Amirul telah membawa Amani bertemu dengan mamanya,Puan Aliza.Tiba sahaja di rumah banglo itu,Amirul keluar dari tempat duduknya dan membuka pintu untuk Amani.
Amani keluar dari kereta dan melihat sekelilingnya.Rumah banglo yang tersergam indah itu di pandang dengan teruja.
Besar betul!Bestnya.Kalaulah aku dapat rumah macam ni.
Tak payah nak berangan Amani.Kau tu gadis kampung sahaja.Bidas otaknya.
“Jom masuk." kata Amirul.
Puan Aliza sudah menunggu Amirul serta bakal menantunya itu.Dia tersenyum saat melihat Amani.Amani menyalami Puan Aliza.
“Cantik orangnya.” ujar Puan Aliza.
Amani memandang pelik.Dia tidak mengerti yang disampaikan oleh Puan Aliza.
“Mari masuk.Duduk dulu.Mama buatkan air.”
Amirul dan Amani masuk lalu duduk.Amar mendekati mereka.
Puan Aliza membawa dulang berisi air ke meja tamu.Dia menghidangkan air itu kepada Amani.
“Minumlah.Nama siapa?” soal Puan Aliza.
“Saya Arisya Amani.Panggil Amani saja.” jawab Amani dengan malu.
Puan Aliza tersenyum.
“Sedap namanya secantik tuan badannya.Pandai anak mama ni pilih.” puji Puan Aliza.
Amirul hanya tersengih.
Kalau mama tahu Amani berlakon jadi girlfriend aku.Comfirm mama merajuk.
“Amani minumlah.Tak payah malu-malu.Anggap je rumah ni macam rumah Amani.”
Amani menganggukkan sedikit kepalanya.
Kalau ikut perangai tiga suku aku,memang aku buat rumah ni macam rumah aku saja.Nasib rumah bos.
Dengan perlahan Amani mengambil air yang telah dihidangkan itu.
“Along,dah ada tarikh ke?” ucap Puan Aliza.
Amirul memandang mamanya lalu mengerutkan dahinya.
“Tarikh apa ma?”
Ketika itu Amirul sedang menghirup air bancuhan mamanya itu.
“Tarikh nikah kamu lah dengan Amani.”
Amirul yang sedang menghirup air terus tersembur lalu tersedak.Dengan segera dia mengurut dadanya.
Amani memandang Amirul yang tersedak itu.
“Apa ni ma?Along baru je kenalkan mama dengan Amani.Takkan nak terus nikah?Lagipun along dengan Amani baru je kenal.” kata Amirul lagi.
“Iya mama tahu.Manalah tahu anak mama ni dah angau ke?” usik Puan Aliza.Dia tersenyum melihat gelagat anaknya.
“Mama,along nak masuk kejap.Mama berbual dulu dengan Amani.” ujar Amirul.
Amirul meninggalkan Amani dengan mamanya.Sengaja dia meninggalkan mereka berdua.Dia mahu mamanya lebih mengenali Amani lebih dekat lagi.
Amirul mengintai mereka dari jauh.Amar memerhatikan abangnya itu.Dia mendekati abangnya lalu menepuk bahunya.Amirul tersentak.
“Along tengok apa?” soal Amar.
“Tak ada apa pun.”
“Yeke?Along tengok Amani kan?Tapi cantiklah dia.Pandai along pilih.” Amar tersengih.
“Tengoklah siapa yang pilih.Menantu mama mestilah cantik kalau dah along handsome.” Amirul menjungket keningnya sebelah.
“Ceh poyolah.”
“Jealous lah tu!” Amirul terkekeh ketawa mengusik adiknya itu.
Amani dan Puan Aliza berbual dengan mesra.Selesai mereka berbual Amirul menghantar Amani pulang ke rumahnya.
Amirul sedang fokus memandu.Amani pula melihat ke jalan raya.Kedua-dua membisu.
“Amani,awak okay tak jumpa mama saya?Sorylah macam-macam soalan dia tanya awak.Mama saya memang macam tu.” kata Amirul memulakan bicara.
“Tak apa bos.Saya okay je.Lagipun mama bos baik.Segan pula saya.” ujar Amani.
“Tapi kan bos.Apa maksud mama bos tentang tarikh tu?” soal Amani memandang Amirul yang sedang fokus terhadap pemanduannya.
Gulp! Terasa tersekat di tekak Amirul untuk menjawab soalan Amani.
“Itu mama saya mengusik je.Lagipun awak kan berlakon jadi girlfriend saya.Takkan nak terus nikah kan?Lagipun saya tak bersedia lagi nak berkahwin." ucap Amirul.
Fuh.Lega rasanya.Kalau dia tahu plan aku mati aku.Amirul tersenyum memandang Amani.
“Ohh.Faham.Mama bos ni luculah.Pandai mengusik.” Amani tergelak kecil.
Amani tersenyum apabila mengingati usikan mama bosnya itu.
***********************************
Amani seperti biasa membancuh minuman untuk rakan-rakan pejabatnya itu.Sedang dia asyik membancuh Amirul menghampirinya.
Amani menoleh kepalanya.Dia tersedar akan kehadiran Amirul.Amani memberikan senyuman manis kepada Amirul.
“Bos nak air ke?” tanya Amani.
“Iya.Macam biasa.Nanti awak letak je kat meja saya.” jawab Amirul.
Amani menganggukkan kepalanya.Amirul terus beredar.Gayanya agak lain.Sedikit dingin.Mungkin dia ada masalahnya sendiri.
Amani melihat sahaja Amirul masuk ke ofisnya.
Selesai membancuh Amani terus menghantar air itu ke meja bosnya.Amirul membiarkan Amani menghantar air kepunyaannya itu.
Tanpa sengaja Amani hampir terjatuh akibat lantai yang licin.Cawan yang berada di tangannya jatuh ke lantai lalu pecah dan bertaburan.Amirul terkejut dan bangun.
Amani yang sudah terduduk di lantai itu mengaduh sakit.Amirul memandang cawan yang bertaburan itu.
“Amani,apa awak buat ni?Habis pecah cawan ni.Awak ni jalan tak tengok bawah ke?Menonong je masuk.” ucap Amirul dengan kasar.
Dia yang terduduk di lantai itu hanya terdiam seribu bahasa.
“Amani saya bercakap dengan awak ni.Awak bangun.Awak kutip cawan-cawan yang pecah ni.Saya dah lah banyak masalah awak pula tambahkan masalah saya.” dengus Amirul.
Perlahan-lahan Amani cuba untuk bangun.Kakinya yang terseliuh itu membuatkan dia hilang kawalan untuk berdiri.Amirul melihat Amani yang berusaha untuk berdiri.
“Takkan jatuh sikit dah tak boleh nak bangun?Lembik sangat pun.Awak kerja kat sini tak boleh lembik-lembik.Kalau awak lembik macam ni tak payah kerja.Duduk je rumah.”
Amani cuba bersabar.Ikutkan mulutnya mahu sahaja dia memaki Amirul.Kerana kakinya yang sakit itu dia cuba bertahan.
“Saya minta maaf bos.Saya tak nampak lantai ni licin.Saya tak sengaja.Saya ambil kain lap lantai ni.” kata Amani dengan perlahan.
“Salah sikit minta maaf.Berkali-kali awak buat salah minta maaf.Awak ingat dengan minta maaf awak tu saya maafkan awak ke?”
Amani menundukkan kepalanya ke bawah.
Dia ni kenapa?Period ke?Nak marah-marah orang tak tentu pasal.
Amani mengerutkan mukanya lalu menghela nafas.
“Baguslah buat muka macam tu.Kalau awak rasa terbeban kerja kat sini.Awak keluar dari ofis ni.Tak payah kerja dah.Ada awak banyak je masalah.Itu tak kena ini tak kena.” tengking Amirul.
Amani memandang wajah Amirul.Kali ni dia tidak boleh bersabar lagi.
“Bos,saya tak sengaja jatuhkan cawan ni.Saya tak tahu pun lantai ni licin.Kalau bos tak nak saya bekerja kat sini.Okay fine.Hari ni juga saya hantar surat berhenti saya.Kalau saya ni masalah pada bos.Lebih baik saya berhenti.Daripada bos terus memaki saya.Saya pun ada perasaan.Bos ingat bos sorang je ada masalah.Orang lain tak ada masalah? Pandai-pandai bos nak cari staf lain gantikan saya.Saya letak jawatan saya sebagai tea lady bos.Nah ambil name tag saya ni.”
Amani terus keluar dari ofis itu.Dengan kaki yang sakit dia berjalan ke pantry.Amani mengambil barang-barangnya dan keluar dari ofis itu.Aini tercengang melihat Amani membawa begnya.
“Kau nak ke mana Amani?” soal Aini.
“Nak balik.Aku bukan staf sini lagi.” Amani terus melangkah kakinya keluar dari pejabat itu.
Suasana bertukar riuh rendah.Rakan-rakan sepejabatnya terkejut apabila mendengar dari mulut Amani bahawa Amani sudah meletakkan jawatannya.Aini hanya memandang ofis Amirul.Dia terlihat bosnya sedang sibuk itu.
“Kenapa Amani berhenti Aini?Dia bergaduh dengan bos ke?” Mimi tertanya-tanya.
“Aku dapat rasa dia bergaduh dengan boslah.Tak ada orang lain dah ni." kata Aini.
Amani menunggu grab mengambilnya.Dia berdiam sepanjang perjalanan.Hatinya sungguh sakit.Dia memegang kakinya yang terseliuh itu.
Aku benci kau Amirul.Sampai bila-bila aku benci kau.Pandai-pandai kau cari staf baru.
Amani merenung ke luar tingkap kereta.Hatinya masih membara.
***************************************
Amirul meraup wajahnya.Dia bingung.
Kenapa aku marah sangat kat dia?Padahal bukan salah dia pun.Amirul apa kau dah buat?Puncanya semua dari Liyana.
Flashback
Amirul tidak sengaja memarahi Amani.Dia teringat akan kejadian tadi.Ketika itu Liyana telah menghantar mesej kepada Amirul.Amirul membuka mesej itu.
“Amirul,I tahu apa yang u buat.U suruh Amani berlakon jadi girlfriend u kan?Supaya I tak boleh dekati u.I nak beritahu kalau I tak dapat u hidup u takkan tenang.I akan pastikan u milik i.Bye sayang.I love U.Muahh.”
Tak di sangka Liyana sudah tahu rancangannya.Amirul menjadi serabut.Dia terus meminta Amani membancuhkan air untuknya.Kerana kesalahan kecil,Amani di tengking oleh Amirul.
Apabila Amani meninggalkan pejabat itu.Mak Tuti dengan segera meminta maaf kepada Amirul kerana kesalahannya yang menyebabkan lantai itu menjadi licin.
“Encik Amirul,Mak Tuti minta maaf.Sebenarnya Mak Tuti yang salah.Mak Tuti lupa nak mop dengan bersih dekat ofis Encik Amirul.Lepas Mak Tuti mop guna sabun Mak Tuti tak lap.Mak Tuti lupa.Mak Tuti minta maaf sangat.Tak fasal-fasal Amani yang terjatuh tadi.”
Amirul menepuk dahinya.Dia ingin meminta maaf kepada Amani.Tetapi egonya yang meninggi itu yang membuatkan dia membatalkan niatnya.
Mesti dia sakit sangat tadi.Apalah aku ni.Dah lah dia tengah sakit aku pergi tengking dia.Tapi takkan aku nak chat minta maaf pada dia?
Sejak pulang kerja lagi, Amirul mengurungkan diri dalam biliknya.Dia bangun dari katilnya dan masuk ke bilik air.Dia ingin menunaikan solat maghrib.
Selesai solat maghrib Amirul terus ke ruang tamu.Terlihat mama dan adiknya sudah berada di sana.Dia tersenyum melihat mereka.
Amirul duduk di sofa.Amar mengerling abangnya yang baru sahaja duduk itu.
“Abang handsome dah turun.Sibuk betul dari tadi tak turun-turun.Call dengan bakal isteri ke?” usik Amar.
Amirul memberikan senyuman paksa.
Puan Aliza memandang Amirul.
“Along,bila nak tetapkan tarikh?Mama tak sabar nak dapat bakal menantu ni?” ucap Puan Aliza dengan teruja.
“Betul.Bila lagi mama nak merasa menantu.Lagipun Along kan anak sulung.Adik lambat lagi.” kata Amar lalu tersengih.
“InsyaAllah ma.Ada jodoh ada.Along malas nak tergesa-gesa sangat.” Amirul tersenyum hambar.
“Aik?Gaduh ke?Macam tak ada semangat je?” soal Amar.
“Biasalah along.Adat bercinta.Ada masa bahagia,ada masa sedih,ada masa bergaduh.Tak apa.Mama faham.Mama bagi masa.Lagipun mama tengok Amani tu baik budaknya.Hormat orang.Mama berkenan sangat kat dia. ” kata Puan Aliza.
Amirul mengiyakan kata-kata mamanya.Sedang asyik berbual,ada ketukan di pintu.Puan Aliza membuka pintu itu.Ternyata Liyana serta keluarganya.
Amirul terkedu akan kedatangan Liyana bersama keluarganya.Puan Aliza menjemput mereka masuk ke dalam rumah.Amirul memerhatikan Liyana.
Amirul mahu beredar tetapi kerana dia sudah berada di situ dengan terpaksa dia bersalaman bersama mereka.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.Jemput masuk,lama tak jumpa.” kata Puan Aliza.
“Terima kasih aunty.” Liyana tersenyum.Dia melihat Amirul yang berada bersebelahan mamanya.Ljyana,Encik Araman serta ibunya Puan Adhira masuk ke dalam rumah banglo itu.
“Hai Amirul.U sihat ke?Lama tak jumpa.” kata Liyana.
“Sihat alhamdulillah." jawab Amirul.
Encik Araman tersenyum melihat Amirul dan Liyana saling berbual.Puan Aliza menghidangkan air untuk mereka.
“Saya dah lama tak datang sini.Ini pun Liyana yang ajak.Dengar cerita Amirul dah nak bertunang ye?” kata Encik Araman.
“Belum lagi.Baru kenal-kenal.Tapi ada Amirul bawa bakal menantu saya datang sini.” jawab Puan Aliza.
“Tahniah Aliza.Tak lama lagi ada menantu.Saya pun teruja dapat tahu Amirul dah ada girlfriend.Liyana yang beritahu.” ucap Puan Adhira dengan wajah teruja.
“Sama-sama.Awak pula bila? Liyana dah jumpa ke boyfriend?” kata Puan Aliza.
“Belum lagi aunty.Nanti adalah.Cuma tak nak tergesa-gesa.Ada jodoh adalah aunty.” Liyana memandang Amirul dengan senyuman yang manis.
Amirul mengalihkan pandangan.
“Amirul tahniah.Tak lama lagi u bakal jadi suami orang.Jaga diri u and bakal isteri u.Manalah kita tahu kan ada orang kacau hubungan u.Kita tak boleh percaya orang ni.” kata Liyana.Dia memberikan senyuman kepada Amirul.
Macam mengata diri sendiri je.Amirul tersenyum.
“Betul tu.Orang sekarang ni kita tak boleh percaya sangat.Kadang-kadang kita tak tahu yang kita kenal dan percaya pun boleh hancurkan hubungan orang.Kan Liyana?” kata Amirul.
Liyana terdiam.Setepek kena.
Konon nak suruh aku tak percaya orang luar.Engkau lagi aku tak percaya.
Liyana menggenggam tangannya.Tak pepasal kena perli dengan Amirul.
Liyana memandang Amirul.
Aku takkan lepaskan kau.Kau tunggu apa aku akan buat.Kita tengok siapa yang akan jatuh nanti!
Amirul perasan akan dirinya di pandang oleh Liyana.
Apa motif kau datang sini Liyana?
Namun kata-kata itu tidak terungkap di bibirnya.
Liyana takkan lepaskan Amirul sebegitu.Adakah Amirul akan tenang apabila Liyana sudah tahu tentang rancangannya bersama Amani?Adakah Amani akan membenci Amirul?
Share this novel