani bagi bos stres lagi tak?” Naufal sudah mengangkat keningnya.

Amirul terus terdiam.

“Cakaplah bos.Saya tanya ni.”

“Kamu ni pergilah sambung buat kerja.” ucap Amirul.

“Eleh,ingat kita tak tahu bos suka kat Amani kan?Jujur jela kat saya.Saya boleh simpan rahsialah.Lagipun masa Amani masuk tadi saya tengok bos senyum je tengok dia.Dia ingat kita tak nampak?" Naufal tersengih.

“Kamu perhatikan saya?Dahlah pergi sambung kerja kamu tu.Saya busy ni.” ucap Amirul lagi.

Naufal mencebikkan bibirnya.

Sebelum Naufal keluar dari ofis itu sempat dia mengusik Amirul.

“Jangan pandang lama-lama.Nanti lama-lama.Dia di ambil orang.” usik Naufal yang sedang bernyanyi sambil memandang Amirul.

Amirul sudah menggelengkan kepalanya.

“Lirik pun salah.Ada hati nak bernyanyi." ucap Amirul.Naufal tertawa.

Amirul tersenyum sendiri.

Liyana sudah munculkan diri.Siapa geram dengan Liyana?stay tune..tunggukan next chapter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience