Bab 35 (Maafkan Mak Lang,Sayang)

Romance Series 36483

Naufal mencuba menelefon beberapa kali.Masih tidak di jawab panggilan itu.Naufal menarik nafasnya.

Naufal mencuba lagi.Dia masih tidak puas hati.

“Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan.Sila hubungi sebentar lagi.”

Naufal termangu keseorangan.Dia memikirkan sesuatu.Naufal memandu keretanya mencari petunjuk.Di persimpangan jalan,dia terlihat sosok seseorang yang sedang menunggu di perhentian bas.

Naufal memberhentikan kenderaannya.Aini terus memandang ke arah kereta itu.Aini menjeling dengan tajam.Naufal keluar dari keretanya untuk memujuk Aini.

“Awak,saya tahu salah saya.I'm so sorry.Saya tak sengaja.Saya lupa yang kita...”

“Lupa apa?Kenapa tak teruskan ayat tu?” soal Aini dengan wajah yang masam.

“Awak,jangan macam ni.Awak kena faham.Kita jumpa bos.Apa pula cakap Encik Amirul nanti?” ucap Naufal.

“ Awak fikir perasaan Encik Amirul jela?Saya ni tunggul?Awak ingat saya tak ada perasaan?Awak samakan saya dengan tikus mondok tu saya happy?Macam tu? ” soalan demi soalan Aini lontarkan kepada Naufal.

“ Saya tahu saya yang bersalah.Saya minta maaf sebab bagi awak terasa hati dengan saya.Tapi saya tak nak kita putus.Saya sayangkan awak Aini.Please jangan buat saya macam ni.Awak nak marah saya,marahlah.Tapi janganlah minta putuskan hubungan kita.Saya merayu.Saya tak nak Encik Amirul syak tentang hubungan kita.Itu je.” jelas Naufal dengan jujur.

Hati Aini tersentuh apabila mendengar penjelasan Naufal.Namum kerana ego yang ada dia mengabaikannya.

“ Ikut suka awaklah.Malas saya nak ambil tahu dah. ” ucap Aini dengan nada merajuk.

“ Awak,saya tak ada niat pun nak buat macam tu  pada awak.Saya bergurau je tadi.Tak sangka awak terasa hati.Lepas ni saya tak buat dah.” kata Naufal memujuk.

Aini masih berkeras hati.

“ Jom saya hantar awak balik.Bas tak ada masa sekarang ni.”

Aini masih berdiam.

Kalau aku ikut kepala otak aku.Memang aku tunggu je kat sini.Tapi waktu macam ni mana ada bas.Detik hati Aini.Aini terpaksa menurunkan egonya.

“ Awak nak tak saya hantar balik? ” ujar Naufal.

Aini mengangguk kepalanya.Naufal tersenyum.Kereta meluncur dengan laju hingga di perkarangan kondominium itu.

***********************

Sudah seminggu Amani berada di rumahnya.Dia menyandarkan badannya ke dinding.Aryan pula sedang nyenyak tidur.Amirul membuka pintu bilik itu.

“ Mamanya sini makan.Hari ni macam biasa ye sayang.Kena habiskan tau.Jangan tinggalkan. ” ujar Amirul.

Amani melihat makanan yang telah dihidangkan itu.

“Ikan bilis goreng lagi?”

Amirul mengangguk kepalanya.

“Ikan bilis pun ikan bilis lah.Asalkan kenyang sudah.” Amani sudah redha.

Amirul tersenyum sendiri.

“ Nanti dah habis pantang boleh makan sedap-sedap.Sekarang ni kena pantang dulu.Tak boleh main ikut tekak je.Nanti kamu yang bentan pula.” ucap Mak Lang Siah.

Amani mencari suara itu.

“ Mak Lang?Bila sampai sini?Kenapa tak call Amani?Mak Lang naik apa datang ni?” bertalu-talu soalan Amani.

“Hei budak bertuah ni.Salam pun belum lagi dah banyak soalan di tanya.Tanya satu-satu dulu.” kata Mak Lang Siah.

Amani tersengih.Dia mencium tangan Mak Lang Siah.

“ Bila Mak Lang sampai? ” soal Amani.

“ Masa kamu tengah tidur tadi.Tak naklah Mak Lang ganggu.Mak Lang bukan apa kesiankan kamu tak ada siapa jaga.Tu yang Mak Lang datang jugalah.” ucap Mak Lang Siah.

Matanya tertumpu ke Aryan yang sedang lena itu.

“ Mak Lang teringat masa mak kamu bersalin kan kamu.Macam ni lah.Dulu Mak Lang jaga mak kamu.Sekarang jaga kamu pula.Cepat je masa berlalu.” kata Mak Lang Siah.

Amani tersenyum.

“ Dahlah,kamu makanlah.Mak Lang ganggu kamu pula.”

“ Tak apa Mak Lang.Mak Lang rehatlah dulu.Jauh tu datang sini.” ujar Amani.

“Iyalah.Ni pun dah sakit kaki.Mak Lang rehat kejap ye.”

Amirul dan Amani mengangguk kepala.Mak Lang Siah menuju ke bilik yang telah disediakan oleh Amirul.Dia merehatkan badannya sebentar setelah 4 jam berada di dalam bas.

Amani berasa terharu.Tidak sangka Mak Lang Siah akan datang menjenguknya.Dia berasa amat teruja.

*********************

Mak Lang Siah sedang mendodoikan Aryan.Aryan yang baru sahaja selesai menyusu itu terus terlena.Mak Lang Siah tersenyum melihat wajah mungil cucu saudaranya itu.

“ Muka Aryan ni ikut muka kamu Amani.Sebijik macam arwah opahnya.Tapi versi lelaki.” Mak Lang Siah tersenyum.

Mak Lang Siah membelai kepala Aryan itu.Sesekali diciumnya pipi Aryan itu.Aryan yang sedang lena itu seakan terjaga.Dengan cepat Mak Lang Siah mendodoinya.Aryan terus menutup matanya dan lena di buai mimpi yang indah.

“ Mak Lang duduk sini sampai bila?” soal Amirul.

“ Mak Lang cadang nak duduk sebulan macam tu.Nak tengok Amani tu tak adalah sorang-sorang kat rumah.Dia dah makin sembuh Mak Lang baliklah kampung.” ucap Mak Lang Siah.

“ Kenapa tanya?Tak suka ke Mak Lang duduk sini?” soal Mak Lang Siah.

“ Ke situ pula Mak Lang ni.Saya tak kisah.Mak Lang nak duduk sini terus pun lagi saya suka.” ucap Amirul.

“ Tak boleh Mak Lang nak duduk lama-lama kat sini.Rumah tu kena juga tengok-tengok.Risau jugalah Mak Lang.Orang kampung bukannya kita boleh percaya.Kan cucu opah ni! ” Mak Lang mencium pipi Aryan.

“ Kalau opahnya ada mesti lagi seronok. ” ucap Mak Lang Siah.

Amani memandang Mak Lang Siah.

“ Aryan pun seronok ada opah lang.Opah Lang datang sini pun Aryan dah bersyukur dah.” ujar Amani.

Mak Lang Siah memandang wajah anak saudaranya itu.Ditenungnya wajah Amani.Mak Lang Siah mengusap wajah Amani.

“ Amani,Mak Lang minta maaf ye?Selama kamu duduk dengan Mak Lang kamu tersiksa.Banyak dosa Mak Lang pada kamu. ” Mak Lang Siah menundukkan wajahnya.

“ Mak Lang perkara yang lepas jangan di kenang.Amani bersyukur sangat Mak Lang datang tengokkan Amani.Ada Mak Lang di sisi Amani tu dah lebih dari cukup. ” ucap Amani lagi.

“ Mak Lang tahu,cuma Mak Lang teringat apa yang Mak Lang dah buat pada Amani.Mak Lang mak saudara yang tak guna.Sanggup hancurkan hidup anak saudara sendiri.Mak Lang tak tahu apa yang Mak Lang fikirkan masa tu.Betullah orang cakap kifarah itu ada.Sekarang Mak Lang dah kena cerai atas kata-kata dan perbuatan Mak Lang sendiri.” luah Mak Lang Siah.

“ Mak Lang,semua yang jadi ini mesti ada hikmahnya.Allah takkan uji kalau kita tak mampu.Amani percaya Allah sayangkan Mak Lang sebab itu Allah uji Mak Lang.Mak Lang,apapun yang terjadi pada Mak Lang.Amani tetap ada dengan Mak Lang selagi Amani masih bernyawa.Itu janji Amani.” kata Amani.

“ Maafkan Mak Lang sayang.Mak Lang berdosa.” Mak Lang Siah memeluk Amani seeratnya.Tubuh inilah yang dipukulnya.Tubuh inilah tempatnya untuk melepaskan dendamnya..

Ya Allah.Besarnya dosa aku pada dia.Besarnya dosa aku pada anak yatim piatu ini.Yang tidak tahu salahnya dari mana.Sungguh aku kejam.Kini Engkau telah tunjukkan pada aku betapa besarnya kuasa-Mu.Takkan aku sia-siakan dia lagi.

Mak Lang masih memeluk Amani.Air matanya mengalir tidak henti.Amirul yang melihat berasa sebak.Mungkin inilah hikmahnya atas semua yang Amani telah lalui.

“ Amani,rumah pusaka tu Mak Lang tak nak pun.Mak Lang tak tukar pun nama.Nama kamu masih lagi ada kat situ.Mak Lang tak nak semua tu.Semua tu tak penting pun bagi Mak Lang.” ucap Mak Lang Siah.

“ Mak Lang,Amani tak kisah.Semua tu tak penting pun.Yang penting Mak Lang ada dekat dengan Amani.Itu pun dah lebih dari cukup.” Amani mencium pipi Mak Lang Siah.

Mak Lang Siah tersenyum.

Hari ini,hari yang menggembirakan Amani.Dia bersyukur Mak Lang Siah sudah sedar dari kesilapannya yang lalu.Dia yakin suatu hari nanti Mak Lang Siah akan berubah.Akhirnya impiannya tercapai jua.

Assalamualaikum n hai..author dh up bab 35 utk korg.tq yg baca..jgn lupe komen..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience