Bab 37 (orang ketiga?)

Romance Series 36483

Sejak kebelakangan ini,Amirul semakin sibuk menguruskan syarikatnya.Jenama ARRI telah mendapat perhatian daripada seluruh media serta warganet.Jenama ini juga dikatakan jenama yang agak unik.Kerana itu syarikat AE HOLDINGS INTERPRISE mendapat pengiktirafan antara syarikat yang hebat berbanding syarikat yang lain.

Kelihatan Amirul yang sedang mengemas mejanya.Dia ingin cepat kerana mesyuarat akan dimulai.Selesai sahaja mesyuarat,Amirul menghela nafasnya.Baru sahaja Amirul melangkah keluar,Erin memanggilnya.

“ Amirul! ” panggil Erin.

Amirul menghentikan langkahnya.Dia memusingkan badan.Amirul memandang Erin.

“ Awak busy ke?Saya cadang nak ajak awak pergi minum or makan.Nak tak?Ke wife awak marah pula? ”

Amirul terdiam.

“ Tak apalah.Saya ganggu awak pula.Maaf ye? ” Erin memusingkan badannya ingin meninggalkan Amirul sendirian.

Elok sahaja Erin memusingkan badannya,Amirul memanggilnya pula.

“ Erin,awak nak minun dengan saya ke?Kalau macam tu boleh je!Jom kita pergi cafe area sini je.” ucap Amirul.

Erin tersenyum sendiri.

“ Sejak akhir ni,awak nampak sibuk saya tengok! ” ucap Erin.

Amirul mengangguk.

“ Penat sikit.Biasalah jenama ARRI ni dah semakin dikenali orang.Banyak kerja saya kena buat.Ni tambah meeting lagi.Serabut kepala.” ucap Amirul.

Erin memandang Amirul.

“ Awak kena rehat Amirul.Tak boleh stres.Nanti awak sakit pula.” kata Erin.

“ Saya dah biasalah Erin.Dulu pun macam tu juga.Awak macam tak tau je kan saya macam mana? ”

“ Sebab saya tahu awak macam manalah saya nasihatkan awak.Awak tu dahlah degil.” Erin tertawa kecil.

“ Sekarang tak degil dah.Keras kepala sikit je.” Amirul tersenyum.

Perbualan mereka sedang dilihat oleh seseorang.Lelaki yang memakai Spek mata hitam itu mengambil gambar Amirul dan Erin.Senyuman terukir di wajahnya.

**********************

Amirul mendekati anaknya itu.Wajah Aryan itu direnung lama.Sejak dia berjumpa dengan Erin minggu lepas dia merasa hatinya telah tertarik apabila melihat Erin.Entah mengapa hatinya menjadi begitu.Amirul menghela nafas.

Amani memandang wajah suaminya itu.

“ Abang okay tak tu?Macam ada masalah je.Cuba cerita dengan Amani.” ucap Amani.

Amirul memandang wajah isterinya.Ya ini isterinya.Wanita yang dipilihnya sewaktu Erin meninggalkan dirinya.Tetapi mengapa perasaannya berubah?Amirul terdiam.

“ Abang?Hei,sayang cakap dengan abang tau.Boleh pula dia mengelamun.Ingat siapa tu?” kata Amani.

“ Hah?Apalah sayang ni.Mana ada abang cuma penat sikit.Kerja makin banyak.” ucap Amirul acuh tak acuh.

“ Abang janganlah kerja kuat sangat.Sayang tengok abang penat semacam je.”

“ Abang okeylah.Jangan risau.Sayang abang nak rehat ye.” ucap Amirul.

Amani mengangguk.Amirul mencium dahi Aryan sebelum berbaring di katilnya.Amirul mengambil telefon bimbitnya.Dia tersenyum sendiri sambil menekan tulisan yang tertera di skrin telefonnya itu.

Amani perasan akan Amirul yang tersenyum sendiri.Sudah seminggu Amirul berkelakuan aneh.Amirul tidak seperti yang dia kenal.Amani berasa tidak sedap hati.Namun dia hanya berdiam sahaja.

Ketika itu, tiba-tiba Aryan merengek.Amani tidak dengar suara Aryan yang sudah menangis kerana dia sedang mengerjakan solat isya' di bilik sebelah.Amirul sedang khusyuk melihat telefon bimbitnya sehingga tidak sedar anaknya sudah menangis.

Amani yang masih bertelekung itu menjenguk  ke dalam bilik.Dia melihat anaknya yang sedang menangis manakala suaminya masih dengan telefonnya.Amani mulai berasa panas hati.

“ Abang,tak dengar ke Aryan tengah menangis tu?” tegur Amani.

Amirul tersentak lalu memandang Amani.

“ Abang tak habis-habis dengan telefon.Dari tadi Amani perasan.Abang chat siapa malam-malam ni?” kata Amani dengan kasar.

Amirul terus memandang Amani.

“ Abang tak dengar lah Aryan menangis.Abang tengah balas chat kawan abang.Awak nak marah-marah abang ni kenapa?Takkan sebab Aryan menangis,awak marah abang macam ni? ” Amirul sudah tidak puas hati.

“ Memanglah saya marah.Saya tengah solat kat bilik sebelah.Abang ada dengan Aryan.Takkan abang tak dengar?Khusyuk sangat telefon tu!Abang mesej siapa malam-malam ni? ” soal Amani.

“ Saya malas nak gaduhlah.Saya penat. ” kata Amirul.

“ Saya pun tak nak gaduh.Tapi cara abang tu yang buat Amani rasa sakit hati.” ucap Amani lagi.

“ Awak pergi settlekan Aryan dulu.Dia dah menangis tu.” arah Amirul.

Amani mengerutkan dahinya.

“ Habis apa tugas abang? Semua tentang Aryan ni Amani jela yang kena buat?Abang balik dari kerja.Dah penat lepastu khusyuk layan telefon?Macam tu?Mana masa abang dengan family?Ingat Amani tak penat ke?Buat semua seorang diri.Jaga makan,kemas rumah,Aryan lagi.” luah Amani.

Amirul sudah serabut.

“ Okay kalau macam tu biar abang yang uruskan Aryan.Settle.”

Amirul terus mendapatkan Aryan.Dia memujuk anaknya itu.Amani hanya memandang sahaja suaminya itu.Amani perasan akan suaminya yang tidak ikhlas menjaga anaknya.

******************

Sedang Amirul duduk termenung,dia telah mendapat mesej dari Erin.Wajah Amirul yang muram itu terus berubah ceria.Amirul terus keluar dari pejabatnya.

Aini sudah perasan akan sikap Amirul sejak seminggu ini.Amirul selalu keluar waktu bekerja.Aini membiarkan sahaja.

Amirul sudah tiba di destinasi yang di tuju.Dia memberhentikan keretanya.Amirul keluar dari kereta lalu membuka pintu kereta sebelah pemandu itu.

“ Thanks .” ucap Erin.

“ Awak nak makan apa hari ni? ” tanya Erin.

“ Saya nak minum je.Dah kenyang lah.” jawab Amirul.

Erin memandang Amirul.

“ Amirul,awak okay tak?Macam ada masalah je!Kalau ada masalah sharelah dengan saya.Mana tahu saya boleh tolong.” ucap Erin.

Amirul menarik nafas panjang.Dia berasa agak ragu-ragu.Amirul memulakan bicara.

“ Saya tak tahulah Amani tu.Salah ke sebagai suami balik rumah nak rehat?Saya dah lah penat kat tempat kerja.Banyak benda saya nak uruskan.Pastu dia boleh marah saya.” luah Amirul.

Erin terdiam.

“ Biasalah tu.Mungkin dia penat.” ucap Erin.

“ Dia penat apa je?Saya lagi penat dengan kerja,meeting lagi.Kepala saya ni dah serabut.” kata Amirul.

“ Amirul,awak janganlah macam tu.Awak kena juga tahu isteri awak tu lagi penat.Macam-macam dia kena buat.Jaga anak lagi.” kata Erin.

“ Awakkan suami dia.Awak lagi kenal dia.Kalau dia marah sesuatu mesti ada sebabnya.Isteri ni dia takkan marah kalau tak ada puncanya.Saya tahu awak banyak masalah kerja lagi.Tapi isteri awak tu lebih penting Amirul.Kerja memang kita kena buat settlekan.But isteri kalau dia tak ada hidup awak takkan sempurna.Awak kena hargai pengorbanan dia.Tak ada perempuan yang sanggup berhenti kerja sebab nak jaga anak.Trust me.Awak tengok perempuan lain yang kerja bagus,apabila mereka dah ada anak.Mereka hantar ke pengasuh.But isteri awak dia yang nak jaga sendiri.Tak semua orang mampu buat tau Amirul..” ucap Erin panjang lebar.

Amirul terdiam.

“ Amirul saya hanya nasihat je.Sebaliknya ikut awaklah.” ujar Erin.

Amirul mengangguk.

“ Kejap saya pergi bayar.” kata Amirul.Erin hanya memerhati sahaja.

“ Dah jom saya hantar awak ke ofis.” kata Amirul yang baru sahaja muncul.

“ Amirul saya dah call grab ambil saya.Lagipun saya ada hal lain.Tak apalah.Awak baliklah ke ofis awak dulu.”

Amirul terkejut

“ Serius lah?Takkan awak naik grab pula?Dahlah saya bawa awak ke sini.Tak apa saya hantar.Dekat je pun dengan ofis saya.” pujuk Amirul.

“ Tak apa.Saya ada hal lain lagi.Nak jumpa client dato.Sebab Dato Araman ada hal.So dia minta saya berurusan dengan client dia.Its okay.Saya pandai lah balik sendiri.” Erin tersenyum.

“ Oh!Kalau macam tu tak apalah.Nanti apa-apa roger je saya.Saya balik dulu.” Amirul melambai tangan kepada Erin.Erin membalas lambaian kepada Amirul.

Erin terus keluar dari cafe itu.Dia berasa tidak sedap hati sejak awal dia memasuki cafe itu.Sedang dia berjalan terasa ada seseorang mengikutinya dari belakang.Erin memusingkan badannya memandang belakang.Tiada apa-apa.

Dia meneruskan perjalanannya.Hingga di suatu lorong.Erin memerhati lorong itu lalu ingin meneruskan langkahnya.Tetapi dia tidak sempat untuk meneruskan perjalanannya,ada seseorang telah mencekup wajah Erin lalu dimasukkan ke dalam van.

Erin meronta-ronta.Dia sedaya upaya ingin melepaskan dirinya untuk keluar dari van itu.Seorang lelaki telah menamparnya.Erin telah pengsan di dalam van itu.Van masih meneruskan perjalanannya.

Assalamualaikum guys..Ap yg berlaku plk kali ni?Erin kena culik ke?Amani dan Amirul salah faham?stay tune ye..jgn lupa baca n komen

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience