Bab 29 (dendam yang dipendam)

Romance Series 36483

Amani terlihat Amirul yang sedang sibuk dengan kerjanya.Dia menghampiri Amirul.Amirul memalingkan wajah memandang isterinya.

“Banyak kerja ke?” tanya Amani dengan lembut.

“Tak banyak pun.Tinggal nak sign dan cop je.Pastu siap.” Amirul tersenyum melihat wajah isterinya.

Entah mengapa hatinya terasa berbunga apabila melihat wajah isterinya itu.

Amani menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu.

“Abang...” Amirul menjungketkan keningnya.

“Amani nak minta maaf.” kata Amani lagi.

“Minta maaf?Sebab apa?” Amirul berasa hairan.

“Amani tak layan abang.Amani buat tak tahu je.Sebenarnya Amani cemburu tengok abang berbual dengan Liyana.Amani takut perkara yang dulu berulang lagi.Amani tahu Liyana dah tak macam dulu tapi mustahil perkara itu akan berulangkan?.”

Amani menundukkan kepalanya.Baru Amirul faham akan perubahan sikap isterinya itu.

Patutlah dia bersikap dingin.Itu sebabnya dia jadi begitu.Amirul tersenyum.

Dia merangkul pinggang isterinya.

“Sayang,abang dah maafkan sayang.Abang tahu mesti ada sebab sayang jadi macam tu.Liyana dah berubah.Dia dah janji dengan abang dia takkan ganggu kita dah.Lagi pun Liyana akan ke London.Jaga syarikat papa dia kat sana.” jelas Amirul.

“Dato Araman ada syarikat kat London?” ujar Amani tidak percaya.

“Iya.Dato Araman memang ada syarikat kat sana.Syarikat A&A Holdings tu syarikat papa.Tapi papa buat sebagai rakan kongsi dengan Dato' Araman.Syarikat tu juga papa serahkan kepada Dato' Araman jadi pengurus syarikat tu bila dia tak ada.So sekarang syarikat itu sepenuhnya bawah Dato' Araman.Syarikat AE Holdings Interprise papa bagi pada abang.Sebab syarikat tu papa buat masa abang dalam kandungan lagi” kata Amirul.

Amani sudah terlopong mendengar penjelasan suaminya.

“Wah!Maksudnya papa memang kaya lah.Patutlah abang tak kisah pasal duit semua ni.Yelah orang kaya kan!Kita ni orang kampung.” jawab Amani perlahan.

”Tak ada beza pun sayang.Orang kampung ke orang kaya ke,kita tetap ada kelemahan.Abang kaya pun sebab harta papa.Kalau tak kerana harta papa tak adanya abang kat sini Entah-entah abang tengah mengutip sampah ke sekarang ni.” kata Amirul merendah diri.

“Apalah abang ni.Ke situ pula.” Amani melentokkan kepalanya di bahu Amirul.

Sungguh dia rindukan pelukan Amirul setelah beberapa minggu dia bersikap dingin terhadap suaminya.

Amirul mengeratkan lagi pelukannya.Dia menatap wajah isterinya lama.Rindunya dia melihat senyuman isterinya itu.Amirul mendekatkan wajahnya ke wajah Amani dengan perlahan-lahan.

Amirul tersenyum gatal.

“Cium abang sikit.” kata Amirul.

Amani mengerutkan dahinya.

“Tak nak.Dah mula lah tu datang miang dia.”

“Ala.Bolehlah!Abang rindu nak sayang cium abang.Sikit pun jadilah.” rengek Amirul dengan manja.

“Eiii dia ni.Pantang leka sikit ada je nak ambil kesempatan." bebel Amani.

“Sayang,please.” Amirul cuba memujuk Amani.

Amani sudah naik rimas.

“Yelah.Nak cium kat pipi je kan?Sekejap je tau!” kata Amani.

“Tak nak kat pipi.” rengek Amirul lagi.

“Habis tu kat mana pula?” ucap Amanj dengan geram.

Amirul tersengih.

“Kat sini.” Dia menunjukkan bibirnya.

Bulat mata Amani memandangnya.

“Eiii..Abang ni!Tak naklah.” Amani ingin meninggalkan Amirul sendirian.

“Tak baik tau buat suami macam tu.Tak hidu bau syurga.” kata Amirul menyakat isterinya.

Dia tahu Amani paling tidak suka apabila disakat sebegitu.

Amani memberhentikan langkahnya.Dia memusingkan badannya lalu mendekati Amirul.

Dia mencium pipi Amirul sebentar.Dengan cepat-cepat dia menarik wajahnya.Jika dibiarkan lebih lama lain pula yang jadi nanti.

“Ala.Sekejapnya.” kata Amirul.

Amani sudah menjelingnya dengan tajam.

“Sayang,nak lagi.Tak cukuplah.”

“Abang ni,dah bagi betis nak peha.Karang ada yang melekat kat dinding nanti.” ugut Amani.

Berubah wajah Amirul apabila diugut begitu.

“Okay-okay.Nak usik pun tak boleh.Garang betul.Tunggu karang abang cium tak bagi lepas.” usik Amirul lagi.

Dengan cepat Amirul mencium pipi Amani sebelum melarikan dirinya.

“Abang!!Menyempat lagi dia.” Amani sudah bercekak pinggang.

“Tu baru sikit.Nanti ada lagi.” Amirul sudah gelak besar.

Meremang bulu roma Amani mendengar kata-kata dari Amirul.

Dia ni seram aku.Makin menjadi-jadi gatalnya.Bebel Amani seorang diri.

***************************

Kelihatan seorang wanita menuju ke pejabat Dato Araman.Dia mengetuk pintu itu.

“Masuk.” kata Dato' Araman.

Pintu di buka.Wanita itu masuk ke dalam bilik ofis itu.

“Assalamualaikum dato.Saya Erin Airina.” kata gadis itu.

Dato' Araman terus memandang wajah gadis itu.

“Waalaikumsalam.Erin ye?Sebelum ni pernah kerja or sambung belajar kat mana?” soal Dato' Araman.

“Saya sebelum ni bekerja di Singapore selama 2 tahun.Lepas tu saya sambung belajar ambil master kat UITM kos business admin selama 3 tahun.Itu pun saya buat part time saja sebab dalam masa sama saya kerja part time.And sekarang saya baru sahaja habis belajar.” jelas gadis itu.

Dato' Araman mengangguk tanda faham.

“Untuk makluman awak.Sebelum awak datang sini.Awak tahu yang saya tengah cari pekerja untuk bahagian pemasaran? Sebab pekerja saya yang dulu dah berhenti.So sekarang saya nak cari pengganti tempat dia.Memandangkan awak dah ada skill dalam bidang bisnes.Saya yakin awak boleh buat.Awak macam mana?” kata Dato' Araman.

“Saya okay je dato.InsyaAllah mana yang saya boleh buat saya buat.Kalau saya tak berapa tahu saya akan tanya dato.” jawab Erin.

“Okay bagus.Bila awak nak start kerja?”

“Bila-bila masa je dato.Sebab masa saya memang free je.” jawab Erin lagi.

“Okay kalau macam tu.Hari ni hari Jumaat.Awak start hari Isnin nanti.Nanti apa-apa saya akan suruh PA saya Hanani tolong beri tunjuk ajar pada awak kalau saya tak ada waktu itu.” kata Dato' Araman lagi.

“Terima kasih dato.InsyaAllah saya akan buat yang terbaik untuk syarikat ini.Saya minta diri dulu dato.Assalamualaikum” kata Erin.

“Boleh.Waalaikumsalam.”

Kelibat gadis itu hilang dari pandangan Dato' Araman.

“Erin Airina.Bakal isteri tak jadi Amirul.” Dato' Araman tersenyum sendiri.

************************

“Hello Assalamualaikum mama!Ni Erin.Ma Erin dapat kerja dah.” kata Erin yang menelefon mamanya.

“Wah.Alhamdulillah.Baguslah.Rezeki untuk Erin.Mama doakan yang terbaik untuk Erin.”

“Terima kasih mama.Semua ni atas doa mama.InsyaAllah hari Isnin nanti Erin dah mula masuk kerja.Rasa excited pun ada ma.”

“Iya.Mama selalu doakan untuk anak mama sorang ni.Jaga diri baik-baik kat sana.Jangan nakal-nakal.” kata Puan Izra.

“Iya ma.Mama ni kan!Erin dah besar dah.Dulu Erin kan belajar kat oversea.Mestilah Erin pandai jaga diri.Mama jangan risau.Pandailah Erin bawa diri kat sini.” ucap Erin lagi.

”Kalau macam tu baguslah.Mama ada kerja nak buat ni.Nanti apa-apa call mama.Assalamualaikum.” ujar Puan Hamidah lagi.

“Waalaikumsalam.” Erin mematikan perbualannya.

Dia tersenyum sendiri.

Mama jaga diri kat sana ye!Erin cari kerja ni nak sara kita.Cukuplah apa yang dah terjadi dulu.Erin dah tak sanggup nak hadap.Sekarang Erin nak kejar balik apa yang Erin dah hilang dulu.Papa semoga tenang kat sana.Erin nak jadi kuat macam papa.Sejak papa tak ada ramai ah long cari kami.Mereka nak kami pula.Tak sangka kerana ah long papa mati.Erin akan sedaya upaya cari duit untuk bayar balik hutang mereka.Itu janji Erin.

Erin menangis sendirian mengenangkan peristiwa yang pahit di dalam ingatannya.

Flashback

“You mau pergi mana?Hutang you belum bayar lagi.Kalau you tak mampu bayar,you kasi saja anak you.I akan kurangkan bayaran.”

Dato' Aslam memberi amaran kepada lelaki itu.

“Perempuan yang kau cakap ni anak aku.Kau ingat anak aku ni apa?Perempuan murah?”

Lelaki Cina itu menumbuk wajah Dato' Aslam.

“Kalau you tak mau kami buat apa-apa pada anak you.Bayar saja maa.You hutang pada wa 30juta.”

“Aku tak ada berhutang dengan kau orang.Company aku tak ada sign mana-mana perjanjian dengan mana-mana ah long.Aku hanya berhutang dengan A&A Holdings sahaja.” bidas Dato' Aslam.

Lelaki Cina itu memberikan sepucuk surat kepada Dato' Aslam.

“You baca ini surat.”

Dato' Aslam membuka surat itu.

“Projek yang merupakan sebuah mall.Yang masih dalam pembinaan di Putrajaya telah menggunakan wang sebanyak 30juta ringgit.Ini menyebabkan duit simpanan syarikat Masda Holdings yang ada tidak mencukupi untuk membuat pembayaran tersebut.Pihak syarikat sudah bersetuju untuk meminjam sebanyak 30juta daripada A&A Holdings.Tetapi jika wang itu tidak dibayar secara tidak langsung wang itu akan menjadi milik ah long serta merta.Yang benar Dato' Araman.Pengurus Syarikat A&A Holdings Interprise.”

Dato' Aslam terkedu.Dia telah ditipu oleh Dato' Araman.Tidak di sangka wang yang diberikan oleh Dato' Araman ialah wang dari pihak ah long.

Dia menjadi buntu.Dia memandang Erin.Dato Aslam tidak sanggup memberikan anaknya kepada pihak ah long itu.

Araman!Sanggup kau buat aku macam ni.Lepas kau dah bolot syarikat tu.Kau aniaya kami.Kau dah bunuh Azman.Kau nak bunuh aku pula.Aku doakan satu hari nanti kau akan jatuh dan menyesal dengan perbuatan yang kau dah buat.Desis hati Dato' Aslam.

“Kalau kau nak pukul aku.Kau pukullah.Tapi jangan usik anak bini aku.Duit tu nanti aku akan cari.” kata Dato' Aslam mempertahankan dirinya demi keluarganya itu.

Lelaki Cina itu serta rakan-rakannya saling berpandangan.

Dato' Aslam meminta kepada pihak ah long untuk memeluk anak isterinya itu buat kali terakhir.Mereka membenarkan permintaannya.

“Izra bawa anak kita pergi jauh dari sini.Abang minta maaf.Abang tak nak kamu berdua diganggu mereka.Erin jaga mama ye bila papa tak ada.Maafkan papa.Papa tak ada cara lain dah.Erin anak papa.Erin kena kuat jaga mama.Papa sayang Erin.Erin satu-satunya anak papa.Dah pergi.Jangan tengok belakang.” Dato' Aslam memeluk anak isterinya sebelum di tarik ah long itu.

Puan Izra dan Erin berlari meninggalkan tempat itu.

“Papa.” Erin cuba untuk memanggil tetapi ditahan oleh Puan Izra.

“Erin jangan pandang belakang.Kita lari je.Doa yang terbaik buat papa.” kata Puan Izra yang sudah berlinangan dengan air mata.

Mereka berdua selamat sampai di kampung halaman Puan Izra.Puan Izra memandang rumah itu.Itu ialah rumah pusaka ibu dan ayahnya.Dia masuk ke dalam rumah itu.

Mereka mengemas rumah dan menukar pakaian.Keesokkan harinya,Erin memasang telebisyen untuk melihat siaran yang menarik.Sedang dia menekan remote tv.

Keluar sebuah berita di televisyen mengatakan seorang ahli perniagaan yang terkenal telah mati di bunuh.Mayatnya telah dikelar.Mangsa meninggal di tempat kejadian di belakang bangunan Masda Holdings.

Bangunan Masda akan ditutup dan diruntuhkan akibat telah muflis.Mangsa juga telah menjadi buruan pihak ah long kerana tidak dapat membayar pinjaman dari pihak mereka sebanyak 30juta ringgit.Pihak polis akan membuat bedah siasat untuk kes berkenaan.

Erin menangis di riba mamanya apabila melihat berita itu.Sejak itu dia bertekad untuk membalas dendam pada Dato' Araman atas kematian bapanya.

Aku akan bongkarkan pada dunia yang Dato' Araman adalah dalang di sebalik semua ini.Aku tahu aku salah sebab tinggalkan Amirul waktu nikah dulu.Kerana waktu itu aku tak bersedia menjadi isterinya.Sekarang aku datang balik bukan kerana dia tetapi kerana Dato' Araman.Kalau aku nak kerja,aku boleh je minta kerja kat syarikat Amirul.Tapi bukan itu tujuan sebenar aku.Aku akan pastikan kau jatuh Dato' Araman.

Itu janji Erin Airina yang memendam dendam yang sudah lama disimpan.

Apa dah jadi dengan Erin sebenarnya? btw nantikan next chapter n jgn lupe stay tune

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience