Amani telah mendapat tahu bahawa Darwina selamat di nikahkan dengan Adha.Dia terkejut akan berita yang disampaikan oleh Mak Lang Siah.Amani menghela nafasnya.
Aini memandang Amani.
“Kau fikir tentang Darwina ke?Dia kan dah menikah?” ucap Aini.
“Aku tahu.Tapi dia menikah pun sebab...”
“Sebab kene tangkap basah?Aku tak rasa Adha buat macam tu.Kita kenal Adha macam mana.Semua ni jadi sebabkan Darwina.Satu kampung kecoh tentang dia.” ucap Aini.
Amani mengeluh.
“Aku ada masuk group kampung.Ada orang cakap Darwina tu memang sengaja jerat Adha sebab dia memang sukakan Adha.Sebab tu lah kau kena pukul dengan Mak Lang Siah.Semua tu Darwina punya kerja.Nak buat macam mana dah jodoh mereka.”
“Aku tahu Aini.Tapi aku rasa Adha tak bahagia.” Amani menundukkan wajahnya.
“Maksud kau?”
Amani menarik nafas.
“Sebelum aku pergi KL Adha beritahu aku yang dia suka kat aku.Tapi aku tak nak dengar.Kau tahulah mulut mak lang aku macam mana.Aku pun ada perasaan kat dia.Sebabkan tak nak mak lang dengan Makcik Senah bergaduh aku buat keputusan pindah sini.Tipulah aku tak ada perasaan kat dia.Aku terpaksa tipu dia.Kalau aku tak tipu dia aku takkan ada kat sini.”
Aini memandang Amani.Dia faham akan Amani.
“Adha tu cinta pertama aku.Aku terpaksa korbankan perasaan aku sebab aku tak nak jadi apa-apa antara mak lang dan Makcik Senah.Apabila aku dapat tahu berita tentang dia.Sakit Aini.Sakit.Orang yang aku cinta.Orang yang aku sayang dah jadi milik orang lain.Apatah lagi orang tu sepupu aku sendiri,Darwina.”
Amani tidak dapat menahan sebaknya.
“Sanggup Darwina tikam aku dari belakang?Sanggup dia buat aku macam ni?Apa salah aku Aini?Kenapa dia benci aku?Aku tak pernah pun benci dia!Kenapa aku kena hadap semua ni?Orang macam aku ni tak layak untuk bahagia ke?Aku tak minta banyak pun.Aku minta jadikan aku salah seorang dari keluarga dia je.Aku sebatang kara Aini.Aku tak ada sesiapa.Aku ada kau je..” Amani meluahkan rasa yang terbuku di dalam hatinya.
Aini memeluk Amani.Dia menepuk belakang Amani dengan lembut .
“Aku faham kau.Kau luah je kat aku.Aku ada dengan kau.Jangan simpan.Luah je Amani."
Amani menangis di pelukan Aini.
“Kau kena ingat.Allah sayang kau.Ujian yang kau hadap selama ini jadikan kau seorang yang lebih matang.Lebih kuat dari diri kau yang dulu.Ada hikmah yang Allah beri pada kau.Aku tahu nak lupakan orang yang kita sayang bukan mudah.Tapi aku tahu kau mesti boleh buat.Aku yakin Amani.Jangan give up.”
Aini memberi kata-kata semangat kepada Amani.Amani masih lagi menangis di pelukannya.
“Kau nak tahu tak Amani?Orang yang selalu diuji ni banyak pahala yang dia dapat.Allah sayang kau sebab kau sabar hadap ujian ini.”
Amani melonggarkan pelukannya.Dia memandang Aini.
“Aini,kau sentiasa ada dengan aku.Masa aku senang dan susah.Masa aku perlukan seseorang untuk beri semangat pada aku.Terima kasih sebab jadi sahabat aku.Kaulah sahabat dunia akhirat aku.Aku tak pernah pun lupakan jasa kau.Aku harap hubungan persahabatan kita ni hingga ke syurga.” ucap Amani yang masih berlinang air matanya di pipi.
Aini mengelap pipi Amani.
”Aamiin.Dah jangan menangis!Kau kalau nak menangis macam hantu kak Limah.Hantu kak Limah lagi cantik dari kau." usik Aini.
Amani tersenyum.
“Kau kan kalau nak mengutuk, depan-depan kau bagi?” muncung Amani.
Aini sudah tergelak kecil melihat muncung Amani.
“Aku kan sahabat kau.Memang aku kutuk depan-depan lah.Buat apa kutuk belakang?Dah kau kat depan aku." usik Aini lagi.
Amani sudah tertawa mendengar usikan Aini.
Semoga kau kuat sahabat.Aku sentiasa doakan kau.Doa Aini di dalam hati.
********************************
Amirul sudah semakin sembuh.Sudah hampir dua minggu dia duduk di birai katil.Kini dia sedang bersiap-siap untuk masuk ke pejabat.Selesao bersiap dia terus ke dapur.
Puan Aliza melihat Amirul yang sudah memakai baju kerja itu.
“Along nak pergi kerja?Along kan kena rehat.Bagi luka tu sembuh sepenuhnya.” kata Puan Aliza kepada anak sulungnya itu.
“Along dah sihat dah mama.Luka ni pun dah nak hilang.Tak apa.Lagipun lama-lama duduk kat katil tu badan pun jadi semakin lesu.Sekali-sekala ni Along nak bagi badan Along ni cergas.Along kan lelaki takkan nak duduk diam je.” jawab Amirul.
Puan Aliza tersenyum melihat Amirul.
“Hmm.Tak apalah.Makan dulu.Sarapan sebelum pergi kerja.Jangan biar kosong.Nanti sakit balik." bebel Puan Aliza.
Amirul tersengih.
“Baiklah mama.Mama kalau tak membebel sehari tak boleh kan?” ucap Amirul.
“Memang pun.Mama kenalah membebel.Anak mama ni kadang-kadang degil.Ni belum lagi jadi suami orang.Pening Amani nanti.” kata Puan Aliza.
“Ala.Mama ni.Kalau dengan Amani lainlah.Along jadi lelaki sejati.” ujar Amirul lalu tersengih.
“Lelaki sejatilah sangat.Mama lupa nak tanya." ucap Puan Aliza.
“Lupa apa ma?”
“Along bila nak masuk meminang Amani?Bukan apa.Tak manislah lama-lama.Lagi pun kita kena kenal juga keluarga Amani.Walaupun bukan mak ayah dia.Mak sedara dia je.Tapi kenalah berjumpa.” ucap Puan Aliza.
“Ya ma.Nanti along cakap kat Amani.Mama jangan risau.Dalam tahun ni juga along masuk meminang dia.Mama tunggu je.Okey ma?” ucap Amirul.
“Yela.Mama tunggu."
Amirul sudah selesai makan.Dia membasuh tangan.
“Ma,Along pergi kerja dulu.Assalamualaikum." kata Amirul.
“Waalaikumsalam.Baik-baik memandu tu.Along bukan sihat sangat.”
Amirul tersenyum.Dia melambaikan tangan pada mamanya.
******************************
Amani sedang duduk di tepi pantai itu.Dia tidak tahu mengapa Amirul membawanya ke situ.Amirul datang menghampiri Amani.Di tangannya sedang memegang aiskrim.Amirul memberikan kepada Amani.
“Nah ambil.Saya beli untuk awak." ujar Amirul.
“Eh?Terima kasih bos.” Amirul tersenyum memandang Amani.
Jantung Amani bergetar apabila melihat senyuman Amirul.Dia cuba berlagak tenang.
“Bos,kenapa ajak saya ke sini?” soal Amani.
“Kat sini tenang.Macam awak.Tenang je saya tengok awak.” kata Amirul.
Amani terdiam.Amirul melihat wajah Amani.Dia tersenyum apabila dapat mengusik Amani.
“Awak malu eh saya puji awak?” soal Amirul.
Amani mengangguk perlahan.
“Saya saja ajak awak datang sini.Amani!” ucap Amirul.
Amani terus memandang Amirul.
“Awak ingat tak masa kat hospital hari tu?"
“Ingat.Kenapa?" kata Amani.
“Awak ingat tak yang saya kata saya suka awak?" Amani mengangguk.
“Saya bagi awak masa kan?Awak terima tak lamaran saya?" Amirul terus memandang Amani.
Amani terdiam.
“Saya tak paksa pun awak terima saya.Cuma saya nak luah kat awak.Masa awak hilang 3 hari tu.Saya tak senang duduk.Saya asyik fikir awak je.Saya ingat awak tinggalkan saya macam tu.”
Amani masih berdiam.
“Saya takut.Takut orang yang saya sayang.Orang yang saya cinta tinggalkan saya.Sebab saya dah pernah rasa dulu.Sakitnya macam mana.Ya.Saya cintakan awak.Tapi saya tak nak paksa awak untuk cintakan saya.Sebab saya tahu cinta ni tak boleh di paksa.Dia akan hadir tanpa kita duga.” Amirul tersenyum.
Amani terus memandang Amirul.
“Bos,kalau saya nak tanya boleh?”
“Tanyalah.Nak tanya banyak pun boleh.” ucap Amirul.
“Masa bos nak nikah dulu.Tunang bos memang lari tinggalkan bos macam tu ke?Dia takkan tak ada perasaan pada bos?”
Amirul menarik nafasnya.
“Dia tinggalkan saya macam tu je Amani.Dia minta maaf pun kat mesej je.Masa tu saya tak kisah pun walaupun saya malu.Tapi hati saya hancur.Dia berjanji dengan saya nak kahwin dengan saya.Tapi dia mungkir janji.Sejak tu saya tak nak terima mana-mana perempuan."
Amirul memandang Amani.
“Sehingga saya berjumpa dengan awak.Awak penyeri hidup saya.Kalau awak tak ada.Saya rasa kosong.Ya!Dulu kalau saya jumpa awak memang asyik nak bergaduh.Sekarang saya dah kenal hati budi awak.”
Amani memandang Amirul.Di dalam hatinya masih lagi terluka kerana cinta pertamanya sudah menjadi milik orang.Betul kata Aini.Dia perlu lupakan semua itu.
Amani menarik nafas.
“Bos,saya memang ada perasaan pada bos.Tapi mungkin kalau saya kenal lagi bos.Saya akan cinta bos sepenuh hati saya.” ucap Amani lalu menundukkan wajahnya.
“Maksud awak?Awak terima lamaran saya?” soal Amirul.Dia memandang Amani tidak berkelip.
Amani mengangguk.Amirul tersenyum.
Ya Allah,kalau ini yang terbaik untuk aku.Aku terima.Lebih baik dicintai oleh orang yang mencintai kita dari memilih mencintai orang yang tentunya bukan milik kita.
“Serius?Awak tak tipu?Kalau tak saya nak masuk meminang awak.” Amirul berasa teruja.Amani mengangguk.
Ya Allah.Aku redha.Kalau ini hikmah di sebalik yang aku hadap selama ini.Doa Amani di dalam hati.
Majlis perkahwinan mereka telah berlangsung di rumah Amani.Suasana amat meriah.Bunyi kompang dan rebana memeriahkan lagi suasana majlis perkahwinan itu.Amani dan Amirul telah pun sah menjadi pasangan suami isteri.
Puan Aliza tersenyum melihat anak menantunya itu.Hajatnya untuk ada menantu tercapai jua.Aini pula menjadi pengapit Amani.Manakala Amar menjadi pengapit Amirul.Mak Lang Siah turut gembira mendapat tahu Amani telah di lamar oleh seorang pengurus syarikat yang terkenal.
Dia tidak menyangka bahawa Amani membawa tuah di dalam keluarganya.Darwina berasa iri hati dengan perkahwinan Amani yang mewah itu.Adha memandang Amani dengan perasaan hampa.
Dia perlu sedar bahawa Amani sudah mempunyai suami.Darwina melirik suaminya.Dia tahu Adha masih mencintai Amani.
Darwina memandang Amani dengan perasaan benci.Bencinya pada Amani semakin mendalam.
Amirul dan Amani selamat diijab kabul..happy tak?belum habis lagi eh!hehebtw stay tune
Share this novel