Bab 16 ( kejadian makan malam)

Romance Series 36483

Amani dan Aini beriringan masuk ke dalam ofis.Amani yang asyik berbual perasan akan seseorang yang dia kenal sedang berbual bersama Amirul.Liyana melihat Amani dan Aini sambil tersenyum sinis.Aini memberi isyarat mata kepada Amani.Amani buat-buat seperti tidak nampak sahaja.

Amani pergi ke pantry.Seperti biasa tugasnya.Aini memanggil Amani untuk menghantar dokumen kepada Amirul.Segera Amani mengambil dokumen-dokumen itu.Dia mengetuk pintu ofis itu lalu meletakkan dokumen di atas meja Amirul.

Amirul membiarkan Amani meletakkan dokumen itu.Amani melihat reaksi Amirul yang bersahaja.Amirul begitu fokus kepada Liyana.Amani tidak mahu mengganggu mereka.Dia terus pergi ke pantry.

Liyana yang sudah selesai berbincang bersama Amirul beredar dari ofis itu.Dia melangkahkan kaki ke pantry.Dia melihat pantry itu yang agak kecil.

“Amani nice to meet you.Patutlah macam kenal sahaja cara jalan tu you rupanya.” ucap Liyana.

Amani tersenyum tidak faham akan maksud Liyana.

“Okaylah I pergi dulu.Next time kita jumpa lagi ya.Bye.” Liyana terus beredar dari situ.

Amani hanya membalas di dalam hatinya sahaja.

Liyana memandang Aini yang sedang fokus itu.Dia memandang dengan pandangan yang tajam.Aini perasan akan pandangan Liyana.Dia mengabaikannya.

“Aini suruh Amani buatkan air saya.” kata Amirul.

Aini terus pergi ke pantry mencari Amani.

“Amani macam biasa.” kata Aini.

“Okay.Aku tahu.” Amani menjawab tetapi tidak memandang wajah Aini.

“Weh,kau tahu tak Liyana pandang aku semacam je tadi.” ujar Aini.

“Yeke?Kenapa?”

“Kau rasa dia cam kita ke?” kata Aini.

“Tak adalah.Kau ni rilekslah.Aku percaya dia tak kenal kita.And lelaki tu tak cam aku sebab aku pakai spek hitam.” kata Amani perlahan.

“Okay.Aku percaya kau cakap.Tapi kalau dia tahu.Mati kita.”

“Tak adanya.Dengar je cakap aku.Dahlah aku nak hantar air ni.” kata Amani.Aini terus pergi ke tempat duduknya semula.

Amani mengetuk pintu lalu masuk.

“Letak je sini.Terima kasih.” ucap Amirul.

“Sama-sama.” Amani mahu keluar.

“Amani,esok malam family keluarga Liyana ada buat makan-makan.Awak datang boleh?” ucap Amirul.

“Datang?Rumah Liyana?”

“Iya.Dia ajak keluarga saya.So saya ajak awak sekali.Awak kan girlfriend palsu saya.So mestilah awak kena ada kan?Awak jangan risau family dia okay je.Liyana pun okay.” kata Amirul.

Amani menggaru kepalanya.

“Tapi saya seganlah bos.Liyana tu kan anak orang kaya.Saya ni biasa je.Apa kata kalau bos pergi je dengan family bos.Tak perlulah saya datang.Lagipun saya bukan ada kena mengena dengan Liyana.”

Amani memberikan alasan.Dia tidak mahu berjumpa dengan Liyana.Dia takut identitinya diketahui oleh Liyana.

“Awak ni!Awak kan girlfriend saya.Takkan saya nak biar je.Lagipun masa ni lah yang sesuai untuk awak berlakon jadi girlfriend saya.Biar orang tahu saya ni dah ada girlfriend.So tak ada yang akan kacau saya dah.” ucap Amirul.

“Bagi saya fikir dulu boleh?Esok saya beritahu bos.”

“Boleh.Awak beritahu cepat-cepat tau.” kata Amirul.

Amani menganggukkan kepalanya lalu keluar dari ofis Amirul.Dia berdiri di sebelah meja.

Perlu ke aku pergi?Kalau aku tak pergi nanti bos perlukan aku.Kalau Liyana tahu yang aku follow dia tu macam mana?Tak apa Amani kau rileks je.Buat macam tak ada apa-apa berlaku.

Amani menarik nafasnya.

*********************************

“....Apa pun yang jadi.Saya tetap nak Adha kahwin dengan Darwina.Itu keputusan saya.” kata Mak Lang Siah.

Makcik Senah memandang wajah Mak Lang Siah.

“Saya tak setuju.Saya yakin Adha tak buat.Saya kenal anak saya tok.” ucap Makcik Senah pula.

Tok Asri iaitu merupakan penghulu kampung tersebut.Dia telah diberitahu bahawa Darwina telah di rogol oleh Adha.Kerana Adha seorang yang amat dipercayai oleh penduduk kampung,Tok Asri mahu berbincang bersama ibu bapa mereka.Dia tidak percaya akan fitnah itu.Tok Asri tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak.Beliau mahu bersikap adil terhadap kedua-duanya.

“Betul ke Adha rogol Darwina?Siah kamu ada bukti yang kukuh dan jelas ke?" ucap Tok Asri.

“Betul.Saya dan orang kampung datang ke pondok itu.Saya tengok dengan mata kepala saya sendiri Adha dan Darwina tidur bersama.Baju Darwina pakai koyak bahagian depan.Tak percaya tanya orang kampung.Ingat saya ada masa nak buat cerita.” kata Mak Lang Siah.

Geram pula dia dituduh memfitnah.

“Kita berbincang baik-baik.Senah kamu percaya anak kamu buat atau ada orang yang perangkap anak kamu?” soal Tok Asri.

“Seratus peratus saya cakap ada orang yang perangkap anak saya.Saya kenal anak saya macam mana tok.Dia tak pernah sentuh pun anak orang.” ucap Makcik Senah pula.

“Kau nak cakap anak aku yang perangkap Adha?Anak aku tak pernah sampai pengsan macam tu.Aku kenal anak aku macam mana. Dia tak pernah marah,tak pernah menangis,tak pernah menjerit macam tu.Kalau tak ada orang buat salah pada dia.Kau jangan menuduh sebarangan.”

Jika dibiarkan mahu bergaduh lagi mereka berdua.Tok Asri cuba menenangkan keadaan.

“Okay macam nilah.Senah, walaupun kamu percaya anak kamu tak buat macam tu pada Darwina.Lagi elok mereka di kahwinkan.Tak nak ada fitnah memfitnah.Tapi kalau dah sampai begini,eloklah nikahkan anak kamu berdua.Selesai masalah.Lagipun satu kampung dah tahu.Malu kamu berdua yang tanggung.Lebih baik baik nikahkan saja mereka.” kata Tok Asri.

Makcik Senah terdiam.Mak Lang Siah menghela nafasnya.

“Tak payah bergaduh.Kamu berdua pergi cari tok kadi nikah kan mereka berdua.Pastikan ada saksi.Buat secara kecil-kecilan.Panggil orang yang terdekat sahaja kalau nak buat majlis.”

Makcik Senah memandang ke tempat lain.Dia tidak boleh terima kenyataan bahawa anaknya perlu dikahwinkan juga dengan Darwina.Makcik Senah memejamkan matanya serapat-rapatnya.Dia cuba untuk redha.

********************************

Amani memakai dress labuh yang menutupi kakinya.Dia mengikuti Amirul dari belakang.Amani berasa segan kerana orang sekelilingnya menatap dirinya.Puan Aliza dan Amar juga turut serta ke majlis makan malam itu.

Liyana sudah menunggu mereka.Terus sahaja Liyana memeluk lengan Amirul.Amirul terkedu.

“Thanks Amirul.I tahu u akan datang juga.” Cepat-cepat Amirul menarik lengannya.Puan Aliza memandang Liyana.Dia seperti tidak suka akan tindakan Liyana.Liyana terlupa.

“By the way,ni Amani bakal menantu saya.” Puan Aliza memperkenalkan Amani kepada keluarga Liyana serta rakan-rakannya yang berada di situ.Liyana memandang Amani dengan pandangan sinis.

Mereka bersalaman.Amani memberikan senyuman tanda hormat.

”Cantik menantu awak ni Aliza.Untung Amirul dapat girlfriend secantik Amani.” tegur salah seorang rakannya.

Amani tersimpul malu.Tanpa di duga ada seseorang yang sangat di kenali oleh Amani.Lelaki itu memerhatikannya dari jauh.Amani memandang lelaki itu.Andika memandang Amani dengan pandangan yang tajam.

Amani yang perasan akan pandangan Andika segera mengalihkan pandangan.Dia berbuat seperti tidak mengenali sesiapa.Amirul menyuruh Amani mengambil makanan yang sudah sedia terhidang itu.Amani pun terus mengambil makanan.

Sedang Amani leka mengambil makanan.Andika pun juga turut mengambil makanan bertentangan dengannya.Andika melihat Amani.Wajah Amani berubah.Dia terkejut akan kedatangan lelaki itu.

“Hai.Macam pernah nampak lah u ni!Tapi kat mana eh?By the way cantik u pakai baju tu.Sesuai dengan u.” tegur Andika dengan mulut manis.

Amani memberi senyuman paksa.

“Terima kasih.” Amani tidak menjawab soalan lelaki itu.

“Nama saya Andika.Awak nama apa?” soal Andika lagi.Dia cuba untuk mengenali gadis itu.

”Amani.” jawabnya sepatah.

“Sedap nama.Secantik tuan dia.” puji Andika.

Amani hanya memberikan senyuman sahaja kepada Andika.

“Nice to meet you Amani.Nanti kita jumpa lagi.Silakan nikmati makan malam u.” ucap Andika lalu terus beredar.

Amani menarik nafas lega.Dia cuba untuk berlagak tenang.Amirul duduk di sebelahnya sambil membawa semangkuk makanan.

Amani berasa selamat apabila Amirul berada di sebelahnya.Sesekali Amirul memandang Amani.

“Awak okey ke?Kenapa muka nampak macam pucat je?Demam ke?” bertalu-talu soalan Amirul kepada Amani.

“Saya okay je.Mungkin panas kot.Tak apa Abaikan je.Jom makan.” ucap Amani.

Mereka pun menikmati makan malam di banglo mewah milik Dato' Araman.

Selesai sahaja majlis,mereka pun pulang ke rumah.Amirul menghantar Amani ke rumahnya.

“Baik-baik Amani.Jaga diri.Apa-apa call Amirul.” kata Puan Aliza.

“Baik aunty.” ucap Amani lalu tersenyum.

“Tak payah panggil aunty.Panggil mama je.” ucap Puan Aliza.

Amani tersenyum simpul.

“Baik mama.” Amani melambaikan tangan kepada mereka.Hingga mereka hilang dari pandangannya.

Amani melangkah menuju ke lift.Dia memberikan mesej kepada Aini.

“Aini,aku on the way.Kat lift.Nanti kau janganlah kunci pintu rumah.Aku nak masuk.” mesej telah dihantar kepada Aini.

Aini sudah membalas mesej itu.

“Okay.Hati-hati naik lift tu.Baca doa supaya kau di lindungi dari perkara-perkara yang buruk.”

Amani tersenyum membaca mesej dari Aini.Aini ada kalanya seperti orang tua.Suka beri nasihat.

“Iya.Jangan risaulah.” Amani membalas mesej itu.

Amani menunggu lift dibuka.Beberapa saat kemudian,lift pun telah terbuka.Belum sempat Amani masuk ada seseorang telah menarik dan menekup mulutnya dari arah belakangnya.Amani terkejut.Dia cuba untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya.

Lelaki itu memberikan tamparan yang kuat pada wajahnya lalu pengsan.Lelaki yang memakai topeng hitam itu mencempungnya masuk ke dalam kereta miliknya.Amani tidak sedarkan diri.Kereta itu meluncur dengan laju.

Di rumah Aini sudah menunggu Amani.Lebih kurang 10 minit Aini menunggu kepulangan Amani.Tetapi Amani tidak sampai.Aini sudah tidak sedap hati.Dia bertekad mahu mencari Amani.

Aini turun ke bawah.Dia melihat keadaan sekeliling tiada sesiapa.Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam.

Aini cuba memanggil Amani.

“Amani!Amani!Kau kat mana?Kau jangan main-main.Tak lawak doh main-main masa ni.” Aini cuba untuk berfikiran positif.

Mungkin Amani sengaja mengusiknya.Bukan dia tidak tahu akan perangai Amani yang suka mengusik itu.

Sunyi sepi tiada jawapan.Aini memberanikan dirinya mencari di kawasan gelap.Tidak ada juga.

Sedang Aini mencari Amani,dia terlihat ada sebuah kasut tinggi berwarna merah sebelah sahaja.Di tinggalkan di hadapan lift tersebut.Aini amat kenal akan kasut itu.Ia milik Amani.Aini sudah cuak.

Takkan Amani kena culik?

Assalamualaikum haa cmne?Kesian Amani kena culik? Agak-agak siapa yg culik dia?Tq tunggu next chapter ye

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience